Ibu Negara Baharu Jokowi Masuk Gear Lima




By Syahril A. Kadir
SAYA perhatikan saja bagaimana Presiden ‘kurus’ Indonesia yang juga peminat setia kumpulan rock Metallica ini, Joko Widodo atau Jokowi, memacu negaranya sebaik sahaja memenangi pilihan raya Presiden tempoh hari.
Walaupun ada 1,001 masalah di negara yang mempunyai penduduk hampir 264 juta orang itu, pelbagai agama, budaya dan etnik, Jokowi nampaknya terus fokus untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negaranya ke tahap ‘gila-gila!’
Dan antara benda yang Jokowi tak sabar nak buat adalah membina ibu negara baharu Indonesia yang jauh dari tempat sekarang Jakarta iaitu di Kalimantan Timur, lebih spesifik sebahagian di daerah Penajam Paser Utara dan sebahagian Kutai Kartanegara.
Nak tahu berapa kosnya…AS$33 bilion! Nak tahu berapa luas? 250,000 hektar! Untuk rekod, Jakarta hanya kira-kira 60,000 hektar.
Jokowi dan pasukannya mengambil masa lebih tiga tahun membuat kajian sebelum mengambil keputusan nekad memilih tempat berkenaan.
Hendak tahu antara fakta menarik mengapa Jokowi pilih lokasi tersebut?
Pertama, ia terletak di tengah-tengah Indonesia.
Kedua, ia bebas dari bencana alam besar seperti gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, banjir dan kebakaran hutan.
Ketiga, lokasi tersebut sudah pun mempunyai dua bandar maju iaitu Samarinda dan Balikpapan dan sudah pun ada lapangan terbang antarabangsa di kedua-duanya.
Paling menarik, Jokowi mahu 70 peratus kelestarian alam di situ dikekalkan.
Baik apa jadi kalau ibu negara ini siap? Seramai 1.5 juta orang merangkumi pegawai kerajaan, keluarga mereka dan pekerja industri sokongan akan berpindah ke sana bila segala pembinaan infrastukturnya beres dalam empat ke lima tahun lagi.
Bagaimana impak perpindahan ibu kota ini kepada Malaysia kerana Sabah dan Sarawak berkongsi pulau yang sama iaitu Pulau Borneo?
Ramai pakar dan penganalisis berbeza pendapat sebenarnya.
Daripada segi pertahanan, ada yang berpendapat ia bagus untuk kita kerana secara langsung pasti Jakarta akan memperuntukkan belanja yang besar bagi memastikan keselamatan ibu negara barunya itu.
Secara tak langsung manfaatnya dapat ‘dinikmati’ negara khususnya dengan ancaman keselamatan yang sering kita hadapi di Sabah.
Daripada segi ekonomi dan pelancongan juga begitu. Sarawak dan Sabah pasti akan mendapat limpahan daripada pembangunan di wilayah Kalimantan.
Namun bak kata pepatah Inggeris, ‘there are two sides of the same coin’.
Pasti akan ada baik dan buruknya pada kita negara tetangga.
Namun apa pun ceritanya, Jokowi sudah masuk ‘gear lima’.
Kita sendiri tahu, dalam usaha untuk mendapatkan sokongan kewangan bagi membangunkan negaranya, Jokowi semakin aktif ‘terbang’ ke luar negara.
Terbaru bagaimana beliau dapat memujuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyediakan $22.8 bilion (RM93 bilion) untuk dilaburkan di Indonesia melalui dana berdaulat yang dibangunkan bersama SoftBank dan United States International Development Finance Corporation.
Sekaligus Jokowi ‘membodek’ untuk melantik Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammad bin Zayed menjadi seorang daripada ahli jawatankuasa ibu negara baharu mereka. Nampak tak?
Kesimpulannya di sini, suka atau tidak, Jokowi telah berjaya dalam misinya untuk membalas kepercayaan rakyat Indonesia memilihnya sebagai Presiden walaupun mendapat tentangan sengit sewaktu pemilihan tempoh hari.
Jalan-Perbatasan-Kalimantan-735×400
Kita pula bagaimana?
Dahulu Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah melakukan tindakan yang serupa apabila mengilhamkan dan seterusnya merealisasikan Putrajaya.
Kini rakyat menunggu apa pula yang boleh dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan setelah diberikan kepercayaan untuk mengambil alih tampuk pentadbiran serta pemerintahan negara
Dan waktu pun terus berjalan…
MGazette
Jokowi jadikan Putera Mahkota Abu Dhabi sebagai sumber, Malaysia pula dedahkan perbualan putera tersebut kepada seluruh dunia.Kalau Jokowi masuk gear 5, Malaysia pula masuk gear ‘gostan” Bursa saham Indonesia pula bursa terbaik Asean. Cukup memalukan Malaysia sekarang.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/17/ibu-negara-baharujokowi-masuk-gear-lima/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Jokowi Pns Di Jakarta Pindah Ke Ibu Kota Baru Pada 2024

Presiden Jokowi Pns Di Jakarta Pindah Ke Ibu Kota Baru Pada 2024

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 208 hits
Jokowi memerintahkan Menteri PAN RB Tjahjo Kumolo untuk mendata PNS yang akan ditugaskan dan tidak Namun dia memastikan seluruhnya akan dipindah tugaskan
Jokowi Ruu Ibu Kota Sudah Rampung Minggu Depan Disampaikan Kepada Dpr

Jokowi Ruu Ibu Kota Sudah Rampung Minggu Depan Disampaikan Kepada Dpr

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 195 hits
Dalam rancangan UU tersebut belum dibahas terkait Jakarta Dia menjelaskan nantinya akan dijabarkan terkait proses pemindahan ibu kota baru dipimpin oleh Badan Otorita
Jokowi Perlu Banyak Belajar Daripada Ph Cara Mentadbir Negara Supaya Setanding Dengan Malaysia

Jokowi Perlu Banyak Belajar Daripada Ph Cara Mentadbir Negara Supaya Setanding Dengan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 325 hits
Foto TweeterDimana silapnya pentadbiran PH dalam meransang ekonomi negara 10 KESAN PENIPUAN LIM GUAN ENG PADA EKONOMI NEGARASandiwara YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai rompakan dan kehilangan Wang Bayaran Balik Cukai GST berjumlah R...
Tips Ibu Bapa Bila Anak Anak Masuk Tadika

Tips Ibu Bapa Bila Anak Anak Masuk Tadika

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 732 hits
TIPS IBU BAPA BILA ANAK ANAK MASUK TADIKA Alhamdulillah Mek Icha dah umur 4 tahun Hari hari cakap nak ke sekolah jadi ummi dan papa mencari tadika yang sesuai untuk anak sulung belajar Kebetulan Mek Cah terjumpa tips ini untuk ibu bapa mema...
Penagih Dadah Belasah Ibu Sampai Masuk Hospital Kerana Berang Tak Diberi Rm10

Penagih Dadah Belasah Ibu Sampai Masuk Hospital Kerana Berang Tak Diberi Rm10

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 409 hits
Demi nafsu nak menghisap dadah tergamak lelaki ini membelasah ibunya yang berusia 64 tahun sehingga cedera kerana berang tak diberikan RM10 untuk membeli dadah Dalam kejadian yang berlaku di kediaman keluarga itu pada Ahad lalu di Bandar Bu...
Upaya Pemerintah Jokowi Lawan Kapal Kapal China Masuk Wilayah Perairan Ri

Upaya Pemerintah Jokowi Lawan Kapal Kapal China Masuk Wilayah Perairan Ri

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 273 hits
Pemerintah bergerak cepat dengan menggelar rapat terbatas di kantor Kemenko Polhukam Jakarta Jumat terkait masuknya kapal China ke perairan Natuna
Super Puma Masuk Perawatan Ini Helikopter Canggih Yang Bakal Dipakai Jokowi

Super Puma Masuk Perawatan Ini Helikopter Canggih Yang Bakal Dipakai Jokowi

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 312 hits
Panglima TNI mengatakan helikopter tersebut untuk sementara akan menggantikan helikopter Super Puma TNI AU yang biasa digunakan oleh Presiden dalam kegiatan kepresidenan Sebab Super Puma akan masuk perawatan
Masuk Ujibakat Untuk Tanggung Kos Ibu Sakit Dikejutkan Dengan Pemergian Ibu Tercinta

Masuk Ujibakat Untuk Tanggung Kos Ibu Sakit Dikejutkan Dengan Pemergian Ibu Tercinta

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 303 hits
Tiada apa yang dapat dikatakan dan hanya rasa sedih bila melihat gadis ini terpaksa menerima kejutan yang tak disangka sangka apabila menerima berita pemergian ibu tercinta disaat kejayaan dirinya Sekarang tersebar kisah Siti Nur Jannah yan...
Istana Sebut Kunjungan Jokowi Sinyal Negara Hadir Tangani Isu Natuna

Istana Sebut Kunjungan Jokowi Sinyal Negara Hadir Tangani Isu Natuna

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 210 hits
Sekretaris Kabinet Pramono Anung mengatakan kunjungan Presiden Joko Widodo atau Jokowi ke Natuna untuk menegaskan bahwa kedaulatan Indonesia tidak boleh diganggu Menurut dia Jokowi memberi perhatian serius terhadap masalah yang terjadi di p...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner