Selain Ingatkan Tentang Perjanjian Dengan Anwar Husam Juga Soal Mahathir Kenapa Asyik Dia Saja Letak Syarat


 
Ketua Amanah Kota Bharu Husam Musa mengingatkan Dr Mahathir Mohammad tentang perjanjiannya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung jawatan perdana menteri.
Kata Husam, tidak timbul isu Pakatan Harapan (PH) tidak menyokong ahli parlimen Langkawi itu untuk terus kekal sebagai perdana menteri ketika gabungan itu menawan Putrajaya melalui pilihan raya umum (PRU) ke 14 lalu.
“Kan Tun (Dr Mahathir) dah janji hari itu? Dah tandatangan perjanjian dan saya ada jadi saksi kerana saya yang sediakan perjanjian itu.
“Perjanjian itu dibawa ke rumah Tun pada pagi hari, dalam perjanjian itu Tun bersetuju nak jadi perdana menteri dua tahun saja.
“Tak timbul masalah orang undi dia lagi untuk jadi perdana menteri sebab dia dah bersetuju dan dia pun dah jadi perdana menteri sehingga dua tahun, (atau) 22 bulan, dah dekat dua tahunlah, tinggal dua bulan saja lagi,” tegas Husam kepada media di Putrajaya, hari ini.
Husam berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir yang juga pengerusi Pejuang semalam yang mendakwa dia masih lagi perdana menteri jika bukan kerana Anwar.
Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia, Mahathir menjelaskan selepas dia meletak jawatan perdana menteri pada 24 Feb 2020, Yang di-Pertuan Agong perlu memutuskan ahli parlimen yang mendapat sokong majoriti anggota Dewan Rakyat.
“Kalau tak sabit dia (Anwar), saya hari ini jadi perdana menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 ahli parlimen tulis siapa yang mereka pilih. Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.
“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62, bukan daripada PH, daripada parti lain orang lain saya tak tahu siapa.
“Kalau saya dapat 62, kalau saya juga dapat 92 daripada PH, saya dapat 154, saya jadi perdana menterilah. Tapi dia bagi saya kalah, dia pun kalah,” kata Mahathir.
Mengulas lanjut perkara itu, Husam berkata sebelum kedua-dua pihak pemimpin terbabit sepakat dan bersetuju dengan perjanjian tersebut, Mahathir telah mengadakan perbincangan dengan anak perempuan presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang turut dihadirinya.
“Kemudian sebelum kedua-dua pihak menerima persetujuan bergabung dengan Tun dan setuju untuk Tun jadi perdana menteri, Tun telah telah pujuk pihak Anwar melalui Nurul Izzah.
“Saya diminta jadi saksi dalam pertemuan Nurul Izzah dengan Tun di rumah dia, dan dalam masa perjumpaan itu Tun pakai pakaian yang paling segak iaitu pakaian sut ala nehru, dia jarang-jarang pakai tu.
“Dia pakai kemas kerana berunding dengan Nurul Izzah, saya diminta menemankan perundingan itu.
“Dan dalam perundingan itu, Tun bersetuju untuk dia jadi perdana menteri dan kemudian beri kepada Anwar,” katanya.
Jelas Husam, Anwar yang juga ahli parlimen Port Dickson itu juga telah bersetuju dengan penuh hormat untuk Mahathir mengemudi negara.
“Seterusnya kita kena ingat mesyuarat PH yang terakhir Febuari 2020 yang mana semua setuju Tun terus jadi perdana menteri dan tak tentukan tarikh bila dia berhenti.
“Dalam mesyuarat itu, Anwar sendiri kata Tun teruskan sebagai perdana menteri dan akan sokong dia, tak perlu bincangkan tarikh akhir jawatan beliau. Tun teruskan, kita sokong dan kita tiada masalah.
“Tetapi, keesokkan harinya dia letak jawatan,” jelas Husam.
Malah, kata Husam apa yang lebih menyedihkan, Mahathir langsung tidak bercerita kepada sesiapa selepas dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh selepas 22 bulan memerintah.
“Dia tak cerita pada (pemimpin) PH seorang pun, tiba-tiba dia hantar surat letak jawatan dan pada hari kita nak mengadap Agong di Istana, pihak PH berhimpun di Hotel Eastin, berkampung di situ dan kita tugaskan orang untuk ambil Tun tetapi Tun tak datang
“Jadi, kita pun keliru nak letak nama Tun, Tun dah letak jawatan. Jadi, kita terpaksalah dan semua ahli parlimen PH masa itu memberikan undi percaya kepada Anwar sampai dia dapat sehingga 92 undi.
“Bukan salah PH kerana Tun tidak ada komunikasi pada masa itu,” tegas Husam.
Tambah Husam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail masih menyimpan salinan surat perjanjian terbabit dan pendedahannya itu hanya sekadar berkongsi fakta yang sebenar tentang situasi ketika itu.
“Saya jelaskan perkara ini supaya di kemudian hari fakta yang sebenar tentang keadaan pada waktu itu dapat direkodkan dan saya antara saksi kepada perkara-perkara tersebut.
“Saifuddin ada salinan perjanjian itu,” katanya.
Mengulas lanjut tindakan Mahathir itu, Husam mempersoalkan keikhlasan bekas perdana menteri ketujuh itu dalam membela nasib rakyat di negara ini.
Kata Husam, sebagai pemimpin negara Mahathir tidak sepatutnya meletakkan sebarang syarat.
Namun, kata Husam sebaliknya pula yang berlaku.
“Kenapa tiap-tiap masa orang lain kena ikut syarat Tun (Mahathir) saja? Setiap masa Tun saja kena bagi syarat, tak boleh ke sekali Tun ikut syarat orang lain?
“Tiap-tiap masa dia kena letak syarat, syarat itulah, syarat inilah, dua syarat, tiga syarat.
“Kali ini kalau Tun betul-betul fikir tentang negara dan rakyat Malaysia yang menderita dengan harga barang naik dan ekonomi yang sangat rapuh serta segala benda boleh berlaku pada ekonomi, hutang negara kita banyak, ramai susah nak cari makan dan kuasa beli orang kampung jatuh, Ringgit Malaysia nak jatuh.
“Jadi, kenapa kita nak kena banyak-banyakan syarat? Kamu nak selamatkan negara ke nak letakkan diri kamu dalam percaturan kuasa?
“Kalau nak utamakan negara tak perlu syarat, apa masalah dengan Anwar ke Muhyiddin kalau kamu kata nak berkorban untuk negara dan kenapa tidak pula orang lain yang beri syarat kepada Tun pula?
“Kalau kita kata syaratnya nak kerjasama dengan Pejuang, Tun bersara, apa salahnya?” soalnya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/selain-ingatkan-tentang-perjanjian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Terlupa Beliau Letak Jawatan Salahkan Anwar Tidak Sokong Jadi Pm Ke 8

Tun Mahathir Terlupa Beliau Letak Jawatan Salahkan Anwar Tidak Sokong Jadi Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 142 hits
Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bahawa Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tokoh politik yang menjadi punca beliau gagal kekal sebagai ketua kerajaan sehingga hari ini amat menjengkelkan Bagi calon Naib...
Rengekan Mahathir Bukti Dia Bukan Saja Tak Mahu Serah Kuasa Malah Sentiasa Ingin Halang Anwar

Rengekan Mahathir Bukti Dia Bukan Saja Tak Mahu Serah Kuasa Malah Sentiasa Ingin Halang Anwar

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 131 hits
Tindakan Tun Mahathir Mohamad terus menerus merengek mengenai nasib dirinya yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan sebagai Perdana Menteri di bawah PH walau sebelum itu sudah berkuasa selama 22 tahun bersama BN dengan sendirinya telah me...
Anwar Caused Fall Of Ph Says Dr Mahathir

Anwar Caused Fall Of Ph Says Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 164 hits
He says if he had received the votes that went to Anwar he would still be prime minister under PH today Dr Mahathir Mohamad has blamed Anwar Ibrahim for causing the 2020 downfall of the Pakatan Harapan administration saying he would still b...
Anwar Tak Ada Idea Najib Buang Masa Saja Debat Dengan Dia

Anwar Tak Ada Idea Najib Buang Masa Saja Debat Dengan Dia

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 121 hits
Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan menyifatkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sudah tiada idea apabila membangkitkan soal audit forensik dalam usaha menyelamatkan Sapura Energ Berhad Secara sinis Mohamad menasihati bekas Perdana Menteri N...
Jateng 11 Kali Raih Wtp Ganjar Bukan Berarti Kita Asyik Asyik Saja

Jateng 11 Kali Raih Wtp Ganjar Bukan Berarti Kita Asyik Asyik Saja

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 116 hits
BPK memberikan sejumlah catatan sebagai bahan evaluasi Antara lain soal sekolah infrastruktur hingga penanggulangan dan pengentasan kemiskinan
Anwar Mahathir Najib Ismail Sabri Bezanya Di Mana

Anwar Mahathir Najib Ismail Sabri Bezanya Di Mana

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 166 hits
Anwar debat dengan Najib di Malaysia Mahathir dan Ismail Sabri debat di Jepun kot kot kalau kalau terlepas pandang
Dr Mahathir Says Yes To Big Tent But No To Anwar Or Muhyiddin At The Top

Dr Mahathir Says Yes To Big Tent But No To Anwar Or Muhyiddin At The Top

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 214 hits
A big tent approach to the Opposition would be viable if it were not led by either PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim or Bersatu s Tan Sri Muhyiddin Yassin said Pejuang chairman Tun Dr Mahathir Mohamad In an interview with Utusan Malays...
Tiada Ruang Kerjasama Ph Pejuang Jika Mahathir Tolak Anwar Tegas Dap

Tiada Ruang Kerjasama Ph Pejuang Jika Mahathir Tolak Anwar Tegas Dap

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 135 hits
Lim Guan Eng berkata PH sememangnya berhasrat membuka pintu rundingan dengan Pejuang menjelang PRU15 namun mungkin terpaksa melupakannya ekoran pendirian Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA DAP menegaskan bahawa tiada ruang kerjasama antara P...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba