Selcat Perlu Pendengaran Kelemahan Pengurusan Banjir Selangor



Pengurusan banjir pada pertengahan Disember 2021 di Selangor yang meragut lebih 20 nyawa dan menyebabkan kerugian beratus juta ringgit perlu diperbaiki segera, agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.
Bagi Otai Reformis 1998, satu siasatan menyeluruh melalui pendengaran SELCAT perlu dilakukan terutama melibatkan peranan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang kurang memuaskan dalam pengarahan proses evakuasi dan bantuan banjir.
Menurut Setiausaha Otai Reformis 1998, Razak Ismail, oleh kerana bencana banjir dibahagikan dalam 3 tahap dan tahap 1 serta 2 diselenggarakan oleh SUK Negeri maka sebarang kelemahan wajar didedahkan kepada umum.
“Otai Reformis 1998 mempertikaikan peranan YB Datuk Haji Haris Kasim, Datuk SUK Negeri Selangor semasa atau sebelum berlakunya banjir besar di beberapa lokaliti di sekitar Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Sg Buloh dan Kuala Selangor.
“Datuk SUK yang bertanggungjawab ke atas Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor yang mengendalikan Bilik Gerakan Bencana di bangunan SUK didakwa telah lewat ‘mengaktifkan’ bagi mengerakkan aset-aset agensi Kerajaan Negeri.
“Termasuk aset Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), anak syarikat Kerajaan Negeri dan lain-lain pihak berkaitan untuk kerja-kerja memindahkan mangsa-mangsa banjir terlibat,” kata Razak dalam kenyataannya.
Menurut beliau lagi, rakyat agak terkilan dengan kelewatan pihak berkuasa tempatan, khususnya unit Pantas yang diwujudkan di 12 PBT serta memiliki bot fibre dan aluminium yang tidak segera dibawa ke lokasi banjir sekitar Shah Alam.
“Kita juga dimaklumkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, Air Selangor, LUAS dan beberapa Pejabat Tanah dan Daerah mempunyai beberapa buah bot tetapi tidak dikerahkan untuk kerja-kerja pemindahan segera mangsa-mangsa banjir tersebut, semasa peringkat awal berlakunya banjir,” katanya.
Oleh itu, kata Razak, bagi memperbaiki gerak kerja dan koordinasi menghadapi banjir pada masa akan datang, Otai mengharapkan satu ‘kertas putih’ dapat diperolehi daripada pendengaran awam SELCAT mengenai pengendalian prosedur dan protokol operasi banjir berkenaan.
“Kertas putih ini boleh dijadikan ‘Standard Operational Procedure’ (SOP) kepada semua pihak terlibat bagi menangani banjir besar atau banjir kilat di Selangor pada masa akan datang,” katanya lagi.
Selain itu, Otai juga, menurut Razak menyokong penuh gesaan Majlis Presiden Pakatan Harapan mendesak Kerajaan Persekutuan mengadakan Sidang Khas Parlimen dan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat tragedi banjir pada 18 – 24 Disember 2021.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33822

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Gagal Tangani Banjir Otai Reformasi Gesa Buat Pendengaran Awam Selcat

Selangor Gagal Tangani Banjir Otai Reformasi Gesa Buat Pendengaran Awam Selcat

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 246 hits
Selangor gagal tangani banjir Otai Reformasi gesa buat pendengaran awam SELCAT Kumpulan pro Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Selangor mengadakan pendengaran awam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusa...
Azam 2022 Selangor Tumpu Aspek Perubahan Iklim Elak Banjir

Azam 2022 Selangor Tumpu Aspek Perubahan Iklim Elak Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 257 hits
Bencana banjir luar biasa yang melanda Selangor pada penghujung 2021 memerlukan muhasabah dan kajian semula strategi Kerajaan Negeri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam perutusan Tahun Baharu 2022 berkata azam tahun bahar...
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 504 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Abim Selangor Bantu Mangsa Banjir Sejak Hari Pertama

Abim Selangor Bantu Mangsa Banjir Sejak Hari Pertama

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 249 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia Selangor membantu mangsa banjir di negeri itu sejak hari pertama di Pusat Pemindahan Sementara sehinggalah misi pasca banjir membersihkan rumah dan membantu menyumbang barang barang keperluan harian Menurut Yan...
Selangor Gagal Tangani Banjir Depa Nak Tukar Mb Ka Ni

Selangor Gagal Tangani Banjir Depa Nak Tukar Mb Ka Ni

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 245 hits
PETALING JAYA Kumpulan pro Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Selangor mengadakan pendengaran awam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan bagi mencari punca kegagalan negeri itu menangani bencana banji...
Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor Tourismselangorcares

Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor Tourismselangorcares

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 397 hits
Pihak Tourism Selangor Salur Bantuan Kepada Mereka yang Terkesan Akibat Bencana Banjir di Negeri Selangor menerusi Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Tourism Selangor mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada 12 kakitangan Touri...
Ngo Reformis Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

Ngo Reformis Bantu Mangsa Banjir Di Selangor

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 402 hits
Beberapa NGO reformasi tidak ketinggalan menyumbang bantuan kepada mangsa banjir di Selangor Pada 24 dan 25 Disember lalu NGO Rapat Rakyat bersama Gabungan Reformis Malaysia menghulurkan bantuan berupa makanan bermasak kepada mangsa mangsa ...
Canal City Projek Bn Bukan Jawapan Masalah Banjir Selangor

Canal City Projek Bn Bukan Jawapan Masalah Banjir Selangor

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 238 hits
Banjir luar biasa yang melanda Selangor pada 18 Disember lalu lebih kepada fenomena perubahan iklim atau climate change dan memerlukan kajian mendalam sebelum memutuskan pembinaan insfrastruktur sesuai pada masa hadapan Sedangkan projek Can...
Nadma Jelaskan Berkaitan Persediaan Banjir Di Selangor

Nadma Jelaskan Berkaitan Persediaan Banjir Di Selangor

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 206 hits
Oleh KUALA LUMPUR Skala dan intensiti banjir yang terlalu besar dan berada di luar ramalan negeri Selangor dalam menghadapi bencana banjir menyebabkan koordinasi penyelamatan mangsa banjir di negeri itu berhadapan kesulitan pada peringkat a...
Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala