Semoga Disebat Pasangan Jual Senjata Pada Warga Israel





Seorang wanita yang disyaki membeli senjata api di Thailand untuk dijual kepada seorang lelaki warga Israel, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol jenis LUGER dengan menyalahi undang-undang

Suaminya pula didakwa atas pertuduhan ada bersama wanita itu, yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa dia mengetahui isterinya memiliki pistol berkenaan

Pasangan terbabit, Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dan Abdul Azim Mohd Yasin, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar

Mengikut kertas pertuduhan, Sharifah Faraha didakwa telah didapati dalam milikannya senjata api dengan menyalahi undang-undang, iaitu sepucuk pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER, NO.SIRI : A216210

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Bukit Belimbing dalam Daerah Kuala Selangor, Selangor, pada jam 8 malam 29 Mac lalu

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, iaitu hukuman penjara maksimum 14 tahun jika sabit kesalahan

Abdul Azim pula didakwa didapati ada bersama Syarifah Faraha, yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa lelaki itu mengetahui bahawa isterinya itu memiliki senjata api yang menyalahi undang-undang, pada waktu dan lokasi sama

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 9 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Berat, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Fazeedah Faik, manakala pasangan suami isteri itu tiada diwakili peguam

Pada prosiding itu, pasangan terbabit tidak ditawarkan jaminan oleh pihak pendakwaan kerana kesalahan bawah akta berkenaan tidak boleh dijamin

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Jun depan bagi tarikh sebutan

Media sebelum ini melaporkan lelaki warga Israel, Shalom Avitan, 38, yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis, ditahan pada 27 Mac lalu di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger berserta 200 butir peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya

Hasil siasatan awal oleh pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan Khas (SB), mendapati Shalom yang memasuki negara ini pada 12 Mac lalu melalui penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis, didakwa merancang untuk membunuh ketua kepada satu keluarga kumpulan penjenayah yang berseteru dengan keluarganya

Susulan soal siasat ke atas Shalom, polis dilaporkan memberkas pasangan suami isteri terbabit di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada 29 Mac lalu, yang disyaki menjual enam senjata api kepada Shalom, selain membawa kepada penemuan sepucuk lagi pistol di dalam beg sandang di dalam kereta milik pasangan terbabit

Pasukan khas polis dari JSJ Bukit Aman, Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kemudian menahan 12 lagi individu melalui beberapa siri serbuan di Johor, Kelantan serta Lembah Klang

Kesemua mereka disiasat kerana disyaki terbabit pengedaran senjata api yang dirampas itu, aktiviti pembayaran wang kripto untuk urusan pembelian senjata, dan kesalahan-kesalahan berkaitan

Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata Shalom dijangka dituduh pada minggu depan selepas sambutan Aidilfitri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2024/04/semoga-disebat-pasangan-jual-senjata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Suami Isteri Bekal Senjata Pada Warga Israel Ditahan Di Bazar Ramadan

Pasangan Suami Isteri Bekal Senjata Pada Warga Israel Ditahan Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 212 hits
BernamaPolis menahan tiga individu warga tempatan termasuk pasangan suami isteri yang disyaki membekal senjata api dan seorang lelaki menjadi pemandu kepada warga Israel yang telah diberkas di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur Ra...
Suami Isteri Jual Senjata Dibeli Di Thailand Kepada Warga Israel

Suami Isteri Jual Senjata Dibeli Di Thailand Kepada Warga Israel

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 327 hits
freemalaysiatoday com 30 Mar 2024 12 44 PMSumber berkata pasangan warga tempatan itu membuat pengakuan berkenaan ketika disoal siasat Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan lanjut masih dijalankan daripada semua sudut bagi men...
Hiburan Kuala Selangor Didakwa Bekal Senjata Untuk Lelaki Israel Pasangan Suami Isteri Berumur 40 An Direman 7 Hari

Hiburan Kuala Selangor Didakwa Bekal Senjata Untuk Lelaki Israel Pasangan Suami Isteri Berumur 40 An Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 255 hits
Bermula pada hari ini pasangan suami isteri warga tempatan yang berada di Kuala Selangor yang didakwa bekalkan senjata untuk lelaki Israel direman Pasangan suami isteri umur 40 an Difahamkan dari laporan suspek kedua duanya berumur dalam li...
Lelaki Warga Israel Ditahan Di Ampang 6 Senjata Api Dan 200 Peluru Dirampas

Lelaki Warga Israel Ditahan Di Ampang 6 Senjata Api Dan 200 Peluru Dirampas

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 197 hits
hmetro com myRAZARUDIN gambar fail FOTO NSTPKuala Lumpur Seorang lelaki warga Israel ditahan bersama enam senjata api serta kira kira 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini pada 27 Mac lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin H...
Mudahnya Senjata Diseludup Dari Thailand Lelaki Warga Israel Bayar Rm10 000 Sepucuk Pistol

Mudahnya Senjata Diseludup Dari Thailand Lelaki Warga Israel Bayar Rm10 000 Sepucuk Pistol

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 177 hits
Raja Noraina Raja Rahimrnoraina hmetro com myKuala Lumpur Sepucuk pistol bernilai lebih RM10 000 Itu harga dibayar oleh lelaki warga Israel Shalom Avitan bagi mendapatkan enam pistol dan 200 peluru daripada pasangan suami isteri yang disyak...
Lelaki Israel Pasangan Suami Isteri Berdepan Hukuman Mati

Lelaki Israel Pasangan Suami Isteri Berdepan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 256 hits
Lelaki Israel dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata kepadanya bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia be...
Kawalan Ketat 24 Jam Ke Atas Warga Israel

Kawalan Ketat 24 Jam Ke Atas Warga Israel

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 154 hits
HarapandailyKawalan 24 jam telah diperketatkan untuk suspek warga Israel oleh Polis Diraja Malaysia Ia bertujuan untuk mengelakkan kejadian di luar kawalan seperti cubaan membunuh atau mencederakan diri oleh suspek yang berumur 36 tahun ter...
Gempar Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Senjata Api

Gempar Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Senjata Api

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 201 hits
Gempar Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Senjata Api Berita tergempar apabila polis tahan lelaki Israel bersama senjata api Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata semasa pemeriksaan dilakukan suspek dikatakan menggunakan pasp...
Kpn Kes Lelaki Israel Miliki Senjata Api 16 Individu Ditahan Secara Keseluruhan

Kpn Kes Lelaki Israel Miliki Senjata Api 16 Individu Ditahan Secara Keseluruhan

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 269 hits
Safeek Affendy Razalisafeek bh com myKUALA LUMPUR Polis secara keseluruhan menahan 16 individu berhubung siasatan kes penemuan enam pucuk pistol terhadap seorang lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini pada ...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

Tabung Emosi Aku Penuh

Homemade Ayam Percik Resepi Mudah Tapi Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhi Sahabat Toksik Kisah Kesan Dan Cara Menghindarinya

Continuous Learning In Business

Jalan Jalan Bukit Bendera

Drama Bukan Ipar Sempurna

Mee Kari Putih Kuah Tanpa Cili Dan Rempah Tapi Sedap Kena Cuba Baru Tahu Keenakannya

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord