Selesai Isu Ruang Udara Maritim Secara Harmoni Rileksmedia


DALAM suasana tenang, tiba-tiba muncul isu di antara Malaysia dan Singapura masing-masing membabitkan ruang udara dan sempadan maritim, namun ia belum sampai ke tahap tegang dan diyakini dapat diselesaikan secara bijak dan diplomasi. Isu berkenaan ialah Malaysia menggesa Singapura segera menarik balik Pekeliling Pelabuhan Marin yang dikeluarkan republik itu pada 30 November lalu dan menghalang agensi penguatkuasaannya daripada menceroboh wilayah laut Malaysia.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mahu Singapura juga perlu menghalang agensi penguatkuasaannya daripada mengganggu tugas mereka yang memang sah dari segi undang-undang Malaysia dan antarabangsa untuk berada di perairan Malaysia.
Negara kita diminta menghentikan peluasan pelabuhan Johor Bahru (JPL) yang didakwa menceroboh kawasan Waters Territory Singapura (STW) di Tuas.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Menteri Luar Negeri Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, JPL melampaui batas wilayah tuntutan laut wilayah Malaysia, seperti dinyatakan dalam peta Malaysia 1979 yang Singapura tidak pernah menerimanya.
Perjanjian negara serantau
Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan pula menyifatkan pengurusan langit ‘tiada kena-mengena dengan kedaulatan’, selepas rakan sejawatnya, Loke memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia berhasrat mengambil balik ruang udara di selatan Johor secara berperingkat-peringkat, bermula tahun hadapan.
Ruang udara itu diamanahkan kepada pengurusan Singapura menurut perjanjian dengan negara serantau termasuk Malaysia pada 1973, dan ia diluluskan badan antarabangsa, Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa (ICAO).
Kita percaya isu ini dapat diselesaikan tanpa tidak menggugat hubungan diplomatik yang terjalin sejak sekian lama.
Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Hazmi Mohd Rusli yang menjadi satu-satunya pensyarah universiti Asia yang dijemput ke persidangan pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Amerika Syarikat yakin isu itu akan diselesaikan secara bestari dan harmoni.
Ada kaitan sejarah, kongsi maritim
Singapura yang asalnya sebahagian daripada Malaysia sebelum keluar pada 1965 sudah tentu mempunyai perkaitan sejarah dan pernah berkongsi maritim dengan negara kita.
Jika benar agensi republik itu menceroboh perairan negara kita dan menghalang agensi penguatkuasa negara kita menjalankan penguatkuasaan di perairan sendiri, itu satu kesalahan dan sepatutnya tidak berlaku dan sudah tentu Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mempertahankan kedaulatannya.
“Ada perjanjian yang dimeterai oleh kedua-dua negara berhubung sempadan maritim dan Singapura tidak sepatutnya ‘mencabul’ kedaulatan perairan negara kita,” katanya.

Sebenarnya, ada hikmah di sebalik isu berkenaan untuk menguji hubungan akrab di antara kedua-dua negara, selain membuka ruang kepada negara kita menyelesaikan sempadan maritim dan darat dengan negara jiran berkenaan, selain negara sejiran lain.
Dr Hazmi menjelaskan banyak sempadan maritim antara negara kita dengan Indonesia dan Filipina belum diselesaikan sehingga kadangkala berlaku ‘ketegangan’ di antara negara kita dengan negara terbabit.
Ini bermakna, mulai sekarang negara kita perlu bertindak lebih ke hadapan untuk menyelesaikan isu sempadan maritim bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan segera.
Selain, Singapura, Indonesia dan Filipina, negara kita juga mempunyai sempadan maritim, udara dan darat dengan Brunei yang juga memerlukan penyelesaian bijak.
Penulis mempunyai pengalaman meninjau perairan maritim negara kita dengan Indonesia dalam perairan Tawau di Laut Sulawesi, selain sempadan darat di Pulau Sebatik yang dikongsi kedua-dua negara.
Sempadan maritim yang sukar dikesan menyebabkan kami bimbang memasuki perairan negara jiran dan ditahan pihak berkuasa negara terbabit.
Muktamad sempadan maritim
Sebelum ini pun ramai nelayan kita yang ditahan pihak berkuasa negara jiran kerana didakwa menangkap ikan dalam perairan mereka. Isu ini akan berterusan selagi sempadan maritim belum dimuktamadkan.
Kita juga bimbang pelancong asing memasuki perairan negara jiran dan ini pasti menimbulkan konflik kerana membabitkan keselamatan warga negara lain yang masuk menerusi negara kita.
Negara kita khususnya masyarakat Melayu sebenarnya sudah lama menerokai samudera dan ada kepakaran mengesan sempadan samudera dengan negara lain.
Kesultanan Melaka memiliki Undang-Undang Laut Melaka yang digubal sendiri oleh Sultan Mansur Shah pada kurun ke-15 Masihi, namun kepintaran masyarakat Melayu dalam bidang ini hilang sedikit demi sedikit akibat penjajahan dan sekarang didominasi hampir sepenuhnya oleh sarjana Barat.
Berdasarkan bukti sejarah, masyarakat Melayu juga pelayar hebat pada zaman silam dan direkodkan masyarakat Melayu Nusantara berjaya belayar ke Madagascar ketika keagungan kerajaan Srivijaya pada kurun ke-9 Masihi.
Harap kerajaan tegas
Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, pula berharap Kerajaan Malaysia bertegas dalam isu membabitkan sempadan maritim dan ruang udara.
Beliau menegaskan negara kita tidak sepatutnya terlalu berlembut sehingga negara lain sewenang-wenangnya menceroboh perairan dan ruang udara kita.
Ketegasan negara kita tidak akan menimbulkan konflik hubungan diplomatik kerana apa yang diperjuangkan ialah mempertahankan kedaulatan, bukannya menceroboh.
“Isu ini sudah lama berlarutan dan sepatutnya diselesaikan segera dengan menetapkan sempadan maritim dan ruang udara yang dipersetujui negara kita dengan negara terbabit,” katanya.
Justeru, isu membabitkan sempadan maritim dan ruang udara yang menjadi pertikaian antara Malaysia dengan Singapura, juga negara kita dengan negara jiran lain perlu diselesaikan secara adil dan saksama tanpa menggugat hubungan diplomatik. – BH ONLINE

sumber : mynewshub
The post Selesai Isu Ruang Udara, Maritim Secara Harmoni – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/selesai-isu-ruang-udara-maritim-secara-harmoni-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singapura Harap Isu Maritim Dibincang Secara Konstruktif Aman Rileksmedia

Singapura Harap Isu Maritim Dibincang Secara Konstruktif Aman Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 310 hits
SINGAPURA Menteri Kewangan Singapura yang juga bakal Perdana Menteri republik itu telah melahirkan harapan agar kedua dua negara dapat membincangkan isu maritim secara konstruktif dan aman selaras dengan undang undang antarabangsa Ini akan ...
Tiada Pencerobohan Ruang Udara Chin Tong

Tiada Pencerobohan Ruang Udara Chin Tong

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 149 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan kononnya terdapat sebuah helikopter dan dron dari negara jiran menceroboh ruang udara negara adalah tidak benar Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong berkata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan tidak...
Cadangan Isu Kuil Sudah Dibentang Kepada Pm Kulasegaran Rileksmedia

Cadangan Isu Kuil Sudah Dibentang Kepada Pm Kulasegaran Rileksmedia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata cadangan untuk menyelesaikan isu kuil Sri Maha Mariamman Seafield telah dibentangkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa memberi taklimat kepada beliau tentang...
Kerajaan Selangor Jadi Orang Tengah Isu Kuil Mb Rileksmedia

Kerajaan Selangor Jadi Orang Tengah Isu Kuil Mb Rileksmedia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 311 hits
SHAH ALAM Kerajaan Selangor mengekalkan pendirian menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu pemindahan kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya yang menyebabkan insiden rusuhan sebelum ini Menteri Besar Amirudin Shari berkata pihakn...
Protes Perancis Jejas Ekonomi Gugat Populariti Macron Rileksmedia

Protes Perancis Jejas Ekonomi Gugat Populariti Macron Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 285 hits
PROTES besar besaran antikerajaan di Perancis akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi pada suku terakhir tahun ini kata bank pusat negara itu pada Isnin serta menjejaskan usaha Presiden Emmanuel Macron untuk menangani gerakan ves kuning yan...
Lantik Juruperunding Audit Bertauliah Analisis Cadangan Hapus Tol Rileksmedia

Lantik Juruperunding Audit Bertauliah Analisis Cadangan Hapus Tol Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kerja Raya akan melantik juruperunding audit bebas bertauliah pada awal Januari depan bagi membantu kerajaan membuat analisis data dan cadangan berhubung isu penghapusan kutipan tol Menterinya Baru Bian berkata anal...
Rosmah Lantik Peguam Baharu Rileksmedia

Rosmah Lantik Peguam Baharu Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM1 5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak melantik peguam b...
Chandra Tekankan Kepentingan Tugas Tanggungjawab Manusia Rileksmedia

Chandra Tekankan Kepentingan Tugas Tanggungjawab Manusia Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Aktivis sosial dan penganalisis politik terkenal Dr Chandra Muzaffar menekankan betapa pentingnya tugas dan tanggungjawab manusia dalam kehidupan masyarakat Presiden International Movement for a Just World itu berkata kegagalan...
Sivarraajh Layak Hadir Sidang Dewan Rakyat Ariff Rileksmedia

Sivarraajh Layak Hadir Sidang Dewan Rakyat Ariff Rileksmedia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Datuk C Sivarraajh kekal sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands dan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat sehingga proses rayuan di mahkamah selesai Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membuat keputusan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt