Semangat Nasionalisma Terhadap Negara Sendiri 9672



Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ

FEBRUARY 28, 2019LEONG CHEE WOH DAN PASUKAN F DIGERUNI KOMUNIS.
Pasukan F ditubuhkan oleh PDRM pada Mac 1971 dan diketuai pegawai polis bernama Leong Chee Woh. Pada awalnya pasukan itu terdiri daripada beberapa pegawai dan detektif Cawangan Khas (SB) serta bekas pengganas komunis terpilih.

Misi utama pasukan F ialah menangkap hidup-hidup pengganas komunis bagi mendapatkan maklumat risikan terhadap pergerakan mereka yang bermaharajalela ketika itu.

Awalnya tidak sampai 15 orang dipilih dalam pasukan ini. Namun dalam tempoh 20 tahun perjuangannya, Pasukan F telah berjaya melancarkan berpuluh-puluh operasi termasuk Op Kelah, Op Ular, Op Taloong dan Op Paraku sehingga membawa kepada Perjanjian Haadyai 1989.

Paling membanggakan, hasil kecekapan pasukan kecil yang cuma dianggotai sekitar 164 orang pegawai dan anggota polis ini membolehkan sejumlah 48 orang pengganas komunis ditembak mati, 171 musuh ditangkap di hutan, manakala 1,432 orang pengganas lagi diberkas di kawasan dalam dan luar bandar.

Itulah kehebatan dan keberanian Chee Woh dan anak-anak buahnya dalam memerangi anasir-anasir subversif ini.

Kita mungkin anggap orang bukan Melayu tidak mempunyai semangat nasionalisma terhadap negara sendiri, namun Chee Woh berjaya membuktikan tanggapan itu salah sama sekali.

Beliau telah menghabiskan masa berpuluh tahun dalam hidupnya semata-mata untuk menjejaki dan menghapuskan kekejaman yang dilakukan oleh musuh negara ini.

Beliau meletakkan negara lebih utama berbanding dirinya sendiri. Hutan belantara menjadi rumah keduanya. Nyawanya sentiasa berada di hujung tanduk. Bila-bila masa saja dia dan anak-anak buahnya boleh dibunuh atau diseksa disebabkan kerja-kerja risikan dan penyamaran yang mereka lakukan.

‘Rahsia’ pasukan ini hanya diketahui umum baru-baru ini apabila PDRM akhirnya mendedahkan kewujudan mereka sebagai tanda terima kasih dan penghargaan terhadap pengorbanan yang mereka lakukan.

Dia dan anak-anak buahnya adalah wira yang tak didendang tetapi jasa yang mereka taburkan akan terus tersimpan kemas dalam tinta emas sejarah sebuah negara yang merdeka bernama Malaysia.

Sumber:
http://m-update.com/2019/02/28/leong-chee-woh-dan-pasukan-f-digeruni-komunis/

JANUARY 24, 2019SERANG HENDAP KOMUNIS DI BIAWAK, LUNDU 1972
Tragedi berdarah ini berlaku di sebuah perkampungan terpencil yang terletak di antara perbatasan sempadan Sarawak/Kalimantan iaitu di Biawak, Lundu. Tiada siapa menduga satu konvoi yang sedang di dalam perjalanan membawa bersama senjata serta peralatan usai membina infrastruktur tentera di Biawak diserang hendap oleh kira-kira 40 orang gerila komunis yang siap siaga berselindung di sebalik hutan belantara Sarawak Bumi Kenyalang.

Pada tanggal 26 Mac 1972, satu konvoi 7 Renjer yang terdiri dari sebuah land rover, 3 buah trak 3 tan jenis Bedford bersama-sama dengan anggotanya telah diarahkan pulang ke markas dari sebuah perkampungan sempadan di daerah Lundu, Sarawak. Perjalanan yang mengambil masa hampir satu setengah  jam ini terpaksa melalui jalan-jalan bertanah dan berbatu memandangkan itulah sahaja penghubung di antara Biawak dan Kuching pada masa itu.

Tiada siapa menyangka cuaca yang cerah bertukar menjadi kelam kerana disebalik perjalanan dengan panorama yang mendamaikan bersembunyi susuk-susuk tubuh gerila komunis yang ingin membuat onar di bumi Sarawak pada masa itu. Tiba di satu lokasi akhirnya 40 orang gerila komunis menghamburkan peluru mereka ke arah konvoi tersebut.

Dengan terjahan peluru bertali arus, anggota konvoi cuba mempertahankan diri dengan berselindung disebalik apa sahaja bagi membalas tembakan. Melihat kepada serangan yang tidak henti-henti dari kedua arah jalan maka kenderaan pertama yang dinaiki oleh anggota jurutera telah memecut laju meninggalkan yang lain. Tujuannya hanya satu untuk memohon bantuan pasukan 1 Rejimen Peninjau yang berada di Titian Akar.

Ketika ditinggalkan oleh kenderaan yang pertama itu, 3 lagi trak Bedford pula mencuba sebaik mungkin untuk bertahan namun sayangnya gerila komunis lebih bersedia. Lagipun dikatakan kebanyakan anggota yang berada adalah daripada anggota tentera yang bertugas di bahagian pentadbiran. Namun itu bukan soalnya kerana mereka juga terlatih untuk bermain senjata. Biar putih tulang jangan putih mata, serangan balas harus dilancarkan. Menyerah kalah kepada komunis tidak sekali biar nyawa jadi galang gantinya.

Kegilaan komunis terus memuncak apabila mereka berjaya meletupkan sebuah trak Bedford manakala anggota tentera di dalamnya ramai yang ditembak mati. Banyak juga senjata yang turut dirampas oleh mereka.

Ketibaan trak jurutera di Titian Akar telah mendapat respon yang baik daripada Rejimen Peninjau dan mereka dengan diketuai oleh Koperal Jamaluddin telah secepat kilat membawa kereta perisai Ferret menuju ke lokasi. Sampai sahaja di lokasi kejadian tanpa menunggu yang lain, Koperal Jamaluddin menghambur peluru dari mesingunnya. Gerila komunis pula terkejut dengan bantuan yang tiba maka mereka lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tindakan Rejimen Peninjau yang pantas ini sesungguhnya berjaya mengekang daripada ramai lagi anggota daripada terbunuh.

Terkesima dengan tragedi serang hendap ini, pihak anggota keselamatan tidak mahu berdiam diri. Komunis yang membuat onar harus dicari. Hutang darah harus dibayar dengan darah maka bermulalah episod pihak markas battalion memanggil kesemua anggota yang tidak bertugas dituntut pulang ke markas untuk melakukan operasi.

Pada ketika inilah di dalam sejarah Sarawak, dikatakan alat pembesar suara dari trak tentera memecah kesunyian Bandar Kuching dan kawasan sekitarnya. Malah bukan itu sahaja, hebahan dari radio dan juga di panggung wayang digunakan untuk memberi peringatan kepada seluruh anggota keselamatan yang tidak bertugas di Kuching kembali ke markas. Suasana pada ketika itu dikatakan agak riuh di Bandar Kuching iaitu antara tempat yang sering menjadi tumpuan anggota tentera yang tidak bertugas untuk berhibur.

Kepulangan mereka dinantikan oleh barisan trak-trak tentera di kawasan Electra House, Kuching dan mereka diangkut pulang untuk bersiaga segalanya. Usai melaporkan diri, anggota tentera seluruh battalion yang ada menuju ke Biawak untuk mencari sehingga ke lubang cacing gerila komunis yang berjaya meloloskan diri.

Namun bukan sesuatu yang mudah kerana gerila komunis ini juga cukup arif untuk menghilangkan diri mereka walau didalam apa jua bentuk muka bumi Sarawak. Pemburuan atas tragedi berdarah ini diteruskan bertahun lamanya dan dikatakan hanya pada tahun 1986 barulah saki baki senjata terakhir dapat dirampas kembali daripada gerila komunis setelah pelbagai operasi dijalankan .

Inilah antara cerita tragedi berdarah yang berlaku di Biawak, Lundu pada tahun 1972. Satu tragedi yang menyaksikan 15 orang pahlawan bangsa kita gugur di tangan gerila komunis.

Sumber:
http://m-update.com/2019/01/24/serang-hendap-komunis-di-biawak-lundu-1972/

JANUARY 24, 2019PERISTIWA BERDARAH BECHAH KEMAHANG DI LENGGONGSelepas Jepun menyerah kalah pada 1945, berlakunya suatu keadaan dimana tiada satu pentadbiran tetap untuk mengawal keamanan di Tanah Melayu. 
Disebabkan itu Parti Komunis Malaya mengambil kesempatan tersebut untuk menjadi pemerintah dan antara tindakan pertama yang mereka lakukan ialah dengan segera menduduki balai-balai polis. Mereka seterusnya menjalankan dasar untuk membalas dendam terhadap mereka yang disyaki menjadi tali barut Jepun.
Orang awam yang dituduh ini dibicarakan di dalam mahkamah yang disebut sebagai ‘Mahkamah Rakyat’. 
Mahkamah ini tidak mengikut peraturan antarabangsa dan pembuktian hanya cukup sekadar cakap mulut sahaja. Parti Komunis Malaya yang mempunyai ramai keahlian dikalangan orang Cina menyebabkan orang-orang Melayu merasakan mereka diancam oleh orang Cina.
Disebabkan itu ramai di antara orang-orang Melayu yang menyertai pasukan pertahanan yang ditubuhkan oleh pentadbiran British bagi menentang pengganas komunis dan sekaligus mencetuskan peristiwa Darurat pertama untuk mengawal pengaruh komunis. Darurat yang diisytiharkan ini menyebabkan pengganas komunis semakin tertekan dan lebih kerap menyerang orang awam yang tidak bekerjasama dengan mereka.
Terjadinya sebuah kisah yang menjadi bukti kekejaman pihak komunis terhadap orang awam iaitu Peristiwa Bechah Kemahang di Lenggong supaya menjadi iktibar buat kita dalam mempertahankan maruah bangsa dan negara. 
Dahulu kawasan Lenggong, Grik yang dikelilingi hutan belantara serta berbukit bukau diakui merupakan kawasan hitam di Semenanjung Tanah Melayu kerana menjadi laluan yang menghubungkan kawasan selatan tanah air ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand. Laluan ini sentiasa digunakan oleh pihak komunis dan memudahkan mereka untuk lari berlindung di kawasan sempadan apabila diburu oleh pihak tentera. 
Di Lenggong sahaja terdapat banyak peristiwa berdarah yang berlaku iaitu pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama dengan pihak komunis. Antara tragedi berdarah yang berlaku di kawasan Lenggong ialah ‘Peristiwa Bechah Kemahang’ di Changkat Berangan, Lenggong pada tahun 1952 iaitu ketika era keganasan komunis memuncak.
Dalam peristiwa ini pihak pengganas komunis telah menyerang sebuah bas awam yang berulang alik dari Taiping ke Grik. Bas ini digelar penduduk sebagai ‘Mail Car’ kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada waktu itu. Pihak komunis menahan bas tersebut ketika melalui jalan di Bechah Kemahang. Semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risikan tentera mahupun pihak polis. 
Namun selepas menggeledah dan menyoal siasat, pihak komunis yang tidak menemui individu ataupun sebarang barang yang dikehendaki mula bertindak ganas terhadap penumpang bas tersebut. Menurut cerita dari saksi dan penduduk di kawasan sekitar Bechah Kemahang, pihak pengganas komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua lelaki Melayu di sebuah pondok estet di tepi jalan. 
Penumpang lain pula dibawa ke gua di Banjaran Bintang Hijau yang berada jauh didalam hutan dan dijadikan tahanan sebagai amaran kepada anggota keselamatan dan orang kampung supaya jangan yang berani cuba melawan mereka. Setelah beberapa lama, seorang anggota polis yang juga Ketua Balai Polis Lenggong (ketika itu) dipanggil Pak Cu Kote telah menyampaikan amanat sekiranya mahu semua penumpang itu selamat, penduduk kampung perlu melawan komunis berkenaan. 
Bertitik tolak daripada itulah, terbentuknya kumpulan digelar tujuh bersaudara yang mengabadikan nama Osman Mat Piah sebagai pejuang kampung dan bangkit menyerang dengan beraninya kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan. 
Gambar hiasan Anggota homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob serta disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin berserta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff. 
Dengan hanya bersenjatakan senapang patah yang dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari yang menyebabkan semua 30 komunis terbunuh.
Pada tahun tersebut juga berlakunya nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh. Krew pesawat Bristol Brigand RH 755 yang terkorban ialah juruterbang Basil Cochrane, Sarjan James Blacklock Armstrong dan Cyril John Alexander Cox.
Sumber:
http://m-update.com/2019/01/24/peristiwa-berdarah-bechah-kemahang-di-lenggong/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/01/semangat-nasionalisma-terhadap-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 500 Personel Amankan Demo Ojek Online Di Depan Istana Negara

1 500 Personel Amankan Demo Ojek Online Di Depan Istana Negara

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 178 hits
Dia mengimbau kepada driver yang melakukan aksi agar mematuhi aturan dengan tidak membawa barang barang yang tidak diperbolehkan seperti senjata tajam
Ekonomi Tenat Pun Boleh Travel Ke Luar Negara

Ekonomi Tenat Pun Boleh Travel Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 416 hits
Haa Kalau scroll Facebook atau Instagram mesti ada dalam kalangan rakan rakan anda yang tunjuk gambar tengah bercuti di luar negara kan Biasanya gambar yang di tunjuk tu memang sangat sangat cantik Kita yang tengok ni pulak rasa macam terin...
Tahan 5 Tersangka Kasus Jiwasraya Kejagung Masih Hitung Kerugian Uang Negara

Tahan 5 Tersangka Kasus Jiwasraya Kejagung Masih Hitung Kerugian Uang Negara

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 179 hits
Jaksa Agung Muda Pidana Khusus Kejaksaan Agung Adi Toegarisman mengatakan penahanan terpisah dilakukan pihaknya dalam rangka kepentingan penyidikan Menurut Adi Kejagung saat ini masih memeriksa kerugian uang negara terkait kasus tersebut
9 Alasan Finlandia Jadi Tempat Paling Nyaman Untuk Dihuni Pantas Jadi Negara Paling Bahagia

9 Alasan Finlandia Jadi Tempat Paling Nyaman Untuk Dihuni Pantas Jadi Negara Paling Bahagia

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 241 hits
Alasan no 3 bayi lahir dapat bingkisan berisi popok dan pakaian Setelah itu diberi tunjangan 100 Euro per bulan sampai usia 17 tahun
Polisi Kerajaan Ph Merugikan Negara Penyebab Malaysia Ketinggalan Dr Shamsul

Polisi Kerajaan Ph Merugikan Negara Penyebab Malaysia Ketinggalan Dr Shamsul

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 361 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata mungkin Indonesia akan jauh meninggalkan negara Katanya jika sebelum ini Malaysia di zaman kerajaan Barisan Nasional sering menjadi negara pilihan untuk pelaburan asing s...
Cara Withdraw Di Atm Luar Negara

Cara Withdraw Di Atm Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 726 hits
Cara Withdraw Duit Di ATM Luar NegaraAntara hal yang paling penting untuk difikirkan dan dirancang sewaktu hendak melancong ke luar negara adalah wang Kebiasaannya mereka yang tidak mempunyai kredit kad akan membawa wang tunai sewaktu melan...
Hidup Bersama Sampah Malu Berlaku Di Negara Maju

Hidup Bersama Sampah Malu Berlaku Di Negara Maju

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 364 hits
Budak hidup bersama sampahMENGEJUTKAN apabila budak lelaki dibiarkan tinggal di dalam rumah yang bersepah dengan sisa makanan dan jarum suntikan DailyMail melaporkan mahkamah di Leicester diberitahu bahawa kanak kanak lelaki berusia tujuh t...
Selamatkan Negara Dari Pencerobohan Untuk Pen Chinaan

Selamatkan Negara Dari Pencerobohan Untuk Pen Chinaan

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Pencerobohan para nelayan dari negara China ke perairan negara negara ASEAN melakukan aktiviti penangkapan terlarang menggunakan pukat harimau serta diiringi kapal perang tentera republik itu adalah satu kebiadaban dan haloba N...
Ibu Negara Baharu Jokowi Masuk Gear Lima

Ibu Negara Baharu Jokowi Masuk Gear Lima

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 302 hits
By Syahril A Kadir SAYA perhatikan saja bagaimana Presiden kurus Indonesia yang juga peminat setia kumpulan rock Metallica ini Joko Widodo atau Jokowi memacu negaranya sebaik sahaja memenangi pilihan raya Presiden tempoh hari Walaupun ada 1...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab