Pemilihan Umno Siapa Pencabar Zahid Hamidi




Andainya jawatan presiden dipertandingkan pada pemilihan Umno tahun depan adakah Zahid Hamidi akan mempertahankannya? Hampir pasti ya. Maka persoalan seterusnya adakah beliau akan dicabar? Jika iya siapakah pencabarnya

Sebelum itu, persoalan yang tidak kurang penting ialah mengapa Zahid perlu dicabar, selain alasan lazim ‘menjunjung amalan demokrasi’

Menurut desas-desus, sebab utama ialah kerana strategi beliau untuk Umno menghadapi PRU15 dikatakan telah mengakibatkan Umno kalah teruk. Maksudnya senjata makan tuan. Tak kiralah orang Umno yang berkata demikian turut angguk kepala apabila Zahid mengorak langkah pra-pilihan raya, malah ada yang menyatakan sokongan secara terbuka

Lupakan itu. 
Berbalik persoalan besar – siapa yang mahu atau akan cabar Zahid untuk merebut jawatan presiden Umno

Perlu diingat sebagai penyandang, Zahid mempunyai kelebihan. Apatah lagi beliau kini timbalan perdana menteri dan menteri kemajuan desa dan wilayah. Itu bak kata Inggeris, “carry a lot of weight”

Penyokong beliau kerap mengingatkan khalayak bahawa Zahid telah menjaga dan membina semula Umno “‘time’ susah dulu”, semasa Umno-BN tumbang pada PRU14 yang memaksa Najib Razak melepaskan jawatan presiden. Pasti ahli Umno akan terus menerus diperingat akan ‘jasa Zahid’ ini. Dalam perkataan lain ini akan dijadikan modal kempen

Oleh itu siapakah yang mampu berdepan kelebihan Zahid dan menentangnya

Tak mungkin Mohamad Hasan mahu ‘lawan towkay’. Pemerhati dan penganalisis politik berpendapat Tok Mat selesa di jawatan nombor dua parti dan rasa senang bersama Zahid dalam Jemaah Menteri kerajaan perpaduan selaku menteri pertahanan

Annuar Musa bekas setiausaha parti dan Shahidan Kassim bekas orang kuat Umno Perlis dikatakan seteru yang mahu lihat Zahid disingkirkan, tetapi kedua-duanya sudah berada di luar Umno – seorang disingkir, seorang lagi tersingkir dengan sendirinya. Jika mereka masih dalam Umno sekali pun, belum tentu mereka mencabar presiden parti. Peluang mereka mengalahkan Zahid boleh dikatakan mustahil. Sekarang penyokong mereka yang masih dalam Umno mungkin diharapkan membantu sesiapa yang mencabar Zahid kelak. Itulah yang paling hebat yang boleh mereka lakukan namun jumlah mereka tidak dapat ditentukan, begitu juga tahap keberkesanan mereka

Sinar Daily memetik penganalisis berkata tidak ada “contender” kuat yang boleh mencabar Zahid. Antaranya yang ditemubual portal berita tersebut ialah Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dari UIAM. Nik Ahmad dipetik berkata beliau tidak nampak sesiapa yang boleh mencabar apatah lagi mengganti Zahid sebagai presiden Umno

Bagaimanapun beliau menamakan tiga pemimpin kanan yang boleh mencuba nasib, termasuk Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob dan ketua pemuda semasa Abdullah Ahmad Badawi menjadi presiden dulu, iaitu menantu beliau, Khairy Jamaluddin

Saya akui Ismail tidak boleh dipandang remeh. Lihat sahaja keputusan pertandingan naib presiden pada pemilihan 2018. Beliau muncul pemenang teratas diantara tiga naib presiden yakni dengan jumlah undi paling banyak. Hanya seorang yang mempunyai “networking” dan sokongan padu akar umbi boleh melakukan itu

Namun apabila menjadi perdana menteri, prestasinya tidak menyerlah malah dilihat orang Umno sebagai lemah. Ini akan sangat menyulitkan jika beliau mencabar Zahid untuk jawatan presiden

Khairy atau KJ memang diakui berkebolehan dalam Umno dan ketika menjadi anggota Jemaah Menteri Muhyididn Yassin dan Ismail dahulu. Tetapi sejak kalah PRU15 tidak dapat dipastikan sejauh mana kekuatannya dewasa ini

Imbas kembali pemilihan Umno 2018. Khairy bertanding jawatan presiden dalam perlawanan tiga penjuru membabitkan Zahid dan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li. Zahid menang, tetapi tim Ku Li mendakwa Khairy ibarat kacau daun. Jika perlawanan satu lawan satu menurut mereka lain ceritanya. Tim KJ pula mendakwa Ku Li lah yang kacau daun

Sebenarnya ada dua lagi calon tetapi tidak dapat sebarang undi. Untuk rekod Zahid mendapat 99 undi, KJ 61, Ku Li 30. Seorang lagi pencabar untuk pertandingan presiden kali ini, yang Nik Ahmad kata boleh cuba nasib, ialah Hishamuddin Hussein. Pengarah Program Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, dipetik berkata ada khabar angin kononnya Hishammuddin berpeluang mencabar Zahid tetapi keadaan samar-samar sehingga kini

Hakikatnya, menurut beliau, keadaan masih tidak jelas siapa yang akan menentang Zahid

Bercakap mengenai Hishammuddin, ramai dalam Umno masih ingat waktu Umno-BN tumbang pada PRU14, Hishammuddin yang ketika itu memegang jawatan naib presiden mengumumkan tidak mahu bertanding sebarang jawatan peringkat pusat pada pemilihan parti 2018

Walaupun beliau mendakwa mahu bekerja keras untuk bantu semula Umno “bermula di Johor”, langkah beliau tidak mahu bertanding waktu itu dilhat sebagai ‘menjauhkan diri’ daripada parti dan ‘lepas tangan’ dalam keadaan Umno sedang susah

“Bila Umno pulih, dia datang mengendeng pada waktu senang,” kata sumber yang rapat dengan Zahid. Ini akan menghantui Hishammuddin jika beliau cuba merebut jawatan presiden Umno

Selain itu, Hishammuddin juga rapat dengan Azmin Ali (bekas presiden PKR yang sekarang naib presiden Bersatu), sesuatu yang majoriti orang Umno ‘tidak berkenan’

Zahid nampaknya dalam keadaan selesa. Tetapi seperti kita tahu dalam politik semua boleh terjadi. Politik serba kemungkinan. Zahid semalam dikhabarkan berkata perwakilan Umno akan memutuskan sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden perlu dipertandingkan atau tidak pada pemilihan kali ini

Apa pun kata beliau pemilihan parti mungkin dipercepatkan. Umno perlu melangsungkan pemilihan paling lewat Mei 2023 bagi memenuhi syarat tempoh enam bulan selepas PRU15. Kata beliau, semua 191 Umno bahagian akan mengadakan persidangan serentak pada hari yang sama di seluruh negara dan mengadakan pemilihan kepimpinan bahagian dan pusat pada ketika itu

“Ertinya tidak perlu tunggu cukup tempoh enam bulan untuk pemilihan parti, ia mungkin diadakan awal. Kita kena ingat bahawa 22, 23 Mac masuk Ramadan, lepas itu Syawal, lepas itu bulan haji; jadi jangan fikir tentang banyak-banyak, jangan pusing-pusing kepala,” begitu kata Zahid

Macam konfiden je nampak

-FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/12/pemilihan-umno-siapa-pencabar-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 1283 Gempar Usaha Pemimpin Umno Singkirkan Zahid Hamidi Bak

Rentasan 1283 Gempar Usaha Pemimpin Umno Singkirkan Zahid Hamidi Bak

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 182 hits
1 UNTUK PEMBANGUNAN JANGAN TANYA KARTEL 2 APA LAGI PEMIMPIN UMNO MAHU 3 IKAN BUSUK MULA DARI KEPALA
Pencabar Zahid Hamidi Kena Buat Pengumuman Sebelum 12 Januari

Pencabar Zahid Hamidi Kena Buat Pengumuman Sebelum 12 Januari

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 142 hits
Menjelang pemilihan UMNO beberapa bulan lagi terdapat dua pendapat popular dalam parti itu ketika ini Satu kumpulan mahu agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan manakala satu pihak lagi menolak sebarang cubaan...
Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 102 hits
Berdasarkan rekod sejarah Zahid Hamidi adalah pemimpin yang berani dan tidak pernah kalah apabila bertanding dalam UMNO di peringkat pusat Beliau berani bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 walaupun lawannya ketika itu ada yang be...
Yakin Kekal Jadi Presiden Zahid Beri Isyarat Pemilihan Umno Akan Diawalkan

Yakin Kekal Jadi Presiden Zahid Beri Isyarat Pemilihan Umno Akan Diawalkan

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 201 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Negara Pemilihan UMNO bagi memilih barisan kepimpinan parti yang baharu mungkin dijalankan lebih awal sebelum Jun tahun depan kata Datuk Seri Ahmad Zahid...
Hishammuddin Tak Mungkin Berani Lawan Zahid Hamidi

Hishammuddin Tak Mungkin Berani Lawan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 178 hits
Terdapat dua persoalan utama di sebalik riuh rendah yang kian memuncak tentang pertandingan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang bakal diadakan sebelum Ramadan akan datang Pertama siapa yang mahu bertanding merebut jawatan Presi...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer