Selepas 9 Tahun Akhirnya Bienda Dedah Punca Sebenar Dan Ini Wajah Terkini Beliau Bersama Anaknya


Setelah hampir sembilan tahun menyimpan rahsia, penyanyi Bienda akhirnya mendedahkan kisah di sebalik pernikahannya dengan produser, Kamarul Zariman Abd Rahman.

Bienda kini muncul dengan single baru. FOTO: Instagram Bienda
Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 33, berkata dia bernikah pada 10 Oktober 2009 dan melangsungkan majlis persandingan selepas setahun kemudian.
Keputusan untuk merahsiakan tarikh pernikahan itu bukanlah kerana pasangan itu berkahwin di negara luar namun disebabkan mereka enggan menyusahkan pihak keluarga.
“Sudah tiba masanya saya berkongsi dengan semua orang yang kami telah bernikah pada 10 Oktober 2009 dan setahun kemudian barulah majlis persandingan diadakan.

Bienda semasa pelancaran Jaga Hati. FOTO: Instagram Bienda.
“Saya merahsiakan perkara itu sebab tidak mahu menyusahkan keluarga. Ketika tu, fokus utama kami bekerja keras simpan duit untuk beli rumah dan barulah fikir pasal majlis sanding pula.
“Saya tak nak guna duit keluarga dan tidak mahu orang salah anggap kata saya tak ada duit nak minta simpati daripada mana-mana pihak” kata Bienda kepada mStar Online.
Bienda ditemui ketika di pertujukan fesyen Clarissa X Bienda dan pelancaran video muzik lagu terbarunya, Jaga Hati di The Glass Suite, BoraOmbak, di sini pada Khamis.
Tambah Bienda lagi, majlis pernikahan mereka telah berlangsung di masjid bersebelahan rumah ibunya di Gombak dan bukanlah di Thailand seperti yang diperkatakan.
“Kelakar apabila ada pihak cakap yang saya rahsiakan pernikahan sebab kahwin lari dekat Thailand. Sedangkan saya nikah di masjid sebelah rumah ibu di Gombak,” ujarnya.
Sebelum ini, Bienda mengambil keputusan untuk berdiam diri apabila ditanya mengenai majlis akad nikahnya menyebabkan timbul pelbagai spekulasi.

Bienda dan suaminya dikurniakan dua orang perempuan bernama Lavienda Namiraz, 6, dan Laxiendra Namiraz yang kini berusia 4 tahun.
Dalam pada itu, penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu Penantian ini teruja dapat melancarkan lagu terbaru, Jaga Hati selepas kecewa dengan album yang diterbitkan pada 2009 apabila ia tidak menjadi.
Malah, menurutnya lagu tersebut telah pun disiapkan setahun yang lalu namun terpaksa menunggu waktu yang sesuai untuk dilancarkan.
“Saya pernah kecewa sangat apabila album saya Kenaliku pada 2009 tidak menjadi. Tak tahu kenapa tapi memang boleh dikatakan album tersebut gagal berada di pasaran.
“Jadi, kali ini saya berharap sangat dengan kelainan lagu terbaru Jaga Hati ini dapat menarik hati pendengar masa kini.
“Sebenarnya lagu ciptaan DJ Fuzz ini dah lama disiapkan sejak setahun yang lalu namun banyak halangan kecil menyebabkan saya terpaksa mencari masa yang sesuai untuk dilancarkan,” katanya.
Wajah Terkini Bienda Dan anaknya :
View this post on Instagram
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . Peneman Setia … Gonna Miss U Both #Cinta #Lavienda #Laxiendra #LoveOfMyLife @biendalovers
A post shared by FC IG : @BiendaLovers (@biendalavienda) on Apr 3, 2018 at 5:04am PDT

View this post on Instagram
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Syukur Alhamdulillah . Allah ‘Azzawajalla Berfirman, وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ . “Wahai Manusia, Kami Akan Menguji Kalian Dengan Kesempitan Dan Kenikmatan, Untuk Menguji Iman Kalian. Dan Hanya Kepada Kamilah Kalian Akan Kembali” (QS. Al-Anbiya: 35). . “Setiap Insan Pasti Pernah Merasakan Suka Dan Duka. Oleh Karena Itu, Jadikanlah Sukamu Adalah Syukur Dan Dukamu Adalah Sabar.” . Happy MONDAY And Happy Working Too . . @biendalovers #JagaHati #BiendaJagaHati #LoveOfMyLife #BiendaLovers
A post shared by FC IG : @BiendaLovers (@biendalavienda) on Apr 1, 2018 at 6:54pm PDT

View this post on Instagram
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته . مَنْ أَكْثَرَ مِنْ الِاسْتِغْفَارِ؛ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ” . “Barang Siapa Memperbanyak Istighfar; Nescaya Allah Memberikan Jalan Keluar Bagi Setiap Kesedihannya, Kelapangan Untuk Setiap Kesempitannya Dan Rezeki Dari Arah Yang Tidak Disangka-Sangka” HR. Ahmad Dari Ibnu Abbas. . Maka Beristighfarlah Yang Diajar Oleh Rasulullah Saw ; Yang Paling Ringkas, أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ . . @biendalovers #Bienda #BiendaLavienda #DoaYangBaikBaik #Istighfar #SyukurSelalu #BiendaLovers
A post shared by FC IG : @BiendaLovers (@biendalavienda) on Mar 29, 2018 at 5:34pm PDT

View this post on Instagram
السَّلاَمُ عَلَيْكُم  وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat orang-orang yang bukan Nabi, dan bukan pula Syuhada. Tetapi para Nabi dan syuhada cemburu pada mereka di hari kiamat nanti, disebabkan kedudukan yang diberikan Allah kepada mereka" . Seorang Sahabat bertanya : . "Ya Rasulullah, beritahukanlah kepada kami, siapa mereka yang dimaksudkan itu? Agar kami dapat turut mencintai mereka" .. ujar para sahabat. . Lalu Rasulullah SAW menjawab : . “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, mengasihi dan menyayangi karena Allah SWT Tanpa adanya hubungan darah, keluarga dan Nasab di antara mereka… . Demi Allah, wajah-wajah mereka pada hari itu BERSINAR bagaikan CAHAYA di atas mimbar-mimbar dari cahaya. . Mereka tidak takut di saat manusia takut, dan mereka tidak sedih di saat manusia sedih (HR. Abu Dawud) . Sedikit pencerahan tentang persatuan, persahabatan dan persaudaraan…. . Semoga tali Silaturrahim, persahabatan dan persaudaraan kita Di Sini, termasuk ke dalam golongan yg di Ridhai serta diberkahi oleh Allah SWT.. Aamiin Ya Rabbal Alamiin. . Apapun status sosialmu, betapa tinggi pun kedudukanmu dalam karier dan kehidupanmu.. Namun, kau tetaplah manusia biasa yang tak luput dari khilaf, salah dan dosa di hadapan Tuhanmu dan juga manusia-manusia lain.. yang kelak akan dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikuburkan oleh orang lain… . “Jagalah selalu tali silaturrahim dan hubungan baik pada sesamamu" . بَارَكَ اللّهُ فِيكُم . وبالله التوقيق . السَّلاَمُ عَلَيْكُم  وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . . Part 2 Jazakillahu Khair Adikku @arnessaabdullah Utk Perkongsian Ini It’s From Beautiful Heart . . @biendalovers #HappyWorking #SharingIsCaring #DoaYangBaikBaik #PositiveVibes #BiendaLovers
A post shared by FC IG : @BiendaLovers (@biendalavienda) on Mar 19, 2018 at 10:01pm PDT

View this post on Instagram
JAGA HATI . . : @carrisa.design16 Style By @armacouture M.Up By & Eyelashes By : @epie_temerloh Lense By : @mawarashid @pureroselens_official . Executive Producer : @carrisa.design16 . . @biendalovers #Bienda #BiendaLavienda #JagaHati #JagaHatiMV #BiendaJagaHati #BiendaXCarrisa #Indonesia #BiendaLovers
A post shared by FC IG : @BiendaLovers (@biendalavienda) on Mar 7, 2018 at 6:13pm PST

View this post on Instagram
SELAMAT HARI LAHIR SYURGAKU . Terima Kasih Mak (Ibu Mertuaku) Yg Bersusah Payah Mengandungkn Selama 9 Bulan,Bersusah Payah Melahirkn,Membesarkan Serta Mendidik Anak Mak Menjadi Seorg HambaNya Yg Soleh ,Imam,Anak,Suami & Walid Yg Baik Buat Kita Sekeluarga . Selamat Hari Lahir Sayangku Syukur Alhamdulillah… ALLAH SWT Panjangkan UmurMu Hingga Ke Saat Ini.Semoga Di Hari LahirMu Syg,U Akn Sentiasa Di Lindungi,Di Jauhkn Dari Segala Keburukan,Fitnah Dan Dari Perkara2 Yg Tidak Baik.Semoga U Akn Sentiasa Membimbing Kita Sekeluarga Ke Jalan ALLAH SWT.Mudah2an Di Berikan Kesihatan Yg Baik Supaya Kita Dapat Melaksanakn Tanggungjawab Kita Kpd Allah SWT,Ibu Bapa ,Anak2 Dan Org2 Yg Berada Dalam Kesusahan.Mudah2an Juga U Sentiasa Di Murahkn Rezeki & Berjaya Dalam Apa Yg U Inginkn Di Dunia Dan Akhirat.Doa I Sentiasa Ada Bersama U I LOVE YOU SO MUCH . Dalam Byk2 Pic Romantik Yg I Pilih,I Rasa Inilah Tempat & Kenangan Yg Terbaik Buat Kita… So Ini Pic Throwback K,Mudah2an Semua Buat Semua Kesayangan Bienda Boleh Sama2 Mendoakn Yg Baik2 Utk Suami Bienda . Jazakumullahu Khair . . @biendalovers #BirthdayBoy #SannahHelwah #LoveOfMyLife #Syurgaku #ImamKu #Cinta #ThrowbackPic #Umrah2017
A post shared by FC IG : @BiendaLovers (@biendalavienda) on Feb 14, 2018 at 7:57am PST

View this post on Instagram
SYAFAKILLAHU KHAIR Anakku Jazakumullahu Khair Buat Semua Yg Mendoakn Kesihatan Anakanda Sy Sebelum Nie. . Alhamdulillah… Lavienda Dah Semakin Pulih,Skrg Laxiendra Yg Baru Sakit… Penyakit Yg Mudah Berjangkit Dah Kuarantin Kakak,Ada Waktu Masing2 Mencari,Memeluk Sebab Rindu Katanya. . Ini Pengalaman Pertama Sy Melalui Dn Jaga Anak2 Yg Sakit Dan Kena Penyakit Berjangkit… Sedih & Pilunya Rasa Bila Tgk Anak2 Sakit.Tak Ada Daya Dan Upaya Nak Buat Apa Bila Di Serang Demam Panas Mengejut… Apapun.. Sy Mohon Jg Jasa Baik Dari Anda Semua Utk Mendoakan Anak2 Sy Supaya Cepat Sembuh . اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذهِبِ البَأسَ اشفِ أَنتَ الشَّافِيء لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاوءُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا . Ya Allah… Wahai Tuhan Segala Manusia, Hilangkanlah Penyakitnya, Sembukanlah Ia. (Hanya) Engkaulah Yang Dapat Menyembuhkannya, Tidak Ada Kesembuhan Melainkan Kesembuhan DariMu, Kesembuhan Yang Tidak Kambuh Lagi. . Semoga Cepat Sembuh Anakku Lavienda Namiraz & Lavienda Namiraz
A post shared by FC IG : @BiendaLovers (@biendalavienda) on Jan 28, 2018 at 9:58am PST

View this post on Instagram
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . . وَعَيْنُ الرِّضَا عَنْ كُلِّ عَيْبٍ كَلِيْلَة وَلَكِن عَيْنَ السُّخْطِ تُبْدِي الْمَسَاوِيَا . “Mata Orang Yang Senang Tidak Melihat Aib Yang Di Senanginya, Tapi Mata Yang Benci Selalu Memperhatikan Kejelekannya.” . Setiap Manusia Ada Kelebihan & Kekurangannya… Lengkapilah Kelemahan Pasangan Atau Insan2 Yg Kita Sayangi Dgn Kebaikan Ataupun Kelebihan Kita.Hargailah Mereka Ketika Mereka Masih Ada Di Dunia Ini,Usah Buang Masa Hidup Dalam Kesedihan.Mulakan Hari Anda & Kehidupan Anda Dgn Senyuman & Keceriaan. Berdoalah Utk Mereka Supaya Terus Di Berikan Hidayah.Kata2 Adalah Doa,Fikirlah Yang Baik2 Dan Ucapkanlah Yg Baik2 Supaya Ia Menjadi BAIK . Jaga Mata, JAGA HATI
A post shared by FC IG : @BiendaLovers (@biendalavienda) on Jan 3, 2018 at 8:53pm PST

Sumber : http://www.mstar.com
Bienda remajakan diri

Minat terhadap dunia nyanyian tidak pernah padam dalam diri Bienda malah, dia berasakan cabang seni itu sudah sebati dengannya.
Walaupun pernah terdetik rasa ingin berhenti ekoran kegagalan album kedua sembilan tahun lalu, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 33, tidak menjadikan ia sebagai halangan utama.
Menurut Bienda, pembabitannya sebagai penyampai radio di Manis FM selama lebih setahun memberi semangat baru untuk terus berjuang dalam bidang nyanyian.
Secara perlahan-lahan Bienda yang popular menerusi lagu Penantian pada 2004 mengkaji aliran muzik yang sesuai dirakam seterusnya boleh diterima baik peminat.
“Album Bienda Kenaliku pada 2009 gagal di pasaran. Album itu saya terbitkan sendiri menggunakan wang simpanan. Memang saya sangat kecewa kerana ia tidak mendapat sambutan.
“Pada masa sama, stesen radio pula ‘demand’ dan semua lagu dalam album itu tidak mendapat sokongan stesen radio tempatan. Saya ada juga minta tolong rakan penyampai yang sudah kenal lama, tetapi tidak berjaya. Ketika itu saya juga buat sendiri promosi lagu ini.
“Mengenangkan layanan diberikan, saya berasa sangat sedih. Sejak itu, saya merajuk daripada industri muzik. Selama bertahun lamanya, saya senyap. Malah pernah terdetik rasa nak berhenti,” katanya.
Bienda berkata, walau apa jua cabang seni dilakukan seperti pengacaraan dan lakonan, nyanyian tetap utuh dan seakan-akan menjadi jati diri.
Disebabkan itu, Bienda memberanikan diri semula dengan muncul dengan single baru berjudul Jaga Hati.
Berbeza daripada genre sebelum ini iaitu world music, lagu ciptaan Dj Fuzz itu menyaksikan perubahan sepenuhnya muzik Bienda.
“Kalau dengar lagu ini memang tak masuk akal dengan muzik saya sebelum ini. Pendek kata, lagu ini bukan identiti diri saya.
“Namun, selepas melakukan kajian sepanjang bekerja di radio, saya berasakan muzik sebegini sangat dekat dengan peminat. Malah, atas cadangan KC Ismail dia menyarankan saya berjumpa DJ Fuzz.
“DJ Fuzz memberikan dua lagu dan saya memilih lagu ini. Alhamdulillah, selepas siap sepenuhnya saya sangat berpuas hati. Saya akur dengan trend muzik sekarang dan terpaksa meremajakan diri dari segi lagu,” katanya.
Ditanya kenapa tidak memilih genre balada seperti kebanyakan penyanyi baru sekarang, Bienda mengakui dia bukan penyanyi yang bagus untuk genre itu.
“Saya boleh menyanyi, tapi tidak mahu susahkan diri. Saya ambil jalan tengah yang mana lagu kena ikut kesesuaian suara dan kemampuan diri.
“Dalam perkara ini, saya sedar diri dan ruang. Saya tidak mahu melakukan sesuatu yang akhirnya sia-sia,” katanya.
Pada masa sama, Bienda juga meluahkan keinginan untuk bekerjasama semula dengan Yassin, komposer yang berjaya mengangkat namanya selepas keluar dari kumpulan nasyid Solehah.
“Saya tidak mahu terhenti setakat lagu ini. Kalau boleh, saya ingin terus berkarya. Insya -Allah jika ada rezeki, saya nak bekerjasama semula dengan Yassin seperti dahulu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Bienda yang dilantik menjadi ‘muse’ koleksi Aidilfitri jenama, Carissa turut melancarkan muzik video rasmi lagu itu.
Istimewanya juga, muzik video yang menjalani penggambaran di Lombok, Indonesia itu ditaja sepenuhnya pihak Carissa.
“Ilham video muzik ini daripada beberapa video muzik lagu Justin Bieber. Video muzik lagu ini memaparkan kisah perhubungan dengan orang terdekat.
“Pada masa sama, saya turut menggayakan dua koleksi Aidilfitri jenama ini dalam video muzik ini. Ia bersesuaian dengan jalan cerita,” katanya.
sumber :https://www.hmetro.com.my
The post Selepas 9 Tahun Akhirnya Bienda Dedah Punca Sebenar dan Ini Wajah Terkini Beliau Bersama Anaknya appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/01/31/selepas-9-tahun-akhirnya-bienda-dedah-punca-sebenar-dan-ini-wajah-terkini-beliau-bersama-anaknya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Kejadian Akhirnya Dedah Punca Sebenar Lelaki Terjun Sungai

Saksi Kejadian Akhirnya Dedah Punca Sebenar Lelaki Terjun Sungai

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 486 hits
KOTA BHARU 28 Jan Harini ini heboh mengenai seorang lelaki yang tiba tiba terjun ke sungai melalui Jambatan Sultan Yahya hingga menggemparkan penduduk sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas Lelaki tersebut berusia 29 tahun dan didakwa berasal Pas...
Wajah Terkini Pelakon Pelakon Drama Dunia Baru Setelah 12 Tahun Berlalu Yang No 3 Berubah Sakan

Wajah Terkini Pelakon Pelakon Drama Dunia Baru Setelah 12 Tahun Berlalu Yang No 3 Berubah Sakan

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1108 hits
Siapa masih ingat lagi drama Dunia Baru yang pernah menghiasi kaca televisyen pada tahun 2006 jam 9 malam di TV3 Mengisahkan kehidupan remaja yang melalui liku liku kehidupan sebagai seorang pelajar kolej Dalam drama ini Universiti Selangor...
Berbaki 9 Tahun Untuk Tinggal Di Penjara Indonesia Ini Wajah Terkini Benjy Yang Betul Betul Lain Dari Dulu

Berbaki 9 Tahun Untuk Tinggal Di Penjara Indonesia Ini Wajah Terkini Benjy Yang Betul Betul Lain Dari Dulu

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 301 hits
Pelakon Malaysia yang sedang dipenjara di Indonesia Benjy didakwa berdepan risiko menghidap sakit tibi jika tidak dirawat segera Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia Hafiz Nafiah berkata untuk membolehkan Benjy diselamatkan anak pela...
17 Tahun Larikan Diri Selepas Bunuh Teman Lelaki Suspek Akhirnya Ditangkap

17 Tahun Larikan Diri Selepas Bunuh Teman Lelaki Suspek Akhirnya Ditangkap

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 471 hits
17 tahun larikan diri selepas bunuh teman lelaki suspek akhirnya ditangkapWanita yang melarikan diri selama 17 tahun selepas membunuh teman lelakinya berjaya ditangkap pihak berkuasa selepas wajahnya dikesan melalui kamera sistem pengecaman...
Selepas Empat Tahun Akhirnya Sarimah Umum Berita Yang Memang Tidak Disangka

Selepas Empat Tahun Akhirnya Sarimah Umum Berita Yang Memang Tidak Disangka

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 379 hits
Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dengan kerabat Negeri Sembilan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama mereka Sarimah berkata kandungan kini ...
Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang Selepas 31 Tahun

Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang Selepas 31 Tahun

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 1067 hits
Selepas kali terakhir gelaran Tengku Ampuan Pahang disandang 31 tahun yang lalu negeri Pahang kini mempunyai Tengku Ampuan yang baharu Hari ini Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurka...
Tamil Nesan Ditutup Selepas 96 Tahun Beroperasi

Tamil Nesan Ditutup Selepas 96 Tahun Beroperasi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 748 hits
KUALA LUMPUR Surat khabar Tamil Nesan antara surat khabar yang tertua di Asia Tenggara akan ditutup 1 Februari ini selepas 96 tahun beroperasi Loading Pengarah Urusan Tamil Nesan Datuk Seri S Velpaari ketika dihubungi Bernama News Channel m...
Selepas Dikencing Akhirnya Penduduk Beramai Ramai Tangkap Reriang

Selepas Dikencing Akhirnya Penduduk Beramai Ramai Tangkap Reriang

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 665 hits
KOTA BHARU Penduduk di Kampung Petani Sering di sini menemui ribuan reriang atau cicada pada pokok petai yang mengeluarkan titisan air umpama menangis di Kampung Petani Sering di sini Serangga itu ditemui apabila seorang penduduk membuat ke...
Hentian Bas Terus Berubah Wajah Selepas Mira Filzah Bergambar Di Sini

Hentian Bas Terus Berubah Wajah Selepas Mira Filzah Bergambar Di Sini

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 1396 hits
SEBUAH pondok menunggu bas di Alor Gajah Melaka tiba tiba menjadi popular selepas pelakon Pujaan Hati Kanda Mira Filzah bergambar dan memuat naik foto di lokasi itu Lokasi itu menjadi perhatian selepas pelakon itu mengabadikan kenangan keti...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah