Selepas Rule Of Law Mahukah Dap Kembali Sembah Kleptokrasi


agendaily.com12/8/2021
Adakah DAP bersedia mengetepikan pertuduhan mahkamah dihadapi Zahid Hamidi dan beberapa rakannya jika dibantu oleh UMNO untuk menjadi kerajaan semula?

Belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia kerajaan yang memerintah digulingkan, kecuali tumbang dengan sendiri apabila Perdana Menteri (PM) Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan.

Sebaliknya, sekarang ini UMNO – parti yang berkuasa penuh sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British – mahu mencatat sejarah menjadi parti pertama menggulingkan kerajaan, setelah rekod enam dekad pecah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 2018 lalu.

Diketuai Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjadi ‘penjaga sementara’ UMNO, bersama beberapa pemimpin kanan dan segelintir kecil Ahli Parlimen parti itu yang telah dicucuk hidung, dia berusaha menganggu-gugat politik Malaysia, untuk memalingkan tumpuan rakyat Malaysia terhadap kes rasuah, tidak amanah dan penyelewengan yang dihadapinya di dua Mahkamah Tinggi.

Untuk rekod:

1) Zahid, 68 tahun, dituduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah, dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram. Tertuduh didakwa melakukan jenayah itu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, ketika UMNO dan BN memerintah negara ini. Semua pertuduhan itu melibatkan puluhan juta ringgit.

2) Zahid berdepan tuduhan di Mahkamah Tinggi Shah Alam – 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), akan bersambung pada 25 Ogos ini. Kes jenayah rasuah ini juga membabitkan jutaan ringgit didakwa dilakukan ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Semua sekali 87 tuduhan jenayah dihadapi Zahid. Sebab itu dia sekarang ini sedang gelabah. Dan perlu diulang bahawa Zahid sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia tidak merengkok di dalam penjara.

Sementara rakan baiknya Ahli Parlimen Pekan Najib Razak setakat ini telah dikategorikan sebagai ‘penjenayah’ apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda terhadapnya yang didapati bersalah dalam kes SRC International, pada Julai 2020.

Mahkamah Rayuan belum membuat keputusan setelah mendengar rayuan dikemukkan Najib berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu. Oleh itu, keputusan Mahkamah Tinggi itu belum terpadam.

Namun kita tertarik apabila Dr Mahathir ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada 12 November 2020 juga membuat sindiran “Amat pelik perbicaraan di mahkamah dihentikan tetapi banduan boleh berucap di dewan Parlimen”.

Justeru, walaupun Zahid belum ditentukan bersalah, fakta-fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan menerusi 99 saksi menunjukkan perbuatan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram itu telah berlaku. Cuma terserah kepada mahkamah untuk menelitinya tanpa campur tangan pihak lain.

Ada dua kemungkinan sahaja. Zahid didapati bersalah. Atau Zahid dibebaskan kerana isu teknikal – jika ini berlaku ia tidak menafikan perlakuan jenayah itu benar-benar terjadi. Namun apapun keputusan Mahkamah Tinggi, kedua-dua pihak Zahid dan pendakwa boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan kemudian di Mahkamah Persekutuan.

Sama seperti kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Selepas keputusan Mahkamah Tinggi, kes dibawa ke Mahkamah Rayuan dan akhirnya ke Mahkamah Persekutuan yang mendapati Anwar gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

Kekalahan Barisan Nasional (BN) terutama UMNO pada PRU14 dahulu ada kebaikannya, apabila terdedahnya kegiatan jenayah yang diam-diam dilakukan pemimpin parti itu, tanpa ada siapa pun berani mengheret mereka ke mahkamah. Jika ada pun, mereka akan campur tangan dan memadamnya.

Ini boleh dilihat menerusi kronologi kes 1Malaysia Development Berhad membabitkan Najib, sehinggakan Peguam Negara ketika itu digantikan atas alasan kesihatan.

Mereka ini bercakap berdegar-degar. Tidak dinafikan bantuan juga dihulur kepada rakyat. Tapi ibarat mesin judi ‘beri seringgit makan 10 ringgit’.

Sebab itu, dalam keadaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin diuji dengan pandemik Covid-19 dan kesannya ke atas ekonomi negara dan rakyat, Zahid, Anwar dan Najib mengambil kesempatan mendakwa kerajaan telah gagal, dan PM tiada majoriti.

Mereka berusaha untuk menjadi pemimpin negara hanya untuk melepaskan tengkuk daripada mahkamah. Ini didedahkan Muhyiddin apabila menyatakan pihak tertentu mendesak beliau campur tangan dan membebaskan mereka daripada tuduhan di mahkamah.

PM tidak menyatakan siapa, tetapi rakyat faham individu yang dimaksudkan yang sedang berdepan puluhan tuduhan mahkamah.

Keengganan PM mengikut telunjuk mereka, mencetuskan kemarahan. Menggunakan pengaruh, Zahid dan Najib membakar sentimen rakyat, ahli Majlis Tertinggi dan beberapa Ahli Parlimen UMNO untuk menarik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin, sehingga PM terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong dan menjelaskan kedudukan sebenar.

Selepas diterima baik oleh Agong dan Muhyiddin memberi jaminan keabsahan beliau sebagai PM akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat, Zahid dan konco-konconya masih tidak berpuas hati. Mereka menganggap sidang Parlimen pada 6 September ini masih jauh, sedangkan ketetapan awal telah dipersetujui bahawa sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada tarikh itu.

Pada awalnya blok pembangkang dan Zahid bersama kemnya tidak membantah sidang Parlimen diadakan pada 6 September, tetapi apabila kerajaan PN dan Muhyiddin tidak juga tumbang-tumbang walaupun bermacam-macam cara telah mereka lakukan, akhirnya mereka sepakat mendesak Parlimen bersidang lebih awal.

Pendek kata, tidak perlulah rakyat Malaysia beratur panjang untuk mengundi jika senang-senang kita boleh mengubah mana-mana kerajaan yang tidak diingini, sebagaimana berlaku di Thailand.

Membaca laporan-laporan berita yang disiarkan sejak beberapa hari ini, ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Andaian boleh dibuat untuk diri sendiri sahaja. Mungkin rakan saya RPK yang ada gelaran itu layak membuat tafsiran dan mendedahkannya.

Tok Akhi
Penganalisis Politik Kampung

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/selepas-rule-of-law-mahukah-dap-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Kerajaan Jatuh Kleptokrat Umno Akan Kembali Berkuasa Kata Ahli Parlimen Dap

Jika Kerajaan Jatuh Kleptokrat Umno Akan Kembali Berkuasa Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 273 hits
Ahli Parlimen pembangkang hari ini memberi amaran sebarang kekosongan kuasa yang terjadi akibat kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional akan diisi oleh Umno menjadikan parti yang pernah mendominasi kerajaan itu sebelum ini kembali menjadi sem...
Hiburan Lagu Arwah Sarah Akan Terasa Lain Selepas Ini Kesetiaan Tular Kembali Di Media Sosial

Hiburan Lagu Arwah Sarah Akan Terasa Lain Selepas Ini Kesetiaan Tular Kembali Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 342 hits
Pemergian penyanyi Allahyarhman Siti Sarah bukan sahaja ditangisi oleh keluarga dan rakan rapatnya sahaja malah seluruh rakyat Malaysia turut terkesan dengan berita duka itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMeninjau di media sosial khususnya ...
Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa Dap Sokong Muhyiddin

Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa Dap Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 308 hits
Parti DAP berkemungkinan memilih jalan tengah dan berdamai dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan berbanding menggulingkan Perdana Menteri ketika ini Ini kerana menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hiso...
Zahid Mt Umno Buka Peluang Kepada Dap Kembali Berkuasa

Zahid Mt Umno Buka Peluang Kepada Dap Kembali Berkuasa

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 213 hits
agendadaily com3 8 2021DAP akan berpeluang mentadbir semula negara akibat perbuatan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang membawa parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional hari ini Keghairahan UMNO terutama Majlis Tertin...
Sajjad Di Sangka Mati Akibat Kemalangan Kapal Terbang Kembali Selepas 45 Tahun

Sajjad Di Sangka Mati Akibat Kemalangan Kapal Terbang Kembali Selepas 45 Tahun

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 278 hits
NEW DELHI Seorang lelaki yang disangka maut dalam satu nahas kapal terbang kembali semula ke pangkuan keluarga 45 tahun kemudian Sajjad Thangal 70 disangka terkorban oleh ahli keluarganya selepas pesawat Indian Airlines yang dinaikinya terh...
Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 275 hits
Perhatian akan tertumpu kepada Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin sekiranya parti itu kembali berkuasa di peringkat persekutuan kata penganalisis KOTA KINABALU Penganalisis percaya ramai wakil rakyat daripada Bersatu mungkin kembali kep...
Apa Tawaran Kerajaan Baharu Jika Pn Kembali Berkuasa Soal Tricia Yeoh

Apa Tawaran Kerajaan Baharu Jika Pn Kembali Berkuasa Soal Tricia Yeoh

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 201 hits
Astro AwaniTricia berkata beliau bimbang jika PN kembali memerintah keadaan akan kembali seperti sebelum ini Foto fail KUALA LUMPUR Sekiranya calon dari Perikatan Nasional memperolehi sokongan majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri ...
Tiada Rombongan Ke Istana Negara Jawatan Pm Kembali Kepada Umno

Tiada Rombongan Ke Istana Negara Jawatan Pm Kembali Kepada Umno

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 275 hits
Ismail Sabri KUALA LUMPUR Tempoh kurang dari lapan jam artikel ini disiarkan menjadi waktu paling penting buat negara dalam menentukan Perdana Menteri baharu sebagai peneraju kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum 15 dilaksanakan Sebagaimana di...
Hiburan Semoga Berhijab Kembali Artis Wanita Ramai Berhijrah Peminat Doakan Emma Maembong

Hiburan Semoga Berhijab Kembali Artis Wanita Ramai Berhijrah Peminat Doakan Emma Maembong

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 246 hits
Sejak kebelakangan ini ramai artis wanita tempatan telah mula berhijrah dan mengenakan hijab sepenuh masa ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenjadikan tanggal 1 Muharam sebagai titik penghijrahan ke arah yang lebih baik ramai artis turut menja...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever