Adakah Nabi Saw Tidak Mahu Berubat


HARAKAH DAILY  Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Saya ada soalan. Ada orang kata yang Nabi tak mahu ambil ubat. Dalilnya hadis لا تلدوني. Berdasarkan dalil ini, ada yang tolak vaksin dan apa sahaja bentuk ubat. Mohon pencerahan ustaz sebab nampak gusar cara dia terangkan takut nanti boleh timbul salah faham kepada masyarakat. Terima kasih ustaz.

Ringkasan jawapan:

Hadis tersebut diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis utama seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain. Ia bertaraf sahih. Namun begitu, ucapan Nabi لا تلدوني (Jangan kalian lakukan lud pada saya) bukan bermaksud Nabi menolak ubat secara total atau tidak mahu langsung mengambil ubat, akan tetapi Nabi mahu menjelaskan bahawa ladud, iaitu ubat yang diberikan tidak sesuai dengan penyakit yang sedang dihidap oleh Baginda. Para Sahabat menyangka bahawa Nabi terkena penyakit Zat al-Janb (pleuritis). Oleh kerana itu, mereka memberikan ubat yang sesuai dengan sangkaan mereka sedangkan Nabi tidak menghidap penyakit Zat al-Janb.

Justeru, mengatakan bahawa Nabi SAW tidak mahu mengambil ubat hanya dengan menggunakan hadis tersebut adalah tidak benar. Memahami hadis Nabi bukan hanya mengambil satu hadis sebagai sandaran dan kemudian membuat kesimpulan sendiri. Ia perlu dilihat secara holistik dan mengumpulkan segala riwayat berkaitan bagi memahami hadis tersebut. Terlalu banyak hadis Nabi yang menggalakkan untuk mengambil ubat sebagai satu usaha mencegah penyakit. Semoga Allah memberikan kita kefahaman dan sentiasa merujuk kepada pihak yang benar-benar pakar. Wallahu’alam.
Huraian jawapan:
Hadis tersebut diriwayatkan di dalam beberapa kitab-kitab hadis utama. Antaranya Sahih al-Bukhari[1], Sahih Muslim[2], al-Nasaie di dalam al-Sunan al-Kubra[3] dan Musnad Imam Ahmad[4]. Hadis ini juga turut diriwayatkan oleh Ibn Hibban di dalam al-Taqasim wa anwa’ (Sahih Ibn Hibban)[5], Imam al-Tahawi di dalam Syarh Musykil al-Athar[6], Abu Nu’aim al-Aṣbahani di dalam al-Tib al-Nabawi[7]. Bahkan Imam al-Tabari turut memuatkan riwayat tersebut di dalam kitab Tarikh beliau[8]. Kesemuanya melalui jalur riwayat Musa bin Abu ‘Aisyah daripada Ubaidullah bin Abdullah daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata:
لَدَدْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَرَضِهِ وَجَعَلَ يُشِيرُ إِلَيْنَا: ‌لَا ‌تَلُدُّونِي قَالَ: فَقُلْنَا: كَرَاهِيَةُ المَرِيضِ بِالدَّوَاءِ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ: أَلَمْ أَنْهَكُمْ أَنْ تَلُدُّونِي قَالَ: قُلْنَا: كَرَاهِيَةٌ لِلدَّوَاءِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يَبْقَى مِنْكُمْ أَحَدٌ إِلَّا لُدَّ وَأَنَا أَنْظُرُ إِلَّا العَبَّاسَ فَإِنَّهُ لَمْ يَشْهَدْكُمْ
Maksudnya: “Kami melakukan lud (meletakkan ubat di salah satu bahagian tepi mulut) kepada Rasulullah SAW ketika Baginda sakit. Lalu Baginda mula memberi isyarat kepada kami : Jangan kalian lakukan lud pada saya. Kemudian kami berkata : Kebencian orang yang sakit kepada ubat. Apabila Baginda sedar, Baginda bersabda: Bukankah saya melarang kalian melakukan lud kepada saya? Kami berkata : Baginda tidak suka kepada ubat. Lalu Baginda bersabda lagi: Jangan ada antara kalian yang tinggal melainkan dia akan diletakkan lud dalam keadaan saya lihat melainkan al-Abbas kerana beliau tidak melihat kalian (melakukan lud).”
Lud berasal daripada perkataan لدّ يلدّ (ladda-yaluddu) yang bermaksud perbuatan meletakkan ubat di salah satu bahagian tepi mulut. Ia juga disebut sebagai ladud. Menurut Abu Bakar al-Anbari (w.327) ladud ialah:
ما سُقِيَه الإنسان في أحد شِقَّي الفم
“Apa yang diberi minum kepada seseorang dan diletakkan di salah satu bahagian mulut.”[9]
Penjelasan yang sama juga diberikan oleh Ibn al-Athīr di dalam al-Nihāyah fī Gharīb al-Hadīth wa al-Athār[10]berkenaan maksud lud yang disebutkan dalam hadis tersebut. Namun begitu, ucapan Baginda ‘jangan kalian lakukan lud pada saya’ bukan bermakna Nabi tidak mahu mengambil ubat akan tetapi ubat tersebut tidak sesuai dengan penyakit yang sedang dihidap oleh Nabi SAW. Hal ini kerana, pada waktu tersebut, ladud kebiasaannya diberikan kepada orang yang mempunyai penyakit Zat al-Janb (pleuritis). Justeru, atas sangkaan bahawa Nabi menghidap penyakit Zat al-Janb, ahli keluarga yang berada bersama Nabi pada ketika itu memberikan ladud. Perkara ini jelas disebutkan dalam riwayat yang lain, Aisyah menceritakan:
وَذَلِكَ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ تَأْخُذُهُ الْخَاصِرَةُ، فَيَشْتَدُّ بِهِ جِدًّا، فَكُنَّا نَقُولُ: أَخَذَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِرْقُ الْكُلْيَةِ، لَا نَهْتَدِي أَنْ نَقُولَ الْخَاصِرَةَ، ثُمَّ أَخَذَتْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا، فَاشْتَدَّتْ بِهِ جِدًّا حَتَّى أُغْمِيَ عَلَيْهِ، وَخِفْنَا عَلَيْهِ، وَفَزِعَ النَّاسُ إِلَيْهِ، ‌فَظَنَنَّا ‌أَنَّ ‌بِهِ ‌ذَاتَ ‌الْجَنْبِ، فَلَدَدْنَاهُ
Maksudnya: “… Hal ini kerana Rasulullah SAW merasa sakit di bahagian tepi dan ia menjadi teramat sakit. Kami pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW sakit di buah pinggang dan kami tidak teringat untuk menyebut bahawa Rasulullah SAW sakit di bahagian tepi. Penyakit itu kemudian menyerang Baginda sekali lagi pada satu hari dan menjadi teruk sehingga menyebabkan Baginda pengsan. Kami menjadi takut dan orang ramai mula berkerumun pada Baginda. Kami menyangka bahawa Baginda terkena penyakit Zat al-Janb. Justeru, kami melakukan lud kepada Baginda…”[11]
Imam Abu Ja’far al-Tahawi (w.321 H) menjelaskan bahawa ubat yang diberikan kepada Nabi tidak memenuhi spesifikasi penyakit yang sedang dihidap oleh Baginda. Dengan kata lain, ladud atau ubat yang diberikan itu bukan ubat yang sesuai. Di samping itu, para sahabat menyangka Baginda terkena penyakit Zat al-Janb. Justeru mereka memberikan ubat yang biasa digunakan sedangkan Nabi menghidap penyakit yang lain. Oleh itu, Nabi tidak menerima ubat tersebut[12].
Imam Syihabuddin al-Qastallani (w.923 H) juga turut menyatakan Nabi SAW tidak mahu berubat dengan ladud adalah kerana ubat tersebut sememangnya tidak sesuai dengan penyakit Baginda bukan kerana Baginda menolak untuk berubat secara total[13].
Justeru, mengatakan bahawa Nabi SAW tidak mahu mengambil ubat hanya dengan menggunakan hadis tersebut adalah tidak benar. Memahami hadis Nabi bukan hanya mengambil satu hadis sebagai sandaran dan kemudian membuat kesimpulan sendiri. Ia perlu dilihat secara holistik dan mengumpulkan segala riwayat berkaitan bagi memahami hadis tersebut.
Terlalu banyak hadis Nabi yang menggalakkan untuk mengambil ubat sebagai satu usaha mencegah penyakit. Dalam sebuat riwayat hadis, Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW:
إِنَّ ‌خَيْرَ ‌مَا ‌تَدَاوَيْتُمْ ‌بِهِ ‌اللَّدُودُ ‌وَالسَّعُوطُ وَالحِجَامَةُ وَالمَشِيُّ
Maksudnya: “Perkara yang paling baik yang kamu boleh gunakan untuk berubat adalah ladud, al-Sa’ut (letak ubat di hidung)[14], bekam dan berjalan.”[15]
Dalam riwayat yang lain, Nabi SAW bersabda:
‌تَدَاوَوْا عِبَادَ اللَّهِ، فَإِنَّ اللَّهَ سُبْحَانَهُ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلَّا وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً، إِلَّا الْهَرَمَ
Maksudnya: “Wahai hamba Allah, berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan satu penyakit melainkan Dia juga akan meletakkan ubat bagi penyakit tersebut melainkan penyakit tua.”[16]
Kesimpulannya, hadis لا تلدوني bukan bermaksud bahawa Nabi tidak mahu berubat secara total atau Nabi menolak ubat, akan tetapi ia membawa maksud bahawa ladud, ubat yang diberikan kepada Nabi tidak sesuai dengan penyakit yang sedang dihidapi oleh Baginda:
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/adakah-nabi-saw-tidak-mahu-berubat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seluruh Alam Gembira Dengan Kelahiran Nabi Saw Kecuali Iblis

Seluruh Alam Gembira Dengan Kelahiran Nabi Saw Kecuali Iblis

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 345 hits
Dalam satu syair apabila Nabi Muhammad lahir seluruh alam tersenyum akan kelahiran dia Sebelum Nabi Muhammad lahir alam ini ternanti nantikan kehadiran kekasih Tuhan itu Bila Rasulullah mucul ke alam zahir ini pada malam sebelum subuh hari ...
Golongan Terlarang Daripada Telaga Nabi Muhammad Saw

Golongan Terlarang Daripada Telaga Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 305 hits
Salah satu perkara penting dalam akidah Islam mengikut neraca Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah beriman dengan telaga yang dianugerahkan khusus kepada Nabi Muhammad SAW Telaga ini merupakan jisim yang khusus yang besar dan luas Umat Nabi Muhamma...
Kecintaan Hakiki Terhadap Nabi Saw Kebahagiaan Abadi

Kecintaan Hakiki Terhadap Nabi Saw Kebahagiaan Abadi

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 213 hits
Kecintaan hakiki terhadap Nabi SAW kebahagiaan abadi Oleh Mohammad Zaki Yahpar Nabi Muhammad SAW diutuskan Allah SWT untuk segenap manusia dan jin dengan membawa kebenaran petunjuk serta cahaya terang Firman Allah SWT Katakanlah Wahai sekal...
Ilmu Dan Peristiwa Maulid Nabi

Ilmu Dan Peristiwa Maulid Nabi

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 351 hits
hanya Iblis yang tidak senang dengan peringatan Maulid
5989 Nak Buat Apa Kalau Boleh Jumpa Nabi Muhammad Depan Depan Tv Ppim 15 10 2021

5989 Nak Buat Apa Kalau Boleh Jumpa Nabi Muhammad Depan Depan Tv Ppim 15 10 2021

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 296 hits
Apa Yang Anda Akan Buat Kalau Jumpa Nabi Muhammad 1500 tahun yang lepas ada seorang insan istimewa yang kenal kita Yang selalu mendoakan kita Nabi Muhammad SAW Tapi kita ni sebagai umat baginda kenal ke dengan Nabi Muhammad Jom tengok sama ...
Peringatan Maulid Nabi Jokowi Minta Umat Teladani Rasulullah

Peringatan Maulid Nabi Jokowi Minta Umat Teladani Rasulullah

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 169 hits
Presiden Joko Widodo mengatakan maulid Nabi Muhammad SAW tahun ini diperingati di tengah pandemi yang menguji kesabaran insan beriman Mantan Gubernur DKI Jakarta ini meminta agar umat Islam meneladani Rasulullah yang begitu penyabar dan ber...
Lars Vilks Pelukis Kartun Nabi Muhammad Mati Dilanggar Lori

Lars Vilks Pelukis Kartun Nabi Muhammad Mati Dilanggar Lori

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 430 hits
Kartunis Sweden Lars Vilks yang berada di bawah perlindungan polis negara itu selepas penerbitan gambaran lukisan Nabi Muhammad pada 2007 sehingga menerima ancaman bunuh meninggal dunia pada Ahad dalam sebuah kemalangan kereta Polis Sweden ...
Nabi Musa Meminta Untuk Menjadi Umat Nabi Muhammad

Nabi Musa Meminta Untuk Menjadi Umat Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 360 hits
Kata Nabis Musa as Ya Rabb aku mendapati dalam lauhin mahfuz orang kalau berazam untuk berbuat baik tapi tidak dibuat Kau berikan ganjaran kepada dia Jadikan sifat itu untuk umat aku kata Allah itu umatnya Nabi Muhammad kemudian Nabi Musa t...
Dilaporkan Maut Terbakar Dalam Kemalangan Kereta Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Kematian Kartunis Hina Nabi

Dilaporkan Maut Terbakar Dalam Kemalangan Kereta Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Kematian Kartunis Hina Nabi

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 556 hits
STOCKHOLM Pihak polis menolak sebarang unsur jenayah mahupun penglibatan pihak lain berhubung kemalangan ngeri jalan raya melibatkan kartunis Sweden Lars Vilks 75 Vilks yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam apabila melukis g...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk