Selepas 9 Tahun Melarikan Diri Datuk Paiman Akhirnya Meringkup 13 Tahun Di Penjara


Oleh UtusanTV  ‘SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya ke tanah juga.’ Mungkin perumpamaan ini sesuai digunakan untuk satu kes menarik yang dibicarakan di mahkamah hari ini apabila seorang ahli perniagaan yang pernah melarikan diri dari dikenakan hukuman penjara, akhirnya berjaya juga diberkas polis.
Tidak diketahui punca ahli perniagaan itu kembali ke Malaysia selepas sekian lama di negara jiran, beliau yang menggunakan pasport Indonesia ditahan polis selepas ujian biometrik mendapati adalah ‘si pesalah’ yang pernah melarikan diri selepas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan ahli perniagaan tersebut, Datuk Paiman Shakimon menjalani hukuman penjara 13 tahun yang pernah dijatuhkan terhadapnya sebelum ini.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memerintahkan Paiman, 62, yang hadir ke mahkamah menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadapnya yang disabitkan kesalahan menipu dan memalsukan dokumen.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Datin Asmah Musa memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh yang telah menghilangkan diri selama sembilan tahun berjaya diberkas polis.
“Tertuduh didapati masuk ke Malaysia menggunakan pasport Indonesia. Hasil semakan menggunakan sistem biometrik cap jarinya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan dia sememangnya Paiman bin Shakimon,” katanya.

Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria menafikan dia adalah “Paiman Shakimon”.
Muhammad Jamil menolak penafian tertuduh itu atas alasan keputusan cap jari JPN jelas menunjukkan identiti sebenarnya.
Paiman sebelum ini merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen terhadapnya pada 2011 selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta.
Bagaimanapun, ketika rayuannya ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi, lelaki itu menghilangkan diri dan pada 20 Julai 2012, mahkamah mengeluarkan waran tangkap serta waran pemenjaraan juga dikeluarkan terhadapnya pada 11 Oktober tahun sama kerana gagal hadir pada prosiding rayuannya.
Paiman dihukum penjara 26 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 19 April 2011 selepas didapati bersalah menipu dan memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta milik dua Datuk lain dalam satu kes penipuan pelaburan antara 2005 dan 2006.
Bagaimanapun, Paiman hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 tahun selepas Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh memerintahkan hukuman itu berjalan serentak. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/selepas-9-tahun-melarikan-diri-datuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Paiman Akhirnya Ke Penjara 13 Tahun

Datuk Paiman Akhirnya Ke Penjara 13 Tahun

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan ahli perniagaan Datuk Paiman Shakimon yang menghilangkan diri selama sembilan tahun menjalani hukuman penjara 13 tahun Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memerintahkan Paiman 62 yan...
Selepas 5 Tahun Keluarga Sam Hammington Umum Undur Diri Dari Superman Returns

Selepas 5 Tahun Keluarga Sam Hammington Umum Undur Diri Dari Superman Returns

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 307 hits
Sedih kan setiap kali ada keluarga Superman Returns yang membuat keputusan untuk meninggalkan rancangan Terbaru Sam Hammington dan dua anaknya iaitu William dan Bentley mengumumkan bahawa mereka akan mengundurkan diri daripada program itu M...
Hiburan Selepas Dua Tahun Hanya Khabar Angin Akhirnya Tom Holland Sahkan Bercinta Dengan Zendaya

Hiburan Selepas Dua Tahun Hanya Khabar Angin Akhirnya Tom Holland Sahkan Bercinta Dengan Zendaya

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 278 hits
Dua bintang Spider Man dan akhirnya mengesahkan percintaan mereka pada majlis anugerah baru baru ini selepas bertahun tahun khabar angin tentang hubungan mereka Tom Holland dilihat merangkul pinggang Zendaya dan rasmi sebagai pasangannya di...
Akhirnya Mak Dijemput Ilahi Selepas Beberapa Tahun Menanggung Sakit

Akhirnya Mak Dijemput Ilahi Selepas Beberapa Tahun Menanggung Sakit

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 226 hits
Akhirnya Mak Dijemput Ilahi Selepas Beberapa Tahun Menanggung Sakit Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua Hari ini merupakan hari ke 10 bonda Sha telah dijemput Ilahi Tak kuat untuk bercerita lebih tentang pemergian Mak pada 11 November...
Semua Mirip Selepas 7 Tahun Tr4gedi Wanita Ini Jumpa Kembar Arw4h Abang Kami Selalu Tengok Game Sepak Takraw Dia Di Tv

Semua Mirip Selepas 7 Tahun Tr4gedi Wanita Ini Jumpa Kembar Arw4h Abang Kami Selalu Tengok Game Sepak Takraw Dia Di Tv

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 243 hits
KEHILANGAN seorang abang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh wanita ini lebih lebih lagi hubungan mereka sangat akrab Namun kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menghalangnya apabila abang kesayangan m4ut dalam satu kemal4ngan jal...
Kpai Pemerkosa 12 Santriwati Bisa Dihukum Penjara 20 Tahun Dan Kebiri

Kpai Pemerkosa 12 Santriwati Bisa Dihukum Penjara 20 Tahun Dan Kebiri

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 220 hits
Hukuman kebiri pun bisa dijatuhi kepada pelaku setelah menjalankan hukuman penjara baik yang pokok maupun tambahannya yang maksimal selama 20 tahun Namun hukuman maksimal ini akan bergantung pada tuntutan jaksa beserta putusan hakim
Hiburan Tinggal Anak Kecil Keseorangan Anda Mungkin Didenda Rm50 000 Dan Penjara 20 Tahun

Hiburan Tinggal Anak Kecil Keseorangan Anda Mungkin Didenda Rm50 000 Dan Penjara 20 Tahun

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 264 hits
Majlis Keselamatan Negara memaklumkan bahawa orang ramai khususnya ibu bapa yang sering meninggalkan anak anak sendirian di dalam kereta tanpa sebarang pengawasan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 000 atau penjara tidak lebih 20 tah...
Pembuli Sekolah Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun

Pembuli Sekolah Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 293 hits
Pelajar sekolah yang membuli pelajar lain sehingga mangsa mengambil tindakan bunuh diri atau melakukan cubaan bunuh diri boleh dipenjara sehingga 10 tahun di bawah rang undang undang baharu yang sedang dipertimbangkan di Perancis lapor lama...
Setelah 20 Tahun Debut Gong Yoo Akhirnya Buka Akaun Instagram

Setelah 20 Tahun Debut Gong Yoo Akhirnya Buka Akaun Instagram

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 299 hits
Pada pagi 1 Disember pelakon Gong Yoo telah membuka akaun Instagram peribadi miliknya serta membuat entri pertamanya sempena ulang tahun debut yang ke 20 Dalam entri itu ianya adalah gambar sotong yang dimasak dengan baik diletakkan dalam m...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Patong Bay Residence Phuket

Ular Sawa 100 Kilogram Ceroboh Asrama Perempuan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um