Semak Undang Undang Sedia Ada Beri Kuasa Spr Tangguh Pilihan Raya


FMT ReportersPengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Ab Rashid Ab Rahman berkata pihaknya berpandangan beberapa peruntukan baharu harus diperkenalkan dengan tujuan mengatasi keadaan yang boleh mengganggu-gugat suasana pilihan raya demokratik, menghakis kebebasan, keadilan dan ketelusan.
PETALING JAYA: Sudah tiba masanya semakan menyeluruh dibuat berhubung undang-undang sedia ada bagi membolehkan pilihan raya ditangguhkan ketika krisis termasuk kesihatan, huru-hara dan bencana, kata Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC).
Pengerusinya Ab Rashid Ab Rahman berkata, 1 peruntukan khusus boleh dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958 bagi memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan perlu apabila berlaku krisis memudaratkan negara.
“ERC juga menyambut baik sekiranya ada usaha untuk memperkasakan undang-undang lain seperti Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) semasa krisis kesihatan, sebagaimana dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah minggu lalu.
“ERC berpandangan beberapa peruntukan baharu harus diperkenalkan dengan tujuan mengatasi keadaan yang boleh mengganggu-gugat suasana pilihan raya demokratik, menghakis kebebasan, keadilan dan ketelusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Ab Rashid menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof di Parlimen semalam, berhubung kesediaan kerajaan mengkaji cadangan mewujudkan akta tertentu membabitkan proses pilihan raya untuk mengekang penularan Covid-19.
Bagaimanapun, menurut Ab Rashid ciri-ciri asas pilihan raya demokratik tidak boleh diabai dan kaedah sempurna mengikut undang-undang sedia ada tidak harus diketepikan semata-mata untuk menyelesaikan sesuatu pilihan raya yang akan diadakan.
“Dalam pilihan raya demokratik setiap calon dan parti wajar diberikan peluang seluas-luasnya untuk berkempen dan pengundi tidak harus dibatasi dengan peraturan yang boleh dianggap menyekat mereka untuk menunaikan tanggungjawab secara adil dan bebas,” katanya.
Katanya, kerangka perundangan semasa hanya memberi SPR kuasa untuk menguruskan pilihan raya di mana badan bebas itu wajib mengadakan pilihan raya apabila wujud kekosongan. Bagaimanapun suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan pilihan raya.
“Bagaimanapun, tiada peruntukan bagi menangguhkan pilihan raya. Mengikut Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, SPR wajib mengadakan pilihan raya untuk mengisi kekosongan yang wujud dalam masa 60 hari,” katanya.
Beliau berkata, dalam laporan ERC yang dikemukakan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin 27 Ogos lalu, dicadangkan supaya SPR membangunkan garis panduan khusus berkaitan pengurusan pilihan raya ketika kecemasan.
“Ini meliputi keadaan dan kecemasan seperti mala petaka alam, rusuhan atau perintah berkurung, seperti perintah kawalan pergerakan (PKP) susulan wabak penyakit yang sukar diatasi dalam waktu singkat. Susulan laporan diserahkan itu, ERC bersedia untuk membantu kerajaan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/semak-undang-undang-sedia-ada-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Saran Tangguh Prk Batu Sapi Spr Tetap Teruskan Kerajaan Tiada Kuasa Untuk Tangguhkan

Kkm Saran Tangguh Prk Batu Sapi Spr Tetap Teruskan Kerajaan Tiada Kuasa Untuk Tangguhkan

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 216 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi ditangguhkan sementara berikutan wabak Covid 19 di Sabah masih mencatatkan trend peningkatan 24 Oktober 2020 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah be...
Gps Tak Gila Kuasa Nak Buat Pilihan Raya Negeri Kata Abang Johari

Gps Tak Gila Kuasa Nak Buat Pilihan Raya Negeri Kata Abang Johari

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 354 hits
Ketua menteri Abang Johari Openg berkata Gabungan Parti Sarawak tidak gila kuasa sehingga mahu mengadakan pilihan raya ketika pandemik Covid 19 melanda negara Beliau berkata kerajaan negeri perlu mengambil kira 2 faktor utama keadaan kesiha...
Tangguh Dahulu Pilihan Raya Kalau Tidak Boleh Patuh 3 Prinsip

Tangguh Dahulu Pilihan Raya Kalau Tidak Boleh Patuh 3 Prinsip

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 267 hits
PETALING JAYA Kementerian Kesihatan berpendapat pilihan raya umum tidak sesuai diadakan sekarang ketika negara masih bergelut menentang penularan wabak Covid 19 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Akta 342 perlu dipinda...
Bagaimana Pilihan Raya As Boleh Mempengaruhi Emas

Bagaimana Pilihan Raya As Boleh Mempengaruhi Emas

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 202 hits
Menurut penganalisis logam berharga David Morgan keputusan pilihan raya presiden tidak akan mempengaruhi harga logam berharga dengan cara apa pun Dia membenarkan pandangannya dengan fakta bahawa keadaan ekonomi di negara ini sangat kritikal...
Hanya Darurat Dapat Halang Pilihan Raya Kata Muhyiddin

Hanya Darurat Dapat Halang Pilihan Raya Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 303 hits
freemalaysiatoday com October 31 2020 4 50 PMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pilihan raya kecil di Batu Sapi dan pilihan raya negeri Sarawak hanya boleh ditangguhkan sehingga pandemik Covid 19 berakhir sekiranya darurat diisytihark...
Kkm Saran Jangan Adakan Pilihan Raya Ketika Ini

Kkm Saran Jangan Adakan Pilihan Raya Ketika Ini

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 292 hits
PUTRAJAYA 27 OKT Kementerian Kesihatan hari ini menyarankan agar tidak mengadakan sebarang pilihan raya buat masa ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Bagaimanapun beliau berkata sekiranya pilihan raya itu tidak...
Pilihan Raya Terbesar Era Covid 19 Di India

Pilihan Raya Terbesar Era Covid 19 Di India

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 231 hits
Patna Berjuta juta rakyat India keluar mengundi dalam pilihan raya negeri hari ini yang menjadi pilihan raya terbesar di dunia sejak Covid 19 Pondok pilihan raya penuh sesak dan ramai yang mengabaikan nasihat pemerintah untuk memakai pelitu...
Sebut Harga Emas Memperlahan Menjelang Pilihan Raya As

Sebut Harga Emas Memperlahan Menjelang Pilihan Raya As

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 252 hits
Walaupun persekitaran ekonomi makro semasa memihak kepada kenaikan emas logam kuning kekal diniagakan pada tahap 1 900 per auns terutamanya kerana pergerakan emas terus didorong oleh mata wang Dolar AS Suki Cooper seorang penganalisis dari ...
Pilihan Raya As Biden Bakal Presiden Ke 46

Pilihan Raya As Biden Bakal Presiden Ke 46

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 208 hits
Washington Calon Demokrat Joe Biden memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat sekali gus menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang menggemparkan politik negara itu dan mengejutkan dunia serta menyebabkan negara itu mengal...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya


Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman

Malaysia Middle Or Middling Power