Senarai Hotel Terbaik Untuk Percutian Keluarga
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SENARAI HOTEL MENARIK UNTUK PERCUTIAN KELUARGA
Rindu betul nak bercuti bersama keluarga di tempat-tempat menarik sekitar Malaysia. Kalau sebelum ini boleh dikatakan selalu juga aku bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan, tetapi nampaknya sekarang kita perlu akur dengan pandemik yang berlaku ini
Rindu untuk jalan-jalan di tempat menarik, melancong ke tempat peranginan, merehatkan diri di hotel dan sebagainya. Okay kali ini aku nak kongsikan beberapa hotel menarik yang aku rasa sesuai untuk percutian anda bersama keluarga
Bila merancang percutian keluarga, antara perkara yang kita perlu pastikan ada adalah fasiliti yang lengkap, keselesaan yang maksimun, serta lokasi yang strategik berdekatan dengan tempat-tempat menarik. Jika ada fasiliti seperti kolam renang, taman tema air atau pantai adalah lebih bagus kerana pasti sekeluarga akan berseronok di tempat-tempat sebegitu
a) JOHOR | Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Desaru, Johor
Antara salah satu hotel yang pernah aku kunjungi bercuti bersama keluarga adalah di Lotus Desaru Beach Resort & Spa ini. Apa yang aku suka dengan hotel ini adalah lokasi ini lengkap dengan segala kemudahan yag diperlukan. Selain itu, keluasan hotel ini juga besar, memang kita boleh lakukan aktiviti dengan hanya berada di dalam kawasan hotel sahaja. Fasiliti yang tersedia di sini bagi aku lebih daripada cukup.
Sebenarnya di kawasan Desaru ini ada pelbagai lagi penginapan menarik yang boleh anda boleh bercuti seperti Anantara Desaru Coast Resort & Villas, The Westin Desaru Coast Resort dan juga Hard Rock Desaru Coast. Kalau anda nak berjalan-jalan di bandaraya Johor Bahru pun boleh, dengan perjalanan kira-kira 75 minit sahaja.
b) KUALA LUMPUR | Four Points by Sheraton Kuala Lumpur
Kalau anda bercadang nak Staycation KL, aku cadangkan untuk anda pilih hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur. Lokasinya yang betul-betul di tengah bandaraya Kuala Lumpur membolehkan untuk ktia ke lokasi-lokasi menarik sekitar dengan jarak dan masa yang singkat. Hotel 4 bintang ini tersedia dengan kemudahan yang lengkap, termasuklah kolam renang yang membawa pemandangan cantik Kuala Lumpur.
Stesen MRT juga terletak berdekatan sahaja, memang senanglah untuk berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Selain hotel ini, ada beberapa lagi hotel lain yang mungkin anda boleh jadikan lokasi percutian anda seperti The St. Regis Kuala Lumpur, Dorsett Kuala Lumpur dan Pullman Kuala Lumpur City Centre - Hotel & Residences.
c) MELAKA | The Shore Hotel & Residences
Jika anda merancang percutian ke Melaka, mungkin anda boleh pilih untuk menginap di The Shore Hotel & Residences. Apa yang menarik adalah penginapan disini termasuklah dengan beberapa fasiliti menarik seperti dua buah kolam renang, taman tema air dan juga pelbagai lagi.
Lokasinya juga cukup strategik, senang untuk ke tempat menarik di bandaraya bersejarah ini. Oh ya, untuk pengetahun anda, The Shore ini merupakan bangunan tertinggi di Melaka dan terdapat pelantar untuk melihat pemandangan di tingkat 43, iaitu ketinggian 163 meter. Untuk perbandingan, Menara Taming Sari di Bandar Hilir, Melaka hanyalah setinggi 110 meter.
d) PORT DICKSON | Avillion Admiral Cove Port Dickson
Port Dickson juga antara lokasi percutian yang popular. Jarak yang hanya beberapa jam sahaja dari ibu negara membuatkan ia menjadi lokasi tarikan pelancong luar dan juga tempatan. Anda boleh memilih Avillion Admiral Cove Port Dickson sebagai lokasi percutian anda. Aku pernah menginap di sini bersama keluarga beberapa tahun yang lalu. Fasiliti yang tersedia disini sememangnya lengkap, tambahan pula apabila buka sahaja cermin di bilik hotel, terus kelihatan pemandangan laut yang biru dan cantik
Antara Hotel in Port Dickson yang popular pastinya adalah Lexis Hibiscus Port Dickson, Glory Beach Resort, dan juga Corus Paradise. Beberapa kali juga aku pernah bercuti di Port Dickson kerana jarak yang dekat dengan Lembah Klang.
e) PULAU PINANG | Eastern & Oriental Hotel, George Town, Pulau Pinang
Pulau Pinang juga merupakan salah satu lokasi menarik yang anda boleh kunjungi. Ada pelbagai lokasi menarik sekitar bandaraya George Town yang menjadi tumpuan pelancong. Jika anda ke sini, antara hotel yang menarik adalah Eastern & Oriental Hotel. Dengan binaan abad ke 19 yang cantik, penginapan dan percutian anda di sini pastinya menarik. Lokasinya juga berdekatan dengan Persiaran Gurney dan beberapa lokasi tumpuan orang ramai lain.
Hotel lain yang anda boleh menginap adalah seperti Bayview Hotel. Royale Chulan Penang dan juga The Prestige Hotel Penang. Ada banyak pilihan hotel untuk anda pilih, dengan pemandangan laut dan juga bandar George Town yang mendamaikan.
TAK SABAR UNTUK BERCUTI!
Bagaimana? Tak sabarkan untuk kembali merentas negeri dan melancong di tempat-tempat menarik di seluruh negara. Tak salah untuk merancang percutian sekeluarga lebih awal. Setidak-tidaknya bila rentas negeri dibenarkan, kita sudah bersedia untuk melancong.
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2021/07/senarai-hotel-terbaik-untuk-percutian.html