Rosmah Lantik Peguam Baharu Rileksmedia


KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, melantik peguam baharu bagi mewakilinya. Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan demikian ketika kes itu disebut semula di hadapan Hakim Azman Ahmad yang turut dihadiri peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh yang baharu dilantik mewakili Rosmah.
“Saya telah dimaklumkan, barisan peguam bela yang mewakili Datin Seri Rosmah telah bertukar, barisan peguam bela (yang baharu) memohon untuk melihat dokumen (berkaitan kes) dahulu, sebelum sebutan kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,” kata Ahmad Akram.
Sebelum ini Rosmah diwakili peguam antaranya Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent.
Terdahulu Ahmad Akram memberitahu hari ini ditetapkan untuk sebutan bagi memohon kes tersebut dibicara bersama dengan kes bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor yang didakwa meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berhubung projek sama.
Bagaimanapun katanya pihak peguam bela Rizal telah memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dan sebutan kes tersebut ditetapkan Rabu ini.
Ahmad Akram kemudian memohon tarikh sebutan baharu bagi menyerahkan dokumen kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah serta bagi mengetahui status pemindahan kes Rizal ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 417 kanun sama.
Akberdin mengesahkan pihaknya telah dilantik untuk mewakili Rosmah dan memberitahu pihaknya perlu meneliti dokumen berkaitan sebelum memberi maklum balas berkaitan kes termasuk perbicaraan bersama dan mahkamah menetapkan 11 Jan 2019 untuk sebutan semula kes.
Turut kelihatan hari ini adalah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak serta anak lelaki mereka Mohd Ashman manakala Rosmah yang memakai baju kurung putih berbunga merah sedondon dengan selendangnya kelihatan tenang dan dilihat berborak dengan suaminya sebelum prosiding bermula.
Ketika ditemui pemberita di luar bilik bicara, Akberdin memberitahu barisan peguam terdahulu masih mewakili Rosmah yang menghadapi 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan lima tuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pelantikan peguam baharu itu bagi membolehkan peguam terdahulu mempunyai lebih tumpuan terhadap kes pengubahan wang haram itu.
Pada 15 Nov lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sama atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.
Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

sumber : mynewshub
The post Rosmah Lantik Peguam Baharu – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/rosmah-lantik-peguam-baharu-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gobind Dilantik Pengerusi Dap Selangor Yang Baharu Rileksmedia

Gobind Dilantik Pengerusi Dap Selangor Yang Baharu Rileksmedia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 404 hits
PETALING JAYA Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor yang baharu pada pemilihan jawatankuasa parti negeri itu di sini hari ini Pelantikan itu diumumkan oleh Speaker Konvensyen DAP Selangor...
Lantik Juruperunding Audit Bertauliah Analisis Cadangan Hapus Tol Rileksmedia

Lantik Juruperunding Audit Bertauliah Analisis Cadangan Hapus Tol Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 468 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kerja Raya akan melantik juruperunding audit bebas bertauliah pada awal Januari depan bagi membantu kerajaan membuat analisis data dan cadangan berhubung isu penghapusan kutipan tol Menterinya Baru Bian berkata anal...
Rosmah Tukar Peguam Bagi Kes Rasuah

Rosmah Tukar Peguam Bagi Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 338 hits
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir pada sebutan semula kesnya yang didakwa dua tuduhan meminta dan menerima rasuah RM1 5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sar...
Kes Rosmah Dipindah Ke Mahkamah Tinggi Rileksmedia

Kes Rosmah Dipindah Ke Mahkamah Tinggi Rileksmedia

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 525 hits
KUALA LUMPUR Kes pengubahan wang haram dan kegagalan membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri melibatkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini Bagaimanapun tarikh...
Apandi Sedia Peguam Panduan Peserta Rileksmedia

Apandi Sedia Peguam Panduan Peserta Rileksmedia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 492 hits
BANTU Tan Sri Apandi Ali mengesahkan bahawa pejabat peguam beliau Apandi Ali Co di ibu negara akan beri khidmat bantuan guaman buat peserta Himpunan Bantah ICERD pada Sabtu ini Dalam mesej ringkas yang dihantar kepada portal tempatan Menara...
As Setuju Mansuh Tarif Baharu Rileksmedia

As Setuju Mansuh Tarif Baharu Rileksmedia

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 280 hits
BUENOS AIRES Argentina Amerika Syarikat bersetuju semasa sidang bersama China kelmarin untuk membekukan tarif baharu selama 90 hari bagi mencari jalan untuk menamatkan perang perdagangan antara dua kuasa ekonomi dunia tersebut White House b...
Parlimen Maldives Sokong Cadangan Sertai Semula Komanwel Rileksmedia

Parlimen Maldives Sokong Cadangan Sertai Semula Komanwel Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 401 hits
MALE Parlimen Maldives menyokong cadangan kerajaan untuk menyertai semula Negara Negara Komanwel memetik media tempatan lapor agensi berita Xinhua Cadangan itu disuarakan Presiden Ibrahim Mohamed Solih dan diluluskan kabinet bulan lepas seb...
Jasa Rakyat Beri Kemenangan Ph Mesti Dihargai Rileksmedia

Jasa Rakyat Beri Kemenangan Ph Mesti Dihargai Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 398 hits
ALOR SETAR Pemimpin dan anggota parti Pakatan Harapan mesti menghargai jasa dan budi rakyat yang berani melakukan perubahan luar biasa dengan memilih dan memberi kemenangan kepada pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu untuk meneraju...
Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom Rileksmedia

Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom Rileksmedia

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 373 hits
LONDON Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke United Kingdom kembali ke Malaysia lebih awal daripada jadual asal program lawatannya Timbalan Perdana Menteri berkata beliau terpaksa pulang awal ke Ma...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram