Senarai Sembilan Ppv Untuk Walk In Mulai Isnin


AGENDA DAILY
Sembilan pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih akan menjalankan operasi vaksinasi jumpa terus atau 'walk-in' tanpa janji temu bagi penduduk di Lembah Klang bermula esok, 2 Ogos ini.
Sembilan pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih akan menjalankan operasi vaksinasi jumpa terus atau ‘walk-in’ tanpa janji temu bagi penduduk di Lembah Klang bermula esok, 2 Ogos ini.
PPV terbabit ialah:
KL Convention Centre HCO F;KL Convention Centre HCO G;KL Convention Centre HCO H;Bangi Avenue Convention Centre;Hotel Wyndham, Klang;Dewan Tun Razak, Sabak Bernam;Dewan Komuniti Serendah;Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA; danIdeal Convention Centre, Shah Alam.Mulai 2 Ogos hingga 4 Ogos PPV walk in itu akan dibuka khusus untuk penerima vaksin berusia 40 tahun ke atas atau mereka daripada kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada Covid-19 sekiranya dijangkiti di Lembah Klang.
Manakala walk in bagi semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang bermula 5 Ogos hingga 22 Ogos, kata Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataan hari ini.
“Masa jumpa terus bermula jam 2 petang setiap hari tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing,” katanya.
Dalam kenyataan sama CITF memaklumkan untuk bukan warganegara Malaysia di Lembah Klang pula, tarikh dibenarkan jumpa terus bermula 9 Ogos dan hanya akan dijalankan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 2 petang setiap hari tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.
CITF berkata antara dokumen yang diperlukan iaitu bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.
“Golongan komorbid diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad janji temu.
“Tambahan bagi bukan warganegara, mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, mereka akan melalui proses yang telah ditetapkan dalam satu Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara yang telah dikeluarkan oleh CITF,” katanya.
“Pelaksanaan vaksinasi jumpa terus ini adalah berdasarkan ‘siapa dahulu, dia dapat’ bergantung kepada kapasiti bekalan di PPV, dengan individu jumpa terus akan diletakkan di bawah ‘senarai menunggu’ untuk hadir semula pada keesokan harinya sekiranya bekalan vaksin pada hari berkenaan sudah habis digunakan,” tambahnya.
“Adalah dimaklumkan bahawa golongan ibu hamil tidak perlu untuk jumpa terus bagi mendapatkan vaksinasi sebaliknya janji temu mereka akan diberikan melalui MySejahtera.
“CITF juga ingin mengingatkan bahawa jumpa terus hanyalah untuk penduduk di Lembah Klang. Individu yang telah mendapat janji temu adalah tidak dibenarkan untuk jumpa terus dan mereka juga tidak dibenarkan untuk membatalkan janji temu yang diberikan bagi tujuan jumpa terus sekiranya janji temu sedia ada adalah pada tarikh yang akan datang,” katanya.
Katanya operasi vaksinasi tanpa janji temu (jumpa terus) ini adalah berlandaskan kepada keperluan untuk melindungi penduduk di Lembah Klang dalam zon merah memandangkan kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat.
Sementara itu, CITF memaklumkan bagi vaksinasi secara jumpa terus melalui program jangkauan di kawasan pinggiran Lembah Klang pula, ia akan bermula secara berperingkat pada 9 Ogos ini.
“Jadual pergerakan iaitu tarikh dan lokasi bergantung kepada perancangan pihak terlibat seperti badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang menganjurkan Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) serta lain-lain agensi seperti Pejabat Daerah dan Pejabat Kesihatan di kawasan sasaran.
“Hebahan tarikh, masa dan lokasi akan dilakukan melalui media sosial, media tradisional dan melalui kerjasama dengan Pejabat Daerah yang berkenaan serta Jabatan Penerangan Negeri Selangor,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/senarai-sembilan-ppv-untuk-walk-in.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Lembah Klang Boleh Walk In Di 9 Ppv Terpilih Mulai 2 Ogos Ini

Penduduk Lembah Klang Boleh Walk In Di 9 Ppv Terpilih Mulai 2 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 251 hits
Individu mendapat janji temu tidak dibenarkan walk in dan tidak dibenarkan membatalkan janji temu diberikan bagi tujuan walk in PETALING JAYA Sembilan pusat pemberian vaksin di Lembah Klang dibuka untuk penerima walk in bermula 2 Ogos ini k...
Terkini Ini Senarai Penuh Kawasan Dikenakan Pkpd Termasuk 14 Kampung Di Kelantan Mulai 27 Julai Ini

Terkini Ini Senarai Penuh Kawasan Dikenakan Pkpd Termasuk 14 Kampung Di Kelantan Mulai 27 Julai Ini

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 279 hits
Malaysia pada hari ini mencatatkan sebanyak 17 045 kes baharu COVID 19 dan menjadikan jumlah kumululatif keseluruhan mencecah lebih satu juta dengan 1 013 438 kes
N Sembilan Denies Public Can Walk In For Covid 19 Jabs

N Sembilan Denies Public Can Walk In For Covid 19 Jabs

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 269 hits
The Negeri Sembilan Covid 19 Immunisation Task Force today denied that the public can walk in to any vaccination centres in the state on Aug 1 to have their Covid 19 vaccination In a statement today the Negeri Sembilan CITF stated that it h...
Vaksinasi Walk In Di Ppv Ums Legakan Individu Belum Terima Janji Temu

Vaksinasi Walk In Di Ppv Ums Legakan Individu Belum Terima Janji Temu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 295 hits
Program vaksinasi secara walk in memberi kelegaan kepada individu yang masih belum menerima tarikh janji temu Bernama KOTA KINABALU Inisiatif pusat pemberian vaksin Universiti Malaysia Sabah mengadakan program vaksinasi secara tanpa janji t...
Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama Senarai Vaksin Di Ppv Selangor Kl

Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama Senarai Vaksin Di Ppv Selangor Kl

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 565 hits
Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama Senarai Vaksin di PPV Selangor KL Assalamualaikum semua Mama telah mendaftar untuk mengambil vaksin sejak Mac dan agak sedih menunggu panggilan vaksin yang tak kunjung tiba lebih lebih lagi bila tengok kawa...
Ramai Warga Asing Cuba Nasib Walk In Sprm Nafi Ada Ppv Ambil Rasuah Rm80

Ramai Warga Asing Cuba Nasib Walk In Sprm Nafi Ada Ppv Ambil Rasuah Rm80

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 247 hits
PEKERJA warga asing yang membanjiri Pusat Konvensyen Midlands Seksyen 7 Shah Alam semalam langsung tidak mengendahkan SOP ketika menunggu mendapatkan vaksin Covid 19 SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan dakwaan wujud u...
Belum Dapat Tarikh Vaksin Boleh Walk In Di Mana Mana Ppv Pusat Pemberian Vaksin Untuk Warga Selangor Dan Kuala Lumpur

Belum Dapat Tarikh Vaksin Boleh Walk In Di Mana Mana Ppv Pusat Pemberian Vaksin Untuk Warga Selangor Dan Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 872 hits
BELUM DAPAT TARIKH VAKSIN BOLEH WALK IN DI MANA MANA PPV PUSAT PEMBERIAN VAKSIN UNTUK WARGA SELANGOR DAN KUALA LUMPUR Alhamdulillah good news buat orang Selangor KL Bermula 1 Ogos 2021 Kepada semua penduduk Selangor KL yang masih tidak memp...
Selangor Buka Walk In Vaksin Covid 19 Mulai 2 Ogos

Selangor Buka Walk In Vaksin Covid 19 Mulai 2 Ogos

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 322 hits
Selangor semakin hampir untuk mancapai sasaran 80 penduduk disuntik vaksin Covid 19 bagi memperolehi imuniti berkelompok Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari statistik pada hujung Julai telah menunjukkan sebanyak 65 pend...
Warga Emas Seluruh Negara Boleh Walk In Vaksin Mulai Minggu Depan

Warga Emas Seluruh Negara Boleh Walk In Vaksin Mulai Minggu Depan

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 359 hits
Khairy Jamaluddin berkata pemberian vaksin kepada warga emas secara walk in akan diperluas ke seluruh negara mulai minggu hadapan PETALING JAYA Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid 19 memutuskan pemberian vaksin secara walk in kepada warga ...
Startup Ecosystem And Innovation

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

Pelamindiy Dan Hantaran Simple

Plan For Your Retirement Wisely


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Api Dapur Bertukar Oren Jangan Panik Cuba Cara Ni Dulu

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Eh Geng Lepas Ni Nak Masuk Thailand Jangan Main Redah Je Mulai 1 Mei

Bangun Kuil Atas Tanah Masjid Jais Arah Pengosongan Serta Merta