Marhaban Ya Ramadan 1441 Hijrah 2020 M Rancanglah Ramadanmu
As Salam,Marhaban Ya Ramadan : Rancanglah Ramadanmu-Alhamdulillah.Syukur.Allah izinkan kita bertemu lagi Ramadan pada tahun ini,meski tiada jaminan adakah kita akan sampai ke penghujungnya nanti.Semoga Allah pinjamkan masa yang panjang dengan umur yang berkat.Semoga ramadan kali ini lebih baik, lebih bersungguh-sungguh dan lebih cemerlang ibadah kita semua.aamin
Persiapan Ramadan kita pada tahun ini tentulah sedikit istimewa berbanding tahun-tahun yang lalu.Kalau mak-mak macam saya ni, istimewanya bila sambut puasa dalam tempoh PKP, pagi-pagi saya tak rush nak siapkan makanan sahur, siapkan baju sekolah anak-anak dan perlu bergegas pula ke sekolah.Banyak sangat kemudahan yang saya dapat dengan cuti PKP yang panjang ini
Saya dan Encik Suami juga telah menetapkan beberapa tentatif dalam rumah sempena meraikan ramadan, bulan penuh mulia dan keberkatan ini..Kemain kan.Dengan anak beranak pun nak bertentatif bagai.haha
Rutin kami bermula mulai solat maghrib berjemaah menjelang malam 1 Ramadan, mengaji anak-beranak, kemudian solat Isyak berjemaah dan diikuti solat terawih 8 rakaat dengan 3 rakat witir.Malamnya, semua orang mesti masuk tidur jam 10.30 malam dan akan bangun bersahur pada pukul 5 pagi
Marhaban Ya Ramadan : Rancanglah RamadanmuBgai saya secara personal, Ramadan ini bukanlah bulan-bulan biasa yang kita lalui.Bulan ini terasa lain benar "feel"nya.Perasaan tenang, nyaman dan indah.Allah menjanjikan beribu ganjaran untuk kita semua melaksanakan ibadah-ibadah dengan istiqamah dan tekun
Saya menetapkan anak-anak mengaji satu muka surat setiap kali selesai solat subuh dan maghrib.Lebih baik membaca dan mentadabbur sekali isi Al Quran.Saya minta juga anak-anak melaksanakan solat dhuha.Solat dhuha ni saya dah minta mereka buat sejak cuti PKP lagi.cuma masing-masing on off je buatnya.Harap-harap pada bulan puasa ni, dapatlah mereka buat dengan lebih baik lagi.aamin
Sungguh Ramadan ini indah sekali buat saya.Buat pertama kalinya juga saya berpeluang ajak anak-anak buat solat sunat sebelum solat subuh.Solat sunat yang dikatakan lebih baik nilainya daripada dunia dan seisinya.Subhanallah
Benarlah.Ramadan ini memang perlu dirancang.Jika tidak, ia akan berlalu begitu sahaja.Anak-anak saya pun macam anak orang lain.Ada juga yang mengelat dan mengeluh.Tapi sebab saya ni Mak, saya buat tak nampak je.Bila ada dua ketul yang mengeluh, tapi yang lagi 3 ketul boleh je ikut rutin yang saya dan Encik Suami aturkan, jadi yang dua ketul tu terpaksa follow juga.hihi
Saya beritahu kat anak-anak begini :Memanglah benda-benda ni semua sunat dan tak buat pun boleh.Tapi benda-benda macam ni kena paksa juga.Kalau tidak, sampai bila-bila pun tak buat.Tambah lagi bulan ibadah seperti ramadan ini.Rugi sangat rasanya kalau kita tak didik dan ajak anak rebut peluang beribadah pada bulan ramadan ini.
Allhamdulillah, setakat ini, saya bersyukur sebab anak-anak pun bukanlah jenis melawan sangat.Saya pula dengan Encik Suami, sejak depa dah makin remaja dan bersekolah ni, anak-anak pula dah jarang sangat kena marah.Kalau ada pun, kena leter je.hehhe
Apapun, untuk diri sendiri, saya juga menyeru kepada semua yang mengikuti catatan dan tulisan saya ini, rancanglah juga rutin ibadah kita sepanjang bulan ramadan ini.Semoga dengan keberkatan bulan ini, Allah beri peluang kita beramal untuk seterusnya, meski tidak lagi Ramadan
Buatlah solat sunat tahajud sebelum kita bersahur.Cubalah amalkan Zikir-zikir yang pernah kita belajar dari ustaz ustazah kita dulu.Cari masa Tadabbur Al Quran, meskipun hanya ayat-ayat lazim.Amalkan juga Zikir Al Mathurat yang digalakkan kita membacanya setiap kali lepas solat subuh dan Asar.
Semoga Allah kurniakan hidayahNya kepada kita semua, dikurniakan iman yang sempurna, hati yang lembut dalam melaksanakan ibadah kepadaNya, sentiasa dalam iman yang terbaik dan bersyukur dengan segala kurniaanNya.aamin
InshaAllah, sampai jumpa lagi.Doakan saya tenang dan sabar selalu..aamin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/04/marhaban-ya-ramadan-rancanglah-ramadanmu.html