Visa Haji Niaga Ulat Paling Untung Di Bawah Tadbiran Ph



AHMAD TAJUDDIN: Kalau mohon, apabila sudah masukkan nombor pin yang diberikan, ia tidak bermakna visa itu telah lulus.  


'Ulat Haji Furada' boleh untung sehingga RM20,000 bagi satu visaSHAH ALAM: Kuota Visa Furada yang dianugerahkan dengan kuasa mutlak Kerajaan Arab Saudi kepada individu mahupun institusi terpilih di negara ini menjadi medium bagi 'ulat Haji Furada' mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Dalam perkembangan berkaitan isu itu, baru-baru ini 26 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah akibat masalah visa.

Menurut Ketua Pengarah Pusat Perunding Haji Furada Ahmad Tajuddin Idris Al-Manhaji, maklumat yang diterima mendapati terdapat 'ulat Haji Furada' yang berjaya meyakinkan pihak agensi pelancongan tertentu bahawa mereka 'orang dalam' dan boleh mendapat visa Furada.

Namun malangnya, ada antara mereka hanya mengejar keuntungan sehingga agensi pelancongan dan jemaah haji tertipu.

“Kemungkinan apa yang berlaku adalah apabila pasport itu diambil scammer (ulat) lalu disunting namanya dalam Visa Furada yang dicetak, tapi barcode tidak boleh diubah dan masalahnya apabila agensi pelancongan tidak menyemaknya. Apabila tiba di Arab Saudi, bila imbas keluar gambar orang lain.

“Ulat-ulat ini menggunakan ayat yang indah didengar oleh agensi pelancongan, dengan mengatakan mereka ada 'orang dalam' kedutaan. Namun apabila kami berhubung dengan kedutaan, si penama itu tidak bertugas di situ.

"Tidak kira ada orang dalam atau luar, kelulusan diberikan oleh kedutaan bergantung kepada kuota,” katanya

Malah jelasnya, kurang pengetahuan atau kemahiran oleh sesetengah agensi pelancongan yang menguruskan jemaah haji Furada berkenaan proses kelulusan kuota Haji Furada juga diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapat keuntungan semata-mata.

“Jemaah dan agensi pelancongan perlu ambil tahu bagaimana sistem memohon ini berjalan. Kalau mohon, apabila sudah masukkan nombor pin yang diberikan, ia tidak bermakna visa itu telah lulus. Tetapi ia bergantung kuota dan senarai nama terpilih yang perlu dimasukkan dalam sistem.

“Ada agensi pelancongan dah berkempen jual pakej, sebaliknya perkara pertama yang mereka (patut lakukan dahulu adalah) perlu dapatkan Visa Furada yang sangat terhad," katanya ditemui Astro AWANI.

Akhirnya, harapan jemaah Haji Furada yang sanggup membayar sehingga RM60,000 untuk menunaikan rukun Islam kelima itu lebur, apabila tidak mendapat kelulusan Visa Furada saat akhir.

Tambah Ahmad Tajuddin, sistem yang diguna pakai oleh Kerajaan Arab Saudi bagi pengurusan haji amat canggih dan mesra pengguna sepertimana motto negara itu.

Justeru, cadangannya adalah agar satu pusat sehenti diwujudkan dengan melantik perunding berkenaan Haji Furada agar perkara yang sama tidak berlanjutan setiap kali musim haji.

“Beberapa 'tangan' yang mengurus, tidak ada satu pusat sehenti yang tulen ketika ini untuk menguruskan Haji Furada. Kalau PPHF boleh dilantik sebagai perunding, kami amat sudi membantu. Jika pihak kerajaan Arab Saudi juga boleh melantik," ujarnya.

Dalam kejadian dua hari lalu, 26 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah apabila disahkan visa mereka 'palsu'. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Visa Haji, 'Niaga/Ulat' rupanya paling untung semasa di bawah pentadbiran kerajaan PH.. Yang malang ialah jamaah haji.
Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/visa-haji-niagaulat-paling-untung-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkandas Sebab Visa Jemaah Haji Pulang Ke Malaysia Dengan Air Mata

Terkandas Sebab Visa Jemaah Haji Pulang Ke Malaysia Dengan Air Mata

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 291 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai isu jemaah haji yang menggunakan agensi untuk menunaikan ibadah tersebut terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah disebabkan masalah visa Jemaah yang dilaporkan seramai 26 orang itu tidak ...
Semak Kesahihan Visa Haji Furada Terlebih Dahulu

Semak Kesahihan Visa Haji Furada Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 218 hits
KUALA LUMPUR Bakal jemaah haji yang ditawarkan visa Furada disaran menyemak kesahihan visa mereka bagi mengelakkan ditipu oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan atas keghairahan mereka yang mahu menunaikan Rukun Islam kelima itu Ketua Pe...
Kumpulan Haji Yang Dihantar Pulang Dakwa Visa Nama Mereka Tapi Muka Orang Lain

Kumpulan Haji Yang Dihantar Pulang Dakwa Visa Nama Mereka Tapi Muka Orang Lain

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 527 hits
Sumber Berita HarianSemalam kecoh di media massa mengenai sekumpulan rakyat Malaysia yang dihantar pulang kembali ke tanah air malam tadi selepas kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan mereka menunaikan haji Ini kerana visa furada yang merek...
Manchester United Sanggup Jadikan Maguire Pemain Pertahanan Paling Mahal Di Dunia

Manchester United Sanggup Jadikan Maguire Pemain Pertahanan Paling Mahal Di Dunia

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 315 hits
Harry Maguire MANCHESTER United sedia memberi tawaran kepada Leicester dan menjadikan Harry Maguire sebagai pemain pertahanan paling mahal di dunia pada nilai 80 juta menurut Sky Sports News Oleh Gunnar Solskjaer nampaknya cuba merebut bint...
Senarai 10 Negara Paling Inovatif Di Dunia Malaysia Nombor Berapa

Senarai 10 Negara Paling Inovatif Di Dunia Malaysia Nombor Berapa

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 389 hits
Apa dia negara yang inovatif Kita tengok dulu apa makna inovatif Perkataan itu membawa maksud membawa perubahan Samada perubahan dari segi cara kerja teknologi atau sebagainya yang terkini dan asli Kalau anda rujuk dalam kamus dewan begini ...
Data Bmkg Wilayah Timur Indonesia Paling Banyak Diguncang Gempa Sepanjang Juli

Data Bmkg Wilayah Timur Indonesia Paling Banyak Diguncang Gempa Sepanjang Juli

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 207 hits
Sepanjang bulan Juli tercatat 840 kali gempa Jumlah itu mengalami kenaikan dari bulan Juni sebanyak 735 kali Namun magnitudo gempa terpantau rendah
Sambal Belacan Dunia Antara Hidangan Air Tangan Tunku Azizah Yang Paling Di Cari

Sambal Belacan Dunia Antara Hidangan Air Tangan Tunku Azizah Yang Paling Di Cari

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 1023 hits
Sambal Belacan Dunia Antara Hidangan Air Tangan Tunku Azizah Yang Paling Di CariSERING disajikan pelbagai juadah di restoran dan hotel terkemuka ramai pasti tertanya tertanya apakah menu santapan harian Yang di Pertuan Agong dan Raja Permai...
Huawei Mate 20 Telefon Paling Canggih Abad Ini

Huawei Mate 20 Telefon Paling Canggih Abad Ini

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 350 hits
Huawei Mate 20 telefon paling canggih wajib di miliki Huawei sedang menyiapkan acara besar di London untuk melancarkan telefon pintar Mate 20 dan Mate 20 Pro minggu depan Tetapi hari ini kebocoran besar dari Jerman mungkin memusnahkan segal...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense