Rupanya Korang Boleh Kena Tendang Dari Rumah Sendiri Kalau Tak Bayar Cukai Petak


Semua orang mesti ada impian mahu miliki kediaman sendiri kan. Biasanya ramai yang akan memilih untuk membeli rumah jenis hakmilik strata seperti apartment, pangsapuri, kondominium, flat, townhouse atau rumah dalam skim gated.
Banyak faktor yang menyebabkan rumah jenis ini sentiasa menjadi pilihan pertama orang ramai, antaranya kerana ianya mempunyai pelbagai kemudahan seperti gimnasium, kolam renang, sauna, restoran dan sistem keselamatan yang baik. Lagi satu, harganya jauh lebih rendah berbanding dengan landed-house.
Gambar sekadar hiasan Jadi, dengan kelebihan dari segi lokasi dan infrastruktur, ianya tentu akan menjadi nilai tambah yang mampu menarik ramai pembeli. Tetapi beli sahaja tidak cukup, sebagai pemilik kediaman ada perkara yang wajib korang ambil tahu.
Mungkin ada antara korang yang dah tahu tentang sistem Cukai Petak. Tetapi, tak kurang juga yang masih belum jelas. Untuk pengetahuan korang, Cukai Petak ini adalah cukai yang dikenakan ke atas hakmilik strata bagi menggantikan Cukai Tanah.
Cukai Petak ni sebenarnya telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bermula 1 Jun 2018. Ia merupakan inisiatif untuk semua rakyat Negeri Selangor selain untuk menggalakkan pembayaran Cukai Petak demi kelangsungan pembangunan negeri secara holistik.
Tapi, masih ramai tak tahu yang sistem Cukai Petak ni banyak bagi manfaat terutamanya bagi bangunan atau kawasan berstrata sebab ia akan beri sikit kebebasan kepada pemilik untuk urusan pembayaran yang sebelum ni hanya bergantung kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB).
Ini Antara Kebaikan Cukai Petak Yang Ramai Tak Tahu : [1] Memudahkan urusan urusniaga dan pusaka dilaksanakan. [2] Cukai petak dikenakan secara adil mengikut syarat petak iaitu kediaman, perniagaan dan perusahaan. [3] Memudahkan pemilik petak membuat bayaran cukai secara terus tanpa melalui perbadanan pengurusan. [4] Membantu Perbadanan Pengurusan (MC) Dalam Penetapan Caj Penyelenggaran Yang Lebih Tepat Dan Teratur.
Apa Akan Jadi Jika Korang Tak Bayar Cukai Petak? Pemilik harta tanah strata yang tidak membayar cukai petak akan terdedah kepada risiko perampasan harta tanah strata oleh pihak berkuasa. Ianya umpama korang boleh kena ‘tendang’ dari kediaman sendiri. Takut kan?
Gambar sekadar hiasan Jadi ini bukannya soal remeh. Sekiranya korang enggan membayar cukai, korang biasanya akan diberikan notis terlebih dahulu sebelum rumah tu dirampas atau dilelong kepada pembeli lain.
Inilah sebabnya mengapa penting untuk korang ambil tahu mengenai perkara ini. Bayangkanlah, dah lama korang bayar ansuran rumah tu, tiba-tiba rumah dirampas oleh Kerajaan Negeri sebab tak bayar cukai. Sayangkan?
Jadi tunggu apa lagi, jom jelaskan cukai korang sekarang juga sebelum terlambat Bayaran cukai korang tu boleh dibuat di : [1] Pejabat tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor. [2] Kaunter Majlis Bandaraja, Majlis perbandaran dan Majlis Daerah. [3] Melalui cawangan POS Malaysia seluruh negara dan POS Online. [4] Boleh bayar secara ‘online’. Layari: https://ehasil.selangor.gov.my Tetapi ingat, bayaran cukai korang tu perlulah dijelaskan sebelum 31 Mei setiap tahun tau. Untuk maklumat lanjut layari sahaja laman web Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan menekan link ini okay!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/15/rupanya-korang-boleh-kena-tendang-dari-rumah-sendiri-kalau-tak-bayar-cukai-petak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm1000 Dah Boleh Beli Rumah Rugi Tak Beli Tahun Ini Korang Takkan Dapat Keistimewaan Ini Tahun Depan

Rm1000 Dah Boleh Beli Rumah Rugi Tak Beli Tahun Ini Korang Takkan Dapat Keistimewaan Ini Tahun Depan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 422 hits
Kadang kadang bila borak borak dekat mamak dengan kawan kawan mesti akan ada punya kawan korang yang selitkan pasal nak beli rumah Benda pertama sekali yang korang perlu tahu kalau korang nak beli rumah ialah korang kena tahu dulu pasal Mem...
7 Petua Masak Nasi Lambat Basi Boleh Tahan Sampai 2 Hari Suri Rumah Wajib Tahu

7 Petua Masak Nasi Lambat Basi Boleh Tahan Sampai 2 Hari Suri Rumah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 393 hits
Hairan juga kalau nasi yang kita masak cepat betul basi Sedangkan nasi bungkus yang kita beli di warung nasi lambat basi walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk Apa rahsia mereka agaknya Dengan 7 petua masak nasi lambat basi ini anda juga ...
10 Petua Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Kerja Di Rumah

10 Petua Yang Boleh Kita Amalkan Untuk Memudahkan Kerja Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 394 hits
Setiap wanita menginginkan kerja rumah yang beres dan tidak membuang masa Memang setiap wanita tidak dapat lari dari tugas rumah samada mereka itu seorang pekerja ibu nenek atau masih gadis Untuk menjadi seorang suri rumah yang ideal bukan ...
Hantar Anak Ke Taska Pra Sekolah Jkm Ibu Bapa Boleh Tuntut Pelepasan Cukai Rm2 000

Hantar Anak Ke Taska Pra Sekolah Jkm Ibu Bapa Boleh Tuntut Pelepasan Cukai Rm2 000

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 429 hits
The ReporterIbu bapa boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM2 000 jika mempunyai anak berusia enam tahun ke bawah yang dihantar ke taman asuhan kanak kanak atau pra sekolah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berbanding RM1 000...
Skrub Bibir Buat Sendiri Pun Boleh Jadikan Bibir Cantik Bak Delima Merekah Tau

Skrub Bibir Buat Sendiri Pun Boleh Jadikan Bibir Cantik Bak Delima Merekah Tau

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 342 hits
Aku paling suka bila dapat tau boleh buat sendiri atau DIY Skrub bibir di rumah saja Guna bahan bahan yang ada di dapur rumah sendiri Jangan tak tau skrub bibir buat sendiri pun boleh jadikan bibir cantik bak delima merekah Skrub bibir buat...
Gagal Bayar Gaji Pada 7 Haribulan Pekerja Boleh Buat Aduan Terhadap Majikan

Gagal Bayar Gaji Pada 7 Haribulan Pekerja Boleh Buat Aduan Terhadap Majikan

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 557 hits
Kebanyakan kita minggu keempat di setiap bulan adalah minggu yang terpaksa berjimat cermat atau mengikat perut sebelum menerima bayaran gaji ke akaun bank Tetapi bagaimana jika gaji anda belum dibayar mengikut tarikh yang sepatutnya Gagal b...
Sarawak Ambil Tindakan Undang Undang Sekiranya Petronas Tak Bayar Cukai Jualan

Sarawak Ambil Tindakan Undang Undang Sekiranya Petronas Tak Bayar Cukai Jualan

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Sarawak akan menyerahkan kepada undang undang sekiranya Petronas masih tidak membayar cukai jualan lima peratus terhadap minyak dan gas yang dikeluarkan dari perairan negeri berkenaan Ketua Menteri Abang Johari Openg b...
Anak Hampir Maut Ibu Sangka Diserang Sawan Rupanya Tercekik Getah Rambut Sendiri Mama Papa Kena Selalu Alert

Anak Hampir Maut Ibu Sangka Diserang Sawan Rupanya Tercekik Getah Rambut Sendiri Mama Papa Kena Selalu Alert

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 457 hits
Bayi yang dah pandai merangkak menyulur dan yang berumur bawah satu tahun memang cenderung untuk masukkan segala benda dalam mulut mereka Ya lah dalam proses nak membesar memang anak anak seusia mereka tu memang suka explore Sebab itu perlu...
Hasilkan Piring Hitam Sendiri Di Rumah Dengan Phonocut

Hasilkan Piring Hitam Sendiri Di Rumah Dengan Phonocut

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 216 hits
Jualan muzik fizikal semakin menurun kerana kepopularan perkhidmatan penstriman muzik Ini memaksa syarikat carta untuk mengira jumlah penstriman dan mainan video di atas talian untuk melihat lagu manakah yang mendapat perhatian pengguna Tet...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak

Teringin Nasi Orang Kahwin

Rekomendasi Lagu Dengan 2 Kunci Gitar Saja Yang Cocok Untuk Pemula Belajar Gitar

29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan