Akhirnya Mak Dijemput Ilahi Selepas Beberapa Tahun Menanggung Sakit


Akhirnya Mak Dijemput Ilahi Selepas Beberapa Tahun Menanggung Sakit | Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Hari ini merupakan hari ke 10 bonda Sha telah dijemput Ilahi. Tak kuat untuk bercerita lebih tentang pemergian Mak pada 11 November 2021 (Khamis) yang lepas. Walaubagaimanapun Sha sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana urusan pengebumian kedua-dua orang tua Sha telah dipermudahkan





Akhirnya Mak Dijemput Ilahi Selepas Beberapa Tahun Menanggung Sakit
Untuk pengetahuan korang, Mak Sha telah dimasukkan ke wad pada hari rabu selepas adik-adik Sha mendapati Mak tidak bermaya seperti biasa. Adik Sha membawa Mak ke Unit Kecemasan Hospital Besut lebih kurang pukul 1.00 pagi dan dimasukkan ke wad hampir pada waktu subuh. Kali ini agak pelik kerana sukar untuk  memasukkan ubat seperti biasa disebabkan jururawat tidak dapat cucuk jarum pada Mak

Oleh kerana keadaan Mak yang ada batuk dan hasil imbasan paru-paru menunjukkan keadaan tak berapa ok, Mak ditempatkan di wad saringan sementara menunggu keputusan ujian covid-19. Bila berada diwad sebegini Mak hanya dibenarkan dijaga oleh seorang penjaga sahaja. Memandangkan adik Sha, Tina mempunyai kelas jadi tugas menjaga Mak dipertanggungjawabkan ke atas adik bongsu Sha

Waktu malamnya adik bongsu Sha meluahkan rasa takut untuk menjaga Mak sorang-sorang kerana Mak lemah tak macam biasa, oksigen juga dipakaikan sepanjang masa. Bila adik rehat dan tidur, maka tak adalah update dari adik. Sha faham apa ketakutan yang adik maksudkan tapi biasalah kami sebagai anak tak bersedia pun untuk kehilangan Mak

Kesihatan Mak Makin Merudum
Keesokkannya adik cakap Mak masih lemah, tidak selera nak makan. Masuk waktu tengahari adik maklum tangan Mak membengkak sepertinya air berkumpul disitu. Tidak lama selepas itu doktor memaklumkan mereka tidak dapat membuat rawatan seterusnya memandangkan badan Mak sudah tida memberi respon yang baik.

Jururawat yang ada juga telah memberi pilihan untuk menidurkan Mak, tetapi peluang amat tipis. Sha sebagai kakak sulung hanya bersetuju dengan jururawat dan reda Mak dijemput Ilahi dan tak mahu Mak menanggung kesakitan lagi. Semua maklum proses ditidurkan amat menyakitkan pesakit tambah pula Mak mungkin ditidurkan secara terbalik (terlentang)

Sebab Mak Meninggal Dunia.
Sebenarnya Mak telah didiagnosis dengan sakit buah pinggang tahap 5. Mak pun dalam proses untuk buat dialisis tetapi semuanya tidak sempat dilakukan. Sakit Mak bermula daripada masalah diabetes (kencing manis) daripada muda lagi. Kedua-dua kaki Mak pun dah tak ada sejak tahun 2019 dan 2020. Sejak dari itu ulang alik ke hospital untuk ambil suntikan mencairkan darah di bahagian dialisis Hospital Besut

Kali ini Mak dimasukkan ke wad akibat bacaan garam dalam darah tinggi dan paru-paru berair. Akhirnya lebih kurang pukul 4.15 petang hari khamis Mak menghembuskan nafas terakhir dengan kegagalan buah pinggang kronik

Mak pergi dalam pelukan adik bongsu Sha. Adik peluk dan bimbing Mak untuk ingat Maha Pencipta, Alhamdulillah ada menemani. Seorang lagi adik Sha tidak dibenarkan masuk memandangkan wad saringan dijaga ketat. Jenazah Mak juga hanya dibenarkan keluar wad setelah mendapat keputusan swab test covid-19

Pengurusan Jenazah Mak
Dalam perjalanan balik ke kampung suami Sha ada maklum pada Sha, ketika kami pulang ke kampung minggu lepas Mak ada buat pesanan pada menantunya. Pesanan Mak jika Mak meninggal di hospital biarlah Mak dibawa pulang ke rumah dengan keadaaan yang sudah siap supaya tidak menyusahkan sesiapa dirumah

Urusan jenazah sangat dipermudahkan, kami dipertemukan dengan pihak pengurusan jenazah di Besut yang mana mereka menguruskan dari mandi, kafan dan kebumi. Allah SWT susun cantik pemergian Mak

Sempat Jumpa Mak Sebelum Ke Kubur
" Mok Xdok Doh"
Mesej pendek daripada adik bongsu Sha. Waktu itu Sha baru sahaja bertolak dari rumah, belum pun masuk lebuh raya. Sha yang pada mula bertenang kerana adik maklum bacaan gula Mak ok, jantung Mak ok berdoa dalam hati supaya Sha sempat jumpa Mak. Dunia Sha saat itu seakan dejavu waktu arwah ayah Sha nazak di kampung. Tetapi kali ini Allah SWT tak izin Sha berada di sisi Mak buat kali akhir seperti ayah dulu

Seakan tersusun elok dengan waktu, pihak pengurusan jenazah mahu kebumikan Mak pada pukul 10.00 malam. Alhamdulillah Sha sekeluarga sempat jumpa Mak, tengok Mak, cium Mak sebelum Mak di usung keluar dari rumah kami

Lemah Semangat Rasanya
Pagi itu Sha sempat makan mee goreng yang dibeli selepas hantar Adik Nur ke sekolah pagi itu. Masuk tengahari Sha dah mula nak memasak untuk masak tengahari dan ambil Adik Nur balik sekolah. Kemudian barulah Sha dapat panggilan dari adik maklumkan Mak dah 50-50 barulah Sha call suami ajak balik kampung. Sementara tunggu suami balik, Sha mengemas pakaian untuk balik kampung dan terus siapkan makan tengahari untuk anak. Bila suami sampai kami terus bersiap dan bertolak. Sha lupa sudah untuk makan, tapi bungkus semuanya dengan harapan dapatlah makan dipertengahan perjalanan



Akibat tak makan, sakit kepala menyerang. Kebetulan suami singgah isi minyak, Sha minta izin makan sedikit untuk hilangkan lapar teramat. Maka makanlah kami beberapa suap untuk alas perut dan sambung perjalanan. Jalan yang kami lalui terasa sangat jauh. Tapi Alhamdulillah Sha bersyukur kerana kami sempat sampai. 
Terasa tak berdaya bila melangkah naik ke rumah, rumah terang Sha tak perasan siapa ada di sana waktu itu mata Sha hanya terpacak pada insan kesayangan kaku dalam kafan putih suci bersih. 
Sha capai tangan Mak Cik Sha, tak ada kekuatan nak berjalan terus... 
Berlutut di tepi Mak... tak mampu nak buka kain menutupi wajah Mak...

Sha tak pasti siapa tolong bukakan..

Sha tatap wajah Mak buat kali akhir..

Bergetar rasanya jari jemari menyentuh wajah mak.

Ya Allah.. cantiknya Mak akuu..

Berseri... Senyum indah
Hilang segala wajah sakit Mak selama ini..

Mak.. Kak Ma reda Mak pergiii...

Bergegar rasa di dada menahan sebak..

Aku cium Makkk.. sejukkkk....


Kumpul Kekuatan Untuk Bangun
Sha bangun dan bantu menutup kembali wajah Mak. Sha iring Mak hingga ke tanah perkuburan. Terima kasih suami, pak cik mak cik, orang kampung dan yang lain dalam urusan pengebumian Mak malam itu. Sha betul-betul reda dengan pemergian Mak... Kami tak sanggup dah tengok Mak tanggung sakit bertahun-tahun, keluar masuk wad. Mak lah wanita yang punya semangat paling kuat Kak Ma kenal..



Kak Ma dan adik-adik akan doakan Mak dan Ayah di sana selalu .. InsyaAllah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2021/11/akhirnya-mak-dijemput-ilahi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 12 Tahun Sakit Hati Ulama Pas Tersenyum Dituduh Berkomplot Lawan Hadi

Selepas 12 Tahun Sakit Hati Ulama Pas Tersenyum Dituduh Berkomplot Lawan Hadi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 309 hits
Oleh FAZLI RADZI November 9 2021 Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Mokhtar Senik memberitahu dia masih mampu tersenyum apabila dikaitkan dengan komplot menyanggahi Presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mokhtar yang juga Ahli Jawatan...
Tumbuh Gigi Geraham Seawal Usia 2 Bulan Dijemput Ilahi Selepas Pendarahan Dalam Otak

Tumbuh Gigi Geraham Seawal Usia 2 Bulan Dijemput Ilahi Selepas Pendarahan Dalam Otak

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 258 hits
Anak syurga hanya sempat bersama dua bulan sebelum pergi buat selama lamanya Difahamkan puncanya kerana pendarahan dalam otak disebabkan sakit gigi geraham yang tumbuh Walaupun dipinjamkan dalam tempoh yang singkat pemergiannya sangat terke...
Perkampungan Hantu Di Sepanyol Muncul Semula Selepas 30 Tahun Video

Perkampungan Hantu Di Sepanyol Muncul Semula Selepas 30 Tahun Video

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 214 hits
Kampung Aceredo dahulunya menempatkan kediaman bagi kira kira 120 orang penduduk AFP MADRID Sebuah perkampungan di Sepanyol yang tenggelam dalam pembinaan sebuah kawasan tadahan air selepas ditinggalkan penduduknya muncul semula selepas par...
Terima Kasih Allah 32 Tahun Menanti Rosyam Nor Gembira Syukur Akhirnya Timang Cucu Lelaki

Terima Kasih Allah 32 Tahun Menanti Rosyam Nor Gembira Syukur Akhirnya Timang Cucu Lelaki

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 199 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon penerbit dan usahawan Datuk Rosyam Nor yang telah selamat menerima kehadiran cucu keempatnya pada Isnin Lebih bermakna penantian kira kira 32 tahun berakhir apabila impian bintang filem Castello untuk menerima...
Wanita Pergi Tak Kembali Di Pangkuan Suami 30 Minit Selepas Berkahwin Setelah 3 Tahun Bertunang

Wanita Pergi Tak Kembali Di Pangkuan Suami 30 Minit Selepas Berkahwin Setelah 3 Tahun Bertunang

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 279 hits
Wanita Pergi Tak Kembali Di Pangkuan Suami 30 Minit Selepas Berkahwin Setelah 3 Tahun Bertunang Mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta sudah semestinya menjadi impian buat semua Namun apa yang kita sebagai manusia hanya mampu lak...
Diam Tak Diam Lebih 11 Tahun Maya Karin Single Akui Diint4i Beberapa Lelaki Termasuk Jejaka Australia

Diam Tak Diam Lebih 11 Tahun Maya Karin Single Akui Diint4i Beberapa Lelaki Termasuk Jejaka Australia

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 456 hits
Pelakon Maya Karin tidak menafikan dirinya ada didekati beberapa orang lelaki tempatan termasuk seorang jejaka dari Australia sejak kembali solo pada tahun 2010 Bagaimanapun bintang itu mengakui ketika ini dia lebih selesa berkawan kerana m...
Khabar Duka Lagi Sebulan Nak Tunang Nurul Atikah Dijemput Ilahi Kemaiangan Mpv Terbabas Salam Takziah Buat Keluarga

Khabar Duka Lagi Sebulan Nak Tunang Nurul Atikah Dijemput Ilahi Kemaiangan Mpv Terbabas Salam Takziah Buat Keluarga

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 265 hits
TUHAN LEBIH SAYANGKAN NURUL ATIKAH Alor Setar Arwah Nurul Atikah sibuk mencari pelamin dan jurusolek kerana mahu bertunang bulan depan namun Tuhan lebih menyayanginya kata Rafidah Senapi Rafidah 35 adalah rakan karib kepada Nurul Atikah Ras...
Selepas 7 Tahun Dr Beritahu Hanya Ivf Atau Anak Angkat Tapi Allah Lebih Tahu

Selepas 7 Tahun Dr Beritahu Hanya Ivf Atau Anak Angkat Tapi Allah Lebih Tahu

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 319 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga Namun andai kata belum sampai rezekinya lagi siapa kita nak menidakkan takdir Allah Hanya DIA yang tahu bila masanya untuk diberikan rezeki ini Seperti...
15 Tahun Berpisah Mak Sudi Sendukkan Lauk Untuk Ayah Duduk Semeja Layan Cucu

15 Tahun Berpisah Mak Sudi Sendukkan Lauk Untuk Ayah Duduk Semeja Layan Cucu

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 239 hits
Tiada yang menginginkan perpisahan atau penceraian dalam rumah tangga yang telah dibina bertahun2 Tetapi jika perpisahan atau penceraian itu boleh membuatkan kedua2 pihak merasakan ketenangan jadi perpisahan itu haruslah diberikan keutamaan...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun