Umno Parti Paling Daif Bermasalah Tiada Tanda Akan Pulih


malaysiakini.com
A Kadir Jasin
Diterbitkan: Dec 13, 2022 12:11 PM
ULASAN l Bekas menteri yang baru dipecat dari Umno, Annuar Musa, menyifatkan tindakan kepimpinan parti itu memecat ahli sebagai menggali kubur sendiri.

Tolak sebelah kepetahan beliau berhujah namun kenyataannya itu sekali gus menyimpulkan situasi yang sedang melanda parti tua yang tidak lagi agung itu. Kepada yang tidak tahu atau lupa, usia Umno sudah lebih 76 tahun.

Dipecat atau keluar parti bukan perkara luar biasa. Perlembagaan semua parti politik memperuntukkannya. Tapi dalam hal Umno ini, perbuatan memecat ahli yang memegang jawatan penting berleluasa dalam zaman gelora Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden.
Kritik, nasihat, tegur dan tanya pun sudah cukup untuk dikenakan tindakan tatatertib atau dipecat terus. Zaman Najib, tanya pasal 1MDB pun kena buang.

Bayangkan kalau cabar presiden macam Tengku Razaleigh Hamzah lawan Dr Mahathir Mohamad dan Almarhum Sulaiman Palestin lawan Almarhum Hussein Onn. Sekarang presiden yang bawa parti kepada kekalahan pun tidak boleh atau berani dicabar.

Boleh jadi ahli Umno sendiri tidak sedar atau tidak faham yang parti mereka semakin hari semakin feudal, autokratik, dogmatik, eksekutif dan korup. Sudah jadi macam "old boys club" bukan parti politik untuk rakyat jelata lagi.
Tetapi masyarakat umum, khususnya yang terdedah kepada kepelbagaian maklumat dan berfikiran terbuka, telah mula menolak Umno secara sistematik bemula pilihan raya umum 2008 apabila Umno/BN hilang majoriti dua pertiga.

Sejak itu, nasib Umno menjadi bertambah buruk apabila kepimpinan hanya setia kepada presiden dan terpalit dengan pelbagai skandal. Slogan demi agama, bangsa dan negara sudah menjadi klise. Kata-kata basi mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daripada 109 kerusi yang dimenangi dalam PRU 2004, kehadiran Umno dalam Dewan Rakyat jatuh kepada 79 pada 2008, naik sikit kepada 88 pada 2013, jatuh semula kepada 54 pada 2018 dan sekarang tinggal 26 saja. Kalau tidak sedar lagi memang sahlah ahli dan pemimpin Umno sudah koma.
Parti yang lebih enam dekad memerintah dan menang 13 daripada 15 PRU, hari ini menjadi antara yang paling daif dan bermasalah dengan tiada tanda jelas akan pulih semula.

Minta maaflah kalau saya kata, tanpa perubahan kepemimpinan dan pemudaan keahlian, tidak mustahil Umno akan menjadi tambahan kepada sejarah dalam satu atau dua PRU lagi.

A KADIR JASIN ialah Tokoh Wartawan Negara dan bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd. Artikel ini asalnya disiarkan di media sosial.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/umno-parti-paling-daif-bermasalah-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Parti 2023 Paling Bahaya Dalam Sejarah Umno Ancaman Enemy At The Gate

Pemilihan Parti 2023 Paling Bahaya Dalam Sejarah Umno Ancaman Enemy At The Gate

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 374 hits
Oleh Adam MalikPada pemilihan UMNO yang akan datang pada 2023 yang dijangka akan berlangsung beberapa bulan lagi UMNO boleh dikira berada didalam ancaman besar UMNO tidak seperti parti parti lain yang ada didalam negara Selain menjadi perti...
Umno Akan Berhadapan Hilang Sokongan Dan Ahli Keluar Parti Secara Senyap

Umno Akan Berhadapan Hilang Sokongan Dan Ahli Keluar Parti Secara Senyap

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 216 hits
Kalau bukan wajib pun sertainya tetapi jadilah ia satu kewajipan apabila yang lain lain sudah kurang relevan dan membawa lebih kemudaratanKalaupun telinga rosak cubalah dengar
Umno Terima Apa Saja Usul Untuk Perkukuh Parti Kata Zahid

Umno Terima Apa Saja Usul Untuk Perkukuh Parti Kata Zahid

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 199 hits
UMNO akan menerima nbsp apa sahaja usul untuk dibawa ke Perhimpunan Agung yang akan datang selagi mana ia nbsp dapat memperkukuhkan parti kata nbsp Presidennya Ahmad Zahid Hamidi Beliau yang juga nbsp timbalan perdana menteri nbsp berkata n...
Umno Perlu Sediakan Borang Mohon Keluar Parti

Umno Perlu Sediakan Borang Mohon Keluar Parti

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 151 hits
Ini membolehkan zahid kenalpasti berapa lagi ahli umno yang masih setia dengan umno 3 4 orang pemimpin yang dipecat baru baru ini sangat sedikit ramai lagi yang sedang menanti dengan gembira untuk dipecat Mohon keluar memadai dibuat secara ...
Ketua Pemuda Umno Seremban Keluar Parti Sertai Pas

Ketua Pemuda Umno Seremban Keluar Parti Sertai Pas

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 172 hits
agendaily com14 12 2022Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin mengumumkan akan menyertai PAS Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban Zool Amali Hussin beberapa ahli jawatankuasanya mengesahkan akan menyertai PAS setelah kecewa de...
Cemuh Presiden Parti Berkempen Untuk Parti Lain Annuar Musa Dipecat Dari Umno Sumber

Cemuh Presiden Parti Berkempen Untuk Parti Lain Annuar Musa Dipecat Dari Umno Sumber

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 337 hits
Cemuh presiden parti berkempen untuk parti lain Annuar Musa dipecat dari UMNO SumberKetua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa dilaporkan telah dipecat menurut sumber yang enggan mendedahkan namanya Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Ahm...
Presiden Ada Hak Pandu Arah Parti Selepas Pru Kata Ketua Bahagian Umno

Presiden Ada Hak Pandu Arah Parti Selepas Pru Kata Ketua Bahagian Umno

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 159 hits
freemalaysiatoday com November 30 2022 7 00 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata ketetapan parti itu sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan PKR DAP dan Bersatu dibuat untuk berdepan PRU15 bukan untuk selepasnya PETALING...
Semua Adun Ahli Bersatu Sabah Keluar Parti Sokong Anwar

Semua Adun Ahli Bersatu Sabah Keluar Parti Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 229 hits
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah mengumumkan meninggalkan parti itu hari ini dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Ketua Pimpinan Bersatu Sabah Datuk S
Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Calls For Reforms Must Be Sincere And Not For Political Mileage Hafiz Hassan

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Refugee Voices In Humanitarian Response

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pertama Kali Beli Handbag Dato Aliff Syukri

Ikan Bakar Kak June

Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Hormat Bukan Takut

Felisia V Enda Enda Chord