Tiada Rombongan Ke Istana Negara Jawatan Pm Kembali Kepada Umno


Ismail Sabri


KUALA LUMPUR : Tempoh kurang dari lapan jam artikel ini disiarkan menjadi waktu paling penting buat negara dalam menentukan Perdana Menteri baharu sebagai peneraju kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum 15 (PRU) dilaksanakan.

Sebagaimana dilaporkan pada Selasa, kesemua anggota Dewan Rakyat telah diarahkan supaya menghantar surat akuan secara bertulis kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9 selewat-lewatnya jam 4 petang nanti.

Jika diimbas kembali, peristiwa menamakan calon Perdana Menteri melibatkan semua ahli parlimen ini sudah pernah berlaku 18 bulan lalu namun dalam suasana yang cukup berbeza.

Masih ingatkah ‘kemeriahan’ tanggal Februari tahun lalu apabila orang-orang politik ini membuat rombongan ke Istana Negara menaiki bas?

Bahkan ahli-ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih mencuri tumpuan dengan menaiki bas dua tingkat berbumbungkan langit Kuala Lumpur menuju Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Namun pada hari ini, dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan, tentunya ‘pesta politik’ sedemikian tidak akan terjadi.

Atau sebenarnya, adakah sekiranya hari ini Malaysia sudah sembuh daripada Covid-19, krisis politik yang sedang dihadapi negara ketika ini tidak berlaku?

Apa pun itu hanya kekal menjadi anggapan, kerana hakikatnya, Covid-19 bukan sahaja telah mengorbankan nyawa ramai rakyat, namun turut ‘mengorbankan’ survival Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Kini fokus kembali kepada calon Perdana Menteri ke-9, kerana kemungkinan persoalan tentang siapa yang akan diangkat sebagai pemimpin nombor satu negara ini akan terjawab lebih awal tanpa menunggu sehingga ‘deadline’ jam 4 petang nanti.

Ia susulan pendedahan dan pengesahan yang dilaporkan semalam berhubung calon yang dinamakan untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Selepas bermesyurat lewat malam semalam, UMNO mengesahkan 42 ahli parlimennya sebulat suara mengangkat Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

Persetujuan itu dilaporkan dibuat secara konsensus yang mana dimaklumkan turut mendapat sokongan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas bagi mencapai majoriti lebih 111.

Manakala, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dilaporkan bahawa Pejuang turut terbuka mempertimbangkan Ismail sebagai calon Perdana Menteri selain Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Berdasarkan gambaran yang diberikan juga, Pejuang sedia bekerjasama dengan BN dan Perikatan Nasional (PN) tanpa penglibatan kluster mahkamah kerana menyifatkan ia sesuatu yang sukar dielakkan bagi membentuk majoriti.

Perkembangan itu sedikit sebanyak memberi harapan kepada Ismail Sabri memperolehi majoriti sebagai Perdana Menteri sekaligus mengembalikan jawatan tersebut kepada UMNO.

Namun ketegasan Mukhriz bahawa Pejuang lebih memberi tumpuan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) Plus bagi membentuk kerajaan juga tidak boleh diabaikan.

Tidak mustahil sumpahan Anwar sebagai ‘PM tepi’ mampu berakhir jika PH mempunyai angka yang cukup namun perlu kekal memenuhi syarat ‘tiada geng kleptokrat’.

Ini dikuatkan lagi dengan ikrar Warisan bahawa mereka sedia menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dengan syarat sama.

Sebaliknya, jika Anwar gagal mendapatkan majoriti diperlukan, Warisan berpendirian menyokong presiden parti itu, Mohd Shafie Apdal untuk mendapatkan majoriti.

Bagaimanapun, kemungkinan terdapat kejutan lain susulan perkembangan sesi sembah menghadap melibatkan ketua-ketua parti dengan Al-Sultan Abdullah semalam juga perlu diambil kira.

Anwar mendedahkan dalam pertemuan tersebut, Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar gagasan suatu bentuk politik baharu yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat perlu diwujudkan.

“Maknanya yang menang jangan jadi seperti pernah berlaku sebelum ini iaitu memakan yang kalah. Harus ada satu kekuatan dengan semua parti dengan persefahaman baharu,”kata Anwar.

Jika benar ahli-ahli politik mampu merealisasikan titah tersebut, rakyat mungkin boleh menarik nafas lega.

Apa pun, tiada apa yang pasti selagi namanya politik kerana apa sahaja perubahan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Apatah lagi setiap nama yang diutuskan dalam surat setiap ahli parlimen untuk dipersembahkan kepada Istana Negara adalah rahsia. – SINAR


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/tiada-rombongan-ke-istana-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Kembali Memimpin Negara

Umno Akan Kembali Memimpin Negara

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 263 hits
UMNO akan kembali memimpin negara Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Yazid memberi bayangan bahawa UMNO bakal kembali memimpin semula negara ini di tengah tengah spekulasi peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pa...
Pn Dah Tumbang Sir Azri Ingatkan Ahli Umno Jangan Biarkan Ph Kembali Mentadbir Negara

Pn Dah Tumbang Sir Azri Ingatkan Ahli Umno Jangan Biarkan Ph Kembali Mentadbir Negara

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Setelah tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional semalam Exco Pergerakan Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris mengingatkan ahli partinya agar jangan biarkan gabungan Pakatan Harapan mengambil alih semula kerajaan Sebaliknya di...
Tengku Azlan Letakkan Jawatan Ketua Bersatu Temerloh Umum Kembali Ke Pangkuan Umno

Tengku Azlan Letakkan Jawatan Ketua Bersatu Temerloh Umum Kembali Ke Pangkuan Umno

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 617 hits
KUANTAN Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Temerloh Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar membuat kejutan apabila kembali ke pangkuan UMNO dan meletak jawatan daripada Bersatu Tengku Azlan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi...
Agong Perkenan Surat Peletakan Jawatan Pm Muhyiddin Jadi Caretaker Kata Istana Negara

Agong Perkenan Surat Peletakan Jawatan Pm Muhyiddin Jadi Caretaker Kata Istana Negara

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 354 hits
August 16 2021 3 04 PMPETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada sesi menghadap pagi tadi di Istana Negara Menurut kenyataan Istana N...
Letak Jawatan Muhyiddin Selesai Menghadap Agong Di Istana Negara

Letak Jawatan Muhyiddin Selesai Menghadap Agong Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 246 hits
stro AWANITan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk menghadap YDP Agong selepas selesai mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Info TerkiniOgos 16 2021Terkini01 07PMMuhyiddin sempat lambai ke arah media01 02PMMuhyiddin selesai me...
Mesej Gerak Kepada Istana Negara Mahiadin Adalah Penjenayah Rasuah Paling Bahaya

Mesej Gerak Kepada Istana Negara Mahiadin Adalah Penjenayah Rasuah Paling Bahaya

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 199 hits
GERAK mohon sembah takzim menyampaikan kebawah DYMM Yang DiPertuan Agong bahawa sesungguhnya Tan Sri Mahiadin Yasin adalah penjenayah rasuah paling besar dan bahaya 2 Rasuah adalah jenayah Dan merasuah untuk mendapatkan kuasa adalah jenayah...
Kenderaan Bawa Pm Memasuki Istana Negara

Kenderaan Bawa Pm Memasuki Istana Negara

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 282 hits
hmetro comMUHYIDDIN melambai kepada wakil media FOTO Asyraf HamzahKuala Lumpur Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki Istana Negara sebentar tadi Beliau dijangka menghadap Yang di Pertuan Agong Al S...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Apakah Bn Akan Rebah Bersama Kandang Babi Di Ayer Kuning Sebelum Ini Isu Kuil Di Tapak Haram

Paris Based Iea To Support Malaysia In Exploring Nuclear Energy Policy Says Dpm Fadillah

Not All Flag Mistakes Are Equal

Nasi Lemak Is Popular Among Malaysians Over Other Local Meals Why

Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like