Tun Mahathir Terlupa Beliau Letak Jawatan Salahkan Anwar Tidak Sokong Jadi Pm Ke 8


 


Kenyataan bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad bahawa Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tokoh politik yang menjadi punca beliau gagal kekal sebagai ketua kerajaan sehingga hari ini amat menjengkelkan.

Bagi calon Naib Ketua Cabang KEADILAN Sungai Buloh, Zainurizzaman Moharam, ungkapan Tun Mahathir itu seolah olah memberitahu bahawa beliau 'terlupa' dirinya sendiri sebagai punca menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbubar.
Katanya, peletakan jawatan PM tanpa berunding dengan pemimpin PH itu menyebabkan sokongan ke atas Mahathir hilang dan bukannya tindakan Anwar.
"Kenyataan Mahathir mutakhir ini mendakwa beliau masih lagi PM jika tidak kerana langkah Anwar Ibrahim adalah suatu yang melucukan. Beliau agaknya terlupa beberapa perkara penting.
"Antaranya beliau bersetuju untuk menjadi PM interim selama 2 tahun sehingga Anwar dibebaskan.
"Setelah PH berjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14, Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ke 7 dengan mencatat rekod sebagai Perdana Menteri tertua di dunia, selain 2 kali dilantik ke jawatan nombor 1 itu.
"Namun kemudian Tun meletakkan jawatan pada Febuari 2020 selepas 'Langkah Sheraton' yang digerakkan oleh Tan Sri Mahiaddin dan Azmin Ali.
"Ini adalah langkah menghilangkan kepercayaan yang dibuat beliau, tetapi beliau masih meletakkan kesalahan kepada Anwar Ibrahim," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zainurizzaman yang dikenali sebagai Zack di dunia twitter itu menambah, Tun yang terkenal dengan ungkapan 'Melayu mudah lupa' itu mungkin juga telah lupa bahawa beliau sentiasa berdolak dalik untuk menunaikan janji menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sehingga menimbulkan rasa tidak senang penyokong tegar PH.
"Beliau merupakan Pengerusi Majlis Presiden PH yang telah menandatangani surat perjanjian tetapi berdolak dalik untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim. Sekejap 2 tahun, sekejap selepas sidang kemuncak APEC, sekejap lagi ikut suka saya!
"Tun juga terlupa beliau orang yang berunding dengan ketua-ketua parti Pas dan Umno sebelum tercetusnya Langkah Sheraton. Kemudian beliau menamatkan riwayat kerajaan PH dengan meletak jawatan
"Jika Tun Mahathir lupa semua ini ketahuilah rakyat tidak pernah lupa," sinisnya.
Bagaimanapun Setiausaha Politik Farhash Wafa Salvador itu mempersoalkan apakah motif Mahathir aktif semula menjelang PRU ke 15.
Tindakannya muktahir ini, kata Zack, seolah olah mahu memecahbelahkan pembangkang dengan bayangan ingin mewujudkan khemah besar tetapi menyerang Datuk Seri Anwar.
"Apa yang pasti, matlamat Tun kembali adalah untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri.
"Anwar adalah mimpi buruk baginya jika berpeluang menjadi PM. Apa sahaja cara dan helah akan digunakan oleh Tun untuk menyekat Anwar.
"Justeru, negara ini perlukan perubahan total dan melantik kepimpinan yang benar-benar membela nasib rakyat bukannya untuk kroni, anak dan isteri. Insaflah Tun selagi hayat masih ada. Negara pasti aman tanpa Tun Dr Mahathir," katanya lagi.
Kelmarin, dalam temuramah Mahathir bersama Utusan Malaysia, beliau menyalahkan Datuk Seri Anwar sebagai punca kegagalannya menjadi PM buat kali kelapan apabila hanya memperolehi 62 sokongan ketika Yang di-Pertuan Agong meminta Ahli ahli Parlimen mengundi siapakah yang layak dilantik sebagai PM.
Bagaimanapun, kenyataan Tun itu ditempelak oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang bertegas menyatakan janji PH hanyalah untuk Mahathir menjadi PM ke 7 dan bukannya PM selepas itu.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/tun-mahathir-terlupa-beliau-letak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Bunuh Karier Politiknya Sendiri Mengapa Salahkan Anwar

Tun M Bunuh Karier Politiknya Sendiri Mengapa Salahkan Anwar

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 210 hits
Merujuk kepada kenyataan Mahathir di dalam Malaysiakini hari ini saya memikirkan sesuatu perlu dilakukan terhadap pemikiran beliau Saya khuatir sesuatu penyakit yang serius telah melanda pemikiran beliau sehinggakan beliau lupa dan mengelua...
Selain Ingatkan Tentang Perjanjian Dengan Anwar Husam Juga Soal Mahathir Kenapa Asyik Dia Saja Letak Syarat

Selain Ingatkan Tentang Perjanjian Dengan Anwar Husam Juga Soal Mahathir Kenapa Asyik Dia Saja Letak Syarat

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 219 hits
Ketua Amanah Kota Bharu Husam Musa mengingatkan Dr Mahathir Mohammad tentang perjanjiannya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung jawatan perdana menteri Kata Husam tidak timbul isu Pakatan Harapan tidak menyokong ahli parlimen Langkaw...
Dr Mahathir Says Yes To Big Tent But No To Anwar Or Muhyiddin At The Top

Dr Mahathir Says Yes To Big Tent But No To Anwar Or Muhyiddin At The Top

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 271 hits
A big tent approach to the Opposition would be viable if it were not led by either PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim or Bersatu s Tan Sri Muhyiddin Yassin said Pejuang chairman Tun Dr Mahathir Mohamad In an interview with Utusan Malays...
Tiada Ruang Kerjasama Ph Pejuang Jika Mahathir Tolak Anwar Tegas Dap

Tiada Ruang Kerjasama Ph Pejuang Jika Mahathir Tolak Anwar Tegas Dap

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 177 hits
Lim Guan Eng berkata PH sememangnya berhasrat membuka pintu rundingan dengan Pejuang menjelang PRU15 namun mungkin terpaksa melupakannya ekoran pendirian Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA DAP menegaskan bahawa tiada ruang kerjasama antara P...
Elok La Kerjasama Dengan Ngo Moga Berjaya Jadi Pm Kali Ke 3 Jngan Salahkan Anwar Lagi

Elok La Kerjasama Dengan Ngo Moga Berjaya Jadi Pm Kali Ke 3 Jngan Salahkan Anwar Lagi

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 180 hits
Pejuang kerjasama dengan NGO hadapi PRU15 kata Dr M June 4 2022 Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata agenda utama ketika ini adalah untuk menjelaskan hala tuju sebenar partinya selain enggan membincangkan soal kerjasama dengan part...
Blahlah Tun Pkr Ph Dah Ada Rafizi Ramli Dan Anwar Ibrahim Pru15

Blahlah Tun Pkr Ph Dah Ada Rafizi Ramli Dan Anwar Ibrahim Pru15

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 243 hits
Perdebatan mengenai kenyataan Tun Mahathir beberapa hari lalu mengenai kerjasama khemah besar pembangkang dalam PRU 15 nanti belum lagi selesai Mahathir berkata beliau tidak mahu melihat Anwar dan Muhyiddin bersamanya Dan ini ulasan saya pu...
Pengkagum Atok Saka Saran Anwar Lepaskan Jawatan

Pengkagum Atok Saka Saran Anwar Lepaskan Jawatan

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 180 hits
Seorang bekas duta bernama Dennis Ignatius yang sering menulis Hal Ehwal politik Malaysia telah menulis sepucuk surat Terbuka kepada Dato Seri Anwar Ibrahim bertarikh 24 Mei 2022 Dalam surat Terbukanya itu beliau menggesa supaya Anwar Ibrah...
Sajak Letak Jawatan Menteri

Sajak Letak Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 183 hits
Sajak Letak Jawatan Menteri Saya menunggu semua menterimeletak jawatan untuk PRU15sebab semua menteri tidak layaksebagai MP pun atau senatorpatut berundur menarik dirikerana kita perlukan orang yang tidak korupsebagai pemimpin berintegritib...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear