Selagi Mahiaddin Tidak Ditukar Negara Ini Akan Terus Haru Biru


 
Di ketika kes Covid19 terus menunjukkan angka peningkatan sebelum ini, Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin pernah menyebut kerajaan tidak akan melaksanakan PKP 3.0.
Kemudian ketika PKP dikuatkuasakan di enam daerah di Selangor dan beberapa daerah di negeri-negeri lain, Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob menyusul dengan memberi jaminan, PKP ini tidak akan diperluaskan ke seluruh negara.
Tetapi, dua hari selepas itu dan hanya beberapa hari menjelang 1 Syawal, Mahiaddin sendiri mengumumkan melalui kenyataan meddia tentang perlaksanaan PKP di seluruh negara.
Mahiaddin Perdana Menteri dan beliau juga yang mempengerusi semua mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, namun semua keputusan terlihat celaru dan haru-biru.
Serentak dengan itu, rakyat jadi bingung dan pening kepala dibuatnya.
Selain itu, pelbagai peraturan dan SOP turut diperkenalkan setiap kali PKP diumumkan.
Malangnya, yang kedapatan lebih dulu melanggar SOP ialah para menteri sendiri, termasuk Mahiaddin sendiri yang gambarnya tidak memakai pelitup muka telah pun tular di media sosial sejak sekian lama.
Malang lagi buat rakyat biasa, hanya mereka yang serta-merta didenda, tetapi tindakan, malah siasatan terhadap golongan kayangan bukan main lembab lagi dijalankan, siput babi merangkak pun lagi laju agaknya.
Azmin Ali yang dihebohkan menyambut hari raya di rumah rasminya bersama anak menantu yang sudah berkahwin, masih lagi dilaporkan dalam siasatan pihak berkuasa dan ternampak tak mustahil akan lepas begitu saja.


Walaupun siasatan awal polis dan pengakuan Azmin sendiri menggambarkan semua anak dan menantunya tinggal serumah di kediaman rasmi itu, persoalan lain ialah apakah anak dan menantunya yang sudah berumahtangga itu selama ini turut menumpang menikmati kemudahan bil api, air dan pembentungan percuma atas nama Azmin sebagai menteri?
Kalau begitu….wowww seronoknya, bukan saja hidup menteri ditanggung dengan duit cukai rakyat, tetapi juga anak, menantu dan cucu-cucu mereka sekali?
Beberapa menteri lain yang dipaparkan telah melanggar SOP juga seperti senyap begitu saja kes mereka.
Kali ini rakyat bukan saja celaru dan keliru, malah jadi marah dibuatnya
Bila mahu undi mereka, macam-macam dijanji, diberi harapan dan kononnya rakyat diutamakan, rupa-rupanya selepas menang, golongan kayangan jauh lebih didaulatkan.
Lantaran itu, kerajaan ini tidak ragu-ragu lagi dianggap sebagai kerajaan yang gagal iaitu gagal mengutamakan rakyat dan hanya mendahulukan puak-puak mereka semata-mata.
Setelah PKP 2.0 yang separuh masak, ditambah dengan darurat dan diikuti pula dengan PKP 3.0 yang banyak kelonggaran dilihat gagal membendung penularan wabak Covid19, kerajaan kini dilaporkan mahu memperkenalkan PKP sepenuhnya seperti PKP 1.0 dahulu di Selangor.
Ini kerana kes Covid19 di Selangor dalam sehari dua ini dilaporkan begitu tinggi dan terus menunjukkan peningkatan.
Melaksanakan PKP sepenuhnya di Selangor, tetapi masih ada kelonggaran di negeri-negeri lain, ia bukan saja suatu penganiayaan yang berpilih-pilih, lebih daripada itu ia juga menunjukkan sekali lagi kegagalan kerajaan dan Mahiaddin dalam membuat keputusan.
Jika PKP 2.0 atau PKP 3.0 dibuat sepenuhnya seperti PKP 1.0, keadaan mungkin tidak seburuk sekarang.
Sekarang, dengan PKP sepenuhnya mungkin dikuatkuasakan di Selangor, tetapi PKP yang longgar di negeri-negeri lain dibiarkan berterusan, tiada jaminan PKP 4.0, PKP 5.0, PKP 6.0 dan seterusnya tidak dilaksanakan.
Maknanya kita akan terus dibelenggu dan diburu oleh PKP demi PKP tanpa menentu.
Sebab apa?
Sebabnya tidak lain ialah kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak layak untuk menguruskan negara ini.
Sejak Mahiaddin memimpin negara melalui pengkhianatan, macam-macam kekeliruan, caca marba dan ketidaktentuan dalam keputusan yang dibuat oleh kerajaan dalam hal berkaitan PKP dan hal tersebut berlaku adalah bukti nyata tentang ketidakmampuannya.
Negara akan terus celaru, haru biru dan tidak menentu, manakala rakyat terpasong keletihan selagi Mahiaddin kekal lagi memimpin negara ini.
Apabila orang yang tidak layak dan tidak mampu menjadi ketua, dalam apa organisasi sekali pun, celaru dan haru-birulah jadinya.
Kalau kita ingin negara berubah dalam cara ia diurus dan cekap menangani krisis serta tidak membuatkan rakyat pening kepala, perubahan paling asas ialah Mahiaddin wajib diubah terlebih dahulu.


 (ShahbudinHusin 18/05/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/selagi-mahiaddin-tidak-ditukar-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilihan Buat Mahiaddin Laksana Pkp Penuh Seluruh Negara Atau Biar Kerajaan Baharu Ambil Alih Tangani Covid19

Pilihan Buat Mahiaddin Laksana Pkp Penuh Seluruh Negara Atau Biar Kerajaan Baharu Ambil Alih Tangani Covid19

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 252 hits
Sementara angka kes Covid19 terus menunjukkan trend peningkatan yang ketara kerajaan nampaknya masih gagal bertindak pantas serta tuntas untuk menanganinya Dalam saat saat kritikal seperti sekarang Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin pula te...
Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Jika Mahiaddin Tak Peduli Apakah Rakyat Rela Terus Dibuli

Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Jika Mahiaddin Tak Peduli Apakah Rakyat Rela Terus Dibuli

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 206 hits
Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat Petaling Gombak Kelang Kuala Langat dan Sepang diperintahkan perlaksanaan PKP semula bermula 6 hingga 17 Mei depan Sejak virus Covid19 melanda negara ini adalah kali ketiga PKP dikuatkuasakan Tidak ...
Lirik Haru Biru Yabang

Lirik Haru Biru Yabang

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 360 hits
Oh kekasih aku lintas depan rumah muTapi mengapa ibumu selalu menjelingkuApakah aku ini tak sepadanApakah aku ini rupa belacanAku juga manusia seperti muAku juga lelaki seperti bapak muSetiap hari
Parti Kemakmuran Negara

Parti Kemakmuran Negara

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 391 hits
APABILA SUARA KAMI TIDAK DIPEDULIKAN KAMI TIADA PILIHAN LAIN MELAINKAN MEMBELA NASIB SENDIRI SETELAH LEBIH DARI 6 TAHUN MERAYU TERNYATA RAYUAN KAMI SEOLAH OLAH TELAH DIBAKUL SAMPAHKAN YANG IKHLAS BERJUANG UNTUK RAKYAT AGAMA DAN NEGARA
Kita Mesti Erani Kita Bukanlah Pendatang Tanpa Izin Di Negara Ini

Kita Mesti Erani Kita Bukanlah Pendatang Tanpa Izin Di Negara Ini

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 434 hits
Jika UMNO selalu berasakan mereka dibuli oleh Bersatu dalam kerajaan PN yang dibina secara bersama malah dengan kedudukan Ahli Parlimen UMNO adalah paling ramai jumlahnya rakyat juga tidak kurang berperasaan yang sama Kegagalan kerajaan mem...
Timbalan Ketua Polis Negara Diumum Selepas Aidilfitri Kpn

Timbalan Ketua Polis Negara Diumum Selepas Aidilfitri Kpn

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 214 hits
Oleh SIAPA Timbalan Ketua Polis Negara akan diumumkan selepas Aidilfitri kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani Katanya Polis Diraja Malaysia telah mengenal pasti dan menyenarai pendek nama calon untuk mengisi kekosonga...
Umno Gesa Tubuhkan Rci Siasat Kes Campur Tangan Politik Dalam Institusi Penting Negara

Umno Gesa Tubuhkan Rci Siasat Kes Campur Tangan Politik Dalam Institusi Penting Negara

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR UMNO menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zah...
Mengaku Undurlah Muhyiddin Beri Anwar Pula Pimpin Negara

Mengaku Undurlah Muhyiddin Beri Anwar Pula Pimpin Negara

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 209 hits
MALAYSIA DATELINEKerajaan Perikatan Nasional dicadangkan agar mengaku mereka telah gagal mengendalikan negara ini dengan baik dan sebelum ia menjadi lebih parah sebagaimana India Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berundur dan d...
Suara Kelaut Tapi Ikut Sop Netizen Setuju Panggil Aliff Syukri Penyanyi No 1 Negara

Suara Kelaut Tapi Ikut Sop Netizen Setuju Panggil Aliff Syukri Penyanyi No 1 Negara

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 244 hits
Nampaknya usahawan kontroversi yang sudah lama menyepi Datuk Seri Aliff Syukri telah kembali menghangat hari raya tahun ini apabila mengeluarkan single lagu raya yang bertajuk Lala Raya Seperti biasa vokal nyanyiannya pasti menjadi sorotan ...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Pigeon Feeding Asmr

Gunpla Untuk Pemula

Kencana Lore 2

Tutorial Popular Post Yang Stylo

Teka Teki Benda Uk

Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun