Resepi Roti Jala Sos Coklat Viral Mudah Boleh Buat Untuk Berniaga


Resepi Roti Jala Sos Coklat Viral Mudah Boleh Buat Untuk Berniaga | Salam semua, pernah dengar roti jala sos coklat. Kali pertama nampak roti jala sos coklat ni, di instagram. Instagram siapa entah tak ingat. Ingat yang roti jala warna kuning jer boleh cicah kari. Rupanya ada yang lagi kreatif buat roti jala coklat. Tapi kena cicah dengan sos coklat lah ya. Boleh buat untuk pencuci mulut. Roti jala coklat ni pernah viral rupanya dulu, baru tahu. Sebelum ni, bukan tak pernah ada orang buat pun roti jala coklat.


Tiba -  tiba, jadi roti jala sos coklat viral. Mungkin unik sebab roti jala cicah pula dengan sos coklat kan. Sampai dah ada orang buat untuk berniaga. Resepi yang diambil ni pun kredit dari tuan punya resepi dari  Muhamad Fadzul Ilahi Azhar.

Beliau saja buat untuk suka- suka jerr, sampai ada masa rezeki Allah nak bagi tu dah boleh buat untuk berniaga. Tapi sis buat suka - suka untuk makan dulu hii. Tapi apa salahnya, kalau korang nak buat resepi ini untuk berniaga.

Lama sangat tak menjala roti jala. Tiba - tiba nak menjala roti jala coklat ni, nasib baik tangan lembut sikit. Maka, terhasillah roti jala coklat versi petak macam ni. Resepi roti jala coklat mudah ikut sukatan cawan, senang la sikit tak payah nak timbang bagai kan.

Sama juga dengan roti jala biasa, cuma yang beza yang roti jala coklat kena cicah dengan sos coklat. Nak buat sos coklat pun resepi mudah sahaja. Sis buat sos coklat guna serbuk koko macam nak buat topping untuk kek coklat.

Kalau nak sedap lagi, boleh guna coklat masakan yang berkualiti sikit. Tapi yang ini, kena campur dengan susu segar dan cairkan dengan kaedah "double boiler".

Baca sini : Resepi Coklat Nestum Bar Mudah Dan Sedap


Untuk resepi sos coklat yang mudah boleh baca di resepi yang disertakan sekali di bawah ya. Itu resepi yang selalu sis buat topping untuk kek coklat. Yang ini lah sis buat, letak nescafe nak naikkan rasa coklat bau - bau kopi. Siapa suka boleh cuba, kalau tak suka boleh ikut style guna coklat masakan.

Nasib baik, tekak boleh terima roti jala coklat, takut tak boleh telan jerr, rupanya sedap juga cicah dengan sos coklat. Ohh lupa ya, sudu besar tu, sis sukat dengan sudu sukatan metrik bukan guna sudu biasa. Dan sis rasa kalau ganti air biasa dengan susu segar lagi sedap.

Baca sini : Resepi Bubble Rice Choco Bar Mudah Secara Homemade


Tuan punya resepi ni dah boleh buat berniaga roti jala coklat ni. Nampak tak, boleh buat tambah pendapatan sampingan. Kalau nak tahu banyak lagi tips - tips penting untuk menjana pendapatan dari rumah ni, korang boleh baca di ebook seperti di bawah. Banyak lagi tips - tips menarik yang boleh korang jana pendapatan dari rumah. Kalau tahu teknik yang betul, rasanya tak ada masalah. Betul tak ?.

Kalau korang nak belajar nak dapatkan panduan bisnes bakeri dari rumah dengan lebih dalam lagi, korang boleh klik di bawah ya.

                                             

Jemput lah tonton di my youtube channel sis buat roti jala coklat ni dan jemput subscribe juga. Jemput cuba, mana tahu nanti ramai permintaan nak roti jala coklat viral ni. Terima kasih buat empunya resepi yang sudi berkongsi.


Roti Jala Coklat Viral Mudah  Dengan Sos Coklat  ( Boleh Buat Untuk Berniaga ) 

Bahan - Bahan
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula pasir
Sedikit garam ( sis guna garam bukit satu sudu teh )
3 sudu besar minyak jagung @ minyak zaitun
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan air ( boleh tambah sekiranya adunan nampak pekat )

Cara - Cara
1. Masukkan ke semua bahan ke dalam blender dan blend hingga halus.
2. Adunan tak pekat dan tak cair sangat boleh sedia untuk menjala.
3. Tuangkan adunan ke dalam botol kaki tiga.
4. Guna kuali non stick dan start menjala sampai habis.

Untuk Sos Coklat

Bahan - Bahan
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh nescafe

Cara - Cara
1. Satukan ke semua bahan ke dalam satu mangkuk tahan panas.
2. Masak secara double boiler. Panaskan air dalam periuk, bila dah mendidih, kecilkan api dan letakkan mangkuk tadi.
3. Kacau hingga likat dan berkilat,alihkan dari dapur.
4. Biarkan suhu panas turun sikit, boleh tuang ke dalam bekas yang sesuai

Nota
1. Kalau rasa nak manis lagi, korang boleh tambah susu pekat manis masa tengah kacau atas dapur. Nampak dah likat sikit tapi rasa tak manis lagi kalau nak manis sikit lagi boleh lah tambah time tu.
2. Sos coklat tu kalau ada lebih boleh jadikan juga untuk choc spread sapu di roti sedap. Tapi pastikan coklat lebih tu disimpan dalam peti.

Cara lain untuk sos coklat kalau nak sedap lagi

200 gm coklat masakan ( tak kisah brand apa pun )
200 gm susu fullcream

1. Cairkan dengan cara double boiler

Baca sini : Resepi Coklat Oreo Truffles Yang Senang Nak Buat Guna 3 Bahan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/10/resepi-roti-jala-sos-coklat-viral-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Marble Sedap Dan Mudah

Resepi Kek Marble Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1060 hits
RESEPI KEK MARBLE SEDAP DAN MUDAH Ini antara Kek yang TB nak sangat buat dari dulu tapi disebabkan peralatan tak cukup dan bahan bahan pun tak cukup TB tak buat pun lagi banyaknya alasan kan hahahha ok suatu hari pasti TB buat sebab dah ada...
Senang Boleh Buat Sendiri 10 Sos Pencicah Sedap Ni

Senang Boleh Buat Sendiri 10 Sos Pencicah Sedap Ni

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 701 hits
Bila makan steak pasti anda akan teruja bila menikmati keenakkan sosnya atau mencicah kentang goreng atau nachos dengan sos mustard atau salsa yang masam manis atau mencicah bergedil dengan sos macam manis Malah banyak lagi sos yang dijadik...
Resepi Kek Cheese Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Cheese Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 535 hits
RESEPI KEK CHEESE MUDAH DAN SEDAP TB pernah makan Kek Cheese ni MasyaAllahhh sedapnya alahai lembut gebusss lemak berkrim tapi nak buat sendiri peralatan pulak tak cukup TB takde oven huhu takpe tepek resepi sini dulu ek KEK CHEESEBAHAN BAH...
Resepi Apam Sedap Dan Mudah

Resepi Apam Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 516 hits
RESEPI APAM SEDAP DAN MUDAH Tak pernah buat lagi resepi apam yang ni kalau yang guna nasi tu TB dah pernah buat Apam nasi Menjadi nak tengok resepi tengok kat sini Haaa lepas ni nak try resepi ni pulak nak kumpul resepi banyak banyak untuk ...
Resepi Muffin Coklat Mentega

Resepi Muffin Coklat Mentega

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 444 hits
RESEPI MUFFIN COKLAT MENTEGA Google ImagePelbagai jenis jenis muffin yang ada sekarang Terpulanglah kepada anda inginkan jenis muffin yang macam mana rupa bentuk dan rasanya Muffin coklat mentega juga tidak ketinggalan dengan rasanya yang s...
Resepi Rendang Ayam Mudah

Resepi Rendang Ayam Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 533 hits
Assalamualaikum bertemu kembali dalam pautan resepi hari ini saya ingin berkongsi rendang ayam mudah untuk sajian ringkas sedap kalau pekena dengan lemang Antara bahan yang diperlukan 1 Ayam 2 2 Cawan santan pekat 3 2 sudu kerisik4 2 keping...
Resepi Brownies Kedut Sedap Dan Mudah

Resepi Brownies Kedut Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 589 hits
RESEPI BROWNIES KEDUT SEDAP DAN MUDAH BROWNIES KEDUT MUDAHBahan bahan 400gm coklat masakan 150gm butter 100gm tepung naik sendiri 100gm gula castor 100gm gula perang 30gm serbuk koko 1 sudu kecil esen vanila 4 biji telur gred ACara membuat ...
Resepi Kek Minyak Sedap Dan Mudah

Resepi Kek Minyak Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 815 hits
RESEPI KEK MINYAKSEDAP DAN MUDAH BAHAN2 5 biji telur cawan gula kaster 1sdb ovelatte 1 cawan susu pekat 1 cawan minyak masak 2 cawan tepung gandum ayak 1sdk baking powder ayak 1sdk esen vanila Pewarna pilihan Bahan ayak bersamaCARA MEMBUAT ...
Wanpaku Sandwich Roti Sandwich Viral Sesuai Untuk Orang Berdiet Tuh

Wanpaku Sandwich Roti Sandwich Viral Sesuai Untuk Orang Berdiet Tuh

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 579 hits
Aku di kejutkan dengan sandwich yang tengah viral sekarang ini iaitu wanpaku sandwich Besar gedabak sandwich ini Sebesar besar mulut nak di ngangakan untuk di makan dan di kunyah Rupa pun menarik setelah di letak sayur sauran kedalam wanpak...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles