Selepas Ucapan Berapi Api Azmin Sedia Bincang Dengan Anwar



Selepas menyampaikan ucapan berapi-api kepada penyokongnya malam ini, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau bersedia berbincang dengan presiden parti, Anwar Ibrahim, bagi menyelesaikan krisis yang berlaku antara mereka.

Beliau menyatakan kesediaan tersebut selepas menyampaikan amanat lebih 40 minit kepada penyokong pada majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di sebuah hotel di sini. 

Beliau juga meminta pimpinan parti agar terus maju ke depan bagi menyatupadukan semula PKR.

“Saya bersedia (jika diajak berbincang oleh Anwar). Saya ajak semua pimpinan dapat sama-sama dalam usaha satu padukan parti.

“Saya seru semua pemimpin dan ahli untuk ke depan menyatukan parti. Sekiranya ada usaha, saya bersedia untuk bersama-sama (pemimpin lain).

“Pengalaman yang kita lalui selama setahun ini amat pahit untuk kita semua,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan majlis.

Beliau turut menafikan menyerang mana-mana pemimpin, termasuk Anwar ketika berucap di hadapan penyokongnya hari ini.

“Saya tidak menyerang mana-mana peribadi, malahan saya jelaskan kepada ahli apabila presiden berdepan pelbagai bentuk ujian, saya sebagai timbalan keluarkan kenyataan dengan tuntas dan segera mempertahankan presiden.

“Ini bukan saya buat-buat, sudah saya lakukan. Setelah 20 tahun, saya tetap pertahankan presiden dan saya setia,” katanya, sekali gus menyelar kisah Si Kitol yang disebut oleh Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar pada kongres nasional parti itu semalam.

Tegasnya, beliau tidak mahu Anwar dipengaruhi mana-mana individu yang tidak memahami soal reformasi.

Beliau yang juga menteri hal ehwal ekonomi turut memaklumkan bahawa tidak timbul soal penubuhan parti baru meskipun krisis serius sedang melanda parti itu.

Ketika berucap, Azmin menempelak pihak yang menuduh dirinya sebagai pengkhianat parti sambil mengingatkan bahawa beliau berjuang mempertahankan parti sejak 20 tahun lalu hingga pernah dipenjarakan kerana parti.

“Pada 7 Disember 2019 saya digelar pengkhianat. Setelah 20 tahun berjuang tiba-tiba digelar pengkhianat parti. Cis bedebah! Kamu belum kenal Azmin Ali. Ya aku tenang, tapi tenang tenang aku….

“Sebelum Anwar (Ibrahim) masuk penjara, aku masuk dulu. Ditelanjangkan, dibogel, dipijak, dihina kerana apa? Kerana perjuangkan PKR yang kita bina ini,” katanya.

Beliau menyentuh soal kisah Si Kitol yang disebut Anwar dalam ucapan dasar yang disifatkan menjejaskan perpaduan PKR.

“Ucapan saya merasmikan sayap, saya tak sentuh mana-mana peribadi pun. Saya tak sebut Si Kitol, ketul atau bendul! Kalau nak baca sejarah ada 1,001 sejarah yang lain.

Dalam pada itu naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang turut berucap pada majlis sama membuat serangan terbuka terhadap Anwar sambil menyatakan kesediaannya dipecat daripada parti demi membawa parti ke landasan yang betul.

“Tak apalah kalau kami dipecat untuk kita baiki (parti) saya dan Azmin (Ali) dah bersedia. Kami rela dikorbankan demi PKR kerana kita nak parti ke landasan yang betul.

“Jadi kalau presiden rasakan PKR sangat gah, sangat hebat walaupun ada 50 ahli Parlimen tapi pengurusannya caca marba, siapa yang nak disalahkan?

“Saya tahu ucapan ini dirakam, saya nak presiden dengar supaya beliau berfikir dan mendapatkan kewarasan dan kebijaksanaan beliau balik untuk bawa parti ke landasan yang betul,” katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong.

Dalam ucapan sama, Zuraida mendakwa telah bertemu dengan Anwar sebelum ini dan meluahkan kekesalan dengan tindakan presiden PKR itu yang dianggap menipunya setelah melantik pengerusi PKR negeri tanpa membincangkannya dalam mesyuarat.

Azmin juga berkata, tidak timbul soal penubuhan parti baru kerana PKR adalah parti yang dibina bersama-sama sejak sekian lama.

“Parti ini kita bina bersama. Rakyat telah bina parti ini selama 20 tahun dan kita akan kekal dalam parti ini, cuma apabila ada masalah kita harus bincang dan cari penyelesaian.

“Saya ajak semua ahli parti segera ketepikan masalah lalu dan sama-sama maju ke depan sebagai sebuah parti yang kuat di bawah kepimpinan presiden sekarang,” katanya.

Beberapa pimpinan parti itu turut kelihatan hadir, termasuk naib presiden PKR Tian Chua; timbalan ketua Wanita, Daroyah Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Amirudin Shaari, Sivarasah Rasiah, Mohd Rashid Hasnon.

Turut hadir ialah beberapa pimpinan lain, termasuk Afif Bahardin, Juwairya Zulkifli, Badrul Hisham Shaharin dan Khairuddin Abu Hassan.

Terdahulu hari ini, Anwar berkata, gesaan perwakilan supaya parti itu memecat Azmin serta pemimpin dan perwakilan yang bertindak meninggalkan kongres parti itu semalam tidak timbul sama sekali.

Beliau berkata, gesaan itu hanya ditimbulkan oleh perwakilan, tetapi tidak ada pimpinan parti yang memberi respons menyetujuinya.

“Saya tidak ada masalah untuk berbincang, tetapi masalah yang ditimbulkan itu adalah sentimen yang mahukan parti bersatu dan tidak bertolak ansur terhadap mereka yang dianggap menyimpang daripada disiplin,” katanya pada sidang media selepas selesai slot penggulungan pada Kongres Nasional parti itu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka hari ini.

Semalam Azmin dan sekutunya meninggalkan kongres berkenaan kerana mendakwa Anwar gagal mematuhi janji yang dibuat sebelum itu bagi memastikan perwakilan hanya berucap berkait isu dasar serta usaha mengukuhkan parti, selain tidak menyindir atau menyerang mana-mana pihak lapor FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/12/selepas-ucapan-berapi-api-azmin-sedia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjelang Kongres Pemimpin Pemuda Mahu Undi Tak Percaya Terhadap Anwar Selepas Surat Azmin Sekutu

Menjelang Kongres Pemimpin Pemuda Mahu Undi Tak Percaya Terhadap Anwar Selepas Surat Azmin Sekutu

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 311 hits
Sekumpulan pemimpin Pemuda PKR mahu usul undi tidak percaya terhadap presiden mereka Anwar Ibrahim selepas Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dan sekutu menolak keputusan parti memecat beberapa ahli baru baru ini dan mahu Anwar memohon maa...
Azmin Saya Sedia Bincang Pengalaman Setahun Ini Pahit Menyakitkan

Azmin Saya Sedia Bincang Pengalaman Setahun Ini Pahit Menyakitkan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 240 hits
B NANTHA KUMAR Setelah berakhirnya Kongres Nasional PKR ke 20 yang memperlihatkan pergeseran dalaman parti itu Mohamed Azmin Ali berkata beliau sedia ke arah kerjasama bagi menyatupadukan parti itu Timbalan presiden PKR itu berkata pengalam...
Azmin Wants Unity In Pkr Ready To Reconcile With Anwar

Azmin Wants Unity In Pkr Ready To Reconcile With Anwar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR Pledging loyalty to the party PKR deputy president Datuk Seri Azmin Ali says he is ready to reconcile with his president Datuk Seri Anwar Ibrahim Azmin urged all members and leaders to band together to unite the party after the...
I Don T Want Anwar Influenced By People Who Don T Understand Reformasi Azmin

I Don T Want Anwar Influenced By People Who Don T Understand Reformasi Azmin

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 231 hits
PKR deputy president Mohamed Azmin Ali tonight said he did not want his president Anwar Ibrahim to be influenced by individuals who do not understand the reformasi struggle Azmin said this in response to questions from journalists who asked...
Penganalisis Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah

Penganalisis Kemelut Berakhir Jika Anwar Dan Azmin Beralah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR Kemelut antara pemimpin nombor satu dan dua dalam PKR akan dapat ditangani jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama sama beralah ujar Penganalisis Politik Prof Dr Hamidin Abdul Hamid Katanya ketika in...
Anwar No Plans To Sack Azmin People Must Be Allowed To Vent

Anwar No Plans To Sack Azmin People Must Be Allowed To Vent

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 318 hits
MELAKA There are no plans to dismiss Datuk Seri Mohamed Azmin Ali as PKR deputy president and people must be given space for their voices to be heard says party president Datuk Seri Anwar Ibrahim According to Anwar calls to sack Azmin were ...
I Don T Want To Get Involved Mahathir Says On Renewed Anwar Azmin Conflict

I Don T Want To Get Involved Mahathir Says On Renewed Anwar Azmin Conflict

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 282 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has continued to distance himself from the conflict between PKR president Anwar Ibrahim and his deputy Mohamed Azmin Ali after their spat renewed during their party s national convention in Melaka Mahathir...
You Broke Ceasefire Promise Azmin Tells Anwar

You Broke Ceasefire Promise Azmin Tells Anwar

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 283 hits
PKR Deputy President Datuk Seri Azmin Ali has accused his president Datuk Seri Anwar Ibrahim of breaking their ceasefire agreement In a press conference today Azmin said that his faction of loyalists and Anwar s thad initially agreed not to...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom