Koleksi Ucapan Caption Pantun Puisi Dan Sajak Selamat Hari Guru 2023


Tanggal 16 Mei merupakan tarikh Hari Guru yang disambut pada setiap tahun sebagai menghargai kerja keras guru-guru yang telah mendidik kita. Sambutan Hari Guru 2023 KPM peringkat Kebangsaan membawa tema Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI.
Sempena sambutan Hari Guru 2023, kita berikan ucapan, pantun, puisi, sajak dan caption untuk posting di media sosial atau text kepada guru-guru yang telah mengajar kita


Koleksi Ucapan, Caption, Pantun, Puisi Dan Sajak Selamat Hari Guru ( Happy Teachers' Day) 2023Selamat Hari Guru 2023 Sedunia untuk semua guru!
Terima kasih atas kesabaran, kebaikan, dan dedikasi yang dicuahkan tanpa henti.Untuk guru terhebat di dunia, Selamat Hari Guru! Terima kasih untuk semuanya. Saya sayang Cikgu! Untuk semua guru, jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa. Terima kasih Cikgu. Selamat Hari Guru 2023.Kepada Semua Pendidik Yang Bergelar Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Seangkatan dengannya. TERIMA KASIH semua guru kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna. Selamat Hari Guru 2023.Selamat Hari Guru
Mungkin kecil fizikalnya tetapi tetap BESAR peranannya.
Selamat Hari Guru 2023Selamat Hari Guru 2023
Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. —Hadis Riwayat At-TirmiziBiar penat berdiri,
Jangan penat memberi.
Biar lelah terduduk,
Jangan lelah membentuk.
Biar penat bercakap,
Jangan penat berharap.
SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU!Selamat Hari Guru 2023
Semoga semua guru menjiwai profesyen perguruan, istiqamah mendidik dengan hati yang murni dan ikhlas dalam beramal membangun pemimpin ummah masa hadapan.Selamat Hari Guru 2023. Kami tidak akan pernah cukup berterima kasih atas dedikasi, kebijaksanaan dan tanggungjawabmu Guru.Guru,
Engkau bagaikan lilin yang selalu menerangi setiap kegelapan, semoga setiap peluh lelahmu melahirkan generasi tangguh dan berjiwa negarawan. Selamat Hari Guru 2023. 
Ucapan Selamat Hari Guru Yang Menyentuh Hati Guru seperti lilin, yang menghabiskan dirinya sendiri untuk mencerahkan kehidupan orang lain. Selamat Hari Guru 2023.Guru,
Tanpamu dunia ini gelap gelita,
Tanpamu sudah pasti kami tidak tahu membaca,
Tanpamu juga kami akan meraba-raba.
Selamat Hari guru 2023Cikgu,
Kau umpama lilin yang menerangi kegelapan,
Semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Selamat Hari Guru 2023.Jika pengetahuan adalah cahaya bagi kehidupan, maka kau adalah bintang yang senantiasa menyebarkan cahaya hingga ke penjuru Negeri. Terima kasih guruku. Selamat Hari Guru 2023.Guruku tersayang, guruku tercinta, aku sedar jika tanpamu mungkin aku tidak akan mengerti mengenai banyak hal. Terima kasih, guruku. Selamat Hari Guru 2023.Guru,
Kau mencurah ilmu, tak kenal lelah, tak tahu jemu.
Itulah cikgu, itulah guru, besar jasanya sejak dahulu.
Selamat Hari Guru 2023.Guru,
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra
Dalam diamnya ada kebijaksanaan
Dalam tangannya sahsiah kita terbina.
Selamat Hari Guru!Wahai guru pengasuh jiwa,
Jasamu tidak akan ku lupakan
Terima kasih kerana telah mendidikku
Selamat hari guru kepada semua guru-guruku.
Terima kasih cikgu! Selamat Hari Guru 2023Tidak tergambar oleh bicara mahupun tuturkata,
Kerana banyaknya jasa kalian,
Semoga Allah merahmati jasa yang telah dicurahkan.
Yang menjadikan kami insan mengenal tuhan.
Semoga segala kebaikan yang telah dicurahkan menjadi asbab untuk para guru ke syurga. Aamiin...
Selamat Hari Guru. 
Ucapan sweet untuk CikguSedetik bersama cikgu, lebih bermakna daripada seribu tahun mencari ilmu.
Terima kasih Cikgu. Selamat Hari Guru 2023. 
Pantun Hari GuruMudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di hari raya,
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik kami sehingga berjaya.

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Pergi ke hutan hendak berburu,
Pulang ke rumah singgah di kota,
Kalau kita sayangkan guru,
Jagalah adab dan tutur kata.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Bunga melati bunga kemboja,
Harum mewangi di ruang tamu,
Jasa guru tidak terkira,
Mendidik kami tanpa jemu.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan,
Guru kita sentiasa di hati,
Moga hidup sejahtera dan aman

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya,
Menyuluh hidup tiap ketika

Pergi ke sawah menanam padi,
Pulang ke rumah lewat petang,
Jasa guru sentiasa di hati,
Akan sentiasa kami kenang

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan,
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki.
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Tampak berbekas rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa

Satu dua tiga empat,
Lima enam tujuh lapan,
Dilatih tubi sampai dapat,
Apabila depat maju ke depan.

ABC dan Alif Ba Ta,
Satu dua tiga dan empat,
Selalu cikgu ajar kita,
Dilatih tubi sampai depat.

Lima enam tujuh lapan,
Rajin belajar cepat maju,
Apabila dapat maju ke depan,
Terima kasih banyak Cikgu

Manis rasanya buah delima,
Masak sebiji dicelah daun,
Budi guru saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Betik masak lebat dipangkal,
Penuh kapal bawa belayar,
Baik budi panjang akal,
Hormat guru tekun belajar

Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Pohon kelapa tegak berdiri,
Kelapa ditanam tepi bangunan,
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.

Pergi memburu di hutan lama,
Depat rusa waktu pagi,
Kalau ilmu ku dapat sama,
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pasang surut berhenti dulu,
Sudah pasang baru berangkat,
Orang patut menghormati guru,
Petua dipegang ilmu diingat

Puisi/Sajak Tentang Guru GURU OH GURU – Usman Awang 1979Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara;
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara;
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Puisi Abdul Aziz A Tentang Guru Guruku,
Kau mengajariku pelbagai ilmu,
Kau memberiku nasihat setiap waktu,
Guruku kau ibarat ayah bondaku,
Guruku kau jangan lelah mendidikku,
Ajari aku tentang Rasulku,
Ajari aku tentang perilaku,
Guruku, jasamu akan ku ingat selalu,
Terima kasih guruku.
Ucapan Selamat Hari Guru Bahasa InggerisThank you for being a wonderful teacher and always believing in me.
Happy Teacher's Day!Thank you for inspiring me, my teacher.
Happy Teacher's Day!Thank you for being such a great teacher.
Happy Teacher’s Day!Thank you for your patience, putting up with me, and encouraging me in every way.
Happy Teacher's DayThank you dearest teacher for lighting, guiding and showing me the way.
Happy Teacher's DayHappy Teachers Day! Please accept my immense respect and best wishes!The way you teach,
The knowledge you share
The care you take,
The love you shower…
Makes you.
The World’s Best Teacher…
Happy Teachers’ Day!The best teachers always teach from the heart and not just from the books.
Blessed & Happy Teachers DayTeaching,
The profession that creates all other professions.
Happy Teacher’s DayDear teacher, wishing you a Happy Teachers’ Day. Thank you for being the guiding light and for inspiring me to do well in my studies. You are the best teacher.Good Teachers,
Are the reason why ordinary students dream to do extraordinary things.
Happy Teacher's Day!A teacher is someone who nourishes the souls of the students for a lifetime. Happy Teacher's Day to all the teachers!All the efforts and hard work your invested in bringing out the best in us can never be repaid in mere words. We can only feel grateful for having a teacher like you! Happy Teacher's Day!
credit : theinspirasi, studentportal

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/05/koleksi-ucapan-caption-pantun-puisi-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Ucapan Caption Selamat Hari Pekerja Buruh 2023

Koleksi Ucapan Caption Selamat Hari Pekerja Buruh 2023

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 422 hits
1 Mei 2023 hari Isnin adalah Hari Pekerja Hari Buruh Labour day yang juga cuti umum seluruh Malaysia Hari Pekerja 1 Mei disambut pada setiap tahun dan diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am oleh lebih 80 buah negara di seluruh dunia Hari P...
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pantun Raya 2023

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pantun Raya 2023

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 728 hits
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pantun Raya 2023 Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan Hari yang istimewa ini melambangkan akhir dari bulan Ramadan dan merup...
Koleksi Ucapan Hari Ibu Penuh Kasih Sayang 2023

Koleksi Ucapan Hari Ibu Penuh Kasih Sayang 2023

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 368 hits
Selamat Hari Ibu Ibu adalah orang yang paling penting dalam kehidupan kita dan Hari Ibu adalah masa yang tepat bagi kita untuk memberikan penghargaan dan ucapan terbaik kepada ibu kita Seorang ibu memainkan peranan yang sangat penting dalam...
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Pekerja 2023

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Pekerja 2023

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 169 hits
The Colours of Life Selamat Menyambut Hari Pekerja 2023 kepada semua Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani https youtube com shorts sPGIBoOW8W0 feature share mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography p...
Kisah Raya Saya 2023 Dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444h

Kisah Raya Saya 2023 Dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444h

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 217 hits
Kisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444HKisah Raya Saya 2023 dan Selamat Hari Raya Aidilftiri 1444H Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan kini tiba pula Syawal untuk kita ...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2023

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2023

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 399 hits
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2023 dari kami keluarga kecil Hanif Bin Idrus kepada semua rakan rakan kami Tahun ini adalah tahun pertama saya merayakan Hari Raya 2023 ini tanpa ibu disisi Kelainan rasanya kali ini kerana malam raya pertama ...
Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2023

Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2023

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 199 hits
Assalamualaikum wbt Belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 kepada semua Wira Merah kita Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas budi kalian dalam menjalankan tugas demi negara Walaupun kalian t...
Tarikh Hari Ibu 2023 Di Malaysia Selamat Hari Ibu

Tarikh Hari Ibu 2023 Di Malaysia Selamat Hari Ibu

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 369 hits
TARIKH SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA SELURUH DUNIA Bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu yang disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita kepada keluarga khususnya anak anak mereka Tahukah anda bilakah tarikh sebenar sambutan Mot...
Hari Wesak Vesak Day 2023 Dan Selamat Bercuti

Hari Wesak Vesak Day 2023 Dan Selamat Bercuti

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 228 hits
Sambutan Hari Wesak atau Vesak Day 2023 di Malaysia jatuh pada hari Khamis 4 Mei 2023 Hari Wesak merupakan cuti umum 2023 bagi semua negeri di Malaysia Memandangkan cuti Hari Wesak 2023 jatuh pada Khamis dan kebetulan di bulan Syawal dapatl...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


888 888 Pg 27 July 24 Slot888 Top 73 By Laurence 888 Gaojing888 Vip

4 Jul 2024 100 Top 20 By Adam Funny18 Win

Minat Sejak Sekolah Namun Tak Berpeluang Ke Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana

Aktiviti Majlis Sambutan Hari Raya Pptmn Ppim 11 05 2024

Hari Ibu 2024 Contoh Ucapan Hari Ibu Hadis Berkenaan Ibu

Teks Bacaan Surah Al Mulk Pdf Dan Kelebihan Baca Surah Al Mulk