Selamat Datang Ke Karnival Starlight Resorts World Genting


Bayangkan langit gelap dihiasi hiasan bintang-bintang, bergemerlapan seperti berlian bertentangan latar belakang satin. Mendengar irama dan melodi berkumandang seiring dengan aroma makanan berlegar-legar di udara. Di sebelah kiri terdengar jeritan keseronokkan di tapak pesta apabila ada yang memenangi hadiah; di sebelah kanan, kaki wayang bersedia untuk menonton filem-filem blockbuster. Jika ia kelihatan seperti malam yang sempurna untuk keluar, maka Karnival Starlight Resorts World Genting yang dianjurkan buat kali pertama adalah tempat yang perlu anda berada sekarang ini


Dilancarkan hari ini, Karnival Starlight adalah sebuah festival di kawasan terbuka dengan suasana unik yang akan mengambil tempat pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sebelum melabuhkan tirai pada 2 November 2019. Menampilkan empat elemen utama iaitu filem, muzik, makanan dan permainan, karnival ini adalah ramuan yang menggambarkan masa paling sempurna berlatar belakang suasana Taman Tasik Century . 
 “Karnival Starlight adalah terjemahan kami dalam mewujudkan suasana paling indah untuk malam penuh dengan kenangan,” kata Dato’ Edward Holloway, Naib Presiden Eksekutif Leisure & Hospitaliti. “Kita berada di kawasan tropika. Oleh itu cuaca panas dalam negara ini jarang mengizinkan acara secara terbuka dilakukan. Namun, di Resort World Genting, cuacanya sentiasa sejuk sepanjang tahun dan ia menjadikan kami tempat paling sempurna untuk menganjurkan acara karnival terbuka ala-Eropah ini. Kami bekerja keras untuk menyediakan senarai filem terbaik, makanan dan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan pengunjung baik pasangan kekasih mahupun seisi keluarga. Oleh itu saya berharap para tetamu akan menikmati pengalaman istimewa yang telah kami sediakan dan teruja dengan penganjuran Karnival Starlight ini.”
Karnival Starlight yang pertama di Resorts World Genting
Karnival Starlight memiliki tarikan berbeza-beza serta menghiburkan. Di Pawagam Karnival, filem blokbuster karpet merah yang ditayangkan termasuk, A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia & Hairspray. Kesemuanya akan ditayangkan pada skrin layar besar untuk dinikmati para pengunjung sambil duduk di atas beg kekacang dan kusyen. Tayangan filem di kawasan terbuka ini akan memberikan satu suasana baharu ketika menonton terutamanya apabila angin bertiup lembut dan ditambah kedengaran bunyi haiwan malam untuk memberikan faktor lebih ‘wow’ ketika tayangan


Jika perut terasa lapar, terdapat pelbagai pilihan tempat makan dan makanan yang dijual dari trak makanan di sekitar kawasan karnival. Biarpun trak makanan menyediakan pelbagai pilihan hidangan snek hebat termasuk sosej hingga ke coklat, Resorts World Genting turut akan mempamerkan beberapa hidangan terbaharu suite F&Bnya. FUHU by Zouk, yang merupakan sebahagian daripada kompleks Zouk Genting akan menyediakan beberapa sampel masakan gabungan unik, termasuk tacos pedas FUHU dan bubur pati itik FUHU. Harry Ramsden pula bawakan hidangan kegemaran London ikan dan kentang goreng ke Malaysia, serta masakan Itali seperti piza, pasta dan pelbagai lagi yang di kios II Lago. Cosmic Café akan menawarkan hidangan pilihaan tempatan seperti nasi ayam dan mi bakso, manakala aiskrim serta minuman berasaskan manga boleh didapati di khemah La Cremeria dan trak Sjora. 
Dari matahari terbenam sehinggalah malam menjelang, ruang Karnival Starlight turut akan dipenuhi dengan melodi-melodi. Barisan pemuzik berbakat termasuk Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Aze akan membuat persembahan di atas pentas Gazebo untuk merancakkan lagi mood malam. Nikmati minuman sambil dibuai alunan bunyi akustik yang menginspirasikan di pentas Karnival Starlight


Dan tidak lengkap sekira sebuah karnival tanpa permainan yang mencabar dan menyeronokkan. Baik lelaki dan perempuan, cuba nasib dan kemahiran masing-masing di kios permainan seperti menjaringkan bola keranjang di Shooting Star, memutar roda mencuba tuah di Milky Way Spin, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star. Berjam-jam masa penuh keseronokkan dan cabaran menanti di Zon Permainan Karnival termasuk peluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik

Ketika bulan Oktober sampai ke penghujung, ia adalah masa untuk menjadi takut. Untuk minggu terakhir Karnival Starlight akan diberi sentuhan menakutkan sempena Minggu Halloween. Tanglung labu, zombie, sarang labah-labah akan menambahkan lagi suasana seram termasuk beberapa elemen yang menghidupkan sambutan pada malam Halloween

Makan, Minum dan Bersuka Ria di Karnival Starlight 
Tarikan utama Karnival Starlight menjanjikan suasana yang mesra untuk keluarga, buat mereka yang ingin berparti ada tempat yang boleh dituju. Oleh kerana Oktober dan bulan ini adalah untuk Oktoberfest, iaitu acara tahunan di German untuk meraikan asal usul bir di Munich. Resorts World Genting akan meraikan festival itu dengan cara tersendiri di Dewan Oktoberfest yang dianjurkan di sebuah kawasan lain di Karnival dengan menyediakan makanan, minuman, dan hiburan


Sudah semestinya bir akan menjadi tarikan utama. Terdapat sehingga 19 jenis bir premium disediakan daripada Carlsberg Special Brew ke Brooklyn OPA, Franzikaner Hefe ke Connor’s Stout Porter yang akan dihidangkan dalam gelas sejuk. 
Bir biasanya akan digandingkan dengan makanan. Oleh itu Dewan Oktoberfest akan mempunyai kios makanannya sendiri. Menyajikan gandingan terbaik untuk segelas bir sejuk, para tetamu Oktoberfest boleh pergi ke kios Banger Hanger & Burgers untuk memilih hidangan sosej trufle, sosej kimchi, burger daging berkeju dan burger daging kambing pedas. Kepak ayam dengan pelbagai jenis sos terdapat di kios Extreme Wings manakala  nanchos berkeju pula di Loaded Nachos

Dewan Oktoberfest turut dilengkapi hiburan muziknya sendiri. Mendendangkan lagu daripada pelbagai genre termasuk klasik hingga ke modern dance, beberapa kumpulan pemuzik akan mengambil giliran di pentas Dewan Oktoberfest untuk menghiburkan para tetamu. Antara penghibur yang mengesahkan kehadiran termasuk Part III, Society of Souls, The Beatles and Queen. Pada malam 2 November 2019, Zouk Genting akan mengambil alih pentas Dewan Oktoberfest untuk mempersembahkan Resorts World Genting Zouk Live! buat kali pertama

Butiran Karnival Starlight
Karnival Starlight akan berlangsung pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula dari 10 Oktober hingga 2 November 2019. Acara Halloween Hujung Minggu pula akan bermula dari 31 Oktober hingga 2 November 2019. Karnival Starlight turut akan menampilkan satu acara khas Zouk Live pada 2 November 2019. Tiket-tiket sudah boleh dibeli pada harga RM20 dengan caj pemprosesan sebanyak RM4, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah masuk secara percuma. Pakej penginapan 2H1M di Hotel First World bersama dua tiket masuk ke Karnival Starlight turut disediakan  pada harga RM246 bersih ataupun di Hotel Theme Park (RM628 bersih, sehingga 4 orang). Untuk maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2019/10/selamat-datang-ke-karnival-starlight.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laluan Bas Langsung Antara Resorts World Genting Dan Hatyai

Laluan Bas Langsung Antara Resorts World Genting Dan Hatyai

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 470 hits
Sama ada urusan keluarga yang menyeronokkan atau lawatan dengan rakan rakan pencari percutian kini boleh menikmati pengalaman perjalanan yang lancar dengan laluan bas langsung baru antara Resorts World Genting dan Hatyai Mulai 2 Oktober tun...
Di Sebalik Tabir Keseraman Rumah Train To Busan Resorts World Genting

Di Sebalik Tabir Keseraman Rumah Train To Busan Resorts World Genting

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 633 hits
Rumah Seram Train To Busan di Resorts World Genting akan membuka pintunya kepada semua peminat filem tersebut dan juga kepada kaki genre seram di Malaysia dan rantau ini Pertama seumpamanya di dunia Rumah Seram akan dilancarkan pada 31 Okto...
Pimpinan Kpk Selamat Datang Undang Undang Baru

Pimpinan Kpk Selamat Datang Undang Undang Baru

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 178 hits
Sebelumnya Ketua KPK Agus Rahardjo memastikan lembaga antirasuah akan bekerja seperti biasa meski revisi UU KPK Nomor 30 Tahun 2002 akan berlaku pada Kamis 17 Oktober 2019 hari ini
Selamat Datang Oktober

Selamat Datang Oktober

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 213 hits
Pejam celik pejam celik dah sampai dah bulan 10 untuk tahun 2019 Bermakna cuma tinggal 3 bulan saja lagi untuk kita tinggalkan tahun 2019 Masih sempat untuk mengejar azam awal tahun yang masih belum kesampaian Semoga segala urusan kita dipe...
Starlight Carnival Genting Highlands

Starlight Carnival Genting Highlands

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 444 hits
Rasanya dah dekat 10 tahun kot tak sampai atas Genting Highlands ni Selalu aku datang pun takat sampai Genting Premium Outlet je tu pun masa on the way nak balik Kuantan So yass kali ni aku pujuk Hilmi ajak dia naik sampai atas hehehe Kitor...
Karnival Rahmah 2019 Meriah Peluang Kukuhkan Kedamaian

Karnival Rahmah 2019 Meriah Peluang Kukuhkan Kedamaian

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 290 hits
Penganjuran julung kali Karnival Rahmah 2019 selama empat hari di Dataran Putrajaya berlangsung meriah apabila dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat daripada berbilang bangsa
Conrad Hotels Resorts Debuts In Malaysia With Conrad Kuala Lumpur

Conrad Hotels Resorts Debuts In Malaysia With Conrad Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR Malaysia and MCLEAN Va October 1 2019 today announced the signing of a management agreement with Permodalan Nasional Berhad to open Conrad Kuala Lumpur in the heart of the Malaysian capital Slated for completion in 2021 the ent...
Sambut Halloween Day Of The Dead Di Sunway Lost World Of Tambun Ipoh

Sambut Halloween Day Of The Dead Di Sunway Lost World Of Tambun Ipoh

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 526 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraEntri kali ini aku nak kongsi dengan anda semua pengalaman Halloween pertama aku Aku nak tegaskan bahawa sambutan ini bukanlah kepercayaan atau terus akidah aku terpesong dan sebagainya tetapi sebagai sala...
Brics Ekonomi Israel Diseret Merudum Pasti Al Hamdulillah

Royal Addendum On Najib S House Arrest Only Hearsay Stresses Saifuddin

Tested American Metal S The Disciple Sonic Infused Whiskey

Tiada Tangan Ghaib Yang Pilih Semuanya Ikut Prosedur Dan Aturan Tak Pasti Jang

The Disciple A Mixed Metal Harley Bobber With El Knucklehead Power

The Incredible Tale Of The Talking Tortoise A Fifth Century Ethiopian Exploration Of Wisdom And Humility

Court Affirmed Addendum Hearsay Najib Unqualified For House Arrest

Aquarius Career Horoscope December 2021


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih


Curi Curi

Night We Held Between By Noor Abed

Filem Bisikan Dosa

Titah Adendum Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat

Cara Buat Stok Ibu Sambal Dah Siap Senang Nak Buat Macam Macam Lauk Sambal

Ayam Kampung Khasiat Dan Perbezaan Dengan Ayam Bandar