Senang Boleh Buat Sendiri 10 Sos Pencicah Sedap Ni
Bila makan steak pasti anda akan teruja bila menikmati keenakkan sosnya, atau mencicah kentang goreng atau nachos dengan sos mustard atau salsa yang masam manis, atau mencicah bergedil dengan sos macam manis. Malah banyak lagi sos yang dijadikan sebagai sos untuk melengkapi keenakan masakan seperti sos balognes untuk dihidangkan dengan pasta, sos tirayaki digabungkan dengan ayam goreng. Semua sos ini memang sedap sebab itulah satu dunia mengakuinya. Kalau korang nak cuba buat sos sendiri, ini disediakan 10 resipi sos yang biasa korang makan dan sangat mudah disediakan.
SOS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 Sudu makan minyak goreng.1 ulas bawang puti | titik1 biji cili merah |buang biji kemudian hiris nipis250ml air stok ayam2 sudu makan sps tomato1 sudu makan gula pasir¼ sudu teh minyak bijan1 sudu makan cuka1 sudu makan tepung ubi | larutkan dengan 1 sudu makan airCARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan cili merah hingga wangi.Masukkan stok ayam dan bahan-bahan lain, kecuali air larutan tepung ubi.Setelah mendidih baru masukkan air larutan tepung ubi. Kacau rata hingga pekat.Tutup api dan sos siap dituang atas makanan atau dijadikan pencicah makanan.
SOS KEJU
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan mentega2 sudu makan tepung gandum100gm keju cheddar150ml susu cairCARA MEMASAK:
Panaskan mentega hingga cair.Masukkan tepung, terus kacau di atas api kecil.Masukkan susu cair, diikuti keju.Untuk mengelakkan adunan hangus, jangan berhenti kacau.Setelah masak tutup api dan sos siap untuk dicicah dengan makanan lain.
SOS TERIYAKI
BAHAN-BAHAN:
1,100ml kicap manis100ml kicap masin4 sudu makan gula perang1/2 sudu makan halia yang sudah diparut3 ulas bawang putih |kisar galus1 cawan nanas siap parut1 sudu makan jus limau nipis1 sudu makan tepung jagungAir secukupnya untuk melarutkan tepung jagung.CARA MEMASAK:
Bancuh tepung jagung dengan air secukupnya. Ketepikan.Masukkan kicap manis dan masih dalam periuk.Panaskan sambil terus mengacau hingga berwap.Tambah ke dalamnya, gula perang, bawang putih, halia yang dikisar halus tai.Masukkan jus perhgan limaunipis dan nanas.Terus kacau supaya bahan campuran sebati.Akhir sekali masukkan jus limau nipis dan nanas.Kacau hingga rata, kemudian tambahkan air putih dan biarkan ia hingga mendidih.Tuangkan larutan tepung ubi, terus kacau hingga sos menjadi pekat dan meletop-letop,Tutup api, keluarkan nanas dan simpan sos dalam botol, sos Teriyaki sedia digunaka sebagai bahan campuran dalam pelbagai masakan.
SOS PASTO
BAHAN-BAHAN:
4 cawan daun basil segar½ cawan minyak zaitun2 ulas bawang putih2 batang parsley1/4 kacang pine1/2 cawan keju parmesan parutSedikit garam dan lada hitamCARA MEMASAK:
Masukkan daun basil, minyak zaitun, bawnag aputih, parsley, garam dan lada hitam dan kacang pine dalam blender.Kisar hingga halus.Keluarkan dari blender dan campurkan dengan parutan keju.Sedap disajikan sebagai sos pasta.
SOS SALSA
BAHAN-BAHAN:
2 biji tomato | potong dadu kecil1/2 biji cili banggala merah | dipotong dadu kecil1/2 biji bawang Holland | potong dadu kecil1 biji limau nipis | ambil jus sahaja1/2 sudu teh garamCARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan yang dipotong dadu ke dalam mangkuk besar.Perahkan jus limau nipis ke dalamnya Bersama sedikit garam.Gaul rata dan biarkan lebih kurang 15 minit.4, Setelah siap, sos ini boleh dihidangkan dengan nachos.
SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
500gm tiram segar | kopek, bersihkan dan dihiris halus150ml air bersih1 sudu makan kicap soya2 sudu teh kicap masinCARA MEMASAK:
Masukkan tiram dalam periuk bersama lendirnya sekali.Tambahkan air di dalamnya, dan didih di atas api kecil.Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk.Kemudian tapis airnya menggunakan penapis.Masukkan hampasnya semula ke dalam periuk dan panaskan dengan api kecil hingga mendidih.Tambahkan garam, kicap masin dan kicap soya, kacau rata hingga sos pekat.Tutup api dan sejukkannya.Setelah betul-betul sejuk baru masukkan ke dalam botol.Untuk tahan lebih lama simpan dalam peti ais.
SOS KARI
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan serbuk kari1 sudu makan minyak masak1 batangserai | titik200ml santanGaram dan gula secukup rasa3 helai daun limau purut3 ulas bawang putih | kisar halus4 ulas bawang merah | kisar halus1cm halia |kisar halus1/2cm kunyit hidup | kisar halus1/2 sudu teh lada hitam | kisar halusCARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis bahan kisar halus.Kemudian tambah serai dan daun limau purut, kacau rata hingga timbul minyak.Seterusnya masukkan serbuk kali dan santan.Sesekali kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Setelah masak, tutup api
SOS MUSTARD
BAHAN-BAHAN:
50gm tepung jagung300ml stock ayam¼ sudu teh jus halia50gm mustard segera1 sudu makan gula pasir1/2 sudu teh garam1 sudu teh cukaBAHAN B:
50gm timun | potong dadu kecil50gm lobak merah | dadu kecil dan rebus50gm nanas | dadu kecil3-5 biji cili padi | hiris halusCARA MEMASAK:Campurkan semua bahan A, kacau rata.Panaskan atas api hingga pekat dan masak.Tutup api dan sejukkan.Sos sedia dihidangkan sebagai pencicah dan dressing salad.
SOS BALOGNESE
BAHAN-BAHAN:
250gm daging cincang1 biji bawang Holland | cincang1 ulas bawang putih300gm tomatio | celur dalam air mendidih, kemudian buang kulit dan cincang1 biji lobak merah | cincang halus1 sudu makan pes tomato1/2 sudu teh basil kering1/2 suu teh oregano kering3 sudu makan minyak zaitunGaram dan serbuk lada sulah secukupnyaCARA MEMASAK:
Tumis bawang Holland dan bawang putih dengan minyak zaitun hingga layu.Setelah wangi masukkan tomato, lobak merah, kacau rata masukkan pula daging kisar.Kacau rata hingga daging kisar berubah warna.Tuangkan 200ml air, masukkan pes tomati.Perasakan dengan sedikit garam, serbuk lada sulah, oregano dan basil kering.Setelah pekat, tutup api, sedia dihidangkan sebagai sos untuk spageti.Untuk penambah rasa, boleh taburkan dengan keju pamersan.
SOS LADA HITAM UNTUK STEAK
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang Holland1 sudu the lada hitam | dikisar kasar1/2 sudu the serbuk buah pala1 sudu makan sos tomato2 sudu teh serbuk perasa ayam1 sudu makan tepung gandum1/2 sudu teh garam1/2 sudu teh gula200ml air1 sudu makan mentega | untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga layu dan wangi.Kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata supaya tidak bergentel.Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus mengacau di atas api sederhana.Masukkan serbuk perasa ayam, garam, gula pasir, serbuk pala, lada hitam dan sos tomato.Kacau rata hingga sos pekat.Tutup api dan sos sedia dihidangkan dengan steak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/senang-boleh-buat-sendiri-10.html