Tekad Bantu Mangsa Banjir Doktor Ubah Suai Lot Di Klinik Jadi Pusat Urus Bencana


Nora MahparSelain menubuhkan pusat pengurusan bencana di kliniknya, Dr Sathia turut menjalankan misi bantuan banjir baru-baru ini bersama pasukannya di beberapalokasi banjir di seluruh negara termasuk Sri Muda, Shah Alam; Hulu Langat; Kuala Selangor, Mentakab, Karak dan terbaharu, Melaka.RAWANG: Ketika mula beroperasi 13 tahun lalu, klinik SP Care di Rawang ini tidak banyak beza dengan klinik lain yang menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.
Namun, siapa sangka, bencana banjir yang melanda Lembah Klang secara mengejut pada 18 Dis lalu menjadi titik tolak untuk pemiliknya, Dr Sathia Prakash Nadarajan mengubah suai salah sebuah lot di klinik itu menjadi pusat pengurusan bencana bagi mangsa banjir, jika tragedi itu berulang.
Dr Sathia, 43, berkata idea itu timbul selepas kecewa melihat bagaimana kelewatan bantuan mangsa banjir di Sri Muda, Shah Alam oleh pihak berkuasa ketika mereka sampai di lokasi kejadian sehari selepas banjir besar “menelan” penempatan itu.
Ramai yang kecewa dan sedih sebab bantuan sampai lambat (di Sri Muda)… nak salahkan siapa pun kita tak tahu, kita cuma boleh bantu mana yang terdaya. Dr Sathia Prakash Nadarajan.“Sampai di sana pada hari kedua, rancangan awal kita nak bantu dari segi perubatan tetapi bila sampai sana, kita buat macam-macam sebab rupanya ramai yang masih terperangkap dalam rumah…masa tu baru kita sewa sampan, beli kayak dan jaket keselamatan untuk bantu mangsa,” kata anak jati Rawang itu kepada FMT.
Mengulas mengenai pusat mini urus bencana itu, Sathia berkata ia dilengkapi dengan empat kayak, bot, 30 jaket keselamatan, “water jet” dan beberapa peralatan misi menyelamat sebagai persediaan membantu mangsa bencana.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kos sebenar untuk membeli segala kelengkapan yang ada. “Saya hanya mahu berikan kembali apa yang pesakit saya sudah bantu saya sehingga ke tahap ini,” kata doktor lulusan Rusia itu yang turut mempunyai empat ambulans dan beberapa buah kenderaan 4×4.
Dr Sathia menaiki bot ketika misi bantuan banjir di Pahang baru-baru ini.Mengakui tindakannya itu disifatkan sebagai “kerja gila” oleh segelintir pihak kerana sanggup keluar daripada zon selesa sebagai seorang doktor, beliau bagaimanapun enggan melihat ia sebagai penghalang menabur bakti kepada insan yang benar-benar memerlukan.
“Ada orang kata, kenapa saya nak buat semua ni, habis kerja pukul 5 petang sambung lagi pergi bantu mangsa banjir sampai tengah malam, dan esok kembali semula bekerja di klinik.
“Ini kerana saya ada pasukan yang hebat, yang sokong dan bantu saya bila saya perlukan mereka. Mereka (kakitangan) sanggup sertai saya dalam misi bantuan ini tanpa meminta sebarang balasan, saya kuat kerana mereka,” katanya sambil menambah, seramai 15 kakitangannya menyertai setiap misi bantuan yang dijalankan.
Kakitangan klinik SP Care Rawang membuat pemeriksaan ke atas kelengkapan perubatan dan barangan keperluan untuk tujuan bantuan banjir.SP Care Group kini memiliki 13 cawangan di sekitar Selangor dan turut mempunyai cawangan di India dan Rusia. Beliau juga memiliki 157 kakitangan penuh dedikasi termasuk 30 doktor profesional dalam bidang masing-masing.
Doktor yang fasih pelbagai bahasa termasuk bahasa Rusia itu sebenarnya bukan individu asing dalam misi kemanusiaan antarabangsa. Beliau banyak mengikuti misi kemanusiaan secara sukarela ke negara bergolak termasuk Gaza, bencana alam di Myanmar dan gempa bumi di Nepal sejak beberapa tahun lalu.
Menceritakan kembali pengalaman ketika menjalankan misi banjir baru-baru ini, beliau berkata pasukannya bergilir ke beberapa lokasi banjir di seluruh negara termasuk Sri Muda, Shah Alam; Hulu Langat; Kuala Selangor, Mentakab, Karak dan terbaharu, Melaka.
Berkongsi kisah sepanjang misi banjir itu, beliau berkata bencana itu membuka matanya bahawa masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang benar-benar hidup dalam kemiskinan.
Kira-kira 10 peti pertolongan cemas disediakan yang mengandungi pelbagai jenis ubat-ubatan kerap diminta oleh mangsa banjir antaranya cirit-birit, muntah, angin, dan paracetamol.Beliau juga tidak mampu melupakan detik cemas membantu dua remaja yang terperangkap di ruang atas rumah mereka di Sri Muda pada 19 Dis lalu, ketika banjir berada pada paras bumbung rumah.
Sathia berkata banjir besar itu seharusnya membuka mata pihak berkuasa tempatan untuk merancang lebih teliti dengan membahagikan penempatan itu kepada beberapa zon sebagai tahap berjaga-jaga jika berlaku sekali lagi banjir besar.
“Kita perlu ada rancangan, saya tak nampak orang (pihak) yang ‘follow up’ kes banjir di sana setiap hari. Sepatutnya penempatan itu dibahagikan kepada zon merah, zon kuning dan zon hijau supaya senang untuk bantuan sampai,” katanya dalam nada kecewa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/tekad-bantu-mangsa-banjir-doktor-ubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasukan Bencana Istana Negara Terus Bantu Mangsa Banjir

Pasukan Bencana Istana Negara Terus Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 229 hits
BH ONLINE Pasukan Bencana Istana Negara bersama sukarelawan TMROVers menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuala Tahan Foto Facebook Istana Negara KUALA LUMPUR Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada m...
Keluarkan Simpanan Kwsp Setiap Kali Bencana Bukan Jalan Penyelesaian Yang Baik Untuk Mangsa Banjir Prof

Keluarkan Simpanan Kwsp Setiap Kali Bencana Bukan Jalan Penyelesaian Yang Baik Untuk Mangsa Banjir Prof

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 191 hits
Keluarkan simpanan KWSP setiap kali bencana bukan jalan penyelesaian yang baik untuk mangsa banjir ProfPengeluaran i Citra RM10 000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mereka yang terjejas dalam bencana banjir baru baru ini b...
Abim Selangor Bantu Mangsa Banjir Sejak Hari Pertama

Abim Selangor Bantu Mangsa Banjir Sejak Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 239 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia Selangor membantu mangsa banjir di negeri itu sejak hari pertama di Pusat Pemindahan Sementara sehinggalah misi pasca banjir membersihkan rumah dan membantu menyumbang barang barang keperluan harian Menurut Yan...
Meninggal Ketika Bantu Mangsa Banjir Suami Tak Sempat Tengok Anak Selepas 10 Tahun Menanti Zuriat

Meninggal Ketika Bantu Mangsa Banjir Suami Tak Sempat Tengok Anak Selepas 10 Tahun Menanti Zuriat

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 280 hits
Menerusi satu perkongsian yang tular oleh seorang wanita dikenali sebagai Laila telah memuat naik sebuah video di laman TikTok menceritakan dia dan suaminya menunggu selama 10 tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung Namun wanita ini...
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 487 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

Ngo Pro Reformasi Gerakan Dapur Rakyat Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 288 hits
Saifulannuar mengetuai DRR menyediakan makanan tengah hari kepada mangsa banjirNGO pro reformasi RAPAT Rakyat terus menggerakan program Dapur Rapat Rakyat sejak minggu lalu bagi membantu mangsa mangsa banjir di Subang dan Paya Jaras Selango...
Lebih Rm500 000 Kotak Kasih Bantu Mangsa Banjir Annuar Musa

Lebih Rm500 000 Kotak Kasih Bantu Mangsa Banjir Annuar Musa

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 201 hits
Oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa GAMBAR Abd Razak Aid KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia telah memperuntukkan lebih RM500 000 menerusi sumbangan Kotak Kasih untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang te...
Cara Zara Zya Bantu Mangsa Banjir Kena Kecam

Cara Zara Zya Bantu Mangsa Banjir Kena Kecam

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 231 hits
Cara Zara Zya bantu mangsa banjir kena kecam Serba serbi tidak kena itulah situasi dilalui aktres Zara Zya 36 apabila warga netizen mempertikaikan caranya melakukan kerja pembersihan di rumah mangsa banjir di sebuah dewan di Temerloh Pahang...
Menjadi Mangsa Banjir Dan Birokrasi Orang Kecil Bergelut Sendirian

Menjadi Mangsa Banjir Dan Birokrasi Orang Kecil Bergelut Sendirian

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 142 hits
Di Hulu Langat ramai mangsa memohon bantuan kerajaan ditolak permohonan mereka atas sebab sebab tertentu Zariah memeriksaan barangannya selepas air banjir surut untuk dibersihkan jika boleh digunakan semula Selama 17 tahun Zariah Shamsuddin...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash