Selamat Hari Guru 2023 Hadith Hadith Berkaitan Kelebihan Guru Dan Feqahnya


SELAMAT HARI GURU 2023

Mukadimah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
 
Irsyad al-Hadith pada kali ini akan membincangkan berkaitan hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan guru dan juga apa yang berkaitan dengannya. Ini kerana, hari ini merupakan hari yang begitu bermakna buat para pendidik di seluruh Malaysia kerana pada hari ini bersamaan 16 Mei seluruh rakyat Malaysia akan menyambut hari guru.
 
Definisi Guru
Perkataan guru atau pendidik di dalam bahasa arab dinamakan al-Mu’allim (المُعَلِّم). Di dalam Lisan al-‘Arab, perkataan al-Mu’allim berasal daripada ilmu (العلم) atau fe’elnya iaitu (عَلِمَ). Ilmu adalah lawan bagi kejahilan dan orang yang berilmu digelar sebagai ulama’. Menurut kamus dewan, guru bermaksud orang yang mengajar, mendidik atau mengasuh. Pendidik atau guru di dalam Islam ialah sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap perkembangan anak didiknya. Dalam Islam juga, orang yang paling utama atau bertanggungjawab dalam mendidik adalah ibubapa. Untuk itu, ibubapa adalah pendidik yang utama dan juga yang pertama dalam diri seorang insan itu. Berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، أو يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua  ibubapanya yang bertanggugjawab meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 4805]
 
Hadith-Hadith Berkaitan Kelebihan Guru
Antara hadith-hadith yang diriwayatkan bertaraf sahih atau hasan berkenaan kelebihan guru atau pendidik adalah:
 
 
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW: 
وَإِنَّ فَضْلَ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti bulan pada malam purnama atas seluruh bintang-bintang”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]
 
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW: 
وَإِنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ ، لَمْ يُوَرِّثوا دِيْنَارًا ، وَلَا دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرّثوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 3157]
 
Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW: 
فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِيْ عَلَى أَدْنَاكُمْ
Maksudnya: “Kelebihan orang yang alim dibanding dengan ahli ibadah adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah di antara kamu semua”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]
 
Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW: 
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]
 
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 
أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ
Maksudnya: “Ketahuilah ! sesungguhnya dunia dan segala isinya adalah dilaknat kecuali dengan berzikir kepada Allah SWT dan apa yang terlibat dengannya, serta orang yang alim (tahu) atau orang yang belajar”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2244]
 
Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW: 
مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang  mengamalkannya sedikitpun”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236
Feqah al-Hadith
Berdasarkan hadith-hadith yang kami nyatakan di atas, terdapat beberapa fiqh al-Hadith atau pengajaran daripada hadith iaitu:
Guru adalah seorang insan yang mulia dan tinggi kedudukannya.Tugas guru atau mendidik adalah satu tugas yang mulia kerana ia juga adalah tugas para nabi dan rasul.Di dalam al-Quran dan juga hadih Nabi SAW banyak menceritakan akan galakan untuk menuntut ilmu dan salah satu wasilah atau caranya adalah dengan berguru.Para guru dan pendidik akan mendapat pahala yang besar dengan setiap ilmu yang diajarkannya.Kesemua makhluk Allah SWT samada di langit atau di bumi sentiasa mendoakan kebaikan kepada para guru dan pendidik.Mendidik atau mengajar akan terselamat dan bebas daripada laknat Allah SWT.Setiap yang diajar itu akan mendapatkan pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.Kriteria-Kriteria Seorang Guru
Antara ciri-ciri atau sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap insan yang bergelar guru atau pendidik adalah:
Perlu ikhlas dan jujur dalam setiap perkara yang disampaikan.Mestilah bersifat penyayang terhadap setiap anak didiknya.Menjadikan Rasulullah SAWsebagai qudwah atau ikutan.Hendaklah mengikut tahap yang sesuai dengan umur dan akal pelajar dengan ilmu yang disampaikan.Bersabar dalam setiap perkara.Bersifat adil dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih.Amanah dan memberi komitmen dalam setiap tugas yang diberikan.Membuat persediaan yang secukupnya sebelum memulakan pengajaran.Berketrampilan menarik dan kemas.Sentiasa mendoakan kebaikan buat anak-anak didiknya.Penutup
Kesimpulannya, marilah sama-sama pada hari yang penuh bermakna ini, kita mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Ini kerana, Allah SWT kerana telah mengangkat martabat seorang guru dan pendidik yang benar-benar ikhlas menyampai ilmu dengan kedudukan yang tinggi. Oleh itu, para guru dan pendidik perlulah melaksanakan tugas yang mulia ini dengan penuh ikhlas dan amanah sesuai dengan kemulian yang diberikan oleh Islam. Dikatakan oleh Imam Al-Mawardi di dalam Kitabnya:
وَمِنْ آدَابِهِمْ: أَنْ يَقْصِدُوا وَجْهَ اللَّهِ بِتَعْلِيمِ مَنْ عَلَّمُوا وَيَطْلُبُوا ثَوَابَهُ بِإِرْشَادِ مَنْ أَرْشَدُوا، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَعْتَاضُوا عَلَيْهِ عِوَضًا، وَلَا يَلْتَمِسُوا عَلَيْهِ رِزْقًا
Maksudnya: “Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah SWT dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian dan tanpa mengharapkan rezeki daripadanya”.  [Lihat: Adab dunia dan agama, 83]
Akhir kata, semoga Allah SWT memberi kesihatan dan kekuatan kepada para guru dan mengampunkan dosa-dosa kepada mereka yang telah pergi. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru dan pendidik di seluruh Malaysia. Seterusnya, semoga dengan segala ilmu yang dicurahkan itu mendapat ganjaran di sisi Allah SWT serta dibalas dengan syurga di akhirat kelak. Amin.
Sumber : https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1141-irsyad-al-hadith-siri-ke-66-hari-guru-hadith-hadith-berkaitan-kelebihan-guru-dan-feqahnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/05/selamat-hari-guru-2023-hadith-hadith.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2023 Dan Pantun Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2023 Dan Pantun Yang Menarik

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 402 hits
Selamat Hari Guru merupakan antara ucapan yang selalu diungkapkan ketika tibanya Hari Guru pada setiap tahun Tetapi sebenarnya banyak lagi senarai contoh ucapan yang anda boleh gunakan bagi dikongsikan kepada cikgu cikgu anda Setiap tahun H...
Selamat Hari Guru 2023 Contoh Ucapan Puisi Pantun Guru

Selamat Hari Guru 2023 Contoh Ucapan Puisi Pantun Guru

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 513 hits
Selamat Hari Guru 2023 Contoh Ucapan Puisi Pantun Guru Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Melaka pada 14 hingga 16 Mei ini Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Dr Roslan Hussin ...
Selamat Hari Guru 2023 Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Selamat Hari Guru 2023 Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 354 hits
16 Mei Tarikh Hari Guru yang disambut pada setiap tahun Sambutan Hari Guru disambut bagi menghargai kerja keras guru guru yang telah mendidik kita semua dalam membentuk generasi yang cemerlang pada masa hadapan baca juga Guru adalah tunjang...
Koleksi Ucapan Caption Pantun Puisi Dan Sajak Selamat Hari Guru 2023

Koleksi Ucapan Caption Pantun Puisi Dan Sajak Selamat Hari Guru 2023

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 370 hits
Tanggal 16 Mei merupakan tarikh Hari Guru yang disambut pada setiap tahun sebagai menghargai kerja keras guru guru yang telah mendidik kita Sambutan Hari Guru 2023 KPM peringkat Kebangsaan membawa tema Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI ...
Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum Selamat Hari Guru buat semua pendidik Semoga Allah sentiasa berkat hidup kalian Seronok tengok pelbagai majlis dibuat bagi meraikan guru guru Semoga kita semua dan generasi akan datang sentiasa menghargai menggormati dan men...
Hari Wesak Vesak Day 2023 Dan Selamat Bercuti

Hari Wesak Vesak Day 2023 Dan Selamat Bercuti

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 228 hits
Sambutan Hari Wesak atau Vesak Day 2023 di Malaysia jatuh pada hari Khamis 4 Mei 2023 Hari Wesak merupakan cuti umum 2023 bagi semua negeri di Malaysia Memandangkan cuti Hari Wesak 2023 jatuh pada Khamis dan kebetulan di bulan Syawal dapatl...
Tarikh Hari Ibu 2023 Di Malaysia Selamat Hari Ibu

Tarikh Hari Ibu 2023 Di Malaysia Selamat Hari Ibu

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 369 hits
TARIKH SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA SELURUH DUNIA Bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu yang disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita kepada keluarga khususnya anak anak mereka Tahukah anda bilakah tarikh sebenar sambutan Mot...
Selamat Hari Belia Negara 2023 Inimasakita

Selamat Hari Belia Negara 2023 Inimasakita

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 344 hits
15 Mei merupakan Hari Belia Negara yang disambut setiap tahun Tarikh Hari Belia Negara 2023 disambut pada hari Isnin 15 Mei 2023 Sambutan Hari Belia Negara 2023 salah satu program utama Kementerian Belia dan Sukan Hari Belia Negara Hari Bel...
Teks Perutusan Menteri Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke 52 Tahun 2023

Teks Perutusan Menteri Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke 52 Tahun 2023

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 431 hits
TEKS PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 52 TAHUN 2023 mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic lo...
Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles Di Dorsett Grand Subang

Zim Zim Ala Kazim

Simpan Duit Kertas Rm5

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Holy Spirit Fire Igniting Your Passion For Jesus And His Purpose

Ph Mendahului Kiraan Undi Awal Polis Tentera

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Asyraf Claims Ph Victory In Kuala Kubu Baharu

Prk Kkb Undi Polis Tentera Swing Kepada Ph

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden