Semua Jawatan Dalam Pemilihan Umno Perlu Dipertandingkan Demi Maruah Parti Muqharabbin


mykmu.net25/12/2022
Semua Jawatan Dalam Pemilihan UMNO Perlu Dipertandingkan Demi Maruah Parti – Muqharabbin
Jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertandingkan dalam pemilihan parti tersebut yang dijadualkan berlangsung pada tahun depan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, sekiranya benar terdapat usaha untuk menghalang kedua-dua jawatan itu dipertandingkan, beliau berpendapat UMNO semakin hilang arah dan identiti perjuangan.
Tegasnya, ia juga bakal menjadi satu lagi episod hitam buat UMNO selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita bukan menang besar semasa PRU15. Sekiranya menang sekalipun, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tetap wajar dipertandingkan.

“Setiap tiga tahun kita mengadakan pemilihan parti. Kali terakhir tahun 2018, 150,000 perwakilan mengundi memilih pimpinan baharu di peringkat Bahagian dan Pusat.

“Jika dulu sebelum PRU15 kita tidak mengadakan pemilihan atas alasan tidak mahu perpecahan dalam parti dan fokus PRU, sekarang pun tidak boleh?” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Melabel UMNO sebagai “bukan parti keluarga”, Muhamad Muqharabbin menegaskan parti yang mempunyai lebih tiga juta ahli itu perlu terbuka mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti.

“Presiden kita sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, juga presiden pertama yang membenarkan jawatan presiden dipertandingkan pada tahun 2018 selepas kali terakhir jawatan ini dicabar dalam pemilihan parti tahun 1987.

“Ia bukti UMNO semakin matang dan demokratik seiring usianya. Tiada pun masalah timbul tahun 2018. Yang menang dihormati, yang tewas kekal bersetia.

“Jadi, kenapa kita tiba-tiba ingin ambil langkah kuno ke belakang? Sedangkan, kita kalah teruk PRU15, yang jelas lebih menuntut perubahan dan pembaharuan,” ujarnya.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata. mana-mana pihak atau individu tidak seharusnya menyekat amalan demokrasi yang telah lama subur dalam UMNO.

Menurut Mohamed Nazri, sebagai sebuah parti terulung yang terlibat dalam sistem demokrasi di negara ini, UMNO perlu menunjukkan contoh dengan membenarkan pemilihan semua jawatan dalam parti dipertandingkan.

Katanya, jika terdapat usaha untuk menghalang jawatan tertentu daripada dipertandingkan, UMNO akan menjadi sebuah parti yang tidak lagi demokratik

 AA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/semua-jawatan-dalam-pemilihan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Umno Semua Jawatan Dalam Parti Perlu Dipertandingkan

Pemilihan Umno Semua Jawatan Dalam Parti Perlu Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 224 hits
Semua jawatan dalam UMNO seharusnya dipertandingkan bagi terus menyuburkan amalan demokrasi dalam parti berkenaan kata Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian Menurutnya hal ini lebih penting sekarang bagi...
Pemilihan Umno Penting Untuk Jelas Hala Tuju Parti

Pemilihan Umno Penting Untuk Jelas Hala Tuju Parti

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 313 hits
PETALING JAYA Pemilihan parti Umno adalah penting untuk memberikan pencerahan kepada akar umbi mengenai kepimpinan dan hala tuju parti kata seorang pemimpin muda Umno Ketua Penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Wan Agyl Wan Hassan berk...
Musuh Umno Pasti Kecewa Jika Jawatan Top 2 Tidak Dipertandingkan

Musuh Umno Pasti Kecewa Jika Jawatan Top 2 Tidak Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 220 hits
Oleh Adam MaLikUMNO kini berada didalam danger zone kerana diancam oleh musuh dari luar dan dalam UMNO Keadaan bertambah parah lagi apabila musuh diluar UMNO ada lah juga musuh yang bersekongkol dengan ahli dalam UMNO Maka bahaya serampang ...
Awani Ringkas Belum Ada Keputusan Dua Jawatan Tertinggi Umno Dipertandingkan

Awani Ringkas Belum Ada Keputusan Dua Jawatan Tertinggi Umno Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 208 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Pemilihan Parti 2023 Paling Bahaya Dalam Sejarah Umno Ancaman Enemy At The Gate

Pemilihan Parti 2023 Paling Bahaya Dalam Sejarah Umno Ancaman Enemy At The Gate

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 416 hits
Oleh Adam MalikPada pemilihan UMNO yang akan datang pada 2023 yang dijangka akan berlangsung beberapa bulan lagi UMNO boleh dikira berada didalam ancaman besar UMNO tidak seperti parti parti lain yang ada didalam negara Selain menjadi perti...
Pemilihan Umno Siapa Pencabar Zahid Hamidi

Pemilihan Umno Siapa Pencabar Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 261 hits
Andainya jawatan presiden dipertandingkan pada pemilihan Umno tahun depan adakah Zahid Hamidi akan mempertahankannya Hampir pasti ya Maka persoalan seterusnya adakah beliau akan dicabar Jika iya siapakah pencabarnya Sebelum itu persoalan ya...
Umno Parti Paling Daif Bermasalah Tiada Tanda Akan Pulih

Umno Parti Paling Daif Bermasalah Tiada Tanda Akan Pulih

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 275 hits
malaysiakini comULASAN l Bekas menteri yang baru dipecat dari Umno Annuar Musa menyifatkan tindakan kepimpinan parti itu memecat ahli sebagai menggali kubur sendiri Tolak sebelah kepetahan beliau berhujah namun kenyataannya itu sekali gus m...
Yakin Kekal Jadi Presiden Zahid Beri Isyarat Pemilihan Umno Akan Diawalkan

Yakin Kekal Jadi Presiden Zahid Beri Isyarat Pemilihan Umno Akan Diawalkan

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 313 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Negara Pemilihan UMNO bagi memilih barisan kepimpinan parti yang baharu mungkin dijalankan lebih awal sebelum Jun tahun depan kata Datuk Seri Ahmad Zahid...
T19f23 Balik Ke Kuala Lumpur Dari Kota Bharu Menaiki Bas Ekspres Musafir

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups