Sivarraajh Layak Hadir Sidang Dewan Rakyat Ariff Rileksmedia


KUALA LUMPUR – Datuk C Sivarraajh kekal sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands dan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat sehingga proses rayuan di mahkamah selesai. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, membuat keputusan itu berdasarkan tempoh rayuan 14 hari dibenarkan untuk Sivarraajh mencabar keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu atas dakwaan wujud amalan rasuah.
“Selepas keputusan dibuat Hakim pilihan raya di bawah Subseksyen 36(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Mahkamah Pilihan Raya mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat perakuan (kekosongan kerusi) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Sekiranya Yang Berhormat Cameron Highlands menggunakan haknya untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 36A Akta 5, pengeluaran perakuan itu akan ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai,” katanya ketika membacakan petua itu selepas sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Rabu lalu, wakil Barisan Nasional (BN) daripada MIC itu diarah keluar Dewan bagi mendapatkan pengesahan sama ada beliau diberi penangguhan, susulan keputusan mahkamah membatalkan kemenangannya.
Mohamad Ariff berkata, SPR tidak akan mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen berkenaan selagi belum menerima perakuan daripada Mahkamah Persekutuan.
“Yang Berhormat Cameron Highlands layak menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana perkara ini bukan kekosongan luar jangka yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan kepada SPR.
“Sebaliknya, ia adalah kekosongan yang disebabkan perintah Mahkamah Pilihan Raya.
“Keperluan Hakim Mahkamah Pilihan Raya memperakukan keputusan kepada SPR dalam masa 14 hari adalah kehendak mandatori sebelum keputusan itu dianggap sebagai muktamad.
“Maka sehingga proses rayuan selesai, Yang Berhormat Cameron Highlands masih dianggap sebagai seorang Ahli Parlimen,” katanya.
Sejurus keputusan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN UMNO-Bagan Datuk) bangun dan mengucapkan tahniah kepada Mohamad Ariff atas langkah profesional yang dibuatnya.
“Ini satu keadilan yang mana Ahli Parlimen pembangkang menyatakan tempoh 14 hari adalah tempoh yang kami tekankan.
“Dalam perkara ini mengakulah pihak sana (kerajaan), kemenangan ini adalah kemenangan rakyat keseluruhannya,” katanya.
Mohamad Ariff kemudian menegaskan, keputusan itu adalah kemenangan dari segi undang-undang.
Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU-14 yang dimenangi BN sebagai terbatal dan tidak sah selepas didapati wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan Sivarraajh. – BH Online
sumber : mynewshub
The post Sivarraajh Layak Hadir Sidang Dewan Rakyat – Ariff – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/sivarraajh-layak-hadir-sidang-dewan-rakyat-ariff-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Putuskan Mp Cameron Layak Hadir Sidang Dewan

Speaker Putuskan Mp Cameron Layak Hadir Sidang Dewan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR 10 Dis 8211 Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menarik balik keputusannya sebelum ini yang tidak membenarkan Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C Sivarraajh untuk menghadiri sidang Parlimen selepas kemenenanga...
Zahid Sivarraajh S Ejection From Dewan Rakyat Against Constitution

Zahid Sivarraajh S Ejection From Dewan Rakyat Against Constitution

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 354 hits
BN chairperson Ahmad Zahid Hamidi has slammed the marching orders given to Cameron Highlands MP C Sivarraajh from the Dewan Rakyat earlier today In a statement this evening Zahid said that the MIC vice president had every right to be in the...
Speaker Arah Sivarraajh Keluar Dewan Rakyat

Speaker Arah Sivarraajh Keluar Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 405 hits
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof hari ini mengarahkan C Sivarraajh meninggalkan persidangan hari ini selepas statusnya menjadi tanda tanya siusulan keputusan mahkamah baru baru ini Jadi untuk sementara waktu sila tinggalkan majli...
Sidang Dewan Belia Perak Mula 8 Disember Rileksmedia

Sidang Dewan Belia Perak Mula 8 Disember Rileksmedia

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 389 hits
IPOH Persidangan Dewan Belia Perak untuk Mesyuarat Kedua Penggal Pertama akan diadakan selama dua hari bermula 8 Disember depan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan How berkata 60 perwakilan belia akan ...
Wakil Rakyat Bn Keluar Dewan Solidariti Terhadap Sivarraajh

Wakil Rakyat Bn Keluar Dewan Solidariti Terhadap Sivarraajh

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 460 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional bertindak keluar Dewan Rakyat bagi membantah keputusan Speaker Datuk Mohd Ariff Md Yusof yang tidak membenarkan Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C Sivarraajh berada di dalam dewan pe...
Dewan Rakyat Keluar Surat Peringatan Terakhir Angkat Sumpah Yamani Hafeez Rileksmedia

Dewan Rakyat Keluar Surat Peringatan Terakhir Angkat Sumpah Yamani Hafeez Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 444 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat akan mengeluarkan surat peringatan terakhir kepada Yamani Hafez Musa dalam masa terdekat agar Anggota Parlimen Sipitang itu segera hadir bagi mengangkat sumpah jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff...
Ruu Akta Pengangkutan Jalan 2018 Dibentang Di Dewan Rakyat Rileksmedia

Ruu Akta Pengangkutan Jalan 2018 Dibentang Di Dewan Rakyat Rileksmedia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan membentangkan Rang Undang undang Akta Pengangkutan Jalan 2018 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini Pembentangan dibuat Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Dat...
Dewan Rakyat Panas Kerana Isu Sivarraajh

Dewan Rakyat Panas Kerana Isu Sivarraajh

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 465 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Persidangan Dewan Rakyat hari ini panas dengan tindakan terhadap Datuk C Sivarraajh yang semalam diarah meninggalkan sidang Dewan Rakyat oleh Speaker mendapat bantahan kebanyakan anggota Parlimen pembangkang...
Tajuddin Bung Moktar Dihalau Dewan Rakyat

Tajuddin Bung Moktar Dihalau Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 362 hits
Anggota parlimen BN keluar beramai ramai daripada sidang Dewan Rakyat bagi membantah keputusan Timbalan Yang DiPertua Mohd Rashid Hasnon menghalau dua wakil rakyat gabungan pembangkang hari ini Bung Moktar Radin dan Tajuddin Abdul Rahman di...
Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

The History Of Electricity From Discovery To Modern Power

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Yb Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Program Jaulah Ram

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

13 Arrested For Rioting After Video Shows Hundreds Of Foreigners Blocking Road

Bagaimana Menulis Contain Atau Kandungan Pemasaran Yang Baik Di Media Sosial

Drama Demam Viral

Ramadan Adalah Madrasah Untuk Setahun