Selangor Gagal Urus Banjir Adun Selar Kenyataan Pm Tak Bertanggungjawab


 
ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, menjadi tanggungjawab MKN menjaga keselamatan seluruh negara yang ditimpa bencana, bukan hanya menuding jari kepada kerajaan negeri. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor membidas kenyataan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa beliau terpaksa campur tangan dalam pengurusan bencana banjir di Selangor sebagai “tidak bertanggungjawab”.
ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, menjadi tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara (MKN), iaitu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, menjaga keselamatan seluruh negara yang ditimpa bencana, bukan hanya menuding jari kepada kerajaan negeri.
“(Ini) adalah satu kenyataan tidak bertanggungjawab untuk seorang PM mengatakan ’sesetengah pihak’ tidak peduli amaran tersebut hingga perlu campur tangan (kerajaan) pusat.
“‘This is not a blame game!’ Menjadi tanggungjawab MKN untuk jaga seluruh negara yang dalam bencana,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari di Twitter.
Terdahulu, Ismail memberitahu Dewan Rakyat bahawa Jabatan Meteorologi mengeluarkan enam amaran cuaca signifikan yang boleh mengakibatkan hujan lebat berterusan sebelum banjir besar melanda Selangor pada 18 Dis.
Bagaimanapun jelasnya, amaran itu tidak diendahkan sesetengah pihak yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana kerana terdapat andaian hanya negeri di Pantai Timur akan terjejas dengan hujan lebat berterusan akibat luruan monsun.
Beliau turut mengkritik pengurusan banjir di Selangor yang disifatkannya lewat bertindak membantu mangsa banjir.
“Berikutan keadaan banjir luar biasa yang tidak disangka ini, situasi kelam-kabut yang berlaku pada hari pertama pengurusan banjir di Selangor telah mengakibatkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi kerana berlakunya kompleksiti banjir bandar (urban flooding).
“Malah pengurusan banjir di Selangor masih tidak menunjukkan perubahan ketara pada hari kedua dan ketiga sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati mangsa berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum itu, mesyuarat khas itu panas hampir 10 minit apabila Ismail berkata, beberapa wakil rakyat pembangkang “hilang” ketika bencana banjir melanda beberapa negeri, khususnya di Selangor pada bulan lalu.
Ismail berkata, beliau bergegas melawat kawasan banjir pada lewat malam untuk membantu mangsa banjir, bagaimanapun Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang tidak kelihatan.
FMT cuba mendapatkan komen Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berhubung perkara itu. -FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/selangor-gagal-urus-banjir-adun-selar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemulihan Pasca Banjir Selangor Lulus Peruntukan Segera Lebih Rm40 Juta

Pemulihan Pasca Banjir Selangor Lulus Peruntukan Segera Lebih Rm40 Juta

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 254 hits
Amirudin Shari berkata segala usaha pemulihan dan pembaikan sungai termasuk infrastruktur yang sebahagiannya sudah dimulakan dijangka dapat selesai dalam sebulan hingga dua bulan lagi SHAH ALAM Lebih RM40 juta peruntukan segera diluluskan k...
Selcat Perlu Pendengaran Kelemahan Pengurusan Banjir Selangor

Selcat Perlu Pendengaran Kelemahan Pengurusan Banjir Selangor

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 179 hits
Pengurusan banjir pada pertengahan Disember 2021 di Selangor yang meragut lebih 20 nyawa dan menyebabkan kerugian beratus juta ringgit perlu diperbaiki segera agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan Bagi Otai Reformis 1998 satu s...
Pm Sendiri Hubungi Tentera Polis Untuk Bantuan Selepas Respons Lambat Selangor Ketika Banjir

Pm Sendiri Hubungi Tentera Polis Untuk Bantuan Selepas Respons Lambat Selangor Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 183 hits
MALAYSIA NOW Menurut Ismail komunikasi terputus dan arahan tidak diendahkan berlaku ketika banjir baru baru ini Keadaan banjir di Kampung Sungai Balak Hulu Langat bulan lalu Beberapa amaran yang tidak diendahkan oleh pihak berkuasa tempatan...
Tekad Bantu Mangsa Banjir Doktor Ubah Suai Lot Di Klinik Jadi Pusat Urus Bencana

Tekad Bantu Mangsa Banjir Doktor Ubah Suai Lot Di Klinik Jadi Pusat Urus Bencana

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 243 hits
Selain menubuhkan pusat pengurusan bencana di kliniknya Dr Sathia turut menjalankan misi bantuan banjir baru baru ini bersama pasukannya di beberapalokasi banjir di seluruh negara termasuk Sri Muda Shah Alam Hulu Langat Kuala Selangor Menta...
Adun Batu Tiga Anjur Program Bio Remediasi Pasca Banjir

Adun Batu Tiga Anjur Program Bio Remediasi Pasca Banjir

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 245 hits
Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Rodziah Ismail baru baru ini menganjurkan program pembersihan banjir bio remediasi Program ini dilakukan secara kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Dun Batu 3 Biostar dan Yayasan Aman dengan penyertaan Air Selangor MB...
Anwar Persoal Kenyataan Pm Berkaitan Ketiadaan Pembangkang Ketika Banjir

Anwar Persoal Kenyataan Pm Berkaitan Ketiadaan Pembangkang Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 160 hits
ANWAR Ibrahim berkata mempersoalkan ketiadaan pembangkang semasa banjir besar bulan lepas adalah hipokrit sedangkan ramai menteri tidak muncul kata Anwar Ibrahim Sesetengah menteri terpaksa diberitahu untuk pulang dari luar negara kata ketu...
Amaran Banjir Di Selangor Tidak Diendah Sesetengah Pihak

Amaran Banjir Di Selangor Tidak Diendah Sesetengah Pihak

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 209 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Andaian hanya negeri di Pantai Timur Semenanjung yang akan terjejas banjir akibat luruan monsun telah menyebabkan banjir luar biasa di Selangor pada 18 Disember lepas setelah amaran tidak diendahkan oleh sesetenga...
Banjir Akibatkan Petani Tambak Tradisional Di Lhokseumawe Gagal Panen Puluhan Ton

Banjir Akibatkan Petani Tambak Tradisional Di Lhokseumawe Gagal Panen Puluhan Ton

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 166 hits
banjir membuyarkan harapan para petani karena peternakan budidaya yang tinggal panen itu habis terbawa arus banjir
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April