Selain Melayu Guru Jelaskan Jawi Boleh Diguna Untuk Pelbagai Bahasa


Selain Melayu, Guru Jelaskan Jawi Boleh Diguna Untuk Pelbagai Bahasa
Tulisan Jawi merupakan salah satu khazanah warisan budaya bangsa yang mempunyai nilai sejarah, identiti dan keindahan tersendiri.
Sejak berabad lamanya, tulisan ini digunakan secara meluas dalam pelbagai urusan termasuk pentadbiran, pendidikan, perundangan, perdagangan dan penyebaran ilmu agama Islam di Alam Melayu.
Banyak naskhah lama seperti hikayat, kitab agama, surat diraja dan dokumen rasmi ditulis menggunakan Jawi, menjadikannya bukti penting perkembangan tamadun bangsa.
Selain bahasa Melayu, terdapat banyak bahasa lain yang boleh ditulis menggunakan tulisan Jawi yang juga membuktikan sifatnya yang fleksibel dan inklusif.
Malah, bahasa asing seperti bahasa Cina, bahasa Inggeris, Tamil, Arab dan lain-lain juga boleh digarap dalam bentuk tulisan Jawi dengan sedikit penyesuaian.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Bawang (SK Bawang), Loren Fren berkongsi contoh penggunaan tulisan Jawi dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris di Brunei.
Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah.
Selain bahasa Melayu, bahasa lain juga boleh ditulis menggunakan tulisan Jawi.
Haritu ada yang bertanya, kalau bahasa selain Bahasa Melayu bolehkah ditulis menggunakan tulisan Jawi? Jawapannya BOLEH. Jom saya tunjuk Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris ditulis menggunakan tulisan Jawi di negara Brunei.
Semua tulisan yang kawan-kawan nampak dalam gambar adalah tulisan Rumi dan Jawi kecuali gambar ke-3 paling akhir. Itu adalah tulisan Arab. Saya pun tidak tahu apa maksud tulisan dalam gambar tersebut sebab hanya yang beragama muslim atau berbangsa Arab kenal dan tahu baca dan faham maksudnya.
Tujuan saya ambil gambar itu adalah untuk membezakan antara tulisan Arab dan tulisan Jawi. Beza yang paling jelas adalah Jawi TIADA garisan-garisan dan simbol-simbol kecil di sekeliling tulisan kerana ia  hanya ada 1/2/3 titik.
Senang saja membezakan sebenarnya. Lepas sahabat teliti gambar-gambar, pasti akan dapat membezakan antara tulisan Arab dan Jawi.
Beza seterusnya, Jawi kalau dibaca terus faham maksud sebab bunyinya Bahasa Melayu, macam kita baca Rumi juga, rupa tulisan saja lain. Tulisan Arab pula, jika dapat baca pun kita tidak faham sebab bunyinya Bahasa Arab, kecuali yang faham bahasa Arab atau beragama muslim boleh faham maksudnya.
Jadi harap-harap tiada lagi yang keliru selepas ini sebab tulisan Jawi selalu dianggap sebagai agama kerana disamakan dengan tulisan Arab yang digunakan dalam kitab agama muslim, walhal sebenarnya tulisan Jawi DICIPTA untuk menulis Bahasa Melayu sebelum tulisan Rumi diperkenalkan.
Cuma tidak dinafikan kedua-dua tulisan ini memang serupa sebab huruf Jawi berasal dari huruf Arab yang ditambah bersesuaian dengan bunyi Bahasa Melayu..
Biarpun serupa tidak semestinya sama kan. Jom belajar apa yang dimaksudkan dengan DICIPTA KHAS untuk menulis Bahasa Melayu :
Huruf Jawi berasal dari tulisan Arab, namun bahasa Melayu mempunyai bunyi-bunyi seperti “ch”, “ng”, “ny”, “p”, dan “g” yang TIADA dalam bahasa Arab. Oleh itu, huruf-huruf tambahan dicipta bagi membolehkan bunyi-bunyi khusus Bahasa Melayu dieja dengan tepat dalam skrip Jawi.
SEKALI LAGI perbezaan antara Jawi dan Arab adalah terdapat enam huruf Jawi yang khusus dicipta untuk menulis bunyi dalam bahasa Melayu yang TIDAK WUJUD dalam bahasa Arab: ç (ca), ڠ (nga), ڤ (pa), ݢ (ga), ۏ (va), dan ڽ (nya).
Huruf-huruf ini penting untuk menepatkan ejaan bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Oleh itu jelaslah bahawa terdapat berbezaan ketara antara tulisan Jawi dan Arab.
SAMBUNGAN… Sebab ada yang tanya, saya tambah lagi huraian dan fakta tulisan Jawi:
Berikut 5 keperluan mengenali tulisan Jawi sebagai tulisan warisan negara Malaysia:
1. Memelihara Warisan Budaya
Tulisan Jawi adalah sebahagian daripada sejarah dan identiti budaya Melayu serta warisan negara yang perlu dilestarikan.
2. Memahami Dokumen Sejarah
Ramai dokumen penting seperti manuskrip lama, surat diraja dan catatan sejarah ditulis dalam Jawi, maka kemahiran ini penting untuk kajian dan rujukan akademik.
3. Mengukuhkan Jati Diri Kebangsaan
Mengenali Jawi menyemai rasa bangga dan cintakan negara melalui penghargaan terhadap sistem tulisan yang telah digunakan berabad-abad lamanya.
4. Menggalakkan Perpaduan
Mempelajari Jawi oleh pelbagai kaum memupuk pemahaman antara budaya dan menghormati warisan bersama sebagai rakyat Malaysia.
5. Memperkasa Bahasa Melayu
Tulisan Jawi memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk asalnya dan menambah variasi sistem tulisan bahasa kebangsaan.
Sekian dari saya.
https://www.facebook.com/share/p/19c5GT85KP/
BACA: Atasi 4 Negara, Malaysia Catat Rekod Jualan Kereta Tertinggi ASEAN BACA: Keluarga Pempengaruh Dibunuh, Jasad Diletak Dalam Trak Pikap Sumber: Loren Fren via Facebook
The post Selain Melayu, Guru Jelaskan Jawi Boleh Diguna Untuk Pelbagai Bahasa appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/04/selain-melayu-guru-jelaskan-jawi-boleh-diguna-untuk-pelbagai-bahasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Bahasa Inggeris Didakwa Sebar Kenyataan Palsu Kes Zara Qairina

Guru Bahasa Inggeris Didakwa Sebar Kenyataan Palsu Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1232 hits
SEPANG Seorang guru bahasa Inggeris dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kegentaran awam menerusi akaun TikTok berhubung kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir Mengaku tid...
Selain Dari Tahyul Melayu Malas Berfikir Tugas Menteri Dan Jkomnpula Sendu

Selain Dari Tahyul Melayu Malas Berfikir Tugas Menteri Dan Jkomnpula Sendu

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 574 hits
RMSBeginilah situasi dimedia sosial hari ini sedara sedara semua sudah out of control benda palsu jadi naratif dan mainan mereka malangnya orang melayu memang mudah percaya bila menyentuh bangsa agama dan hak keistimewaan mereka melenting d...
Surah Maryam Terjemahan Rumi Ke Bahasa Melayu

Surah Maryam Terjemahan Rumi Ke Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 983 hits
Surah Maryam Terjemahan Rumi ke Bahasa Melayu Surah Maryam Terjemahan Rumi ke Bahasa Melayu Bahagian 1 Ayat 1 15Kisah Nabi Zakaria kelahiran Nabi Yahya 1 Kaf Haa Yaa Ain Saad 2 Itulah sebutan awal surah tanda permulaan wahyu ini 3 Ini adala...
Doa Boleh Ubah Takdir

Doa Boleh Ubah Takdir

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1883 hits
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu Sesungguhnya takdir itu tidaklah berubah kecuali dengan doa Sesungguhnya doa dan takdir saling berusaha untuk mendahului hingga hari kiamat Dan sesungguhnya perbuatan baik ...
Tak Boleh Harap

Tak Boleh Harap

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2388 hits
JANGAN HARAP GANG DAMAI ni lawan Walaun Banyak gak report dapat team ni dia Sabah Tapi aku sekadar mendengar kerana aku tak ada disana Pegawai NIA dengar cerita hebat hebat sangat
Jangan Percaya Sangat Mona Din Ini Dengar Boleh Pendedahan Eksklusif Kes Zara Plot Twist Secara Rahsia Dibongkar Just

Jangan Percaya Sangat Mona Din Ini Dengar Boleh Pendedahan Eksklusif Kes Zara Plot Twist Secara Rahsia Dibongkar Just

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1471 hits
Pakatan Rahsia Plot Twist burukkan Arwah Zara Qairina Pendedahan panas oleh Mona Din membongkar siri sesi tertutup bersama influencers TikTokers dan media di Sabah yang kononnya bertujuan membersihkan nama sekolah dalam kes tragis arwah Zar...
Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Built To Grind The New Independent X Biltwell Inc Lane Splitter Helmet

Irresistible Instant Pot Indian Beef Curry Recipe

Malaysians Wonder If Selangor S Planned Heroic Homecoming For Gsf Volunteers Is Justified

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel

Hiburan Rasa Insaf Tengok Perjuangan Mereka Elly Mazlein Akui Keputusan Bertudung Terinspirasi Dari Misi Flotilla Gaza

Foto Kenangan Terindah Jpn 2025

Sajian Berpantang Juadah Majlis Cukur Jambul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jenis Mesin Pancing Yang Sesuai Untuk Pemancing Pemula

A Family Memoir Sending Yaya To Uitm Dungun

Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

Wdc888 5 Wdc888 Top 52 By Dante

Nasi Goreng

Hiburan Misi Gsf Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah Muntah Beberapa Kali Amp Tisu Bahu Koyak