Azmin Saya Sedia Bincang Pengalaman Setahun Ini Pahit Menyakitkan


B NANTHA KUMAR



Setelah berakhirnya Kongres Nasional PKR ke-20 yang memperlihatkan pergeseran dalaman parti itu, Mohamed Azmin Ali berkata beliau sedia ke arah kerjasama bagi menyatupadukan parti itu.

Timbalan presiden PKR itu berkata pengalaman selama setahun ini - iaitu apabila memburuknya konflik dalaman PKR selepas pemilihan pada September 2018 - sebagai sesuatu yang pahit dan menyakitkan.

"Saya bersedia. Saya mengajak semua pimpinan dapat bersama-sama dalam usaha untuk menyatupadukan parti.

"Pengalaman yang kita lalui selama setahun ini, memang pahit, pengalaman sangat menyakitkan untuk semua kita. Jadi, saya menggalakkan pemimpin dan anggota untuk tampil ke depan dan menyatupadukan parti.

"Jika ada usaha (seumpama itu) saya bersedia untuk bersama-sama," katanya ketika ditanya tentang kesediaannya untuk berbincang dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkenaan pergeseran yang berlaku.
Beliau ditemui pemberita di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Acara itu menghimpunkan pemimpin dan anggota PKR yang menyokong Azmin, beberapa jam selepas sebahagian mereka tidak menghadiri hari terakhir kongres yang ditutup oleh presiden parti Anwar Ibrahim.

Ia diadakan di Hotel Rennaisance Kuala Lumpur, lokasi di mana Parti Keadilan Nasional - sebelum menjadi PKR - ditubuhkan pada 1999.

Kira-kira 2,000 hadirin menyertai acara yang dinamakan sebagai Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di hotel tersebut malam ini. Anggaran penganjur meletakkan angka kehadiran mencecah 5,000

Antara pemimpin yang hadir ialah naib presiden Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) iaitu Rashid Hasnon, Sivarasa Rasiah, Kamaruddin Jaafar dan Amiruddin Shari.

'Tak mahu Anwar dipengaruhi'

Azmin berkata beliau tidak menyerang mana-mana pemimpin PKR dalam ucapan 'pedas' yang disampaikan dalam acara itu.

"Saya tidak menyerang mana-mana peribadi. Saya menjelaskan pada anggota apabila presiden parti berdepan dengan pelbagai bentuk ujian, saya sebagai timbalan mengeluarkan kenyataan dengan tuntas dengan segera mempertahankan presiden.

"Ini bukan saya buat-buat saya telah lalukan, setelah 20 tahun saya tetap (bersama) presiden dalam isu sensitif.

"Cuma saya tidak mahu beliau dipengaruhi oleh orang-orang yang tidak memahami perjuangan reformasi," katanya ketika ditanya tentang ucapannya itu.
Azmin dalam ucapannya antara lain berkata PKR tidak diasaskan oleh seorang individu atau satu keluarga sahaja, tetapi oleh rakyat.

Dalam ucapan itu, beliau juga membangkitkan keberadaannya dan beberapa pemimpin lain, antaranya Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin, yang berada di dewan tersebut ketika parti itu ditubuhkan.

Ketika ditanya berkenaan risiko dipecat akibat ucapan tersebut, Azmin berkata isu tidak timbul.
"Ini satu usaha yang baik yang telah saya buktikan bersama dengan pimpinan, untuk memperkukuhkan parti dan sebelum kongres kita telah adakan pertemuan dan pertemuan tersebut amat baik.

"Namun, seperti yang kita jelaskan dalam kenyataan media, beberapa perkara penting itu telah dilanggar menyebabkan perkara ini amat dikesali.

"Jadi, saya berharap supaya semua perbincangan itu mestilah untuk tujuan memperkukuhkan parti," katanya lagi yang turut menafikan bahawa beliau akan meninggalkan PKR dan menubuhkan parti baru.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/azmin-saya-sedia-bincang-pengalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Ucapan Berapi Api Azmin Sedia Bincang Dengan Anwar

Selepas Ucapan Berapi Api Azmin Sedia Bincang Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 298 hits
Selepas menyampaikan ucapan berapi api kepada penyokongnya malam ini timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata beliau bersedia berbincang dengan presiden parti Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan krisis yang berlaku antara mereka Beliau ...
Pengerusi Ph Sabah Dijangka Bertemu Bersatu Bincang Kerusi Kimanis

Pengerusi Ph Sabah Dijangka Bertemu Bersatu Bincang Kerusi Kimanis

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 206 hits
MALAYSIAKINI Pengerusi Pakatan Harapan Sabah Christina Liew dijangka bertemu dengan pimpinan Bersatu negeri itu untuk membincangkan pilihan raya kecil Kimanis berikutan hasrat parti berkenaan untuk bertanding di kerusi itu Bernama melaporka...
Dr M Benarkan Dap Pkr Bincang Tukar Perlembagaan M Sia

Dr M Benarkan Dap Pkr Bincang Tukar Perlembagaan M Sia

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 260 hits
Usaha Berterusan PH Untuk Hapuskan Kedaulatan Undang Undang SyariahDR Mahathir telah benarkan DAP dan PKR membincangkan untuk menukar Perlembagaan Malaysia Sekali lagi Dr Mahathir di gunakan sebagai patung dalam usaha DAP dan PKR bagi mengh...
Pengalaman Hitam Dalam Bidang Youtube

Pengalaman Hitam Dalam Bidang Youtube

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 309 hits
Untuk kali ini aku nak kongsi sedikit pengalaman hitam aku dalam bidang Youtube ni Sebelum ini aku pernah ada channel Youtube dapat jutaan Views dan banyak Subscriber Channel masa tu content agak caca marba sumbat je apa yang rasa rasa bole...
Pengalaman Lucu Bajak Hp Temen Langsung Di Blokir

Pengalaman Lucu Bajak Hp Temen Langsung Di Blokir

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 254 hits
Foto hanya pemanis ya via hipwee comPernah gak kalian bajak hp temen sendiri bajaknya tuh yah bukan ala ala hacker gitu Tapi langsung bajak hpnya pada saat dia lagi gak merhatiin Nah pasti hampir setiap orang pernah dong ya Terus apa sih ya...
Kabinet Mungkin Bincang Ambil Alih Konsesi Tol Plus Tahun Hadapan

Kabinet Mungkin Bincang Ambil Alih Konsesi Tol Plus Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 250 hits
Langkah menunaikan baki 40 peratus janji manifesto Pakatan Harapan giat dijalankan pada separuh kedua pemerintahan tahun hadapan terutama melibatkan pengambillaihan konsesi tol Terbaharu kabinet akan membincangkan merit dan demerit cadangan...
Projek Ecrl Kerajaan Ph Sedia Rm1 Bilion Untuk Kontraktor Tempatan

Projek Ecrl Kerajaan Ph Sedia Rm1 Bilion Untuk Kontraktor Tempatan

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 286 hits
Pada 2 Dsember 2019oleh PentadbirPembiayaan sehingga RM1 bilion disediakan oleh SME Bank kepada subkontraktor tempatan yang dilantik untuk kerja sivil Projek Laluan Rel Pantai Timur kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng seperti dipetik Berita ...
Mic Sedia Sertai Muafakat Nasional

Mic Sedia Sertai Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 388 hits
Parti komponen BN MIC hari ini menyatakan kesediaan menyertai Muafakat Nasional Presiden MIC SA Vigneswaran yang memaklumkan perkara itu mengambil pendirian berbeza berbanding Presiden MCA Wee Ka Siong yang melihat BN sebagai satu satunya g...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos