Starlight Carnival Genting Highlands




Rasanya dah dekat 10 tahun kot tak sampai atas Genting Highlands ni. Selalu aku datang pun takat sampai Genting Premium Outlet je,  tu pun masa on the way nak balik Kuantan. So yass, kali ni aku pujuk  Hilmi & ajak dia naik sampai atas hehehe. 
Kitorang pergi weekend lepas. Memang dah lama plan nak jalan jalan Genting Highlands ni tapi selalu macam terfikir, "nak buat aktiviti apa eh?" . Since kitorang dua dua bukan la jenis yang minat nak main theme park sangat. so kalau setakat naik atas tapi tak buat apa apa, rasa hambar pulak

Since aku dapat tahu yang 'Starlight Carnival' dah bermula, so ni la masa terbaik nak jalan jalan dekat Genting tuu


Starlight Carnival secara ringkasnya ialah sebuah festival yang diadakan di ruangan terbuka, dimana konsepnya dekat sini, untuk korang boleh having fun dibawah cahaya bintang bintang gitew. Ianya cuma available setiap hari Khamis, Jumaat (6pm-12am) dan Sabtu (3pm-1am)  sahaja dan berlangsung selama 3 minggu, sampailah 2 November 2019. 



Nak tahu apa main highlights dan apa yang bestnya dekat Starlight Carnival ni? Okey meh nak senaraikan


1. Open Air Cinema!

Ini lah salah satu tarikan yang aku suka! Selalu tengok dalam cerita omputih, ada scene dekat open air cinema , layan movie sambil lepak dalam kereta, ataupun hampar tikar and tengok sambil baring kan? Ha korang pun boleh alami ni di Starlight Carnival

Sambil menghadap tasik, baring pula atas kerusi 'bean bag' yang empuk. Memang layan la tengok movie movie ni. Nak nak pulak datang dengan pasangan. Lagi la syok melayan romantik tu ekekek. 

Antara movie yang ditayangkan ialah A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia & Hairspray. Haritu aku sempat layan Chicago & Hairspray sikit. Best! Sound system pun jelas. Cuma kalau ada subtitle lagi best kot. Sebab spesis macam aku ni kalau cerita omputih takde subtitle, aku lambat tangkap sikit hahaha. 
senarai showtime
eh tepila, tak nampak screen! :p


2. Makan Makan!
Yass makan makan itu penting ye wakk. Terdapat banyak pilihan makanan tersedia dekat sini. Ada makana berat, ada makanan ringat, ada untuk tekak melayu, ada untuk tekak itali, pilih je nak yang mana
Haritu kitorang makan dekat Cosmic Café. Dekat sini ada disediakan banyak menu tempatan antaranya Nasi Kukus Ayam Berempah, Nasi Lemak, Nasi Ayam, Mi Bakso, Rojak Pasembor, Mi Sup Ayam, Shawarma Ayam, Ayam Popcorn dan Kebab Ayam. Kitorang order Nasi Lemak Ayam Berempah. Sedap! Portion banyak, memang kenyang perut


Selain menu ala local, untuk layan rasa Italian, boleh la ke Il Lago . Dekat sini ada pasta, piza, dan dessert. Siapa yang suka pasta tu wajib la cuba hidangan pasta Pomodoro, pasta meatball dan aglio olio. Untuk pizza pula ada margherita, Americana ataupun Peperoni. 

Disebelah luar pula, ada banyak food truck juga. So kalau rasa macam taknak makan berat berat, boleh la beli finger food atas tid bits je. Boleh makan sambil layan movie.  Kalau rasa sejuk sejuk tapi nak layan ice cream juga, La Cremeria pun ada. Dah la khemah dia cute gila pink pink! Kalau bukan sebab aku dah kenyang sangat haritu, mesti aku dah sambung makan ice cream ni hehe

food truck Sjora

3. Live Music


Starlight Carnival ni merangkumi empat elemen utama iaitu filem, muzik, makanan dan permainan. So for good music, to lift up good mood, akan ada banyak pemuzik berbakat yang buat persembahan antaranya Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Aze .



4. Jom main game!

Masa carnival macam ni lah kita nak cuba nasib for the sake of having fun, untuk main game game ni. Aku kalau pergi fun fair pun, memang benda macamni lah yang buat aku happy hahaha. Yang ride lain tu semua aku tak layan. Yang game campak gelung dalam botol tu la yang best hehe


Di Starlight Carnival ni, ada beberapa game booth yang disediakan, dan hadiahnya pun best best! Haritu masa aku pergi, ramai juga yang menang. Untung weh dapat bawa balik patung besar gabak gebuu tu! Aku suruh Hilmi main, nak dapat patung jugak. Tapi dia kata takyah main, nanti dia beli kan dekat Kaison hahaha. Takde semangat kesukanan langsung la

Antara game yang ada ialah Shooting Star (basketball) , Milky Way Spin (ala ala lucky spin), Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star. 


5. Persembahan Air #The Lake Show
so colorfull!
I know I know, ape lah sangat persembahan air kan? but hello! best okay! very mesmerizing dan meralitkan, sebab tengok air tu bergerak, beralun mengikut rentak lagu dan lampu lampu. Aku ialah seorang yang sangat terhibur dengan persembahan air macam ni ye. Kalau bawa anak anak tu lagi lah diorang suka dan teruja. Confirm punya! Lagipun kanak kanak masuk PERCUMA. So boleh la bawa anak anak bersantai dekat sini sambil layan udara sejuk, duduk atas bean bag dan makan nachos yang beli dekat food truck. Nikmatnya! But tips; pastikan pakai sweater. Sebab udara malam memang sejuk. Macam duduk dalam peti ais. Nak nak pula kalau ada hujan renyai renyai, fuhh lagi sejuk

6. Halloween Celebration
Disebabkan hujung bulan October sinonim dengan Halloween, makanya untuk minggu penutup nanti, Starlight Carnival akan dihias bertemakan Halloween. You can expect pumpkin and spider webs decoration along the carnival & ofcos ada zombie juga! So choose your date! Kalau nak alami Halloween, boleh la pergi masa hujung bulan nanti (31 October - 2 November 2019)


So dah ada plan nak kemana weekend ni? Boleh la beli tiket ke Starlight Carnival! Tiket juga boleh dibeli secara online DISINI
Dewasa  (General Admission) : RM20 (RM4 processing fees)Kanak kanak (bawah 12 tahun) : FREE
Untuk pakej beserta hotel + Starlight Carnival pun ada 
(2D1N stays) First World Hotel (RM246 nett, up to 2 pax) Theme Park Hotel (RM628 nett, up to 4 pax)

FURTHER INQUIRY
Page : www.rwgenting.com Instagram : @resortsworldgentingCall :  +603 2718 1118


Have a great weekend ahead







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.farahdafri.com/2019/10/starlight-carnival-genting-highlands.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Datang Ke Karnival Starlight Resorts World Genting

Selamat Datang Ke Karnival Starlight Resorts World Genting

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 267 hits
Bayangkan langit gelap dihiasi hiasan bintang bintang bergemerlapan seperti berlian bertentangan latar belakang satin Mendengar irama dan melodi berkumandang seiring dengan aroma makanan berlegar legar di udara Di sebelah kiri terdengar jer...
Restoran Makanan Halal Di Genting Highland

Restoran Makanan Halal Di Genting Highland

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 441 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Genting Highland merupakan salah satu destinasi yang sangat popular yang berada di daerah di Negeri Pahang Memandangkan ianya dekat dengan Kuala Lumpur maka ianya mudah untuk diakses oleh pelancong pelanc...
Sarapan Pagi Di Genting Premium Outlet

Sarapan Pagi Di Genting Premium Outlet

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 910 hits
Tak perlu seseorang yang sempurna cukup temukan orang yang selalu buatmu bahagia B J HabibieBangun tidur pagi Sabtu hubby ajak breakfast di GPO Motif dia nak makan minum kopi sambil tengok view bukit hijau hijau Awwww jauhnyer nak pergi sar...
Jalan Ke Cameron Highlands Melalui Simpang Pulai Ditutup

Jalan Ke Cameron Highlands Melalui Simpang Pulai Ditutup

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 349 hits
Akibat laporan seorang wartawan yang mengelirukan ramai yang bertanya mengenai status Jalan Simpang Pulai Laporan dibawah dikongsikan untuk lebih penjelasan LAPORAN TERKINI BENCANA JALAN PERSEKUTUAN Jenis Kejadian Tanah Runtuh Tarikh Kejadi...
Laporan Mengelirukan Kejadian Tanah Runtuh Jalan Simpang Pulai Ke Cameron Highlands

Laporan Mengelirukan Kejadian Tanah Runtuh Jalan Simpang Pulai Ke Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 388 hits
Dari pagi tadi saya menerima pertanyaan mengenai status penutupan jalan ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai Yang bertanya setelah membaca satu laporan wartawan yang mengatakan Jalan ke Cameron Highlands ditutup Bila saya baca laporan te...
Pengusaha Strawberry Melayu Pertama Di Cameron Highlands

Pengusaha Strawberry Melayu Pertama Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 276 hits
Saya kongsikan kisah pengusaha strawberry Melayu pertama di Cameron Highlands Kisahnya saya ambil dari laman facebook Saji dan bukan artikel atau catatan saya ya Sumber Catatan Sajionline Khairani Mohamad Ketika krew SAJI ke Kampung Taman S...
Peringkat Keempat Tour Of Peninsular 2019 Penutupan Jalan Raya Di Cameron Highlands

Peringkat Keempat Tour Of Peninsular 2019 Penutupan Jalan Raya Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 319 hits
Saya ingin berkongsikan mai Joyan akluman mengenai penutupan jalan raya di sekitar Laluan Sungai Koyan ke Ringlet ke Tanah Rata pada 18 Oktober ini iaitu Jumaat Ini bagi memberi laluan kepada PERINGKAT KEEMPAT TOUR OF PENINSULAR 2019 yang a...
Genting Highland Malaysia 2019

Genting Highland Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 516 hits
Agak lama aku tidak ke Genting Highland semenjak pengumuman hendak membuat outdoor bersama Fox hingga tertangguh kini kerana isu lesen dengan Disney yang kini mengambilalih Fox membuat aku malas nak kesana Semalam aku pergi ke sana sebab ad...
Laluan Bas Langsung Antara Resorts World Genting Dan Hatyai

Laluan Bas Langsung Antara Resorts World Genting Dan Hatyai

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 473 hits
Sama ada urusan keluarga yang menyeronokkan atau lawatan dengan rakan rakan pencari percutian kini boleh menikmati pengalaman perjalanan yang lancar dengan laluan bas langsung baru antara Resorts World Genting dan Hatyai Mulai 2 Oktober tun...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2