Tiga Hakim Mahkamah Tinggi Benar Najib Pinda Tarikh Serah Pasport


AGENDA DAILY
Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, pada Julai 2020 selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Tiga hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya buat sementara bagi membolehkannya melawat anaknya, Nooryana Najwa yang bakal melahirkan anak kedua di Singapura bulan depan.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonannya yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, meminda tarikh kepada 25 Oktober hingga 6 Disember ini.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan bekas Perdana Menteri itu mendapatkan pasportnya daripada 20 Oktober lalu dan dipulangkan semula pada 22 November ini.
Bagaimanapun, Najib memohon meminda tarikh berkenaan kerana beliau terpaksa menangguhkan perjalanan ke Singapura bagi membantu jentera UMNO menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung 20 November ini.
Ini kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada ketika itu akan berangkat ke Jerman bagi mendapatkan rawatan sakit belakangnya.
Menurut Najib, beliau diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memastikan parti bertindak dengan teratur dan sewajarnya ketika ketiadaan Ahmad Zahid.
Permohonan Najib meminda tarikh penyerahan pasport dibuat kepada tiga hakim berkenaan yang mengendalikan tiga pertuduhan jenayah berasingan yang dihadapinya sebelum ini.
Di hadapan Hakim Mohamed Zaini, Najib menghadapi pertuduhan terlibat dalam kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Perbicaraan kes itu bersambung pada 29 Oktober hingga 30 November ini namun akan dijadual semula kerana Najib berada di Singapura.
Sementara itu, Najib juga menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama, dihadapan Hakim Sequerah.
Di hadapan Hakim Muhammad Jamil, Najib menghadapi enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC), bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/tiga-hakim-mahkamah-tinggi-benar-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Cukai Najib Anak Badan Peguam Mohon Jadi Sahabat Mahkamah

Kes Cukai Najib Anak Badan Peguam Mohon Jadi Sahabat Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 298 hits
AGENDA DAILY Badan peguam mohon jadi sahabat mahkamah dalam kes Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin berkaitan cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Badan Peguam Malaysia memohon untuk menjadi amicus curiae atau sa...
Kenapa Agc Tak Bantah Permohonan Najib Dapatkan Semula Pasport Soal Badan Antirasuah

Kenapa Agc Tak Bantah Permohonan Najib Dapatkan Semula Pasport Soal Badan Antirasuah

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 312 hits
October 19 2021 6 03 PMMahkamah Rayuan membenarkan pelepasan sementara pasport Najib Razak bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang akan bersalin di Singapura PETALING JAYA Jabatan Peguam Nega...
Najib Penjenayah Vip Pertama Malaysia Dapat Semula Pasport Tun Mahathir

Najib Penjenayah Vip Pertama Malaysia Dapat Semula Pasport Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 367 hits
inforakyat netNajib penjenayah VIP pertama Malaysia dapat semula pasport Tindakan mahkamah membenarkan pemulangan pasport beberapa bekas pemimpin bagi tujuan perubatan dan lawatan dianggap luar biasa oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahath...
Selepas Isteri Najib Pula Mohon Pasport Dikembalikan

Selepas Isteri Najib Pula Mohon Pasport Dikembalikan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 250 hits
agendaily com15 10 2021Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Susulan keputusan mahkamah mengembalikan pasport isterinya kini Datuk Seri Najib Razak pula memohon pasport dikembalikan agar boleh berkunjung ke Singapura untuk bersama an...
Mahkamah Benar Video Gambar Kes Bunuh Syed Danial Dimainkan

Mahkamah Benar Video Gambar Kes Bunuh Syed Danial Dimainkan

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 361 hits
SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan video dan gambar kejadian kemalangan pada perbicaraan kes bunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir dimainkan dalam prosiding seterusnya Hakim Julia Ibrahim menyatakan perkara itu selep...
Kes Mahkamah Najib Zahid Ujian Kepada Rakyat Malaysia

Kes Mahkamah Najib Zahid Ujian Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 281 hits
Ia kini bukan lagi penting apa hukuman mahkamah gelagat Pendakwa atau hujah PEGUAMBELA Berapa lama kes ini akan tamat siapa nak saman siapa berapa hari nak cuti sakit berapa kali nak kena bedah majlis Tangguh nenek masuk hospital atau sebag...
Najib Mohon Ubah Tarikh Lawat Anak Di Singapura Untuk Bantu Umno Hadapi Prn Melaka

Najib Mohon Ubah Tarikh Lawat Anak Di Singapura Untuk Bantu Umno Hadapi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 300 hits
Oleh Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika hadir ke perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur GAMBAR Abd Razak Aid DATUK Seri Najib Tun Razak memohon untuk meminda tarikh pelep...
Mahkamah Benarkan Najib Ke Singapura Sehari Selepas Prn Melaka

Mahkamah Benarkan Najib Ke Singapura Sehari Selepas Prn Melaka

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 300 hits
MALAYSIA NOW Najib Razak akan ke Singapura pada 21 November sehari selepas PRN Melaka dan kembali ke tanah air pada 5 Disember Bekas perdana menteri Najib Razak Gambar Bernama Mahkamah Tunggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bek...
Serentak Pasport Kluster Mahkamah Dikembalikan Ag Langsung Tidak Bantah

Serentak Pasport Kluster Mahkamah Dikembalikan Ag Langsung Tidak Bantah

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 347 hits
AGENDA DAILY Keempat empat individu VIP ini memohon mendapatkan sementara pasport tanpa mendapat bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Timbul persoalan mengapa Peguam Negara langsung tidak membantah permohonan beberapa individu dalam klu...
Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Kebakaran Asrama Fadhlina Sidek Segerakan Bantuan Buat Smk Tinggi Setapak

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

12 Taman Taman Negara Di Sarawak

Acha Septriasa Tolak Tawaran Filem Sheriff Kerana Komitmen Qodrat 2

Tak Sangka Ini Yang Terjadi