Senarai Laman Web Bahan Bacaan Digital


Dalam era serba canggih pada hari ini, buku juga mengalami evolusi tersendiri apabila selain buku fizikal, buku juga boleh dibaca secara atas talian atau dipanggil bahan bacaan digital.
Bahan bacaan ini boleh diakses menerusi internet malah boleh dimuat turun dan dibaca oleh orang awam.
Mengenai Bahan Bacaan Digital Bahan bacaan digital ialah bahan bacaan yang boleh diakses secara atas talian dan boleh dibuka menggunakan peranti seperti telefon bimbit pintar atau komputer.
Ianya sering dipanggil sebagai ebook yang kini telah menjadi satu alternatif kepada buku fizikal hasil daripada kemajuan teknologi pada hari ini.
Dengan ada bahan bacaan yang berasaskan digital ini, orang ramai kini boleh membudayakan amalan membaca di mana-mana tanpa perlu membawa buku fizikal.
Kelebihan Bahan Bacaan Digital Antara kelebihan bahan bacaan ini kepada orang ramai adalah seperti berikut:
Mudah diakses pada bila-bila masa dan dimana juga. Mengurangkan penggunaan kertas yang boleh memberikan kesan kepada alam sekitar. Lebih murah berbanding buku fizikal. Boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Meningkatkan pembudayaan amalan membaca. Senarai Laman Web Bahan Bacaan Digital Senarai laman web yang menawarkan bahan bacaan ini adalah seperti berikut:
U-pustaka e-sentral PPAS elib Book Capital Wonderbuuk 1- U-pustaka U-pustaka merupakan portal yang menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi  buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal, surat khabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.
Portal ini diwujudkan hasil daripada inovasi dariapada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti:
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) Perpustakaan INTAN Bukit Kiara Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANs) Keahlian u-Pustaka adalah percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengguna boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital.
Tambahan pula, pengguna boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan.
Pengguna boleh mengakses portal ini di pautan https://www.u-library.gov.my/.
2- e-sentral e-sentral merupakan laman web yang menawarkan pembelian ebook secara atas talian bagi buku-buku yang terpilih.
Antara genre buku yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Novel Remaja Motivasi Perakaunan & Perangkaan Akademik Am Resepi & Memasak Komik Perniagaan & Pengurusan Kejuruteraan & IT Kanak-kanak Klasik Keluarga & Kesihatan Kewangan & Pelaburan Novel Umum Selain membeli buku, laman web ini juga menawarkan ebook terpilih yang boleh diakses secara percuma oleh pengguna.
Pengguna boleh mengakses laman web ini di pautan https://www.e-sentral.com/.
3- PPAS elib PPAS elib merupakan portal perpustakaan digital yang dimiliki oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Pengguna berpeluang untuk memuat turun bahan bacaan daripada perpustakaan digital ini secara percuma.
Portal in menawarkan peminjaman pelbagai jenis genre buku seperti:
Novel Am Sejarah Perundangan Autobiografi & Biografi Kanak-kanak Akademik Am Novel Remaja Motivasi Keluarga & Kesihatan Agama Gaya Hidup Mandarin Islam Politik Kejuruteraan & IT Masakan & Resipi Pengurusan & Perniagaan Pelancongan Bahasa & Kamus Keibubapaan Perkahwinan Sains Romantik Seni & Grafik Kewangan & Pelaburan Komik Portal perpustakaan ini boleh diakses menerusi pautan https://ppas.elib.com.my/.
4- Book Capital Book Capital merupakan laman web yang dimiliki oleh Perbadanan Kota Buku, iaitu sebuah agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pelbagai genre buku ditawarkan kepada orang ramai yang boleh diakses secara online seperti:
Akademik dan pendidikan Fiksyen Bukan Fiksyen Buku kanak-kanak Agama dan kerohanian Profesional dan teknikal Orang ramai boleh mengakses laman web ini di pautan https://www.bookcapital.com.my/.
5- Wonderbuuk Wonderbuuk merupakan laman web yang khusus menawarkan kandungan akademik seperti buku dalam pelbagai bidang dan kategori, termasuk e-buku dan buku bercetak.
Portal ini juga menawarkan platform untuk membeli dan menjual e-buku serta menawarkan ebook terpilih dengan percuma.
Laman web ini boleh diakses menerusi pautan https://www.wonderbuuk.com.
Sumber: Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 
Baca juga: Rekod Bacaan Buku SPLKPM: Format & Cara Menulis Sinopsis


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bahan-bacaan-digital/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bahan-bacaan-digital

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Brownies Kedut 5 Bahan Yang Simple Bahan Bahan 130g Marjerin 450g Coklat Gelap Beryl S Compound

Brownies Kedut 5 Bahan Yang Simple Bahan Bahan 130g Marjerin 450g Coklat Gelap Beryl S Compound

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 75 hits
Brownies Kedut 5 Bahan Bahan bahan 130g marjerin 450g coklat compound gelap Beryl s 100g tepung penaik BlueKey 180g gula perang 3 biji telur gred B Cara Penyediaan Mula mula cairkan coklat Beryl s dan marjerin menggunakan kaedah double boil...
Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 139 hits
Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum terbitan tahun 2022 oleh BPK KPM terdiri daripada 5 bahan sokongan PdP dan 2 bahan penerangan am dalam bentuk modul Bahan Sokongan PdP1 Modul Pedagogi Terbeza2 Modul Pembelajaran Teradun3 M...
Selamat Pagi Resepi 3 Bahan Je 5 Biji Kentang

Selamat Pagi Resepi 3 Bahan Je 5 Biji Kentang

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 120 hits
Selamat Pagi Jom kita buat cam ni resepi simple dengan hanya 3 bahan Bahan bahan 5 biji kentang 5 sudu besar tepung jagung Sedikit garam Cara cara Campurkan semua bahan dalam satu bekas Bulatkan campuran ni Goreng sehingga keemasan Lebih se...
Ayam Sambal Bali Bahan Bahan 1 Ekor Ayam Potong Kecil 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit 4 Sudu Besar

Ayam Sambal Bali Bahan Bahan 1 Ekor Ayam Potong Kecil 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit 4 Sudu Besar

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 103 hits
Ayam Sambal Bali Makanan ini pasti akan bikin kamu terliur Berikut adalah resepi Ayam Sambal Bali yang mudah dan sedap Bahan Bahan 1 ekor ayam potong kecil 1 sudu kecil serbuk kunyit 4 sudu besar cili kering yang diblend 2 sudu besar kicap ...
Ayam Percik Resepi Mudah Dan Sedap Bahan Bahan 7 Tangkai Cili Kering 1 Biji Bawang Besar

Ayam Percik Resepi Mudah Dan Sedap Bahan Bahan 7 Tangkai Cili Kering 1 Biji Bawang Besar

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 120 hits
Resepi Ayam Percik Bahan bahan 7 tangkai cili kering 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 2cm halia 3 tangkai serai 2cm kunyit hidup 1 sudu besar ketumbar 1 sudu besar jintan manis Garam dan gula secukup rasa 1 ekor ayam Sedikit minyak z...
Title Mee Soto Ayam Easy Recipe Bahan Bahan 500g Mee Kuning

Title Mee Soto Ayam Easy Recipe Bahan Bahan 500g Mee Kuning

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 76 hits
Resepi Mee Soto Ayam Bahan bahan 500gm mee kuning dicelur 100 gm taugeh dibersihkan dan dicelur 1 ekor ayam dibelah dua atau empat 3 4 liter air 3 sudu makan ketumbar 3 sudu makan jintan kasar 2 sudu makan jintan halus 1 sudu teh serbuk lad...
Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 128 hits
Resepi Cucur Udang Gebu Bahan bahan 1 2 kg Tepung gandum 1 biji telur 1 biji bawang besar Pewarna kuning 2 biji bawang holland Kucai Taugeh Udang Garam Gula Sedikit soda bikarbonat Air Cara Membuat Mula mula kisar bawang besar hingga halus ...
Ayam Lemon Gaya Cina Bahan Bahan 2 Dada Ayam Cuci Dan Keringkan Bahan

Ayam Lemon Gaya Cina Bahan Bahan 2 Dada Ayam Cuci Dan Keringkan Bahan

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 62 hits
Ayam Lemon gaya Cina Bahan bahan 2 dada ayam Bahan perap 3 sudu besar tepung jagung 1 2 sudu teh garam 1 2 sudu teh minyak bijan Sedikit lada 1 biji telur Bahan salut Campurkan 5 sudu besar tepung 5 sudu besar breadcrumbs Bahan sos 1 sudu b...
Tajuk Ikan Bakar Gaya Santai Bahan Bahan Ikan Bawal Daun Pisang 1 Inci Lengkuas 1

Tajuk Ikan Bakar Gaya Santai Bahan Bahan Ikan Bawal Daun Pisang 1 Inci Lengkuas 1

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 78 hits
Resepi Ikan Bakar yang Sedap dan Simple Bahan bahan Ikan bawal Daun pisang 1 inci lengkuas 1 inci halia 2 batang serai 3 4 ulas bawang putih Serbuk kunyit 1 labu kecil bawang besar atau bawang merah 2 senduk cili kering kisar Lada hitam Bel...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga