Bersatu Yakin Pas Kekal Dengan Pn


bharian.com.my
Oleh Ahmad Suhael Adnan 
[email protected]
- Oktober 6, 2022 @ 11:12pm
Muhyiddin (dua dari kanan) mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU di Shah Alam, hari ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
KUALA LUMPUR: BERSATU yakin parti sekutunya, PAS akan kekal bersama Perikatan Nasional (PN) untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden BERSATU yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan keyakinan itu selepas selesai mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan mesyuarat Biro Politik BERSATU, hari ini.

"Insya-Allah. Istiqamah kita kata," katanya ketika ditanya sama ada PAS kekal bersama PN dalam PRU-15.

Isu mengenai pendirian PAS untuk memilih PN atau UMNO timbul selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-68 awal bulan lalu, yang antara lain meluluskan usul penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu Islam pada PRU-15, termasuk meneruskan kerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN).

Situasi itu mencetuskan polemik selepas Muhyiddin ketika Konvensyen PN 2022, menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah musuh PN pada PRU-15, bertentangan dengan pendirian PAS yang mahu berunding dengan UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini dilaporkan parti itu sedia kembali ke meja rundingan dengan PAS berhubung kerjasama dalam PRU-15 jika PAS memenuhi tiga syarat ditetapkan.
Muhyiddin ketika sidang media pada perjumpaan biro Politik BERSATU di Publika, Kuala Lumpur. - NSTP/Aswadi AliasSyarat itu ialah PAS perlu keluar daripada gabungan PN; memutuskan hubungan politik dengan BERSATU; serta mengisytiharkan secara rasmi bahawa parti itu sudah mufarakah (berpisah) sepenuhnya dengan PN dan BERSATU.

Mengulas lanjut mesyuarat hari ini, Muhyiddin memaklumkan PN yang dianggotai BERSATU, PAS, GERAKAN, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku STAR) mencapai beberapa kesepakatan penting berhubung persiapan berdepan PRU-15.

Katanya, antara kesepakatan dicapai adalah gerak kerja jentera semua parti komponen diselaraskan menggunakan nama PN.

"Dalam mesyuarat PN, kita dah setuju jentera di semua peringkat akan bergerak atas nama PN. Ini bermakna gabungan parti yang ada BERSATU, PAS, GERAKAN, SAPP dan STAR (bergerak atas nama PN)," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/bersatu-yakin-pas-kekal-dengan-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Ada Pelan Kedua Dengan Umno Bersatu Pula Yakin Pas Pilih Pn

Pas Ada Pelan Kedua Dengan Umno Bersatu Pula Yakin Pas Pilih Pn

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 222 hits
Kalau dua kumpulan umat Islam bertelagah maka kamu damaikan mereka Pas ada pelan kedua dengan Umno Bersatu pula yakin Pas pilih PNDANIAL HAKIMTimbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tidak sesekali undur untu...
Umno Nasihat Pas Keluar Pn Tinggalkan Bersatu

Umno Nasihat Pas Keluar Pn Tinggalkan Bersatu

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 297 hits
ismaweb netBukan Muhyiddin berlagak big brother Umum suka hati dia BN musuh utama PN PuadBANGI 5 Rabiulawal 1444H Ahad Bahang Pilihan Raya Umum ke 15 semakin terasa apabila parti parti utama Melayu sudah mula melancarkan perang saraf antara...
Hadi Pas Choosing Between Umno And Bersatu Will Cause Imperfect Politics

Hadi Pas Choosing Between Umno And Bersatu Will Cause Imperfect Politics

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 248 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has alluded that the party prefers to stick to its stance of facing the 15th general election together with Umno and Bersatu The Marang MP pointed out that an ummah unity limited to PAS with Umno or PAS with B...
Tidak Mahu Terus Berbalah Pas Rangka Pelan Perdamaian Umno Dan Bersatu

Tidak Mahu Terus Berbalah Pas Rangka Pelan Perdamaian Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 245 hits
nbsp KOTA BHARU PAS tidak mahu perbalahan antara UMNO dengan BERSATU dibiarkan berterusan kerana ia akan merugikan sokongan orang Islam dan Melayu di negara ini Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bagi menghadapi pi...
Syarat Zahid Hamidi Kepada Pas Tinggalkan Pn Dan Bersatu Jika Mahu Jalin Semula Kerjasama

Syarat Zahid Hamidi Kepada Pas Tinggalkan Pn Dan Bersatu Jika Mahu Jalin Semula Kerjasama

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 364 hits
Zahid tuntut PAS berpisah dengan Bersatu PN jika mahu jalin semula kerjasamaBernamaPETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata PAS perlu memenuhi tiga tuntutan jika mahu kembali menjalin kerjasama politik bagi berdepan pilihan ra...
Great If You Can Persuade Umno To Cooperate Bersatu Leader Tells Pas

Great If You Can Persuade Umno To Cooperate Bersatu Leader Tells Pas

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 225 hits
Yesterday Zahid said PAS had to meet three demands if it wanted to return to political cooperation leave Perikatan Nasional sever political ties with Bersatu and officially announce that it would separate from PN and Bersatu A Bersatu leade...
Hubungan Pas Bersatu Selangor Dingin Tak Puas Hati Pembahagian Ketua Pn Bahagian

Hubungan Pas Bersatu Selangor Dingin Tak Puas Hati Pembahagian Ketua Pn Bahagian

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 239 hits
Hubungan PAS dan Bersatu di Selangor didakwa semakin dingin apabila timbul ketidakpuasan hati antara pimpinan parti komponen Perikatan Nasional itu berhubung pembahagian jawatan peringkat bahagian Sumber parti dalam gabungan PN Selangor ber...
Report Bersatu May Cede Perlis Mb Post To Pas If Perikatan Wins Ge15

Report Bersatu May Cede Perlis Mb Post To Pas If Perikatan Wins Ge15

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 186 hits
Perikatan Nasional secretary general Datuk Seri Hamzah Zainudin has hinted that a PAS leader may head the Perlis government if the coalition wins the 15th general election Utusan Malaysia reported today Hamzah who is from Parti Pribumi Bers...
Sidang Kemuncak Asean Ke 46

Dia Ada Taste La Ros Bp Didakwa Sering Ke New York Untuk Jumpa Teman Lelaki

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Mercedes Has Chosen To Develop Its Next Big Project In Georgia

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

Jadual Dan Beli Tiket Lima 2025 Langkawi

Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saya Tak Hairan Dengan Isu Sos Cili Ini Simbolik Untuk Curang Kaunselor Hj Hushim Salleh

Apa Itu Umrah Qadha Ini Penjelasan Sejarah Dan Hikmahnya

Nak Tahu Bila Boleh Berhenti Ambil Carbimazole

Pengantin Bawah Umur Suami 16 Tahun Isteri Muda Setahun

Tiada Masalah Mamat Sepah Minta Maaf Ke Syamsul Debat Popular Pula Kita Hari Ini

Had Usia Persaraan 65 Tahun Kesuma Teliti Cadangan Isu Panas