Ibu Jangan Ambil Mudah Masalah Kecacingan Pada Anak


Sekiranya anak anda hilang selera makan, mengalami sakit perut, cirit-birit, kembung, pucat atau berat badan berkurangan, anak anda mungkin mengalami masalah kecacingan. Kecacingan atau jangkitan cacing biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan beberapa golongan dewasa yang mempunyai faktor risiko


Kebiasaannya, cacing yang menjadi parasit di dalam tubuh manusia adalah seperti cacing gelang, cacing cangkuk, cacing kerawit, cacing benang dan cacing pita. Cacing-cacing tersebut mampu hidup di dalam tubuh manusia dengan mendapatkan nutrien di dalam usus ketika proses penghadaman. 

Bagaimana Jangkitan Cacing Berlaku? 
Jangkitan cacing melalui makanan berlaku apabila makanan seperti sayur dan buah-buahan tidak dibasuh dengan betul menyebabkan telur atau larva cacing yang terdapat pada permukaannya turut ditelan. Selain itu, amalan tidak membasuh tangan sebelum makan turut meningkatkan risiko dijangkiti. 
Bukan itu sahaja, jangkitan cacing juga boleh diperoleh melalui persekitaran jika kulit bersentuhan dengan telur cacing, seperti tabiat gemar berkaki ayam atau bermain di kawasan berpasir


Komplikasi KecacinganJangkitan cacing yang kronik dapat menyebabkan komplikasi seperti masalah anemia dan kekurangan nutrien. Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacingan yang berpanjangan dan tidak dirawat sebaiknya akan mengalami masalah pertumbuhan fizikal akibat bekalan nutrisi yang terganggu. 

Rawatan Jangkitan Cacing
Rawatan awal secara berjadual terbukti dapat mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan cacing. Terdapat beberapa jenis ubat dalam pasaran yang boleh digunakan untuk rawatan jangkitan cacing. Ini termasuk sesetengah ubat cacing dalam kategori ubat am yang boleh dibeli di premis farmasi komuniti

Ubat-ubat ini berbeza dari segi dos dan bilangan hari ubat tersebut perlu diambil. Selain itu, spektrum tindakan setiap ubat terhadap spesis cacing juga berbeza. Ada ubat yang berkesan kepada kebanyakan spesis cacing manakala beberapa ubat lain hanya berkesan untuk merawat masalah kecacingan yang disebabkan oleh satu atau dua spesis cacing sahaja

Albendazole ialah ubat yang biasa digunakan untuk rawatan jangkitan cacing. Ubat ini terdapat dalam sediaan tablet, tablet boleh kunyah dan ubat minum (suspensi). Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah sakit perut, loya, sakit kepala dan pening. Secara umumnya, kesan sampingan ubat albendazole adalah ringan dan akan berkurangan dengan sendirinya. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi berkaitan kesesuaian dan arahan penggunaan ubat ini supaya kesan rawatan yang diingini tercapai

Selain albendazole, ubat lain dalam pasaran yang boleh digunakan untuk merawat jangkitan cacing adalah seperti mebendazole. Pengguna yang mengalami jangkitan cacing yang berulang atau kronik hendaklah mendapatkan pemeriksaan lanjut oleh doktor supaya rawatan yang bersesuaian dan berkesan dapat diberikan. Jangkitan cacing yang serius perlu dirawat dengan segera supaya komplikasi dapat dielakkan


Nasihat Untuk Ibu Mengandung
Ibu mengandung tidak sesuai untuk mengambil albendazole atau ubat-ubat lain tanpa arahan doktor atau ahli farmasi. Ibu mengandung yang mengalami simptom-simptom kecacingan perlu hadir ke fasiliti kesihatan dan diperiksa oleh doktor sebelum rawatan diberikan. 

Tip Mengelakkan Masalah Kecacingan Terutama Pada Kanak-kanak
Mengutamakan kebersihan di persekitaran dan ketika menjalankan aktiviti harian merupakan langkah utama untuk mengelakkan jangkitan cacing berlaku. Perkara-perkara berikut hendaklah diamalkan oleh pengguna:
a. Basuh tangan dengan sempurna selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan
b. Basuh sayur atau buah-buahan dengan menyeluruh sebelum dimasak atau dimakan mentah
c. Daging dan ikan perlu dimasak dengan suhu yang betul
d. Memakai selipar ketika berjalan di halaman rumah yang berpasir
e. Elakkan menyentuh tanah yang bercampur dengan najis
f. Sentiasa memakai pakaian dan mengguna cadar serta selimut yang bersih
g. Buang lampin (diaper) yang mengandungi najis bayi di tempat yang sesuai


Jangkitan Cacing Pada Anak Bukan Perkara Remeh
Para ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya mereka mengalami simptom-simptom kecacingan yang ketara. Sebagai alternatif, anak-anak boleh dibawa ke fasiliti kesihatan bagi pemeriksaan yang lebih menyeluruh. Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi agar ubat-ubatan yang sesuai dalam rawatan kecacingan diberikan. Jangkitan cacing tidak seharusnya diambil mudah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2020/01/ibu-jangan-ambil-mudah-masalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Dah Penat Nak Uruskan Dia Ibu Bunuh Anak Perempuannya Yang Lumpuh Alami Masalah Gangguan Jiwa

Saya Dah Penat Nak Uruskan Dia Ibu Bunuh Anak Perempuannya Yang Lumpuh Alami Masalah Gangguan Jiwa

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 448 hits
Kebanyakan ibu di luar sana tidak akan tergamak untuk menyakiti anaknya sendiri apatah lagi melihat badan anak tercalar pasti membuatkan si ibu berasa sedih Tetapi bagi si ibu ini pula lain Dia tergamak menamatkan riwayat darah dagingnya se...
Tak Perlu Sental Ibu Ini Tunjuk Cara Mudah Basuh Baju Sekolah Anak Putih Sampai Akhir Tahun

Tak Perlu Sental Ibu Ini Tunjuk Cara Mudah Basuh Baju Sekolah Anak Putih Sampai Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 733 hits
Bagi mak mak tip ni kena kena simpan sangat berguna bila sesi persekolahan baru bermula tahun depan Maklumlah kan waktu tu baju anak masih putih baru Kalau tak memang tiga bulan baju baru dah jadi kedam Cara yang dikongsi Puan Leena Hassan ...
Ibu Penatlah Hari Hari Kemas Walaupun Tiada Niat Jangan Mengeluh Depan Anak

Ibu Penatlah Hari Hari Kemas Walaupun Tiada Niat Jangan Mengeluh Depan Anak

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 321 hits
Biasa keluar perkataan penat letih tak larat dari mulut ibu apabila anak anak mula menyepahkan rumah atau buat apa sahaja yang mencabar kesabaran ibu bapa Sebenarnya semua perkataan ini keluar secara spontan dan bukan dengan niat pun Ingat ...
Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 483 hits
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 yang lahir pada 2015 atau yang lahir pada 1 1 2016 wajib ambil tahu Sebaran info yang dikongsi oleh ibu ini tentang pendaftaran online murid tahun satu untuk sesi 2021 2022 Ibu bapa perlu ale...
Ibu Berpantang Lalui Baby Blues Tu Wujud Orang Sekeliling Jangan Ambil Mudah

Ibu Berpantang Lalui Baby Blues Tu Wujud Orang Sekeliling Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 296 hits
Sudah dikurniakan cahaya mata tapi enggan pula menyentuh dan menguruskan kerana merasakan suasana hati yang tidak keruan berbelah bahagi Apakah itu tandanya ibu baru melahirkan terkena stress yang juga dikenali sebagai baby blues Melahirkan...
Gadis Ini Mohon Jangan Mudah Hukum Orang Yang Ada Masalah Mental Kena Nasihat Baik Baik

Gadis Ini Mohon Jangan Mudah Hukum Orang Yang Ada Masalah Mental Kena Nasihat Baik Baik

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 279 hits
Bila seseorang tu dah luah masalah maknanya dia percaya you all tau Cover image via Twitter jahhhnh Google Isu depresi atau masalah mental lain banyak menjangkiti orang ramai sekarang Tidak dinafikan terlalu banyak tekanan dalam kehidupan s...
Senang Baring Je Tahu Tahu Keluar Baby Jangan Pandang Mudah Kesakitan Ibu Operate

Senang Baring Je Tahu Tahu Keluar Baby Jangan Pandang Mudah Kesakitan Ibu Operate

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 361 hits
Bersalin bukan mudah Baik secara normal mahupun pembedahan kedua duanya sama sakit dan tetap menguji ketahanan mental fizikal si ibu Mungkin disebabkan sakit kontraksi yang amat sangat ada kes di mana ibu minta dibedah untuk mengeluarkan ba...
Anak Suka Cakap Kasar Amp Kotor Ibu Ayah Jangan Salahkan Anak Tengok Dulu Sekitar Mereka

Anak Suka Cakap Kasar Amp Kotor Ibu Ayah Jangan Salahkan Anak Tengok Dulu Sekitar Mereka

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 361 hits
Sedarkah anda bahawa komunikasi keluarga atau orang sekeliling anak akan memberi pengaruh terhadap gaya pertuturan mereka Bagi anak yang baru belajar mereka tidak hanya bercakap perkataan yang baik sahaja malah mereka akan mengikuti perkata...
Alasan Bela Anak Ibu Tampar Bocah Sd Sampai Memar

Alasan Bela Anak Ibu Tampar Bocah Sd Sampai Memar

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 268 hits
Tindakan ibu yang berprofesi perawat itu terjadi di dalam kelas di hari penerimaan rapor Kejadiannya terekam dan videonya viral di media sosial
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment