Top 5 Hotel Yang Sesuai Untuk Seisi Keluarga Family Staycation
Penularan wabak atau pandemik Covid-19 bukan sahaja memberi impak kepada sektor ekonomi, malah turut memberi kesan terhadap sektor industri pelancongan di negara ini kerana sekatan perjalanan yang dihasilkan serta penurunan permintaan di kalangan pelancong.
Pada masa ini, ramai rakyat Malaysia yang sangat terkesan sehinggakan ada yang mendapat gangguan emosi, kemurungan disebabkan kehilangan pekerjaan dan tidak dapat lagi pergi kemana-mana seperti sebelum negara kita dilanda covid-19. Dalam situasi PKP sekarang ni, semua aktiviti kita tersekat. Lagi pula, sekarang ni kita masih tak dapat nak rentas negeri lagi kan. Lyssa tahu, mesti ramai juga antara pembaca blog Lyssa ni, bosan sebab terpaksa duduk di rumah #StayHome.
Lyssa ada juga la angan-angan, settle je covid ni nanti, nak pergi bercuti dengan keluarga Lyssa, tenangkan fikiran rehatkan minda. Ye lah. Dengan keadaan negara kita yang macam ni, mesti la kita perlukan masa untuk rehatkan diri bersama keluarga tersayang kan. Tak perlu cuti lama-lama pun tak apa, asalkan dapat staycation bersama keluarga. Mesti korang pun sama, rindu nak pergi bercuti, stay kat hotel, nikmati pemandangan indah, bawa anak-anak mandi swimming pool, manjakan diri semua. Aaaaaa, rindunya!
Tapi tak apa, bagi sesiapa yang teringin nak bercuti di hotel, nahh Lyssa senaraikan Top 5 Hotel yang sangat sesuai untuk seisi keluarga bagi mereka yang mahu staycation atau boleh juga dipanggil 'percutian singkat'. Bagi yang ada kelapangan waktu hujung minggu pun, apa la salahnya bawa keluarga korang bercuti, happykan anak-anak. Kan ? hee~
Top 5 Hotel Staycation Menarik Sesuai Untuk Seisi Keluarga Untuk memastikan korang mendapat percutian keluarga yang menyeronokkan, Lyssa telah memilih senarai penginapan teratas di bandar, yang dilengkapi dengan kolam kanak-kanak, bilik-bilik yang luas dan kemudahan yang sesuai untuk kanak-kanak dan seisi keluarga
1. Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur
Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur terletak di daerah pusat perniagaan dan membeli-belah di Kuala Lumpur. Hotel ini menawarkan akses terus ke Pusat Membeli-belah Berjaya Times Square yang mempunyai sebuah taman hiburan dalaman. Ia juga ada menawarkan sebuah kolam renang, sauna, pusat kecergasaan, 2 gelanggang squash dan tidak lupa, FREE WiFi ada disediakan di seluruh tempat penginapan ini.
Hotel Berjaya Times Square mempunyai bilik-bilik yang menawarkan keselesaan moden, sistem hiburan dan saluran TV kabel. Terdapat 13 jenis bilik yang terdiri daripada pelbagai kemudahan dan kelengkapan, antaranya Family Room, Superior, Premier, Premier Twin Towers View, Club Premier, Club Premier Twin Towers View, 2-Bedroom Deluxe, 2-Bedroom Deluxe Twin Towers View, 2-Bedroom Suite, Club Premier Suite, Classic Penthouse, Empress Penthouse dan Ambassador Penthouse. Kemudahan membuat teh/kopi dan bar mini juga ada disediakan. Bilik mandi suite menawarkan ruang pancuran mandian dan tab mandi yang berasingan
Bagi korang yang teringin nak Staycation KL bersama keluarga dan mahu yang berdekatan dengan pusat membeli-belah, Hotel Berjaya Times Square , Kuala Lumpur adalah pilihan yang tepat.
Adress : No.1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 55100
2. Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur
Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur terletak di bertentangan dengan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (sebelumnya dikenal sebagai PWTC), terletak di dalam Segitiga Berlian Kuala Lumpur. Lokasinya sangat strategik, hanya kurang 3 km dari hotel adalah Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC) di mana Menara Kembar Petronas yang ikonik mendominasi latar langit
Hotel ini bersambung dengan Sunway Putra Mall. Jadi, kepada sesiapa yang ingin menginap di hotel ini, akan berpeluang merasai pelbagai kemudahan seperti kedai, hiburan dan ianya juga salah satu pilihan tempat makan terbesar yang disediakan dengan lebih daripada 80 kedai makanan dan minuman yang terkenal. Siapa yang suka makan tu, tak salah untuk cuba staycation di hotel Sunway Putra ini. Pasti takkan menyesal
Paling best, semua bilik dan suite di hotel ini dilengkapi dengan WiFi percuma, TV skrin rata, bar mini serta alat membuat teh/kopi dan juga kemudahan menyeterika. Banyak juga tau aktiviti yang boleh kita lakukan di hotel ini, antaranya bagi korang nak segarkan badan, boleh ke 'fitness center' dan juga boleh berenang di kolam renang luaran (outdoor pool) dengan kolam renang kanak-kanak bersambung (children pool)
Pilihan menu makan 24 jam di dalam bilik di hotel ini memberikan tetamu fleksibiliti untuk menikmati hidangan peribadi dalam keselesaan bilik atau suite mereka - menjadikannya salah satu keseronokan terbesar semasa menginap di Sunway Putra Hotel
Address : 100, Jalan Putra, Medan Tuanku, Kuala Lumpur, Malaysia, 50350
3. Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur mempunyai kolam renang luaran dan spa dengan sauna serta tab mandi panas. Hotel ini turut menempatkan sebuah gimnasium dan 3 pilihan untuk menjamu selera. Apa yang menariknya, hotel ini menawarkan hiasan moden, bilik-bilik yang mewah di Seri Pacific Hotel dilengkapi dengan lantai kayu. Ia juga menyediakan sebuah TV skrin rata dengan saluran filem dan bar mini yang berstok lengkap. Sesetengah bilik, menawarkan pemandangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Genting Highlands atau Menara Berkembar Petronas
Gimnasium disediakan, boleh beriadah bersama keluarga di sini :)
Hotel ini terletak sejauh 10 minit pemanduan dari Daerah Pusat Perniagaan di Kuala Lumpur dan dalam jarak 3 km dari Pavilion Kuala Lumpur serta Chinatown. Hotel ini berjarak 75 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Address : Jalan Putra , Medan Tuanku, Kuala Lumpur, Malaysia, 50350
4. The Westin Kuala Lumpur
The Westin Kuala Lumpur juga antara hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Lokasinya sangat strategik kerana ianya berdekatan dengan pusat beli-belah termasuk Pavilion, Lot 10 dan Sungai Wang. Hotel bertaraf 5 bintang ini, menawarkan bilik-bilik moden yang mewah serta mempunyai kolam renang luaran (sangat sesuai untuk seisi keluarga), juga kemudahan lain seperti pusat kecergasaan (fitness center). Selain itu, bagi sesiapa yang ingin manjakan diri di sini, korang juga boleh menempah rawatan spa dalam bilik
Semua bilik adalah luas dan menampilkan warna-warna tanah yang menarik. Ia juga dilengkapi dengan katil Westin yang eksklusif. Kemudahan dalam bilik termasuk Smart TV 55 inci dan bilik mandi marmar dengan tab mandi dan pancuran mandian kaca yang berasingan
Hotel nya nampak cantik dan view dari hotel pun, nampak sangat eksklusif. Ini adalah antara salah satu hotel yang nak sangat Lyssa pergi jika berpeluang satu hari nanti. Lagi pula, jaraknya sangat dekat dengan pusat beli-belah, jalan kaki pun boleh ye
Address : 199, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 55100
5. Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences
Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences terletak bertentangan dengan pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur. Hotel ini menawarkan penginapan moden dengan WiFi percuma di seluruh kawasan. Hotel ini juga ada menyediakan 2 bar, 4 restoran dan sebuah kolam renang luaran
Dengan suasana dan pemandangan bandar yang cantik, khususnya pada waktu malam, memang sangat menenangkan jika dapat menginap di hotel ini. Setiap bilik yang berhawa dingin di sini menawarkan kelengkapan moden serta mempunyai TV satelit skrin rata.
Sangat sesuai untuk seisi keluarga, hotel ini ada menyediakan gim untuk bersenam dan juga boleh bersantai di tepi kolam renang. Bagi mereka yang ada anak kecil, boleh bermain di kelab kanak-kanak. Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak ada disediakan dengan bayaran tambahan
Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences terletak 3 km dari Menara Berkembar Petronas dan 550 meter dari stesen MRT Raja Chulan. Daerah Bukit Bintang terletak dalam jarak berjalan kaki. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pula berjarak 66 km pemanduan
Address : No. 4 Jalan Conlay, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450
Sebenarnya, banyak lagi hotel untuk Staycation KL yang ada tau. Tapi Lyssa senaraikan yang Top 5 dulu ya. Cadangnya nanti dah habis covid, dah boleh rentas negeri, Lyssa nak bawa family Lyssa bercuti di Port Dickson. Ada la beberapa Hotel in Port Dickson yang Lyssa cari untuk sesuaikan dengan citarasa family Lyssa. Dah lama tak pergi Port Dickson sejak PKP ni. Kalau tak, asyik nak ke sana saja, dapat juga la cuci mata lihat keindahan pantai kat sana. hehe. InsyaAllah, doa-doa la cepat habis wabak covid di negara kita ni ya. Aminnn...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lyssasecret.com/2021/07/top-5-hotel-yang-sesuai-untuk-seisi.html