Selamat Menyambut Ramadan 1441 H Bersamaan Tahun 2020 Masihi
Selamat Menyambut Ramadan 1441 H Kepada Semua Muslimin Muslimat. Salam ramadan semua kesayangan saya yang tak pernah serik menyokong blog comel bernama aynorablogs.com ini. Selama jatuh bangun, suka duka, kejayaan dan kegagalan telah anda saksikan.. itulah namanya sebuah kehidupan. Salam ramadan yang dirindui. Ramadan 1441 H datang lagi. Marilah sambut kehadirannya dengan damai, tenang dan penuh insaf.
Semoga dalam ramai-ramai hambaNya, kita menjadi yang terpilih dan disayangi oleh Allah SWT dan para Malaikatnya.
Selamat Menyambut Ramadan 1441 H Kepada Semua Muslimin Muslimat
Ramadan 1441H datang lagi. Menguji hati yang lemah tak berdaya. Sama-sama melawan nafsu dan amarah. Sama-sama berjuang dalam lelah. Bertarung dengan diri sendiri. Kerana dalam baik ada buruknya yang barulah kita sedari. Allah Maha menguji. Maka beruntunglah bagi mereka yang sabar
Nabi bersabda:
"Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan dari api neraka."
Sebenarnya dalam bulan ramadhan yang suci, kita berperang dengan diri sendiri. Kenapa? Kerana semua syaitan telah diikat. Terpenjara. So, siapalah lagi yang paling jahat dan pendosa selama ini? Masa ni lah kita ketahui. Siapa diri kita sebenarnya?
Jika dalam bulan ramadan pun kita masih berbuat dosa, mengumpat, bermaksiat, melakukan kemungkaran dengan tanpa sekelumit rasa takut.. maka siapa sebenanrya yang syaitan dalam diri kita selama ini? Tepuk dada tanya iman, okay👌👌
Sebaik habis ramadan, maka kita tentu dah temui jawapannya siapakah kita selama ini di sisi Allah. Justeru, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri, bantu membantu mengeluarkan segala kejahatan dalam diri dan mengekalkan segala kebaikan sebagai bekalan abadi ke akhirat nanti.
Insya Allah, memohon keampunanlah kepada Allah. Kerana hanya DIA yang layak mengampuni dosa-dosa setiap hambaNya.
Selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia!!Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/04/selamat-menyambut-ramadan-1441-h.html