Senang Baring Je Tahu Tahu Keluar Baby Jangan Pandang Mudah Kesakitan Ibu Operate


Bersalin bukan mudah. Baik secara normal mahupun pembedahan, kedua-duanya sama sakit dan tetap menguji ketahanan mental fizikal si ibu. Mungkin disebabkan sakit kontraksi yang amat sangat, ada kes di mana ibu minta dibedah untuk mengeluarkan bayinya. Jika mampu dan tiada komplikasi untuk bersalin secara normal, buat apa request untuk dibelah perut?
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, bakal ibu serta suaminya perlu tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya proses bersalin dibuat melalui pembedahan. Tidak boleh dengan mudah minta-minta kerana ia hanya akan dibuat dengan sebab yang kuat.
Artikel Menarik: [Tak nak ‘Koyak’ Besar Waktu Bersalin, Kena Rajin Kemut Waktu Mengandung]

“Saya tak tahan dah sakit nak bersalin ni doktor. Operate je lah! Senang, abes cerita! Nak tunggu apa lagi?” Apabila kita berada dalam kesakitan melampau, terkadang kita hilang pertimbangan dan meminta untuk diperlakukan apa sahaja tanpa memikir baik buruk sesuatu keputusan itu.
Walau bagaimanapun jika terdapat indikasi pembedahan caeserean perlu dilakukan, kami tanpa berlengah lagi akan memastikan ianya dilakukan dengan sepantas kilat untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.
Yang menjadi perhatian saya adalah ibu-ibu yang meminta agar dilakukan pembedahan caeserean ke atasnya tanpa sebab musabab yang difikirkan perlu secara perubatannya. Pembedahan caeserean bukannya benda main-main, silap haribulan segala macam komplikasi boleh timbul. Maka, kedua-dua pesakit dan suami perlu ambil tahu mengenai risiko yang bakal mereka hadapi.
Apakah risiko-risiko utama pembedahan caesarean? Kesakitan Selepas pembedahan anda bukannya boleh berjalan segera seperti sediakala. Ada kalanya memerlukan bantuan untuk bergerak berhari-hari lamanya. Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan.
Anda akan diberi ubat tahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika.

Jangkitan kuman Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, kira-kira 8 % daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jenis jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:
1) Jangkitan pada bahagian luka pembedahan – Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut. Ada kala ianya mengeluarkan nanah.
2) Jangkitan pada rahim. Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan darah nifas berbau busuk dan juga demam ketika berpantang.
3) Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sejenis tiub kencing akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.

Darah beku Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda masalah ini termasuk:
– batuk
– sesak nafas
– kesakitan atau bengkak pada bahagian betis
– sakit dada
Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan sejenis stokin khas untuk memastikan peredaran darah menjadi lancar pada kaki anda. Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.
Artikel Menarik: [Selaput Putih Tu Moisturizer Semulajadi Untuk Bayi, Bukan Kesan ‘Kuah’ Suami]
Perlekatan organ dalaman Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Perlekatan yang saya maksudkan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami perlekatan ini dan jumlah ini meningkat kepada 83 % selepas tiga kali pembedahan caesarean.
Kadang kala perlekatan boleh menyebabkan kesakitan (adhesion colic) kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman.
Pembiusan Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan penuh (general anaesthetia), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi spinal atau epidural yang akan menyebabkan bahagian perut dan kaki berasa kebas supaya pembedahan boleh dilakukan. Epidural/spinal lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko.
Apakah komplikasi lain ? Komplikasi yang serius sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 1 %. Komplikasi serius yang dimaksudkan :
Kecederaan kepada pundi kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing ( ureter ), atau kepada usus.
Doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (hysterectomy) sebagai langkah menyelamatkan nyawa jika berlaku tumpah darah yang serius yang boleh mengancam nyawa ibu.

Anda mungkin perlu menjalani pembedahan caeserean pada masa akan datang. Perkara ini akan dibincangkan semula dalam kehamilan berikutnya.
Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah. 2% bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caeserean.
Akhir kata,
Buat keputusan yang sewajarnya, jangan membabi buta. Jangan ambil bulat-bulat ‘cakap-cakap’ orang. Banyakkan bertanya pada mereka yang berilmu dan bertauliah.
Takde nye saya potong orang sesuka hati, tanpa sebab yg munasabah.

Artikel Menarik: [Boleh Berlaku Bila-Bila, Di Mana-Mana. Bersedialah Kalau Rasa Nak Bersalin!]
Mungkin nampak mudah. Tak perlu meneran, hanya berbaring. Melalui prosedur lebih kurang 30 minit ke 1 jam, bayi akan dikeluarkan. Tapi ketahuilah, proses untuk sembuh semasa berpantang mengambil masa dan ibu jika tidak boleh terlalu aktif dalam jangka masa tertentu. Apa pun, bersalin normal atau melalui pembedahan, kedua-duanya adalah pengorbanan terbesar ibu untuk anak-anaknya.
The post Senang! Baring Je, Tahu-Tahu Keluar Baby. Jangan Pandang Mudah Kesakitan Ibu Operate appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/senang-baring-je-tahu-tahu-keluar-baby-jangan-pandang-mudah-kesakitan-ibu-operate/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Berpantang Lalui Baby Blues Tu Wujud Orang Sekeliling Jangan Ambil Mudah

Ibu Berpantang Lalui Baby Blues Tu Wujud Orang Sekeliling Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 294 hits
Sudah dikurniakan cahaya mata tapi enggan pula menyentuh dan menguruskan kerana merasakan suasana hati yang tidak keruan berbelah bahagi Apakah itu tandanya ibu baru melahirkan terkena stress yang juga dikenali sebagai baby blues Melahirkan...
Ibu Jangan Ambil Mudah Masalah Kecacingan Pada Anak

Ibu Jangan Ambil Mudah Masalah Kecacingan Pada Anak

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 453 hits
Sekiranya anak anda hilang selera makan mengalami sakit perut cirit birit kembung pucat atau berat badan berkurangan anak anda mungkin mengalami masalah kecacingan Kecacingan atau jangkitan cacing biasa berlaku dalam kalangan kanak kanak da...
Masa Berpantang Untuk Ibu Berehat Kalau Baby Tidur Jangan Kejutkan Bagi Masa Ibu Sembuh

Masa Berpantang Untuk Ibu Berehat Kalau Baby Tidur Jangan Kejutkan Bagi Masa Ibu Sembuh

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 455 hits
Tempoh berpantang adalah tempoh yang sangat penting untuk si ibu berehat sepenuhnya selepas bertarung nyawa melahirkan si comel Namun tak semua yang dapat berpantang ataupun berehat dengan baik Ada yang terpaksa ulang alik ke hospital menem...
Jangan Ambil Mudah Dengan Aurat

Jangan Ambil Mudah Dengan Aurat

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 262 hits
Oleh Nooreni Abu Bakar DUNGUN Para pemuda diingatkan agar tidak mengambil mudah tentang penjagaan aurat kerana ianya amat dituntut oleh Allah Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Rantau Abang Alias Harun turut menggesa agar sukan ...
Mengepam Pertama Kali Susu Malu Malu Nak Keluar Jangan Gelabah Dulu

Mengepam Pertama Kali Susu Malu Malu Nak Keluar Jangan Gelabah Dulu

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 384 hits
Susu ibu dihasilkan mengikut konsep Demand and Supply selagi penyusuan kerap dari anak mahupun rangsangan kerap akan dapat menggalakkan penghasilan susu Bukan sahaja perlu cukup rehat ibu yang menyusukan anak harus mengikut jadual pemakanan...
Tak Sedar Anak Keluar Budak 2 Tahun Hilang Selamat Dituntut Ibu

Tak Sedar Anak Keluar Budak 2 Tahun Hilang Selamat Dituntut Ibu

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 539 hits
Semalam kecoh di media sosial mengenai seorang kanak kanak perempuan berusia 2 tahun ditemui ketakutan dan menangis oleh orang awam di Taman Megah Batu 9 Cheras semalam Dalam usia yang masih kecil kanak kanak itu sendiri tidak tahu bagaiman...
Ibu Bersalin Penatnya Lain Macam Jangan Sampai Diri Terabai Takut Meroyan

Ibu Bersalin Penatnya Lain Macam Jangan Sampai Diri Terabai Takut Meroyan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 462 hits
Selepas bersalin mungkin si ibu mengalami beberapa gejala yang dianggap tiada apa apa Maklumlah tidak nampak dengan mata kasar Si ibu sendiri mungkin tidak menyedarinya apatah lagi orang sekeliling seperti suami dan keluarga Nampak normal r...
Bila Baby Nak Keluar Ni Tahan Kontraksi Lebih 20 Jam Dikira Waktu Bersalin Panjang

Bila Baby Nak Keluar Ni Tahan Kontraksi Lebih 20 Jam Dikira Waktu Bersalin Panjang

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 306 hits
Jika anda mengalami waktu bersalin yang berpanjangan perkembangan bersalin anda adalah terlalu perlahan Ini juga dipanggil sebagai kegagalan untuk berkembang Waktu bersalin panjang boleh didiagnosis melalui penipisan dan pengembangan servik...
Jumpa Kanak Kanak 4 Tahun Sesat Keluar Rumah Cari Ibu Tindakan Mulia Lelaki Ini Harus Dipuji

Jumpa Kanak Kanak 4 Tahun Sesat Keluar Rumah Cari Ibu Tindakan Mulia Lelaki Ini Harus Dipuji

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 367 hits
Tindakan mulia seorang individu menyelamatkan kanak kanak empat tahun yang berjalan seorang diri mendapat pujian ramai Jumpa Kanak Kanak 4 Tahun Sesat Keluar Rumah Cari Ibu TIndakan Mulia Lelaki Ini Harus DipujI
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya