Selamat Tinggal 2020 Tiada Yang Tidak Indah Semua Indah Indah Belaka
assalamualaikum & salam sejahtera 😊
in few hours, kita dah pun di tahun 2021. in shaa Allah..
azam baru saya? seperti biasa, tiada 😄. just mengharapkan semuanya menjadi lebih baik dari yang sediada. moga diri saya ni jadi lebih sempurna berbanding sekarang. umur pun bakal masuk 43 tahun. anak sulung pun akan masuk umur 16 tahun, da saya nak kena ulangkaji subjek menengah atas la plak utk sessi homeschool. tak nak la harapkan lebih-lebih. moga sihat, bahagia, gembira dan dari sudut agama pun bertambah baik. aminnn..
tu la tu... 2020 ni meninggalkan kenangan yang penuh makna
duduk rumah!pertama kali negara di landa sesuatu yang amat menakutkan sehingga kita diarahkan duduk rumah. PKP diwartakan bermula 18 mac lepas. Malaysia dan seluruh dunia hingga saat ni masih lagi bergelumang dgn virus covid-19. Malaysia di gelombang ketiga yang masih tak nampak surutnya 😒
hingga kini, anak-anak saya tidak bebas keluar rumah. bawa makan-makan di Mydin, pergerakan anak-anak saya di kawal ketat! tu pun dpt la diorang ke Mydin sekali dua. bercuti ke tempat percutian? memang tidaklah. setakat saat ni, saya & mr.asben berada di landasan yang sama, sependapat utk tidak bercuti ke mana-mana. sekadar balik Seremban dan Bangi sahaja, menyantuni emak abah dan mami serta adik-beradik
kerja dari rumah.WFH namanya. dok rumah tapi keje. phone kena on sepanjang waktu bekerja. tiada istilah "maaf, saya sedang masak", "maaf, anak main games kat phone" or "maaf, sedang solat tadi"... tak boleh! submission kerja semua adalah seperti biasa. moreover, sememangnya 75% semua bersifat online, kan. tiada alasan. tidak mudah WFH time PKP. sebab ibu ayah kena kongsi komputer dengan anak-anak yg sekolah di rumah. rumah yang tiada komputer, akhirnya ibu ayah terpaksa beli komputer bersekali dgn printer 😄
saya suka WFH. anak-anak depan mata. keje saya selesai. keje sekolah anak-anak pun siap sempurna. kerja-kerja rumah pun tip top. dapat masak-masak utk keluarga 😋
sekolah secara online.google classroom. google meet. google form. tahun ni anak-anak didedahkan kepada kaedah belajar secara online menggunakan semua tu. bersemuka tapi secara maya. whatsapp groups aktif. telegram pun aktif
beraya Aidilfitri di rumah sendiri 😔.sedih sebab tahun ni saya beraya berlima je. emak abah di Bangi. mak mertua di Seremban. semua luar Melaka. larangan total untuk rentas negeri 😭😭😭. dari saya kecik hingga la 2019, tak pernah tak balik raya dgn keluarga. tahun ni cipta sejarahnya tersendiri
pelitup muka (mask) dan pembasmi kuman (hand sanitizer).pemula trend keluar rumah pakai mask. hand sanitizer di mana-mana. jaga jarak sesama org lain. bersin, batuk menjadi sesuatu yg janggal di kalangan org ramai. otomatik kita rasa 😳😱 o.m.g jika org sebelah bersin or berdehem skit pun! mask extender jadik trend. aneka fesyen mask. menjadik-jadik kekreatifan org Malaysia 😄ha ha ha ha... mask menjadi salah satu aksesori kalau nak jalan-jalan, siap ada swaroszki! 😆😆😆
👇👇👇
cantik la plak nombor kes hari ni
sejarah tercipta lagi 😒
semua yg berlaku ni ada hikmah. kita kena terima. Allah tunjuk kepada kita sudut-sudut dunia / alam yang selama ni terselindung. bila malapetaka covid-19 ni diturunkan Allah, semua yang tersebunyi terserlah. antara kita sedar dan tak sedar je..
pada saya, 2020 ni pemula kepada gaya kehidupan yang baru. jgn leka. jgn alpa. kena berwaspada ketika bergaul. jgn terlalu bebas. 2020 ni juga bagi saya, tahun yg aman damai 😄😊. waktu berehat utk kita semua dari byk benda. tahun utk kumpul duit 😆 sebab projek holiday semua batal hu hu hu hu..
tak sabar nak saya hello to 2021. moga Allah angkat segera segala jenis virus dari muka bumi. tak perlu lah nak cucuk vaksin
in shaa Allah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/12/selamat-tinggal-2020-yang-sungguh-indah.html