Rengekan Mahathir Bukti Dia Bukan Saja Tak Mahu Serah Kuasa Malah Sentiasa Ingin Halang Anwar


 
Tindakan Tun Mahathir Mohamad terus menerus merengek mengenai nasib dirinya yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan sebagai Perdana Menteri di bawah PH, walau sebelum itu sudah berkuasa selama 22 tahun bersama BN, dengan sendirinya telah mendedahkan busuk hatinya sendiri.
Apatah lagi dengan kenyataan terbaru beliau yang sekali lagi menyalahkan Anwar Ibrahim atas nasib malang yang menimpa dirinya itu.
Bekas Perdana Menteri berusia 97 tahun yang sudah beberapa kali keluar masuk IJN itu berkata – “Kalau tak sabit dia (Anwar), saya masih Perdana Menteri lagi.”
“Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 Ahli Parlimen tulis siapa yang mereka pilih.
“Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.
“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62,” katanya dalam interbiu tersebut.
Meskipun cerita sebenar yang melingkari isu perletakan jawatannya itu bukan lagi rahsia sama ada di bumi dan di langit di mana Tun Mahathir berbuat demikian secara tiba-tiba tanpa berunding dengan PH, enggan hadir mesyuarat PH selepas meletak jawatan dan sebelum itu terikat dengan janji peralihan kuasa kepada Anwar yang dipersetujuinya sendiri, kenyataan terbarunya ini adalah bukti sahih beliau ingin jadi Perdana Menteri bukan saja setakat dua tahun, malah sehingga sekarang.
Bermakna, kenyataan demi kenyataan Tun Mahathir sebelum itu bahawa beliau akur dengan janji peralihan kuasa dan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar setelah dua tahun memegang jawatan adalah propa semata-mata.
Sebaliknya, niat sebenarnya ialah ingin jadi Perdana Menteri sampai sekarang iaitu sehingga tahun 2022 atau sehingga Parlimen PRU14 berakhir.
Jika tidak, takkan beliau menyebut – Kalau tak sabit dia (Anwar), saya masih Perdana Menteri lagi.
Ini juga bererti, dengan meletak jawatan dan mencalonkan dirinya sekali lagi, Tun Mahathir bukan saja mahu jadi Perdana Menteri buat kali ketiga iaitu sebagai PM8 pula, bahkan untuk terus memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar dan PH.
Sudah tentu jika jika dipilih lagi sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir akan terus berdalih mengenai janji peralihan kuasa kerana dengan mengatakan “kalau tak sabit Anwar, saya masih Perdana Menteri lagi” adalah bukti atau pengakuan bahawa memang berniat untuk “menipu” Anwar dan PH buat kali kedua bagi membolehkannya terus memegang kuasa sehingga sekarang.
Disebabkan tidak tercapai hajat untuk melakukan khianat buat kali kedua itu, maka beliau berasa begitu kecewa dan sakit hati kepada Anwar dan PH sampai kini.
Sepatutnya, setelah 22 bulan berpeluang menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak mencalonkan lagi dirinya kerana ketika itu tempoh janjinya memegang jawatan selama dua tahun sudah pun hampir berakhir.
Bukankah lebih bermaruah dan dipandang tinggi jika sebelum dua tahun atau 24 bulan janji peralihan kuasa sepatutnya berlaku, Tun Mahathir sedia menunaikan janji itu lebih awal lagi?
Maka, bukan saja dengan terus menawarkan diri lagi sebagai calon Perdana Menteri telah membuktikan Tun Mahathir mengkhianati janji, ia juga menunjukkan beliau sepanjang masa mempunyai hati yang busuk mahu menghalang kemaraan Anwar.
Dengan hanya memperolehi 62 sokongan berbanding 92 yang dimiliki Anwar, sepatutnya Anwar yang berhak menyalahkan Tun Mahathir, bukan Tun Mahathir terus menerus mengeluh dan merengek menyalahkan Anwar.
Tetapi, pernahkah kita dengar Anwar merungut menyalahkan Tun Mahathir?
Diberi lanjutan usia yang istimewa dan beberapa kali keluar masuk IJN, termasuk yang terakhir pada Januari lalu di mana beliau sendiri tidak percaya mampu sihat semula lantaran percaya ketika itu masanya untuk pergi benar-benar telah tiba, rupa-rupanya ini hikmah yang Tuhan mahu kita melihat daripada kesihatannya yang dipulihkan itu.
Makin hari makin terdedah segala niat tidak baik dan isi hatinya yang sebenar yang semua ini secara perlahan-lahan akan menghakis rasa hormat rakyat kepadanya. – ShahbudinHusin 06/06/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/rengekan-mahathir-bukti-dia-bukan-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selain Ingatkan Tentang Perjanjian Dengan Anwar Husam Juga Soal Mahathir Kenapa Asyik Dia Saja Letak Syarat

Selain Ingatkan Tentang Perjanjian Dengan Anwar Husam Juga Soal Mahathir Kenapa Asyik Dia Saja Letak Syarat

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 180 hits
Ketua Amanah Kota Bharu Husam Musa mengingatkan Dr Mahathir Mohammad tentang perjanjiannya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung jawatan perdana menteri Kata Husam tidak timbul isu Pakatan Harapan tidak menyokong ahli parlimen Langkaw...
Dr Mahathir Says Yes To Big Tent But No To Anwar Or Muhyiddin At The Top

Dr Mahathir Says Yes To Big Tent But No To Anwar Or Muhyiddin At The Top

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 214 hits
A big tent approach to the Opposition would be viable if it were not led by either PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim or Bersatu s Tan Sri Muhyiddin Yassin said Pejuang chairman Tun Dr Mahathir Mohamad In an interview with Utusan Malays...
Anwar Tak Ada Idea Najib Buang Masa Saja Debat Dengan Dia

Anwar Tak Ada Idea Najib Buang Masa Saja Debat Dengan Dia

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 121 hits
Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan menyifatkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sudah tiada idea apabila membangkitkan soal audit forensik dalam usaha menyelamatkan Sapura Energ Berhad Secara sinis Mohamad menasihati bekas Perdana Menteri N...
Anwar Mahathir Najib Ismail Sabri Bezanya Di Mana

Anwar Mahathir Najib Ismail Sabri Bezanya Di Mana

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 166 hits
Anwar debat dengan Najib di Malaysia Mahathir dan Ismail Sabri debat di Jepun kot kot kalau kalau terlepas pandang
Tiada Ruang Kerjasama Ph Pejuang Jika Mahathir Tolak Anwar Tegas Dap

Tiada Ruang Kerjasama Ph Pejuang Jika Mahathir Tolak Anwar Tegas Dap

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 135 hits
Lim Guan Eng berkata PH sememangnya berhasrat membuka pintu rundingan dengan Pejuang menjelang PRU15 namun mungkin terpaksa melupakannya ekoran pendirian Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA DAP menegaskan bahawa tiada ruang kerjasama antara P...
Anwar Caused Fall Of Ph Says Dr Mahathir

Anwar Caused Fall Of Ph Says Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 164 hits
He says if he had received the votes that went to Anwar he would still be prime minister under PH today Dr Mahathir Mohamad has blamed Anwar Ibrahim for causing the 2020 downfall of the Pakatan Harapan administration saying he would still b...
Mahathir No Muhyiddin No Anwar

Mahathir No Muhyiddin No Anwar

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 246 hits
No Muhyidin No Anwar membawa maksud Yes Ismail Dalam lain perkataan No Najib No Zahid membawa maksud Yes Ismail UMNO tiada pilihan menamakan Ismail poster boy menamakan PM semula untuk menang pilihanraya Shafie dan Mukhriz serta kemungkinan...
Tun Mahathir Terlupa Beliau Letak Jawatan Salahkan Anwar Tidak Sokong Jadi Pm Ke 8

Tun Mahathir Terlupa Beliau Letak Jawatan Salahkan Anwar Tidak Sokong Jadi Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 142 hits
Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bahawa Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tokoh politik yang menjadi punca beliau gagal kekal sebagai ketua kerajaan sehingga hari ini amat menjengkelkan Bagi calon Naib...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba