Semak Kesahihan Visa Haji Furada Terlebih Dahulu


Bernama  



KUALA LUMPUR – Bakal jemaah haji yang ditawarkan visa Furada disaran menyemak kesahihan visa mereka bagi mengelakkan ditipu oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan atas keghairahan mereka yang mahu menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Ketua Pengarah Pusat Perunding Haji Furada, Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji berkata, semakan itu boleh dibuat melalui sistem dalam talian milik Kementerian Luar Arab Saudi dengan hanya menggunakan pasport mereka.

Menurutnya, semakan awal itu penting bagi memastikan bakal jemaah haji tidak menjadi mangsa penipuan ‘ulat’ atau broker visa tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan sempena musim haji.

“Isu ini berlaku apabila ulat visa menjanjikan kelulusan visa Furada kepada agensi pelancongan tetapi gagal mengotakan janji. Sebab itu kita lihat banyak kes penipuan berlaku sehingga ada yang edit kertas visa sedangkan dalam sistem tiada nama.

“Ada pula jemaah dan agensi pelancongan yang terlalu percaya pada ulat visa ini dan tidak langsung menyemak. Kelulusan ini ‘straightforward’ (mudah) jika semak lulus memang dia lulus, (tetapi) jika tiada memang kuota tidak diluluskan. Sistem yang digunakan itu sungguh baik dan jarang sekali ada kesilapan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Selasa lepas, seramai 26 jemaah rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah kerana memiliki visa haji Furada yang tidak sah, menyebabkan mereka terpaksa diterbangkan pulang ke Malaysia.

Visa Furada merupakan visa haji yang diperoleh dengan berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi dan tidak melibatkan Lembaga Tabung Haji atau kuota haji sesebuah negara. Ia biasanya diberikan pada saat-saat akhir berdasarkan kekosongan yang ada.

Sementara itu, Ahmad Tajuddin berkata, agensi pelancongan juga perlu lebih bertanggungjawab dengan memastikan sistem perniagaan dan pekerjaan urusan haji mereka lebih teratur.

Katanya, mereka perlu bersikap terbuka dan berterus terang dengan pakej haji yang mereka tawarkan.
“Hari ini jika kita lihat poster yang menawarkan pakej haji, kebiasaannya ia turut termasuk dengan visa. Jadi apabila bakal jemaah lihat mereka akan ingat oh memang mereka akan turut dapat visa itu.

“Tetapi visa adalah satu perkara yang berbeza kerana agensi pelancongan perlu mendapatkan kuota terlebih dahulu, (oleh itu) penerangan perlu diberikan kepada bakal jemaah supaya mereka faham apakah situasi sebenar status mereka,” tambahnya. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/semak-kesahihan-visa-haji-furada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Haji Yang Dihantar Pulang Dakwa Visa Nama Mereka Tapi Muka Orang Lain

Kumpulan Haji Yang Dihantar Pulang Dakwa Visa Nama Mereka Tapi Muka Orang Lain

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 568 hits
Sumber Berita HarianSemalam kecoh di media massa mengenai sekumpulan rakyat Malaysia yang dihantar pulang kembali ke tanah air malam tadi selepas kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan mereka menunaikan haji Ini kerana visa furada yang merek...
Terkandas Sebab Visa Jemaah Haji Pulang Ke Malaysia Dengan Air Mata

Terkandas Sebab Visa Jemaah Haji Pulang Ke Malaysia Dengan Air Mata

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 336 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai isu jemaah haji yang menggunakan agensi untuk menunaikan ibadah tersebut terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah disebabkan masalah visa Jemaah yang dilaporkan seramai 26 orang itu tidak ...
Bahaya Menggunakan Krim Wajah Tanpa Konsultasi Dengan Dokter Terlebih Dahulu

Bahaya Menggunakan Krim Wajah Tanpa Konsultasi Dengan Dokter Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 198 hits
Setiap krim itu efeknya berbeda beda Menggunakan krim racik dokter tanpa konsultasi itu berbahaya ujar Renobulan Sanusi seorang dokter kecantikan di Sequis Tower Jakarta Selatan
Visa Haji Niaga Ulat Paling Untung Di Bawah Tadbiran Ph

Visa Haji Niaga Ulat Paling Untung Di Bawah Tadbiran Ph

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 191 hits
AHMAD TAJUDDIN Kalau mohon apabila sudah masukkan nombor pin yang diberikan ia tidak bermakna visa itu telah lulus Ulat Haji Furada boleh untung sehingga RM20 000 bagi satu visaSHAH ALAM Kuota Visa Furada yang dianugerahkan dengan kuasa mut...
Sering Dicurigai Hamil Duluan Ammar Zoni Irish Bella Ungkap Kalau Udah Nikah Siri Terlebih Dahulu

Sering Dicurigai Hamil Duluan Ammar Zoni Irish Bella Ungkap Kalau Udah Nikah Siri Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 342 hits
Para penggemar Aish pun dapat bernapas lega karena video pengakuan nikah siri ini bisa membungkam haters yang bilang Irish hamil duluan
Tukar Pengalaman Perawat Haji Indonesia Yang Pernah Gagal Mendaftar Jadi Tkhi

Tukar Pengalaman Perawat Haji Indonesia Yang Pernah Gagal Mendaftar Jadi Tkhi

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 450 hits
Senyumperawat com Menjadi seorang tim perawat haji Indonesia merupakan tugas yang mulia Mengemban tugas negara di sana untuk menjaga kesehatan para jama ah yang sedang menjalankan rukun Islam ke 5 Tidak sedikit perawat yang begitu ingin men...
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Jawab Haji Hadi

Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Jawab Haji Hadi

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 392 hits
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Zolkharnain Abidin menjawab istilah peluru getah yang digunakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika menggambarkan kritikan pemimpin Amanah terhadap PAS Jelas Zolkharnain pemimpin Amanah sekadar menggunakan...
Malaysia Bangga Pencapaian Tabung Haji

Malaysia Bangga Pencapaian Tabung Haji

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 321 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bapa 70 Tahun Sanggup Guna Simpanan Haji Untuk Jamin Anak Perkongsian Peguam Ni Pasti Buat Korang Menangis

Bapa 70 Tahun Sanggup Guna Simpanan Haji Untuk Jamin Anak Perkongsian Peguam Ni Pasti Buat Korang Menangis

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 590 hits
Nak jadi peguam ni bukan mudah almost setiap hari ada je kes yang perlu diuruskan Tu belum lagi berdepan dengan kerenah manusia yang pelbagai so kenalah kuat mentally and emotionally Seorang solicitor berkongsi pengalamannya berdepan bermac...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord