Zahid Mt Umno Buka Peluang Kepada Dap Kembali Berkuasa


agendadaily.com3/8/2021
DAP akan berpeluang mentadbir semula negara akibat perbuatan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang membawa parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional hari ini.

Keghairahan UMNO, terutama Majlis Tertinggi (MT) diketuai Ahmad Zahid Hamidi untuk menumbangkan kerajaan Perkatan Nasional (PN) akan membuka peluang kepada parti cauvinis DAP menguasai politik tanah air.

Keadaan ini sekali gus akan menggugat kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam, namun beberapa pemimpin UMNO yang rakus untuk merampas kuasa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin – terutama kluster mahkamah yang tidak mendapat ‘pertolongan’ untuk dibebaskan daripada tuduhan jenayah – tidak mempedulikannya.

Sebaliknya Zahid dan konco-konconya terus bermain dengan politik sambil mempergunakan kenyataan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan PN menderhaka.

Sebagai rekod, DAP mendominasi 42 kerusi Parlimen, UMNO (39), PKR (38), Bersatu (31), PAS (18), PBB (13), AMANAH (11) dan Warisan (lapan kerusi).

Gabungan DAP bersama PKR dan AMANAH dalam Pakatan Harapan (PH) menjadikan jumlah 91 kerusi, sekali gus menjadikan DAP akan menguasai Parlimen.

Dalam perkembangan terbaharu hari ini, tindakan Zahid yang mendakwa mempunyai angka mencukupi untuk menumbangkan kerajaan PN, sama seperti yang dilakukan ketika menumbangkan kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Bersatu pada Disember 2020 lalu.

Kemelut politik Perak tercetus selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam usul keyakinan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Susulan itu, Zahid merancang mengadakan jajaran baharu bersama DAP bagi membentuk kerajaan Perak yang baharu.

Namun atas kesedaran kepimpinan Bersatu peringkat Pusat dan negeri yang tidak mahu DAP menjadi kerajaan, tampuk pentadbiran Perak diserahkan kepada UMNO.

Zahid perlu ingat bahawa jika DAP kembali berkuasa, mereka tidak akan memberi peluang lagi kepada UMNO.

Selain itu, rakyat juga sedang memerhati adakah jika kerajaan PN tumbang dan kerajaan baharu mengambil alih Putrajaya, maka kes-kes jenayah yang sedang dihadapi Zahid, Najib Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain, membabitkan berbilion ringgit wang rakyat, akan ditarik balik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/zahid-mt-umno-buka-peluang-kepada-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Kerajaan Jatuh Kleptokrat Umno Akan Kembali Berkuasa Kata Ahli Parlimen Dap

Jika Kerajaan Jatuh Kleptokrat Umno Akan Kembali Berkuasa Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 279 hits
Ahli Parlimen pembangkang hari ini memberi amaran sebarang kekosongan kuasa yang terjadi akibat kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional akan diisi oleh Umno menjadikan parti yang pernah mendominasi kerajaan itu sebelum ini kembali menjadi sem...
Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa Dap Sokong Muhyiddin

Bagaimana Jika Untuk Halang Kleptokrat Kembali Berkuasa Dap Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 316 hits
Parti DAP berkemungkinan memilih jalan tengah dan berdamai dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan berbanding menggulingkan Perdana Menteri ketika ini Ini kerana menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hiso...
No Anwar No Dap Hanya Sentimen Umno Zahid Boleh Ubah Kata Ph

No Anwar No Dap Hanya Sentimen Umno Zahid Boleh Ubah Kata Ph

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 335 hits
agendadaily com8 8 2021Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kawan rapat politik sejak 1980 an Laungan No Anwar No DAP dibawa UMNO hanya berbentuk sentimen dan boleh berubah sekali gus menjayakan kerjasama parti itu den...
Zahid Beri Bayangan Ada Wakil Rakyat Umno Akan Jadi Katak

Zahid Beri Bayangan Ada Wakil Rakyat Umno Akan Jadi Katak

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 245 hits
August 5 2021 Dalam tempoh beberapa minggu ini rakyat akan melihat sama ada tragedi katak melompat berulang Iaitu tragedi hitam yang melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 pada 9 Mei 2018 Kena tahu sifat katak bukan saja saja melomp...
Pas Dukacita Dengan Zahid Ingatkan Presiden Umno Itu Tentang Piagam Muafakat Nasional

Pas Dukacita Dengan Zahid Ingatkan Presiden Umno Itu Tentang Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 261 hits
SHAH ALAM Tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ahli Parlimen parti itu menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional adalah tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam Piagam ...
Mp Umno Bersama Rakyat Vs Mp Umno Bersama Zahid Hamidi

Mp Umno Bersama Rakyat Vs Mp Umno Bersama Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 185 hits
Covid dan Politik Pada masa rakyat sengsara dengan isu Covid ini sebolehnya kita jangan sangat berpolitik Kita wajib tumpu masa bantu rakyat Tingkatkan vaksinasi dan pulihkan ekonomi Untuk kebaikan rakyat dan tidak banyak berpolitik saya me...
Zahid To Umno Cabinet Members Quit Posts If You Are Loyal To Party

Zahid To Umno Cabinet Members Quit Posts If You Are Loyal To Party

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 269 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi The Star filepicKUALA LUMPUR Umno ministers and deputy ministers should resign from their posts to show loyalty to the party says Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi The Umno president told Utusan Malaysia that...
Tengku Azlan Letakkan Jawatan Ketua Bersatu Temerloh Umum Kembali Ke Pangkuan Umno

Tengku Azlan Letakkan Jawatan Ketua Bersatu Temerloh Umum Kembali Ke Pangkuan Umno

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 591 hits
KUANTAN Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Temerloh Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar membuat kejutan apabila kembali ke pangkuan UMNO dan meletak jawatan daripada Bersatu Tengku Azlan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi...
Four State Umno Bodies Back Zahid Amid Party Split

Four State Umno Bodies Back Zahid Amid Party Split

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 267 hits
Four state Umno liaison bodies have expressed their support for party president Ahmad Zahid Hamidi amid a split within the Malay based party In separate statements Umno liaison bodies from Perak Pahang Penang and Malacca backed the party s ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin