20 Resipi Puding Yang Lagend Sedap Senang Membuatnya
Puding antara dessert paling disukai ramai tanpa mengira bangsa dan peringkat usia. Kepada korang penggemar puding ini ada 20 resipi puding yang boleh korang cuba buat sendiri sebagai hidangan pencuci dihujung minggu. Pilih mana-mana resipi yang disukai. Diharapkan percubaan membuat puding berhasil ye…
AGAR-AGAR ABC
BAHAN A:
10gm agar-agar700ml air180 gm gula merah2 helai daun pandanBAHAN B:
30gm agar-agar1600ml air1 tin susu cair300gm gula1/2 tin krim jagung campur sedikit pewarna kuning100gm kacang merah campur sedikit pewarna merah jambu100gm cendol campur sedikit pewarna hijauCARA MEMASAK:
Satukan bahan A, masak hingga mendidih.Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Biarkan sejuk.Satukan bahan B(air, agar-agar dan gula), masak sehingga larut.Kemudian, masukkan susu, kacau rata.Angkat dan bahagikan kepada tiga bahagian(satu bahagian campurkan dengan krim jagung, satu bahagian kacang merah dan satu bahagian dengan cendol).Cakarkan permukaan A, tuangkan campuran jagung. Biarkan beku.Tuangkan pula lapisan cendol di atasnya dan biarkan beku.Akhir sekali, tuangkan lapisan kacang merah di atas lapisan jagung dan biarkan beku.
AGAR-AGAR CENDOL
BAHAN A : LAPISAN CENDOL
750ml air170gm gula10gm agar-agar250ml santan1 sudu makan tepung jagungCendol secukupnya BAHAN B: LAPISAN GULA MELAKA
750ml air250gm gula melaka | diracik halus10gm agar-agar250ml santan CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Masak air, gula dan agar-agar hingga larut.Satukan santan dan tepung jagung, kacau agar tidak bergentel.Tapiskan dan tuangkan ke dalam agar-agar.Masak sebentar hingga mendidih.Angkat dan biarkan suam baru masukkan cendol.Biarkan ianya keras.Untuk menyediakan bahan B. Masak air, gula melaka dan agar-agar hingga larut.Masukkan santan, kacau sebentar.Akhir sekali, tuangkan keatas lapisan cendol yang telah keras.
UDING SUSU OREN
BAHAN A: LAPISAN PUDING
4gm agar-agar200ml air300ml susu6 sudu besar gula (ikut sesuai)50ml jus orenPewarna kuningBAHAN B: LAPISAN JERNIH
4gm agar-agar500ml air6 sudu besar gula50ml jus orenCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan lapisan puding. Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.Masukkan susu,jus oren dan pewarna. Angkat.Masukkan dalam acuan dan biarkan sejuk dan keras.Untuk menyediakan lapisan jernih. Masak agar-agar, gula dan air sehingga mendidih.Masukkan jus dan sedikit pewarna.Cakarkan lapisan puding dan tuangkan lapisan jernih. Buat kaedah serupa sehingga habis.
PUDING MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 liter susu segar10gm agar-agarSedikit perisa manggaSedikit pewarna kuning200gm gula1 biji buah mangga | isinya dipotong dadu CARA MEMASAK:
Masukkan agar-agar , gula, susu dan masak hingga gula larut.Masukkan perisa mangga dan pewarna. Kacau perlahan hingga mendidih.Sediakan acuan dan tuangkan agar-agar di dalam.Taburkan buah mangga yang telah dipotong dadu.
AGAR-AGAR RINTIK PANDAN
BAHAN A:
1/2 sudu makan agar-agar serbuk250ml santan cair1 sudu makan gula pasirSedikit pewarna hijauBAHAN B:
1/2 sudu besar agar-agar500ml air100gm gula merah1 sudu makan tepung kastard campur 2 sudu makan air2 helai daun pandanCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.Tuangkan ke dalam loyang dan biarkan keras.Potong kecil-kecil dan biarkan sebentar.Untuk menyediakan bahan B. Masak air, daun pandan, gula merah dan agar-agar hingga larut. 5.Masukkan tepung kastard.Masak hingga mendidih.Angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah berisi dengan potongan agar-agar tadi.Sejukkan.
PUDING JELLY POLKADOT
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar500ml air1/2 tin susu cair100gm gula1 sudu makan tepung kastard1 1/2 sudu besar pati buahFruity jelly secukupnyaCARA MEMASAK:
Masak agar-agar dengan air hingga larut.Masukkan gula dan masak hingga larut.Angkat dan masukkan bancuhan susu cair dan tepung kastard. Masak seketika.Susun jelly di dalam acuan dan tuangkan agar-agar perlahan-lahan.
AGAR-AGAR PERMATA
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk agar-agar200ml susu cair400ml air150gm cawan gula pasir100ml susu pekatEsen vanilaSedikit pewarnaCARA MEMASAK:
Satukan semuanya dan masak hingga mendidih. Ambil tiga senduk dan di tetakkan dalam mangkuk berasingan dan campurkan dengan tiga warna kesukaan anda.Sejukkan kemudian dipotong dadu.Panaskan sebentar lebihan agar-agar tadi.Letakkkan agar-agar yang telah dipotong ke dalam bekas dan tuangkan agar-agar lebihan tadi.
PUDING JAGUNG MANIS
BAHAN-BAHAN:
15gm agar-agar700ml air150gm gula200ml susu cair | dikisar halus1 tin kecil jagung | dikisar halus1 sudu makan tepung kastard |dikisar halusCARA MEMASAK:
Masak agar-agar hingga hancur dan masukkan gula.Masukkan susu cair, jagung dan tepung kastard. Sebatikannya, tuangkan ke dalam agar-agar dan masakkan seketika.Tuangkan dalam acuan kemudian sejukkan.
PUDING MARBLE
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar1/2 tin susu cair | dikisar1/2 tin susu pekat | dikisar1 biji telur | dikisar2 keping roti | dikisar4 sudu makan gula500ml airEsen vanilaPewarnaCARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan air hingga larut.Masukkan gula dan masak hingga mendidih.Masukkan bahan kisar serta perlahankan api.Angkat dan bahagi kepada beberapa warna.Tuangkan ke dalam loyang dan lorekkan agar ianya bercampur.
UDING BUAH
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar1 liter air1 tin susu cair200gm gula200ml sirap buah koktel2 sudu makan tepung kastardCARA MEMASAK:
Masak agar-agar hingga larut.Masukkan gula dan biarkan ianya mendidih.Masukkan sirap, susu cair dan tepung kastard.Masukkan buah koktel. Biarkan sebentar.Tuangkan ke dalam acuan.
AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar1 liter air1 ketul gula melaka100gm gula pasir200ml santan | dipukul sedikit1 biji telur | dipukul sedikit2 helai daun pandanCARA MEMASAK:
Masak air dengan gula melaka dan daun pandan hingga larut. Tapiskan.Sukatkan air gula itu menjadi 1 liter.Masakkan air gula tadi dengan agar-agar hingga agar-agar larut.Kecilkan api dan masukkan campuran santan telur dan gula pasir. Tunggu hingga menggelegak.Bila menggelegak, biarkan seketika dan kacau. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
AGAR-AGAR KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar250ml air750ml susu cair200gm gula pasir100gm kacang merah (rendam dan rebus hingga empuk)Sedikit pewarna (jika suka)CARA MEMASAK
Kisar kacang merah yang telah di rebus. Ketepikan.Masak agar-agar, susu cair, air dan gula sehingga mendidih. Masukkan kacang merah.Masak hingga mendidih dengan api perlahan.Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
AGAR-AGAR BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
200gm buah naga |ambil isi dan blend10gm agar-agar serbuk125 gm gula pasir900ml airSedikit esen ros CARA MEMASAK:
Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih. Masukkan isi buah naga yang di blend dan biarkan ianya mendidih seketika.Angkat dan masukkan esen ros. Tuangkan ke dalam acuan.
PUDING SUSU
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar600ml air1/2 tin susu pekatSedikit pewarnaCARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan air hingga larut.Masukkan susu pekat dan pewarna.Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
ELLY KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar1 cawan air4 1/2 cawan air kelapa muda3/4 cawan gulaIsi kelapa muda yang dipotong halus.CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan 1 cawan air hingga hancur.Masukkan gula dan masak hingga gula hancur.Campur air kelapa dan masak sebentar.Tuangkan ke dalam bekas yang telah diisikan dengan kelapa yang dipotong halus.Masukkan jeli ini dalam peti sejuk, keluarkan bila ingin menghidangkannya.
PUDING MILO
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar750ml air150 gm gula1 tin susu cair3/4 cawan serbuk miloCARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan air hingga larut.Masukkan gula dan masak hingga mendidih.Masukkan susu cair. Angkat dan masukkan serbuk milo.Masak seketika. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
PUDING SAGU BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
1 mangkuk sagu3 cawan air (kalau pekat boleh tambah air)1 1/2 cawan gulaSedikit pewarnaDaun pandanBAHAN B:
200ml santan kotak1 tin susu cair1 1/2 cawan airSedikit garamDaun pandanCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Didihkan air,pewarna, gula dan daun pandan hingga gula larut.Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan tambah air jika perlu.Masak hingga hilang putih di tengah-tengah sagu.Untuk menyediakan bahan B. Campurkan semua dan didihkan sekejap ( kalau boleh tambah air).
AGAR-AGAR LAPIS SANTAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
10 gm agar-agar1200ml air200gm gulaPewarna- hijau, merah, kuning, biru, purpleBAHAN B:
10gm agar-agar400ml santan800ml air200gm gulaCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Masakkan bahan A hingga larut.Tapis dan ketepikan.Untuk menyediakan bahan B. Masakkan bahan B kecuali santan hingga larut.Bila mendidih baru masukkan santan dan biarkan sebentar.Angkat dan tapiskan.Cara Melapis, sukat 250ml agar-agar (A) letak sedikit pewarna dan tuangkan dalam loyang dan biarkan keras. Cakarkan sedikit.Sukat 250ml agar-agar (B) dan tuangkan ke atas agar-agar lapisan A. Begitulah juga dengan lapisan seterusnya untuk warna yang berlainan.
PUDING ROTI COKLAT SUSU
BAHAN-BAHAN:
8 keping biskut jagung2 keping roti300ml susu cair2 biji telur1/2 cawan susu pekat2 sudu besar serbuk kokoCARA MEMASAK
Kisar roti, biskut jagung dan susu cair.Masukkan telur dan susu pekat. Kisar lagi hingga licin.Bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian dibiarkan warna asal.Panaskan kukusan dan kukuskan bahagian serbuk koko.Bila sudah masak, tuangkan pula bahagian yang bewarna asal.Kukus hingga masak.Angkat dan sejukkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/20-resipi-puding-yang-lagend-sedap.html