Selamat Hari Guru 2023 Contoh Ucapan Puisi Pantun Guru


Selamat Hari Guru 2023 – Contoh Ucapan, Puisi & Pantun Guru
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka pada 14 hingga 16 Mei ini.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin berkata sambutan yang bakal berlangsung selama tiga hari itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Fokus utama sambutan Hari Guru tahun ini adalah sebagai pengiktirafan kepada para guru yang membantu murid-murid bagi meningkatkan potensi mereka.
Penglibatan tidak hanya dari pihak kerajaan tetapi juga melibatkan rakan-rakan strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)”, katanya ketika ditemui pemberita RTM di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini.
Tema & Tarikh Sambutan Hari Guru akan disambut pada 16 Mei 2023. Guru Insani Pemangkin Generasi Madani telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sebagai tema sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Contoh Ucapan Selamat Hari Guru Berikut dikongsikan ucapan Selamat Hari Guru 2023 yang boleh digunakan khas untuk guru-guru tersayang.
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Jasa guru tiada ternilai, mendidik kita hingga berjaya Berkongsi kasih, menyemai sayang.. Walau budi guru tidak terbalas, mendidik anak bangsa. Diri ini asalnya sehelai kain putih. Terima kasih buat guru-guru yang sudi mencorakkannya. Kegigihanmu dalam mendidik akan dikenang selalu. Guru ibarat setang lilin yang sanggup membakar dirimu demi menerangi alam kegelapan. Jasamu amat kami sanjungi. Terima kasih cikgu! Hidup kami tandus, tanpa kata-katamu yang halus dan
bijak. Kaulah guru, penerang hidup kami! Kelulusan dan keikhlasanmu membimbing kami, memberi kami seribu satu harapan di saat kami lemah dan berputus asa. Kau tak pernah menyerah dan mengaku kalah
hingga terbalasnya segala usaha kami, bahkan doa dan air mata ibu bapa kami. Terima kasih guruku yang mulia. Wahai guru, terima kasih kerana memberiku peluang untuk mencapai cita-citaku. Menukar angan-angan kepada usaha. Mengubah impian kepada azam. Menabur ilmu kepada kami yang serba tidak tahu. Setiap pengorbananmu hanya Tuhan yang dapat membalasnya. Orang hebat dapat melahirkan beberapa karya bermutu. Namun, guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang-orang hebat. Seorang guru adalah insan yang luarbiasa, mentor dan pendamping yang sangat hebat. Terima kasih untuk semuanya. Kaulah inspirasiku! Cikgu, Terima kasih kerana telah mempercayaiku ketika tidak ada orang lain yang melakukannya, termasuk diriku sendiri. Sumber: Erny Yusniza Saad
Contoh Pantun & Puisi Untuk Guru Guru Oh Guru (Usman Awang, 1979)
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Hadis Tentang Guru
Antara hadith-hadith yang diriwayatkan bertaraf sahih atau hasan berkenaan kelebihan guru atau pendidik adalah:
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW: وَإِنَّ فَضْلَ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti bulan pada malam purnama atas seluruh bintang-bintang”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW: وَإِنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ ، لَمْ يُوَرِّثوا دِيْنَارًا ، وَلَا دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرّثوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]
Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW: فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِيْ عَلَى أَدْنَاكُمْ
Maksudnya: “Kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah di antara kamu semua”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]
Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW: إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ
Maksudnya: “Ketahuilah ! sesungguhnya dunia dan segala isinya adalah dilaknat kecuali dengan berzikir kepada Allah SWT dan apa yang terlibat dengannya, serta orang yang alim (tahu) atau orang yang belajar”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2244]
Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW: مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang  mengamalkannya sedikitpun”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]
Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1141-irsyad-al-hadith-siri-ke-66-hari-guru-hadith-hadith-berkaitan-kelebihan-guru-dan-feqahnya
Baca juga: Tema Hari Guru 2023: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/selamat-hari-guru/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=selamat-hari-guru

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Ucapan Caption Pantun Puisi Dan Sajak Selamat Hari Guru 2023

Koleksi Ucapan Caption Pantun Puisi Dan Sajak Selamat Hari Guru 2023

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 359 hits
Tanggal 16 Mei merupakan tarikh Hari Guru yang disambut pada setiap tahun sebagai menghargai kerja keras guru guru yang telah mendidik kita Sambutan Hari Guru 2023 KPM peringkat Kebangsaan membawa tema Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI ...
Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2023 Dan Pantun Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2023 Dan Pantun Yang Menarik

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 387 hits
Selamat Hari Guru merupakan antara ucapan yang selalu diungkapkan ketika tibanya Hari Guru pada setiap tahun Tetapi sebenarnya banyak lagi senarai contoh ucapan yang anda boleh gunakan bagi dikongsikan kepada cikgu cikgu anda Setiap tahun H...
Koleksi Ucapan Caption Selamat Hari Pekerja Buruh 2023

Koleksi Ucapan Caption Selamat Hari Pekerja Buruh 2023

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 407 hits
1 Mei 2023 hari Isnin adalah Hari Pekerja Hari Buruh Labour day yang juga cuti umum seluruh Malaysia Hari Pekerja 1 Mei disambut pada setiap tahun dan diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am oleh lebih 80 buah negara di seluruh dunia Hari P...
Selamat Hari Guru 2023 Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Selamat Hari Guru 2023 Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 346 hits
16 Mei Tarikh Hari Guru yang disambut pada setiap tahun Sambutan Hari Guru disambut bagi menghargai kerja keras guru guru yang telah mendidik kita semua dalam membentuk generasi yang cemerlang pada masa hadapan baca juga Guru adalah tunjang...
Selamat Hari Guru 2023 Hadith Hadith Berkaitan Kelebihan Guru Dan Feqahnya

Selamat Hari Guru 2023 Hadith Hadith Berkaitan Kelebihan Guru Dan Feqahnya

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 190 hits
SELAMAT HARI GURU 2023MukadimahAlhamdulillah segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli keluarga baginda SAW sahabat baginda SAW serta orang orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW Irsy...
Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2023

Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2023

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum wbt Belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 kepada semua Wira Merah kita Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas budi kalian dalam menjalankan tugas demi negara Walaupun kalian t...
Selamat Hari Belia Negara 2023 Inimasakita

Selamat Hari Belia Negara 2023 Inimasakita

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 334 hits
15 Mei merupakan Hari Belia Negara yang disambut setiap tahun Tarikh Hari Belia Negara 2023 disambut pada hari Isnin 15 Mei 2023 Sambutan Hari Belia Negara 2023 salah satu program utama Kementerian Belia dan Sukan Hari Belia Negara Hari Bel...
Koleksi Ucapan Hari Ibu Penuh Kasih Sayang 2023

Koleksi Ucapan Hari Ibu Penuh Kasih Sayang 2023

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 363 hits
Selamat Hari Ibu Ibu adalah orang yang paling penting dalam kehidupan kita dan Hari Ibu adalah masa yang tepat bagi kita untuk memberikan penghargaan dan ucapan terbaik kepada ibu kita Seorang ibu memainkan peranan yang sangat penting dalam...
Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum Selamat Hari Guru buat semua pendidik Semoga Allah sentiasa berkat hidup kalian Seronok tengok pelbagai majlis dibuat bagi meraikan guru guru Semoga kita semua dan generasi akan datang sentiasa menghargai menggormati dan men...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan