Selamatkah Anak Anak Menaiki Bas Sekolah Ketika Musim Covid 19 Bernama


KUALA LUMPUR, 23 Julai – Semalam, anak-anak tahun satu hingga empat memulakan sesi persekolahan dan bagi ibu bapa yang berdepan dengan kekangan untuk menghantar atau mengambil anak mereka dari sekolah, pastinya bas atau van sekolah adalah satu-satunya pilihan yang ada.
Namun, isu kesesakan dan ketiadaan jarakan sosial dalam bas sekolah menjadi kebimbangan ibu bapa yang khuatir dengan risiko jangkitan COVID-19 kepada anak-anak yang masih kecil itu, apatah lagi dengan peningkatan semula kes tersebut dalam negara.
Bagi Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan, Kementerian Kesihatan (KKM) sewajarnya menyemak kembali prosedur operasi standard (SOP) bagi pengusaha bas untuk memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa keselamatan anak mereka terjaga secara optimum.
“Apabila melibatkan kanak-kanak, SOP tidak seharusnya dilonggarkan, tetapi diperketatkan termasuklah dalam soal kebersihan dan juga mengelakkan kesesakan… apabila keselamatan murid-murid terjamin, barulah ibu bapa berasa yakin untuk melepaskan anak mereka menaiki bas atau van sekolah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata adalah penting untuk bilangan kapasiti murid dan penjarakan sosial di dalam bas sekolah difikirkan semula bagi memastikan tidak berlaku kesesakan dalam bas termasuklah ketika naik dan turun dari kenderaan tersebut, sekali gus mengelakkan kemunculan kluster baharu.
“Tentunya kita takut… kita tidak pasti sama ada bas atau van sekolah itu patuhi semua SOP… siapa yang akan pantau kesesakan dalam bas dan juga tahap sanitasi kenderaan… kapal terbang mungkin tidak perlukan jarakan sosial tetapi ini adalah bas sekolah yang tahap kebersihan pastinya tidak sama, malah ia melibatkan kanak-kanak.
“Kita sendiri dipesan agar jangan berada dalam kawasan yang sesak tetapi kanak-kanak pula bersesak di dalam kenderaan sekolah… konsep jarak sosial itu tidak dilaksanakan, malah tahap kebersihan pula tidak dapat dipastikan dan ini bagi saya punca yang akan merebakkan COVID-19 dan ini yang kita takuti,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof menegaskan bahawa ibu bapa tidak seharusnya berasa risau untuk membiarkan anak mereka menaiki bas sekolah kerana setiap pengusaha maklum dan perlu mematuhi semua SOP yang telah digariskan oleh KKM.
“Pemandu bas akan memakai penutup hidung dan mulut sepanjang masa bertugas, malah kenderaan akan disanitasi setiap hari iaitu sebelum dan selepas kanak-kanak menaikinya… malah sebagai langkah tambahan, pemandu juga akan pastikan ada cecair pembasmi kuman dalam kenderaan.
“Meskipun kita tidak periksa suhu pelajar, namun sejurus mereka tiba di depan pintu sekolah, guru yang akan melakukannya… bagaimanapun jika ada yang kami nampak tidak sihat, pasti kami tidak akan benarkan mereka naik bas sekolah pada hari itu,” katanya.
Beliau menambah sambutan kepada penggunaan bas sekolah ketika ini amat kurang, sama ada disebabkan terdapat ibu bapa yang enggan membayar penuh yuran bas sekolah kerana hanya menggunakan perkhidmatan untuk beberapa hari sahaja pada bulan ini, atau mungkin anak tidak bersekolah, atau mungkin ibu bapa yang sendiri menghantar anak mereka.
Bagi Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat pula, ibu bapa sendiri bertanggungjawab untuk memastikan anak mereka benar-benar sihat sebelum menaiki bas sekolah dan tidak bergejala seperti demam, selesema dan batuk.
“Tidak ada apa yang hendak dirisaukan oleh ibu bapa kerana pengusaha bas sekolah kena patuh dengan SOP yang digariskan, maka ibu bapa sendiri kena mainkan peranan dan peka dengan kesihatan anak-anak mereka sebelum naik bas… kalau tidak sihat jangan ke sekolah,” katanya.
Beliau berkata pemandu juga akan sentiasa mengingatkan pelajar untuk tidak ada sentuhan antara satu sama lain atau bergurau senda dan sentiasa duduk, selain sentiasa memakai penutup mulut dan hidung semasa di dalam bas atau van.
“Hari ini baru hari kedua, pengalaman baharu untuk pengusaha maka banyak yang boleh diperbaiki dan menyesuaikan diri… tetapi pastinya apabila tiba di sekolah, kami mesti memastikan mereka turun seorang demi seorang dari bas,” katanya.
Sementara itu, dalam SOP yang dikeluarkan KKM, pemandu juga perlu menjalani saringan gejala sebelum memulakan tugas, selain memakai penutup mulut dan hidung sepanjang masa bertugas, memastikan dan mengarahkan murid sentiasa duduk dan memakai penutup mulut dan hidung semasa di dalam bas atau van, dan tidak diwajibkan untuk menyaring murid semasa naik atau turun kerana beberapa kekangan serta saringan telah dibuat oleh pihak sekolah.
 
— BERNAMA
The post Selamatkah Anak-Anak Menaiki Bas Sekolah Ketika Musim Covid-19? -BERNAMA appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/23/selamatkah-anak-anak-menaiki-bas-sekolah-ketika-musim-covid-19-bernama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertarung Dengan Covid 19 Ketika Lahirkan Anak Wanita Meninggal Dunia Sebelum Sempat Bertemu Bayinya

Bertarung Dengan Covid 19 Ketika Lahirkan Anak Wanita Meninggal Dunia Sebelum Sempat Bertemu Bayinya

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 344 hits
Seorang ibu yang melahirkan anaknya ketika sedang bertarung dengan Covid 19 dilaporkan meninggal dunia dan lebih menyayat hati apabila dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan bayinya lapor Mirror UK Wanita itu menjalani pembedahan kece...
Jangan Takut Bawa Anak Pergi Vaksin Masa Covid 19 Ini 3 Cara Ibu Bapa Perlu Lakukan Ketika Jumpa Doktor

Jangan Takut Bawa Anak Pergi Vaksin Masa Covid 19 Ini 3 Cara Ibu Bapa Perlu Lakukan Ketika Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 365 hits
Susulan virus COVID 19 yang melanda Malaysia lebih sukar untuk ibu bapa membawa anak sakit ke hospital Walaupun kerajaan masih menggalakkan ibu bapa untuk bawa anak ke hospital untuk tujuan pemeriksaan rutin ibu bapa pasti berasa risau kera...
Demi Anak Anak Tetap Bisa Mondok Dan Sekolah Di Pesantren Sang Ayah Rela Jual Lukisan Kaligrafi Bayar Seikhlasnya

Demi Anak Anak Tetap Bisa Mondok Dan Sekolah Di Pesantren Sang Ayah Rela Jual Lukisan Kaligrafi Bayar Seikhlasnya

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 298 hits
Karyanya memang bukan seperti pelukis pelukis ternama di Indonesia Namun buah tangah yang dibuat bertujuan untuk mencukupi anak anaknya agar tetap bisa menganyam bangku sekolah Pak Badrus begitu biasa disapa baru saja menjajakan lukisan dan...
3 Guru Positif Covid 19 Termasuk Seorang Maut Ketika Sediakan Bahan Pembelajaran Atas Talian Dalam Kelas Yang Sama

3 Guru Positif Covid 19 Termasuk Seorang Maut Ketika Sediakan Bahan Pembelajaran Atas Talian Dalam Kelas Yang Sama

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 315 hits
Tiga guru di Arizona disahkan positif COVID 19 setelah berada di dalam kelas yang sama untuk menyediakan pembelajaran dalam talian Salah seorang daripada mereka meninggal dunia Rasanya seperti mimpi buruk kata Jesse Byrd suami salah seorang...
Pemerintah Pastikan Pemenuhan Hak Anak Saat Pandemi Covid 19

Pemerintah Pastikan Pemenuhan Hak Anak Saat Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 205 hits
Deputi II Kepala Staf Kepresidenan Abetnego Tarigan menuturkan pemenuhan gizi anak tersebut sebagai solusi akibat dampak melemahnya dari perekonomian keluarga di masa pandemi
Kembali Ke Sekolah Di Musim Pkpb

Kembali Ke Sekolah Di Musim Pkpb

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 309 hits
Kembali Ke Sekolah Di Musim PKPB Sesi persekolahan selepas PKPP bakal bermula 15 Julai 2020 Setelah hampir tiga bulan sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan diikuti pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan set...
Survei Kemendikbud Sebut Banyak Anak Yang Rindu Sekolah

Survei Kemendikbud Sebut Banyak Anak Yang Rindu Sekolah

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 221 hits
Tapi begitu lama tak bertemu dengan gurunya ternyata dirindukan Itu hasil survei kami
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator